Isnin, Disember 03, 2018

Short Vacation Bukit Fraser

Assalamualaikum wbt.

Uols, how's ur school holiday? Plan ke mana? Jauh, dekat? Xkesah lah ke mana pun, kan... 

Anyway, baru-baru ni aku sekeluarga g Bukit Fraser.  Dalam masa dua minggu aku naik sana 3 kali setelah sekian lama x menjejak kaki ke sana.  Bukan apa, last time pergi tahun bila ntah, rasanya masa afi kecik lagi, masa naik tu kami semua mabuk.  Masa tu naik dgn mak abah, abg sekeluarga, teh sekeluarga... ramai mabuk.  Sejak dari tu berkira betul nak naik Bukit Fraser.

Ok, ni info buat yg tak tau mana letaknya Bukit Fraser.  Ia terletak lebih kurang 38KM dari Pekan Kuala Kubu Bharu, Selangor.  Untuk ke sana, kita boleh melalui Pekan Kuala Kubu Bharu menuju ke Raub Pahang, yang mana, kaki Bukit Fraser terletak lebih kurang 30KM dari Pekan KKB. Kalau kita teruskan perjalanan dan tak naik ke Bukit Fraser, kita akan ke arah Raub, Pahang.  Bukit Fraser adalah di dalam Negeri Pahang. Sempadan Selangor dan Pahang adalah di kaki Bukit Fraser.

Daripada kaki Bukit Fraser ke Pekan Bukit Fraser adalah 8KM melalui jalan yang bengkang bengkok, bak ular kena palu.  Actually, jalan dari Kuala Kubu Bharu pun dah boleh tahan juga bengkang bengkoknya.  Nak2 selepas dari melalui Empangan Ampang Pecah dan juga Sg Chilling.  Masa tu bertabahlah dan siap2 standby minyak angin, asam kecut, gula2 berangin dan juga, jangan lupa, plastik sekiranya ada yang nak muntah.  

Owh ye, dah terlanjur kita lalu Empangan Ampang Pecah dan Sg Chilling, uols boleh menikmati pemandangan dan bergambar di kawasan empangan, manakala siapa yg suka nak bermandi manda, boleh juga ke Kg Pertak (Kg Orang Asli) (sila google), dimana disitu pun ada Sungai untuk bermandi manda, untuk camping dan disitu jugalah pendakian ke Bukit Kutu dan Gunung Rajah bermula.  Aku pernah lah memanjat Bukit Kutu... cisss, namanya Bukit tapi mengalahkan Gunung Datuk! Ampun, cukup la sekali dapat panjat sana. Kenangan betul!

Ok, seterusnya, selepas dari Kg Pertak, jalan depan lagi, uols akan jumpa Sg. Chilling. Sg chilling boleh mandi dan juga kalau uols masuk Kelah Sanctuary Sg. Chiling, boleh la bermain dengan ikan kelah dan berkhemah di situ.  Buat masa ni xdibenarkan bermalam.  Tepatilah syarat2 dan peraturan yang diberikan ye utk kesejahteraan, kebaikan dan keselamatan ikan2 kelah dan juga kita.

Maka selepas itu, bermulalah journey ke Bukit Fraser.  

Masa naik hari Jumaat baru-baru ni (1/12/2018), aku sekeluarga gerak lepas waktu pejabat (5.30ptg), kami perlu mengikut jalan alternatif yang WAZE bagi sebabnya Jumaat tu jem nya leh tahan hebat... tapi kita maklum saja hari Jumaat bukan waktu cuti sekolah pun gitu juga jemnya... tak hairanlah kan.  Waze minta kami ikut selayang, ampang hulu dan keluar di RASA.

Perjalanan malam lebih selesa nak dibandingkan dengan perjalanan di siang hari.  Cuaca sejuk, budak2 tak banyak kerenah dan boleh lelap mata.  Tapi.... tak de maknanya ye.. anak2 bising kepochi dlm kete, aku yg mabuk... pening arrrr...

Suasana malam tu, sunyi, boleh kira kurang 10 buah kereta yg berselisih dengan kami malam tu.  Yang naik atas pun hanya kami je time tu.  Sejuk, masa dah memanjat ke Bukit Fraser tu, kami buka tingkap... nak rasa kedinginan malam.  Ada waktu macam gerimis, tp kejap2 je.  Kami tiba di Pekan Bukit Fraser jam 9.00mlm.

