Khamis, Jun 27, 2024

FAMILY TRIP DENGAN NMAX KE DUNGUN, TERENGGANU - PART 2

Day 2 - 16 Jun 2024 (Ahad)

Assalamualaikum wbt.

Afi masih dedar. Sebelum tidur semalam, sebiji lagi ubat demam ditelan.

Pagi tu, kami jalan-jalan di tepi pantai selepas subuh.  Pusing2 di jalan kampung utk mencari sarapan.  Tidak pergi jauh, hanya di sekitar homestay saja.  Hadid tak moh ikut, so firas bawa satu motor nmax.  

Mungkin terlalu awal, tidak banyak warung yang dibuka.  Kami bermotor sehingga ke Pantai Teluk Gadong.  Suasana sunyi sepi. Takde kenderaan.  Sebelum ni aku bayangkan tentunya Negeri di pantai Timur meriah dan sesak dengan keluarga yang balik kampung untuk meraikan AidilAdha. Tepi meleset tekaan aku.  Masa ride semalam pun tak banyak kereta.  Agaknya mmg tak ramai balik kampung kali ni.

Kami breakfast di sebuah warung dan tapau makan untuk hadid.

Untuk aktiviti hari ni, kami akan ke Kuala Terengganu.  Jauhnya dari homestay lebih kurang 80KM.  Aku nak menikmati pemandangan pantai di sepanjang Dungun ke Kuala Terengganu.  Banyak tempat yang boleh kita ziarah, tp dalam keadaan Afi yang tak berapa sihat, maka agak terbatas waktu utk berziarah.

Jam 11.30pg kami bersiap2 untuk bergerak ke Kuala Terengganu.  Afi nampak ok utk pagi ni.  Badannya saja dedar.

Kami singgah di Pantai Jambu Bongkok sekadar utk melihat suasana pantai.  Beberapa ekor lembu diikat di batang pokok kelapa berkemungkinan besar utk acara korban esok.  Esok sambutan Hari Raya AidilAdha.

Suasana sunyi sepi sekitar kampung.  Menyelusuri persisiran pantai laut lepas Cina Selatan, begitu mendamaikan.  




Kami teruskan perjalanan dan berhenti di stesen minyak utk belikan Afi panadol.  Aku lupa nak bawa ubat afi.

Kami berhenti makan di Pantai Kelulut.  Cantik betul pemandangan laut. Orang ganu dah tak heran rasanya dgn suasana laut ni.  Lepas makan, kami berehat, membentang groundsheet di atas pasir di bawah pokok kelapa.  Afi mula pening lalat.  Katanya nak berbaring.  Sejam juga kami berehat kat situ.  

Jam 3 lebih kami gerak ke Masjid Kristal, Kuala Terengganu.  Taman Mini Tamadun Islam sedang dalam penyelenggaraan, tak dapat lah kami buat lawatan ke situ.  Kedudukannya bersebelahan sahaja dengan Masjid Kristal. 

Tidak lama kami tiba di Masjid Kristal, azan Asar berkumandang.  Maka bersolat lah kami di Masjid Kristal.  Selesai solat, dan bersiar di sekitar kawasan masjid, kami nak bergerak ke Kg Losong utk makan keropok losong.  Cuaca nampak mendung dan tanda2 hujan nak turun.  Masa kami gerak ke motor, hujan dah mula rintik2.  Kami bersiap pakai baju hujan.   

Kedudukan Kg Losong tak jauh pun dari Masjid Kristal.  Tak sampia 5 minit kami dah tiba di Kg Losong.  Hujan dah lebat.  Kami berteduh kejap utk betulkan pemakaina baju hujan.  Nasib baik ada baju hujan utk Afi dan Firas dalam motor NMax yang di sewa.  

Kami menuju ke Keropok Warisan Losong. Kami nak makan losong di situ.  Hujan selebat alam.  Tak ramai di kedai makan. Rata2 hanya membeli keropok losong utk di bawa balik  







Memang sedap betul keropok losong ni. Apatah lagi makan panas2 di waktu hujan.  Kakak di kedai bertanya, kami dari mana bermotor waktu hujan? katanya baru hari ni hujan setelah beberapa lama tak hujan.  Satu piring losong tu harganya RM5.  Kami tak memborong losong, sebab tak de pula tempat nak simpan losong tu bila nak balik KL nanti.  Storage sangatlah terhad.  Inshaa Allah next time kami datang lagi.  Memang kena repeat trip ni.

Sebaik hujan reda, kami beredar utk balik ke homestay, cuma tiba di trafik lite tak jauh dr kg. losong, aku mula teringat yg kita tak sampai lagi ke jambatan terangkat Kuala Terengganu.  Tak jauh pun dari situ, lebih kurang 5-6KM dan afi pun berminat utk melihat sendiri jambatan yg menjadi salah satu tarikan pelancongan di KT.

Jam dah lebih dari 6.30ptg.  Bergambar sekejap di jambatan dan kami mula gerak balik ke homestay.





