Assalamualaikum wbt.
17/6/2024 (Isnin) - Day 3
Subuh lagi dah dengar takbir dari surau2 berdekatan. Yang benarnya dari malam tadi lagi dah kedengaran takbir raya dari surau yang sama.
Pagi tu kami bersiap-siap. Afi seperti sebelum ni, lemau je. Nanti kita cari breakfast di mana-mana sepanjang perjalanan balik nanti. Untuk perjalanan balik hari ni, kita akan masuk highway.
Jam 8.30 dgn lafaz bismillah kami gerak ke Kuantan. Suasana jalan raya lengang. Tidak sibuk pun. Ye lah, pagi raya semua di rumah kan.
Masa aku kecik dulu - sekolah rendah, kami di JB tidak menyambut hari raya korban ni. Takde pun beria masak, yg aku tahu masa tu, abah akan sibuk di masjid utk membantu melapah lembu korban. Selain tu, aku akan duduk mengadap tv dan yg pasti hari tu adalah hari cuti sekolah. Dulu aku mengagak raya haji ni raya utk org tua2 je. Khusus utk atok2 dan nenek2. hahaha
Bila aku berkahwin dgn pogie yg asalnya dari perak, baru la merasa sambutan hari raya haji ni. Keluarga mertua pakat memasak utk meraikan. Seolahnya nak menyambut raya puasa. Tapi takde la beria pakai baju dan bersalam bermaafan.
Kami singgah di stesen minyak utk mengisi minyak. Waktu tu jam belum pkl 9, aku dah beria nak masuk dalam kedai utk beli roti mengalas perut. Tp aku ditegur oleh attendant minyak katanya kedai buka pkl 10. Tepuk dahi jap aku.. Ko skrg berada di pantai timur dude.. hari raya kan... aku rasa semua kedai di stesen minyak hanya akan buka pkl 10. Kami teruskan perjalanan.
10.15 - tiba Cherating
Satu kedai pun tak buka. Memang la kan. Aku berkira2 utk makan fast food je. Aku google cawangan Merrybrown dan ada di Balok. Kami menuju ke sana. Merrybrown ni di dalam stesen minyak balok. Afi dah pening2 lalat. Pkl 11 pagi. Mmg rasa lapar juga ni sebab tak de makan apa dari pagi. Kesian afi. Dia taknak duduk kat dalam sebab sejuk katanya sedangkan dia pakai jaket. Demam nak datang balik la tu. Lama juga kami di Merrybrown ni. Dalam jam 12.20 tengah hari kami teruskan perjalanan balik.
Masuk highway arah selatan dari Kuantan. Dalam kondisi afi yang tidak sihat, kami berhenti di hampir semua perhentian sepanjang highway. 1st rnr adalah RNR Kuantan Selatan. Afi dah flat. Padan mula panas balik.
Aku mula mendemah afi. Biar dia rehat sebaiknya. Dalam tak larat mcm tu sampai juga dia ke Kuala Terengganu. Diam2 aku pujuk afi... bagitau kita akan ke RNR seterusnya. Dalam setengah jam lebih kurang. 2.00 ptg kami gerak ke RNR Gambang Barat.
Kami tak berhenti lama di RNR Gambang ni. Kami teruskan perjalanan ke RNR seterusnya.
Kami berhenti lama juga di RNR Temerloh. Siap makan, tunggu afi solat, sebab tadi dia tak larat solat... lepas tu masa kami nak gerak, hujan dah rintik2. Maka semua pakat ready dgn baju hujan masing2. Aku siapkan afi. Dia pakai baju dua lapis. Aku pastikan dia kalis air.. hahahaha.. pakai elok2.. ni termasuk firas.
Perjalanan kami ke RNR seterusnya, kami menempuh hujan yg lebat. Motor pun di pandu 80km/j. Perjalanan jadi perlahan sebab hujan turun berserta angin kuat. Kalau sapa tak pakai full glove mmg sakit tangan... aku duduk belakang pun tak tahan.
Next RNR Lanchang. Berhenti motor, kami terus menuju ke wakaf. Hentian Sebelah Lanchang ni tak besar, tp ramai org waktu tu. Wakaf tempat kami berehat tu adalah wakaf abang2 sekuriti letak brg2 mereka. Kami tumpang sekejap, budak2 ni terus buka baju hujan masing2... afi firas je tak lencun sebab diorg mmg pakai baju hujan yg sebenar... aku pakai jaket office je. Alhamdulillah.. afi nampak ok. Kami cari kudap2 kejap. Tak lama kami teruskan perjalanan terus ke RNR Genting Sempah.
Perjalanan yg ini amat mencabar ye.... Dengan hujan lebatnya, kita pula melalui tanah tinggi, Ya Allah aku kesejukan betul. Menggigil atas motor. Selama ni berkayuh dalam hujan takde la rasa sesejuk ni. Motor pogie depan, hadid dan diikuti ariq dan aku.
Tiba di RNR Genting Sempah, aku terketar2. Aku lega afi firas masih kalis air. Hadid pakai full glove, agak selamat utk dia tp kami semua lencun. Aku mcm nak suruh ikut jalan lama gombak, tp pogie tak nak, katanya lagi bahaya dalam keadaan hujan lbat mcm ni. Aku seriau sikit ikut highway genting sempah ni dalam keadaan hujan lebat dan berselisih pula dgn lori kereta.
Jam masa tu dah pkl 6.30 petang. Kami gerak ke Kuala Lumpur. Malam nanti nak kena hantar motor balik ke tuannya badan. Sepanjang perjalanan dari Genting Sempah ke KL, aku menggigil kesejukan. Mengharapkan hadid dan ariq juga bertahan. Elok juga naik motor ni boleh cilok2 sikit dan tak la menghadap jem jalan raya.
Alhamdulilah, akhirnya kami sampai rumah tepat jam 8.00 malam. Lega sungguh rasanya.
Pengalaman pertama berjalan jauh dengan bermotor, bawa pula anak yang demam, memang satu pengalaman yg tak boleh dilupakan. Sangat2 mengajar aku untuk sabar, bertimbang rasa, fleksibel dan juga memanfaat masa dan juga ruang yang ada. Maksud aku, tidak lah aku menggesa, tidak lah aku terkejar2, kelam kabut dan juga tension sebab perjalanan ini tidaklah seperti yg dirancang. Semua pun berhikmah.
Anak2 aku yg lain pun sabar je... tak menggesa dan menurut je.
Maybe aku akan repeat trip ni ikut laluan yg aku rancang dulu. Mungkin hanya aku dgn pogie je.. tgk lah mcm mana...
kalau aku nak bermotor dgn anak2 pun maybe aku bawa ke Melaka. Dekat sikit dan sgt sesuai bermotor kat sana utk mengelak jem terutamanya.
Sekian, terima kasih... And Thank you Allah...


