Jumaat, Julai 22, 2022

AFI OH AFI....

Assalamualaikum wbt.

Semalam petang, aku balik dr opis, nampak afi duduk kat sofa.  Tak lama tu, aku join dia duduk di sofa.

Afi mula cerita....

Afi :    Ibu, tadi afi pergi masjid tadi masa asar (sebelum asar sebenarnya).

Ibu:    Afi dengan kawan afi berapa org?

Afi:     (sambil tunjuk 3 jari), Afi dgn dua org kawan afi, kawan afi tu sebenarnya dengan adik dia.

Ibu:    Afi buat apa kat masjid?

Afi:     Afi duduk kat belakang masjid, main lari2, lepak2...

Ibu:    Ada orang lain tak kat masjid? 

Afi:     Ada org lain, tp tak ramai.

Ibu:    Kawan Afi tu duduk sini juga ke?

Afi:    Tak, kawan afi duduk kat flat 4 tingkat bawah tu.

Ibu:    Oo ok... tak pe ke Afi duduk kat masjid?

Afi:    Takpe, saja je duduk sana.

          Ibu tau, kita kan ada RM11, lepas tu kita nak beli nasi kukus.  Nasi kukus RM6.00.  Lepas tu kita tak cukup duit RM0.50, kat afi ada lagi RM0.50.  

Ibu:    Nape nak beli lagi satu? Utk kawan afi? 

Afi:    Ye lah, dia pun nak makan juga.  Lepas tu kan, afi pergi kat masjid, afi minta pinjam kat sorg abg tu yg ada kat masjid RM0.50.  (Seterusnya dia cerita diselangi soaljawab ibu).  Afi cakap kat org tu, saya nak beli nasi kukus ayam tapi tak cukup 50sen, boleh tak pinjam 50sen? (ko rasa apa perasaan ibu ko anak ko minta duit kat org nak beli makan mahal gitu?) Org tu tanya afi, nasi kukus ayam tu berapa RM? Afi ckplah, RM6.00, behtu org tu tanya ckp ke 50sen? Afi cakap afi ada duit, cuma tak ckp 50sen je. Org tu pun kasi RM1 takut tak ckp duit.  

(Adoi, dia dah pandai minta duit org dah...) 

Ibu:     Afi balik rumah dulukan sebelum pergi masjid? lepas tu afi makan kat umah? nape afi nak makan lagi? 

Afi:     Kita mcm lapar, kena beli utk kawan juga.  Dia kongsi dengan adik dia. 

Ibu:    Kawan afi tak balik rumah ke? kawan afi tak makan?

Afi:    Rumah dia jauh sana.. (eh tadi kata kat flat bawah tu - sebelah masjid je)..

Ibu:     Habis tu duit afi habis la kan, RM11 tu.. 

Afi:     Ye, habis la dah beli makan.  Takkan afi nak makan sorg, kawan afi pun lapar.  Esok boleh tak ibu kasi afi RM15? (mata ibu dah besar....)

Ibu:    Afi, afi tau tak, nasi ayam tu mahal.. Ibu pun tak abis duit beli nasi hari2 mcm tu.  Lagi satu, afi dah makan... makan kat rumah lepas tu nak makan lagi.  Kawan afi tu mak dia tahu ke dia g masjid? Nape dia tak balik makan dulu lepas tu baru g masjid? 

Afi:    Mak dia ada, tp dia taknak balik sebab jauh... 

Ibu:     Kalau nak g masjid lepas ni, balik makan dulu, lepas tu g masjid.  Kalau afi beli makan ringan, mcm cendol ke.. nasi lemak singgit ke.. ok la.. berbelanja tu bagus, bagi org lapar makan pun bagus, tp yg tak bagusnya sampai minta kat org lain duit behtu beli makanan yg luar kemampuan kita.  Kawan afi, kalau boleh balik utk makan, pergi balik dan makan dulu.  Mak dia kena tahu yg dia keluar utk pergi masjid.  

Afi:    Ok ibu.  Tapi esok boleh tak afi nak pergi masjid lagi?

Ibu:    Boleh je pergi masjid, tp bila kat masjid kena la sembahyang, bukan balik sebelum org azan... (dia balik masa org azan asar - ibu tepuk dahi)

Afi:    Ok ibu. 

Ni kesah hari ni sebelum maghrib.

Tp kesah masa subuh tadi

Sebelum afi masuk bilik air, dia bebel kat ibu dia yg tengah gosok baju.

"Ibu sepatutnya gosok baju malam tadi, bukan afi yang lambat tau, ibu yang lambat.  Patutnya gosok la siap2 malam tadi.  Nanti ibu salahkan afi kata afi yg lambat."

Ibu terkedu. Ayah sengeh.

Kesah kat Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan.

Kami nak beli barang yg dipesan kawan2.. nampak durian, nampak rambutan.  Geram je tgk rambutan.  

Afi:    Ibu, beli rambutan... 

