Day 2 - 16 Jun 2024 (Ahad)
Assalamualaikum wbt.
Afi masih dedar. Sebelum tidur semalam, sebiji lagi ubat demam ditelan.
Pagi tu, kami jalan-jalan di tepi pantai selepas subuh. Pusing2 di jalan kampung utk mencari sarapan. Tidak pergi jauh, hanya di sekitar homestay saja. Hadid tak moh ikut, so firas bawa satu motor nmax.
Mungkin terlalu awal, tidak banyak warung yang dibuka. Kami bermotor sehingga ke Pantai Teluk Gadong. Suasana sunyi sepi. Takde kenderaan. Sebelum ni aku bayangkan tentunya Negeri di pantai Timur meriah dan sesak dengan keluarga yang balik kampung untuk meraikan AidilAdha. Tepi meleset tekaan aku. Masa ride semalam pun tak banyak kereta. Agaknya mmg tak ramai balik kampung kali ni.
Kami breakfast di sebuah warung dan tapau makan untuk hadid.
Untuk aktiviti hari ni, kami akan ke Kuala Terengganu. Jauhnya dari homestay lebih kurang 80KM. Aku nak menikmati pemandangan pantai di sepanjang Dungun ke Kuala Terengganu. Banyak tempat yang boleh kita ziarah, tp dalam keadaan Afi yang tak berapa sihat, maka agak terbatas waktu utk berziarah.
Jam 11.30pg kami bersiap2 untuk bergerak ke Kuala Terengganu. Afi nampak ok utk pagi ni. Badannya saja dedar.
Kami singgah di Pantai Jambu Bongkok sekadar utk melihat suasana pantai. Beberapa ekor lembu diikat di batang pokok kelapa berkemungkinan besar utk acara korban esok. Esok sambutan Hari Raya AidilAdha.
Suasana sunyi sepi sekitar kampung. Menyelusuri persisiran pantai laut lepas Cina Selatan, begitu mendamaikan.
Kami teruskan perjalanan dan berhenti di stesen minyak utk belikan Afi panadol. Aku lupa nak bawa ubat afi.
Kami berhenti makan di Pantai Kelulut. Cantik betul pemandangan laut. Orang ganu dah tak heran rasanya dgn suasana laut ni. Lepas makan, kami berehat, membentang groundsheet di atas pasir di bawah pokok kelapa. Afi mula pening lalat. Katanya nak berbaring. Sejam juga kami berehat kat situ.
Jam 3 lebih kami gerak ke Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Taman Mini Tamadun Islam sedang dalam penyelenggaraan, tak dapat lah kami buat lawatan ke situ. Kedudukannya bersebelahan sahaja dengan Masjid Kristal.
Tidak lama kami tiba di Masjid Kristal, azan Asar berkumandang. Maka bersolat lah kami di Masjid Kristal. Selesai solat, dan bersiar di sekitar kawasan masjid, kami nak bergerak ke Kg Losong utk makan keropok losong. Cuaca nampak mendung dan tanda2 hujan nak turun. Masa kami gerak ke motor, hujan dah mula rintik2. Kami bersiap pakai baju hujan.
Kedudukan Kg Losong tak jauh pun dari Masjid Kristal. Tak sampia 5 minit kami dah tiba di Kg Losong. Hujan dah lebat. Kami berteduh kejap utk betulkan pemakaina baju hujan. Nasib baik ada baju hujan utk Afi dan Firas dalam motor NMax yang di sewa.
Kami menuju ke Keropok Warisan Losong. Kami nak makan losong di situ. Hujan selebat alam. Tak ramai di kedai makan. Rata2 hanya membeli keropok losong utk di bawa balik
Sebaik hujan reda, kami beredar utk balik ke homestay, cuma tiba di trafik lite tak jauh dr kg. losong, aku mula teringat yg kita tak sampai lagi ke jambatan terangkat Kuala Terengganu. Tak jauh pun dari situ, lebih kurang 5-6KM dan afi pun berminat utk melihat sendiri jambatan yg menjadi salah satu tarikan pelancongan di KT.


2 ulasan:
Terbaca part yg latest.. baru baca part ni.. baru tahu naik motor ke Terengganu.. alhamdulillah anak anaak semua hero.. mmg berani.. Makan kopok losong di sana mmg murah.. tapi rugi juga storeage tak besar tak blh bawa balik hihi.. insyallah next time.. Anak bujang masak maggi di malam hari mmg tebaikkk...
hahahaha maggie di mana2.. tu pun si afi sibuk tanya, takpe ke kita makan maggie ni.. kan boikot... hurmmm ..
Tu la, mmg tak dpt nak adjust tempat simpanan.. penuh dgn brg2 kami sahaja.. nak2 dua nmax tu tak de box, kalau tak ada juga ruang blh selit.. Terima kasih sudi membaca...
Catat Ulasan