Assalamualaikum ….
Jap.. jap nak hengat tarikh jap…. Hahaha..
tarikh apa? ANNIVERSARY LAAAA…. Tp kan bukan kakak nyer… tp anniversary mak
abah tersayang sayang sayang dan sayang sangat sangat dan sangat nyerrrrr! MUAH
MUAH MUAH!!
Kebetulan anniversary mak abah jatuh pada 23 Ogos – time raya. WAHH, apa lagi, kami plan buat surprise utk mak abah.. kita buat party jimba jimba.. hahahah… venue?? Kat rumah adik.
Siang tu kami dah siap2 g cari bunga tuk mak
abah. Kami cuma maklumkan pada mak abah, malam tu nanti kami nak buat makan2,
BBQ kat rumah adik. Mak abah ok je.
Party start after maghrib dlm jam 8 gitu.
Teh n noor sponsor kek, saya dgn adik g beli bunga.. rasanya bunga la hadiah
paling senang dan mak abah pun suka hiasan bunga. Senang dan ringkas… puas la g riki2 kat area
Johor Jaya dan akhirnya jumpa!
So, mmg surprise la utk mak abah tatkala
kami bawa keluar kek dan nyanyikan ALLAH SELAMAT KAN KAMI! Kesahnya mak tak
perasan hari tu hari ulang tahun perkahwinan nya…. Yg ke berapa?? Yang ke 45
TAHUN!
Kami doakan semoga mak abah bahagia, murah
rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik, semoga hajat mak abah utk menunaikan
haji tahun ni termakbul dgn haji yg mabrur dan of course WE LOVE YOU BOTH!!