Alhamdulilah sepanjang perjalanan kami ke homestay, dah tak hujan. Kami tiba di homestay dalam jam 8 malam.  Malam ni kami hanya berehat di homestay sahaja.  

Aku minta ariq basuh baju dan ke dobi utk dryer baju.  Lapang dada bila dpt kurangkan baju kotor.

Agak malam, pogie masak maggie utk kami.. hahaha trip ni sangat laa sempoi.. jangan tanya kami pergi food hunting atau tak... kami bukan jenis pemakan... ampun ye... 

Keesokkannya kami akan gerak balik ke Kuala Lumpur.  Semoga Allah permudahkan perjalanan kami esok.

Isnin, Jun 24, 2024

FAMILY TRIP DENGAN NMAX KE DUNGUN, TERENGGANU

 

15 Jun 2024 (Sabtu)

KL - Karak - Temerloh - Maran - Gambang - Kuantan - Dungun

Assalamualaikum wbt.

Lama dah aku merancang untuk trip NMax dengan family ni.  Kat 2 bulan juga aku merancang dengan booking homestay dan juga 2 buah Nmax utk Hadid dan Ariq.  Ingin merasa ride motor dgn anak2 ke negeri Darul Aman.  Cadangan tarikh adalah pada 15 hingga 17 Jun 2024 (Sabtu - Isnin), bersempena dengan Hari Raya AidilAdha.  Aku plan nak jumpa ustazah yg mengajar anak2 ni mengaji.  Kat 3 tahun juga dia mengajar secara online dan budak2 dah nak khatam.  Alhamdulillah.

Perancangan  awal x mendapat izinNya, ditakdirkan afi demam dan syukur juga negetif influenza A. Motor sewa dah kami ambil, homestay pun dah bayar penuh.

Aku tak merungut, sesungguhnya aku sgt percaya pada perancangan Allah.. 

pogie bg cadangan utk aku gerak dgn 2 motor dulu. Dia akan menyusul kemudian kalau afi dah kebah. Aku masih berkira2. Route yg aku rancang adalah melalui raub - gua musang - tasik kenyir  - kuala dungun - dungun. Tp kalau aku dua motor jalan dulu, aku tak konfiden.  Jadi, aku berfikir2 lagi... 

Hadid offer diri nak jaga afi, maksudnya, dia dan afi tak ikut g ride.. tp aku xkan sampai hati nak tinggalkan afi. Malam tu badan afi panas tp cepat juga berpeluh. 

Sepatutnya Sabtu subuh kami dah gerak. Tp aku masih berlengah.. melayan afi.. carikan breakfast.. baju dah siap kemas dr malam tadi kecuali baju afi. Sesungguhnya sejak malam tadi aku hanya berserah pada Allah. Maka elok lah aku bertenang mengikut rentak. Kerana andai kata tak menjadi yg dirancang, ianya bkn rezeki kami. 

Seusai subuh, aku gerakkan afi.. badan sejuk dan berpeluh.. tanda2 kebah.. disuruh bangkit disuruh mandi dan makan.. Alhamdulillah afi bangkit.  Aku rasa lega.  Aku kemaskan baju afi.  Lepas mandi, afi nampak bertenaga. 

Afi tak nak ketinggalan dalam trip ni. Kata nya dia ok dan akan cuba ok. 

Aku pesan kat afi.. kalau nak apa2 bgtau ayah.. nak benti ke.. lapar atau nak air sebab afi akan dibonceng ayahnya.

Kami melangkah keluar rumah dgn niat bermusafir, dituruti ayatulkursi dan doa dipanjatkan kepada Allah Taala supaya perjalanan kami lancar dan jauh dari musibah. Bismillahi tawakkaltu alallahi..

Jam 9 kami bergerak dr shell desa petaling ke karak melalui highway gombak.  Tol Gombak sesak teruk - tak bergerak.  Sampai di petronas highway hala karak, afi minta berhenti, nak muntah katanya.. badannya seram sejuk. Terus aku gosok belakang badan afi dan sapu minyak angin kat belakang tengkuk, kepala dan tapak tangan. Bila afi dah lega sikit, kami teruskan perjalanan. Kami masuk jalan dalam dari karak. Ikutkan pogie, nak terus ikut highway, tp pendapat aku, kalau highway payah nak berhenti kalau apa2 jadi kat afi.  Sebaik keluar dr highway afi minta benti sekali lg.. tak sedap badan katanya.  Afi dah duduk atas rumput. Aku pujuk afi utk bertahan, kita cari masjid dan boleh berehat di masjid.  Masjid pertama kami Masjid As Salam di karak. Duduknya di atas bukit.. Ada satu wakaf di tepi masjid dan kami terasa berangin bila kami berehat di wakaf. 

Jam lebih kurang 10.40pg.. Biar afi lena sekejap.  Badannya dah mula panas balik. Pogie carikan roti dan pisang goreng buat alas perut. Yang lain amik kesempatan untuk berbaring. Firas & ariq berehat di dalam ruang legar masjid.. sejuk katanya.. 

