Isnin, September 14, 2015

Bila Bos Outstation

Assalamualaikum wbt.

Bila bos outstation...  berapa lama? seminggu lebih... waaa haaa, opis kita punya!! 
Boleh sampai opis lenggang-lenggang kangkung, takyah kelam kabut nak thumbprint sebelum bos sampai, tak yah kalut2 nak pk pasal bekpes bos dan boleh baca surat khabar dulu sambil minum kopi kat pantry dengan tenang dan damai.  Haha... sengal!

Ok, bayangkan, kalau bos ada, utk jadi secretary TERCONTOH, sampailah awal dari bos.  Buka pintu bilik dan buka pintu bilik bos, buka lampu, kemas meja, buka PC, letak surat khabar atas meja, siapkan sarapan untuk bos dan pastikan bilik bos WANGI.  Tisu semua ada... kemas dan bersih.  Lepas bos sampai dan masuk bilik, bagi 5 min biar dia duduk sekejap dulu, behtu baru masuk.  Update jadual dan soal jawab selidik sikit, behtu baru bawa masuk sarapan.  Lepas tu, baru leh sarapan dengan masa yang terhad. Telefon akan berdering2 di pagi hari dari pegawai yang sungguh efficient bertanyakan itu ini pasal jadual bos dan nak jumpa bos... selalunya gitu ler .. whatever it is, saya suka apa yang saya buat.  Saya suka mudahkan kerja orang dan saya suka manage jadual orang.  Tu sebab, kalau planning cuti2 family, saya ler orangnya yang volunteer buat itinerary.  SESUAI KAN!! 

Jadinya, pada minggu bos tak de ni, leh buka DIARI.  DIARI apa pulok?? Diari cuti-cuti malaysia la.. .nak2 bila datang mood nak g jenjalan.  Leh plan cuti, cuti yang tinggal tak berapa hari tu kan, behtu leh google memanjang cari tempat kat malaysia ni yang rasa2 nak jejak kaki ke tanah yang belum diberi salam lagi atau nak repeat trip.  Ala, kami ni destinasi bajet je... bawa budak2 mana yang mampu.. untuk keluar negara bagi kami sekeluarga yang besar tak besar kecik tak kecik ni, inshaa allah satu hari nanti.  Tapi buat masa ni, kami selesa je jalan dalam malaysia.  Malaysia bumi yang penuh dengan misteri, mistik, dan keindahan alam semula jadi.  Apa yang mistik? apa yang misteri? uih, banyak la kan... banyak tumbuh-tumbuhan, banyak gunung ganang, banyak tasik, sungai, paya, pantai, macam-macam ada... suka tak suka je untuk pergi.

Kami belum jejak perlis dan kelantan.  Tapi member bagi tau kalau nak pergi kelantan janganlah pergi masa cuti sekolah, mmg sesak dan byk kereta. behtu nak pegi bila? tak tau ler teman.  Kami plan nak pergi utara hujung tahun ni.  Itu pun tentatif sahaja.  Kalau nak ke pantai timur, selalunya musim tengkujuh, jadi kami buat plan A ke utara, then Plan B ke Pantai Timur.

Utk tahun depan, saya target ke pulau, sama ada tioman, atau mabul. Mabul tu plan nak pergi berdua dengan en suami.  Kalau dapat tiket murah in shaa allah kami sampai. 

Oi, nak kena kemas fail bilik bos jap...  haha... babai...

Catatan yang ditinggalkan.... 2014 & 2015

Catatan yang  ditinggalkan...

Maksudnya, catatan yg tak sempat dikongsi di Blog kita ni...

1.  Oktober 2014 - Cuti sekolah ke Muzium 3D di I-City Shah Alam dan jalan2 di Tasik Putrajaya naik paddle

2.  1 November 2014 - Birthday En. Husband di Lopo Blue River, memancing sambil mandi manda 

3.   8 - 10 November 2014 - Mengikuti Kursus Setiausaha Cemerlang di Shah's Village, Klebang Melaka dibawah KPDNKK

4.  22 November 2014 - Penyertaan dalam Netball INTAN OPEN 2014 di INTAN Bukit Kiara

5.  7 Disember 2014 - ke Melaka dgn En. Husband, projek ambil gambar dan video

6.  25 Disember 2014 - Jalan-jalan ke Taiping Perak Cuti Sekolah Hujung Tahun


TAHUN 2015

7.  10 Februari 2015 - Perjumpaan dengan YAB Perdana Menteri di Sasana Kijang, Bank Negara

8.  24 Februari 2015 - Balik Johor and outing with family members 

9.  27 Februari 2015 - Projek Jalan-jalan Extreme dgn member opis extreme ke Jogjakarta.  Jomblang Cave dan juga Gunung Merapi.

10.  19 Mac 2015 - Fishing and Camping di Sg. Kuali, Janda Baik

11.  4 April 2015 - ATV Extreme Kelab Kembara MyIPO di Kemensah, Hulu Klang

12.  12 April 2015 - Panjat Bukit Broga with Kiddos

13.  3 Mei 2015 - Panjat Bukit Batu Putih di Port Dickson with Kiddos 

14.  Mei 2015 - Ke Bukit Jugra, Kuala Selangor dengan Kiddos

15.  10 Mei 2015 - Kejohanan Ping Pong MyIPO 

16.  16 Mei 2015 - Pertandingan INTAN OPEN 2015 both teams Lelaki dan Perempuan

17.  30 Mei 2015 -  Penyertaan White Water Wrafting di Gopeng Perak

18.  12 Jun 2015 - Fishing & Camping with Kiddos & Mak&Abah at Sg. Kuali Campsite

19.  11 Julai 2015 - Kemalangan - Retak tulang ibu jari kaki terhempap pintu lemari

20.  21 Julai 2015 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri with Family in JB

21.  29-31 Ogos 2015 - Cuti di Homestay Gopeng - Fishing and sightseeing

22.  5 September 2015 - JJCM dgn group Friends di Island Steamboat, Kg Subang

External Hardisc yang menyimpan gambar telah HANG... huhuhu.... nak upload dari hp tapi payah sket.. slowly will upload all the pictures available, nak storymori blh la sikit2 sebab MEMORI kat kepala ni pun dah full, sekadar caption ok lah... In Shaa Allah... 

Sayang kalo tak dapat upload gambar dan cerita, so many things want to share but time sgt jelous utk kita berblog...

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...