Ibu:   Nanti karang kita beli...

Afi:    Ibu ni kan, kalau ibu dengan ayah nak beli durian, terus je beli, tak de nak nanti2.. kalau afi minta, semua kena nanti2.. beli je la terus... ibu ayah boleh je beli terus....

Ibu:    (dalam hati - kene setepek) ok2, ibu beli... (kesian la kat dak ni, dah la susah nak dapat rambutan.... ) ... hihi...

Sekian.... 


       


 

Khamis, Julai 21, 2022

KE KELANTAN KITA...

Assalamualaikum wbt.

Aku dapat jemputan ke majlis akad nikah Along(lelaki), anak sulung mak ani (pengasuh anak2 aku) di Pasir Mas Kelantan pada 16 Julai 2022 (Jumaat) dan seminggu selepas umat islam menyambut hari raya Aidil Adha.  Kami dpt tahu 2 bulan awal, masa tu keluarga mak ani ni pergi merisik dan bertunang Along di Pasir Mas juga.  Aku terbuka hati nak hadir majlis Along sambil mengambil kesempatan untuk menjejakkan kaki di Negeri Serambi Mekah.  Sebelum ni, aku hanya sampai di Gua Musang dan Dabong je, tu pun sebab g panjat Gunung Stong di Dabong.  Bila bertanyakan pogie, pogie ckp, inshaa Allah, ada rezeki kita sampai.  Aku dah mcm teruja sebab mcm cerah je peluang nak ke sana.

Bila dah hampir masanya, aku minta cuti 2 hari dari bos, hari jumaat dan hari isnin.  Majlisnya hari Sabtu.  Aku tak tau nak menjangkakan perjalanan kami mcm mana.  Sebab 1st tu nak g sana.  Minggu tu juga budak2 tak sihat.  Afi Adnin demam dan selesema, bengkak tonsil, tak sekolah 2 hari dan dpt MC.  Hadir ke sekolah hari Khamis dan Jumaat tu aku cuti kan.  Firas juga tak ke sekolah, demam juga.  

Aku bgtau anak2 aku, utk ke Kelantan ni, aku nak bawa Afi je.  Memberitahu pada mereka, perjalanan ke Kelantan agak jauh dan hanya nak meraikan majlis Along, maka semua setuju utk tidak ikut, ringan sikit hati aku nak tinggalkan yg lain.  Aku siap2 bagitau Afi, perjalanan kali ni lebih lama dan memakan masa 7 jam lebih.  Kalau balik JB pun asyik tanya bila nak sampai, ni kan pula nak ke Kelantan.  Tp memandangkan dia sorg je dlm kereta duduk belakang, maka Afi rasa lebih selesa utk bergolek dan tidur dalam kereta.  Next time ibu bawa yang lain cuti di Kelantan pula.

En zul, bos aku juga asal daripada Kota Bharu Kelantan.  Banyak tips dan tempat2 makan dan shopping dikongsi.  Teruja aku.  Abg bob juga sibuk bg tempat makan yg sedap kat Kota Bharu.  Soh mencuba di sana dan sini.  

Aku dah booking bilik di Janna Residensi hanya berjarak beberapa langkah je dari Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.  Hotel kali ni mmg basic dan murah.  Satu katil king dan juga ada blk air.  Cukup la utk kami bertiga nanti.  Aku pasti kami tak duduk lama dlm blk, hanya utk mandi, solat dan tido je.  Harga bilik di RM70+ belum masuk cukai.  Ok la tu.

Aku bercadang utk gerak ke KB malam jumaat tu.  Tp pogie kata kita tido dulu.  Lepas tu bila2 bangun kita gerak.  Aku mengemas baju ala kadar, hanya satu bag baju je aku bawa.  Pogie satu bag baju.  Afi sibuk dgn dua bantal dan 2 toto.  Kami lelap awal malam tu.  

15 Julai 2022 (Jumaat) 

Jam 4.00pg aku terjaga.  Terus gerak. pogie dan kami bersiap.  Afi pun mudah bangun bila di kejut.  Aku kejut budak2 dan igtkan  utk solat subuh nanti.  Dan maklumkan kami nak gerak dah.  Pogie tinggalkan duit belanja utk makan dan ada juga beli ration utk budak2 di rumah - burger, roti, roti canai dan lain2.  

Kami gerak jam 4.50pg lepas isi minyak.. isi tangki penuh siap2 dlm RM105+ ... dah sampai sentul... baru laa aku teringat yg aku tertiggal baju kat dlm blk.  Baju dan tudung dah siap iron.  Pogie tanya nak patah balik ke tak.. dia kata boleh je kalau nak patah balik, tak jauh lg.  Aku kata, ikut la.. kalau tak de baju, mcm nak beli baju kat sana.. tp tu la.. dan pogie pun patah balik.  Aku rasa mcm buang masa je, tapi aku sabarr... sebab salah aku juga kan..

