Sabtu, Oktober 03, 2020

Hobi Berbasikal

Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh aku tak mencurah cerita di Blog.  Tak aktif sungguh.  Semua cerita aku titipkan kat FB aku. Mudah pun mudah.  Ni aku buka blog ni sebab aku teringat dan terkenang nak bercerita aktiviti aku terkini.

Kalau dulu, aku suka juga ikut pergi hiking ke gunung dan bukit, walau tak banyak tpt aku panjat tp ada juga lah pengalaman aku mendaki gunung G7 dan Gunung Kinabalu.  Pengalaman meredah sungai, memanjat tengah malam, melihatkan sunrise dan mcm2 lagi.  

Tapi sejak MyIPO menganjurkan IP Fun Ride MyIPO pada Mac 2018, aku dan hb dah mula berjinak2 dengan dunia basikal pula.  X juga merata kami pergi, kami pergi pun ulang tempat yang sama.  Cuma aku sukakan berbasikal skrg ni dari aktiviti outdoor yang lain. 

Untuk permulaan, aku dgn hb hanya memiliki basikal 2nd hand saja dan mengikuti aktiviti fun ride sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan Selangor.  Lama-kelamaan kami mula cari route yg sering menjadi kegemaran para cyclist seperti route Gombak - Genting Sempah, Gombak - Janda Baik, Genting Peras Hulu Langat, Putrajaya, Sekitar Kuala Lumpur dan yang paling suka sekali ialah Sg. Chilling ke Kuala Kubu Bharu.  

Aku tak punya modal besar untuk memiliki basikal yang baik, cumanya rezeki hb aku dpt carikan basikal 2ndhand yang bagus dgn harga yg mampu kami milik.  Percayalah, basikal aku dibawah RM2k sahaja.  Lain2 parts kami upgrade sendiri tambah sikit2 mana yang perlu.  

Daripada aku dgn hb aku yg mengayuh, aku ajak member lain juga join kami.  Seorg, dua org, tiga org... seronok berbasikal beramai2 ni.  Tapi tulah, aku sorang je perempuan skrg, xde geng sejantina yang lain yg nak berbasikal mcm aku.  Huhu... tapi tak pe, kami ride berdua pun ok juga.  

Laki aku, pogie pun dah mencebur diri dalam perniagaan basikal.  Agak aku hampir 50 lebih biji basikal telah dijual.  Skrg dia jual sparepart dan accessories basikal.

Aku pun byk merasa jenis basikal. Kebanyakan basikal aku pakai, dibeli kawan2 sekerja.  Skrg aku punya 2 basikal sahaja. Satu RB, satu lagi buat touring.  Kini aku bercita2 nak touring kalau ada kesempatan.  

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...