Tgn kaki afi sejuk, dahinya panas. aku cuba buat plan B tp mcm mustahil. Kalau keadaan afi lebih teruk, mungkin aku cari hotel je kat sini. Harap afi demam biasa je. Kalau demam biasa, esok blh kebah dah.. jangan la dia kena influenza.  Aku tanya afi, sakit badan ke tak? Tak katanya, cuma tak sedap badan dan tak larat.

Jam 11.40, aku cuba gerak afi.. bgtau perjalanan seterusnya kita ke temerloh yg lebih kurang 55km - kurang sejam. Afi pun sedaya upaya bangun.. kesian dia. Tapi kagum juga dgn dia yg gagah dan gigih. Kita buat trip ni berbaloi ye afi.

Jam satu lebih kami tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Besar masjid ni.  Cuaca panas betul.  Ada walimatulurusdi luar masjid. Kelihatan seperti dah nak bersurai.  Yang lelaki terus ke dalam masjid.  Aku ke bahagian tempat solat wanita.  Tak lama aku nampak afi solat jamak.  Budak2 amik kesempatan berbaring di dalam masjid, melepas lelah.  

Sepanjang perjalanan tadi, dari Karak ke Temerloh, mmg tak banyak kereta.  Banyak berselisih dengan lori.  Rasanya kenderaan semua ikut highway.  Highway pun tak jem.  Agaknya tak ramai yg balik kampung.  Jalan dalam mmg lengang.

Jam 2.30 ptg kami dah siap sedia di motor.. .afi nampak ok... on off demamnya.. bertahan ye afi... kami makan tengah hari di deretan kedai makan kat Pasar Temerloh.  Lebih kurang jam 3.15 ptg kami gerak ke Maran yang lebih kurang 50KM jauhnya.  Jam 4 petang kami berhenti di Petron, Maran. Berehat sekejap, sambil topup air dan juga mengalas perut dengan roti.

Tak banyak kereta pun sepanjang perjalanan kami ke gambang.  Cuaca dah mula redup.

Kami teruskan perjalanan ke Gambang.  Sampai gambang dalam jam 5.00 ptg. Kami berehat di Taman Tasik Paya Besar, Gambang, seperti hentian rehat dan rawat yg punya kedai makan tp nampak agak tak terurus.  Tak tahu la sama ada baru di bina atau pun dah beroperasi.   Ada beberapa lot kedai makan bertutup, tgkkan pada wiring yang masih tak siap, seolah kedai2 makan tersebut masih belum beroperasi.  Tp keadaan kerusi dan meja makan agak usang.  Afi nampak ok.  Mengeluh bertanya jauh lagi ke perjalanan.  Kita baru halfway.  Masih berbaki 150KM lagi untuk sampai ke homestay.

Di Dungun, kami menginap di Homestay Memori, Pantai Sura, Dungun.  Homestay aku dah booking sebulan lebih sebelum perjalanan.  Homestay betul2 seberang pantai.

Perjalanan diteruskan.  Kami dah masuk sekitar kuantan dan memandangkan kami akan terus ke Dungun, maka kami tak masuk bandar Kuantan.

Tiba-tiba pogie berhentikan motor di sebuah restoran mamak, tak igt nama restorannya. Afi nak makan mamak.  Ok, kita layannn.. Kami gerak semula dalam jam 6 lebih.  Cuaca mula gelap.

Kami tiba di area Cherating suasana dah maghrib.  Kami berhenti sekali lagi utk solat dan rehat di Masjid Hadhari, Paka.  Jam 8.00 malam kami gerak semula terus ke Homestay Memori, Pantai Sura, Dungun.  Alhamdulilah, kami selamat sampai jam 9 malam di homestay.

Badan agak keletihan, bersih kan badan dan berehat.  Homestay ni ada 3 bilik, beraircond di semua bilik termasuk ruang tamu.  Ada mesin basuh juga. Rumah jenis Semi-D.  Malam tu aku basuh baju siap2. Paling2 esok pagi dah kering memandangkan semua pakai baju jersey dan jenis dryfit.  Baju nipis dan ringan.  Memandangkan storage motor yg terhad, kami mmg tak bawa banyak baju.  Jadinya baju kena basuh.  Kedai dobi pun ada disekitar homestay.  

Afi makan ubat demam.  Biar dia cukup rehat.  Malam tu aku dgn pogie keluar utk beli nasi.  Ada yg lapar. 

Memang banyak kedai makan di sepanjang pantai, cumanya dah kat jam 10.30 maka ramai dah tak amik order sebab kedai nak tutup.  Nasib kami agak baik. Ada satu kedai makan masih menerima tempahan. Aku order nasi goreng kampung 4 bungkus, kita akan share makanan ni.  Harga agak mahal pada aku. Tgkkan masakan berlauk ikan pun leh tahan harganya.

Alhamdulillah, utk perjalanan hari ni, Allah banyak membantu kami.  Terima kasih kerana memberikan sedikit kudrat buat Afi dan kesabaran kepada kami melayan kerenahnya.. 

bersambung hari ke-2...

Pantai Sura

Kami di masjid Temerloh.

Baring sekejap sebelum kami lunch di Temerloh.

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...