Aku tempah PUNCAK INN dengan mengambil bilik keluarga melalui agoda.  Harga Agoda pada waktu tu RM170++ tp sebab aku ada point, maka aku hanya perlu bayar RM82++ jer.  Bilik selesa, terletak di tingkat 3, kena menapak naik, tak sesuai utk senior citizen yang sakit lutut dan semput.  Aku puas ati dengan bilik dan kedudukan bilik yang mengadap Menara Jam Bukit Fraser dan sebahagian besar pekan bukit fraser yang tak berapa besar tu.  Bilik punyai 1 Double Bed dan 1 sofa bed.  Aku dah siap2 bawa 2 buah sleeping bed.  Kemudahan di bilik, ada almari baju, meja solek, cermin, TV LCD, kettle jug, meja tamu, blk air ada shower & heater, tuala mandi (2) dan ada peti ais juga.  Untuk makluman, siapa yang amik bilik di tkt 2, view tak berapa menarik ye sebab ngadap bumbung tingkat 1.  Tapi kalau uols tak kesah dengan view, ok jer bilik di PUNCAK INN ni.  Kita pun nak abiskan waktu jalan2 kan.

Lepas check in, kami bergegas g cari kedai makan.  Kena naik ke atas bukit sikit sebab kedai makan kebanyakannya tutup pukul 10.00mlm.  Rezeki kami ketemu sebuah kedai makan yg belum tutup dan hanya boleh order goreng2 jer.  Aku & pogie order nasi goreng petai, ariq hadid firas order nasi goreng pataya, afi pulak kuew teow goreng.  Sejuk dah masa tu.  Lepas makan, kami ambil gambar di sekitar Menara Jam Bukit Fraser.  Ada juga pengunjung lain yang bergambar sekitar situ.  

Nak dibandingkan dengan mungkin 6-7 thn lepas, Bukit Fraser kini kurang pengunjungnya.  Masa aku naik tahun2 sudah, boleh tahan juga sesaknya di atas tu.  Mungkin sekarang ni banyak pilihan tempat lain yang lebih menarik dan tak perlu pening kepala mabuk bagai utk ke tempat sejuk.  Apapun, Bukit Fraser adalah tempat nyaman, aman dan menyejukkan untuk aku.

HARI KEDUA (2/12/2018)

Sesudah subuh, siap mandi, aku & Pogie g keluar dulu.  Free breakfast untuk dua org.  Tapi aku add on 2 dewasa & 2 kanak2.  Harga dewasa RM12 dan harga kanak2 RM8. Takpelah, rasanya pepagi tu tak de byk kedai buka lagi kot.  Makan situ je lah.  Breakfastnya simple.. .rasanya kena improve lagi lah.  Yg ada pagi tu nasi goreng, mee goreng, kentang + salimi daging, baked bean, telur dadar, roti & toaster, jem/butter/peantu butter, air kopis n tea, air jus n ais kosong. Ada buah tembikai & limau.  Patut ada telur utk separuh masak... or maybe kami paling awal sampai, maybe juga ada menu lain yg sedang disediakan.  So, makanlah sampai kenyang.

Lepas makan, kami ronda dengan berjalan kaki dari menara jam ke The Paddock di mana kuda2 ditempatkan dan untuk pengunjung merasai menunggang kuda.  Memandangkan hanya afi jer yang belum merasa naik kuda kat situ, maka afi n firas pun merasalah menunggang kuda, walau hakikatnya kuda tu ditarik abg2 yg mengendali kuda disitu.  Harga untuk kanak2 RM6 ke RM8, tak ingat pulak.  Tapi kalau dewasa + kanak2 naik satu kuda RM10 jer. Dapatlah pusing satu round kat situ.

Dekat The Paddock tu ada archery.  Kalau nak memanah bolehlah cuba.  Harganya untuk 10 batang RM10 kalau tak silap.  Ada juga aktiviti menyumpit. RM 10 juga harganya.  Tak sure byk mana dia kasi bullet sumpit tu.

