Selasa, September 09, 2014

Bangkit dari Terduduk ....

Assalamualaikum wbt.
 
Yang buruk itu dari kita, yang baik dari Allah Taala jua.
 
Allahu Rabbi... Allahu Akhbar...
 
Bila lidah tidak lagi mampu berbicara, hanya hati mampu berbisik, biar telinga tak mampu mendengar, deria kian  kaku dan pikiran jadi tepu, selain mampu mengalirkan air mata, tanda kekuatan yang berbaki.  Kuatlah hati, tabahlah hati... Tuhan sedang menguji mu.  Allahu Akhbar.
 
Rasa pecah dada, rasa pecah hati.. untuk kesekian kalinya... kali ini lebih rumit, lebih pedih, lebih bisa.
 
Benarlah, ketenangan itu boleh diperolehi bila kita sujud mengadu padaNya.  Istighfarlah sebanyak mungkin, ada ketenangan disitu.  Owh, mungkin ini yang tuhan mahukan dari aku?  Alpa lah aku selama ini - diujinya aku hingga terduduk, sekali hayun 3-4 perkara terjadi dalam satu masa.  Allahu Akhbar, berdosa benarlah aku ini Ya Allah...
 
Ampunilah aku Ya Allah.
 
Siapa ada disisi kita tatkala itu? TIADA... tiada siapa.  Dengan siapa mampu engkau mengadu? Maka, kembalilah kepada PENCIPTA. DIA ADA.
 
Aku tak kuat.  Aku hanya Isteri dan aku tak kuat.  Sejauh mana aku boleh pergi dengan nama aku sebagai ISTERI - tempat seorang isteri solehah di sisi suaminya.  Aku - mahu jadi solehah tapi - mampukah?
 
Kisahnya hanya mampu kugarap dalam kotak ingatan, tak mahu ditinta, kelak bila dibaca kemudian hari bernanah dan luka kembali hati ni.  Kalau mampu ku buang, akan ku campak sejauh yg mampu, supaya ia tak mengusik ketenangan, supaya ia tak menjadi dendam.  Biarlah ia jauh tertanam dan lenyap.
 
Mereka tak mampu mengerti, mereka meluah rasa yg sering membisa kepada tubuh badan yang lain. Sakitnya tak terperi, moga Tuhan ampuni dosa kami.
 
 
 
 

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...