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Allen's Water.  Apa kita boleh buat di Allen's Water ialah menaiki paddle (kayuh kaki tu) dan bagi ikan makan.  Aku amik 3 boat, utk 6 orang.  Hadid naik dgn Afi, Ariq dengan Firas, Pogie of course dgn aku lah... Harga satu boat RM8 untuk 15 min sahaja. OK lah kan, nak bagi budak2 merasa.  Macamlah tak pernah naik. Sesekali jumpa jadi la jakun dan excitednya.  Nak bagi makan ikan, belilah dedak kat gerai yg ada kat situ.  Satu plastik kecik tu RM1. Aku beli 8 plastik.  Saja sedekah kat ikan makan.  Lepas tu kami keluar dari Allen's Water tu, sebelah kiri sikit tu ada kebun.  Bunga ada, buah ada, sayur pun ada.  Depan pintu masuk tu ada meja dengan payung. Atas meja tu aku nampak strawberi (stoberi) dua polisterin.  Dah terliur dah.  Nak grab cepat.  Budak2 pun masuk. First aku amik dulu dua poliseterin stoberi tu. Setiap satu RM15.  Lepas tu aku amik tomato kecik2 tu RM10 satu plastik.  Lepas tu beli halia bentong, member kirim RM7/stgh kilo.  Cukup lah tu je aku beli sebab minggu sebelum tu aku datang, dah byk borong situ.  Cuma kacang tanahnya utk hari tu tak berapa lawo, so, aku tak amik.  Yang aku beli sebelum tu, kacang tanahnya sedap, lemak dan rangup.  Tu mmg freshlah aku kupas dan makan gitu je.  Bila balik, aku stim... mmg sedap dan rasa lemak.  Harga sekilo RM14, ritu aku beli RM7 je.

Budak2 ni dpt lah petik tomato dari pokoknya. Stoberi byk tak masak lagi.  Masa aku mai minggu sebelumnya, baru aku tau kat Fraser's Hill ni ada stoberi.  Tahun2 sebelum tu aku datang, tak de pun perasan org jual stoberi.  Skrg ni ada dah dan ada juga org jual stoberi coklat fountain.

Selesai kita di kebun tadi tu, kami teruskan perjalanan untuk balik ke pekan semula.  Jam masa tu dah kat pkl 10.30.  Sampai PUNCAK INN, bergolek kejap dan mula mengemas.  Lepas check out, kami nak pergi Air Terjun Jeriau yg letaknya 4KM dari Pekan Fraser's Hill. Check out pkl 12.00t/h.

Ni first time aku ke Air Terjun Jeriau.  4KM mcm dekat.. tp leh tahan gak lah.  Mudah juga nak jumpa pintu gerbangnya. Jelas tertulis di pintu gerbang "TAMAN EKO RIMBA JERIAU".  Tempat parking pun ada. Masa sampai ritu, ada lebih kurang 6-7 kenderaan yg parking.  Aku agak mcm ramai nyer.... haha.. ko igt dunia ni ko je yg idup dude??? cisss...   Parking kat luar tu free jer, dan actually aku tak nampak lak org jaga kuanter ker, tukang kebun ke, or org yg bertanggungjawab menjaga kawasan tu.  Suasana sunyi sepi, dengar bunyi air sungai jer.  Kita perlu menapak lebih kurang 15 min (kaki aku panjang dan aku jalan laju) utk tiba ke Air Terjun Jeriau.  Haha.. bukan budak2 jer teruja, aku pun teruja tgk air terjun tu... tidak lah tinggi, tapi cukup buat aku excited.  Air nye jernih, sejuk lah juga... cuma aku tak mandi lah... tempat persalinan byk, malangnya kotor dan tak diurus dengan baik.  Budak2 laki ni senang je nak tukar baju.  tapi kalau perempuan macam kita, leceh lah sikit.  Tandas pun kotor.  Ada surau, tp berkunci. Ada gerai tapi tak buka.  Masa aku datang tu, tak ramai pun orang.  Sebab situ pun xdelah apa sangat, air terjun pun ciput jer, budak2 lah seronok mandi n main pasir. Lepak2 dalam sejam gitu, kami pun beransur pergi.

Kami naik semula ke pekan Bukit Fraser dan ke tempat makan. Kawan teh (abg aku no. 4) maknya ada buka kedai makan kat kat situ.  Kami makan tengah hari kat situ. Tengah hari tu ramai juga org.  Bersebelahan dengan kedai makan tu, ada foodcourt (tapi tak byk gerai buka), ada playground dan taman mini. Ada surau, ada bilik air.

Selesai makan, maka kami pun beransurlah untuk balik ke Kuala Lumpur semula.  Puas berjalan, bergambar, bersuka ria tengok keindahan alam dan menikmati udara segar dan beraktiviti.  Budak2 pun happy.  Otw balik budak2 tido dan aku pun mula melayu mata.  Sampai KL dalam pkl 4 lebih.

Selesai sudah percutian singkat kami di Bukit Fraser.  Berikutnya adalah gambar yg diambil semasa di sana.  Enjoy your viewing... 











































Maaflah, gambarnya tak teratur... 

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...