5.30pg kami gerak semula dari rumah.  

Jalan dah mula sibuk dgn kereta berbanding kami keluar sebelum jam 5 tadi.

Mula ikut highway Gombak, masuk Raub, pogie dan afi solat di masjid Raub.  Masa jam 6.45pg lebih kurang.  Hari mula terang.  Kami sambung perjalanan ke Kuala Lipis.  Ini 1st time aku masuk Kuala Lipis setelah berpuluh tahun, sebab sebelum ni masa kecik2 ada je kot abah ikut sini dulu2 bila kerja kat belah2 pahang sana.  Tapi kami tak masuk Bandar nya.  Jalan yg dipandu terus ke KB ikut jalan persekutuan.  

Jalan pun ok, masa ni tak byk kereta.. 

8.15pg Kami mula mencari tempat utk breakfast dan terjumpa satu kedai makan dan kami berhenti utk sarapan.   

Kami teruskan perjalanan ke Gua Musang dan tiba di Perhentian Gua Musang jam 9.20pg.  Aku dan pogie ambil kesempatan utk ke bilik air dan segarkan badan keluar dari kereta.  Suasana masih tak sibuk dan jalan masih lancar.  Tak banyak kenderaan dan ini cukup melegakan.  jalan sini cuma satu lane je.  Dpt kami bayangkan suasana jem waktu sambutan perayaan besar.  Member pernah sangkut 23 jam balik dr pantai timur ke KL tp masa tu dia ikut LebuhRaya Pantai Timur. 

Sebelum sampai Kuala Krai, kami dpt perhatikan ada jualan durian di beberapa tempat dari Gua Musang ke Kuala Krai.  Tiba2 pogie patah balik dan berhenti kan kereta di satu gerai durian.  Ada byk kawasan berpagar yg jual pokok durian kunyit. Disebelahnya, gerai jual Durian Kunyit. Satu kilo RM10.  Macam mana aku tau Durian Kunyit, sah2 besar dia letak banting Durian Kunyit kat situ.  

Mula aku tak turun kereta, xlama pogie dtg kat aku minta aku turun makan durian.  Dia ambil sebiji, RM20. Besar gak buahnya.  Bila dibuka, wahhh menarik... rasa seulas... sedappp nyaaaa gilerrrr... hahahaha.. maka aku pun makan kat 8 ulas kot.. lepas tu surrender... tak leh masuk dah..

pogie abis kan selebihnya.  Afi hanya perhatikan je... dia tak gemar durian.. rasa sikit pun tak mboh..  Afi suka rambutan.. nanti kita beli rambutan pula... Tp sampai skrg la aku teringat2 kat durian kunyit ni.. mmg marvelosssss



Lepas settle abiskan durian, kami gerak ke Kuala Krai dan tiba di sana jam 11pg.  Melalui pekan Manik Urai, teringat aku kesah banjir teruk yg melanda kawasan ni tahun 2014 kalau tak silap.  Aku membayangkan air setinggi bangunan sekolah.. Sedih bila teringat balik hal bencana alam. Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO ada menjenguk dan menghantar sumbangan di bbrp kawasan yg terjejas.  

Akhirnya kami tiba di Kota Bharu jam 12.30t/h.  Semua dah maklum, Kelantan dan Terengganu cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.  Maka mmg byk kedai tutup di kala ini.  Kami terus tuju ke bilik penginapan.  Tak susah cari tp bila tiba di sekitar pasar Siti Khadijah, suasana sungguh lengang.    



Ni kawasan ni lah kami menginap.  Rumah kedai yg diubahsuai sebagai hotel penginapan, dekat dgn istana kota lama dan tak berapa langkah ke Pasar Siti Khadijah.  Parking pun mudah.  

Turun dari kereta, aku perhatikan sekeliling, tak de kedai yg buka.  Sunyi sepi, pintu masuk ke hotel juga berkunci.  Alamak, mcm mana nih.  Aku cuba cari loceng, tak jumpa, afi cuba gegar grill dan terus bgtau aku, ada org turun dan buka pintu.  Kata org tu, mmg pintu ni dikunci, dan kita akan dpt kunci bilik dan kunci pintu masuk nih.  Setiap kali keluar, kalau boleh, kuncikan pintu di masuk.  OK.

Proses check in pun cepat je, aku rasa tak de org lain selain kami.  Kami berada di tingkat dua, sama level dgn officenya yg kecik molek.  Bayaran telah dibuat melalui Agoda, tak perlu deposit dan terus dpt kunci.  Bilik besar juga, katil bersaiz King dan sgt muat utk kami bertiga, sebuah bilik air, ada shower, cuma flush toiletnya dah rosak.  Ada tingkap mengadap belakang istana kota lama.  dan tak de TV ye... Almari besar, tp aku tak pakai almari tu sebab ada bau almari.. hahahahaha, ada sebiji kerusi malas. Pogie dan afi tunaikan solat jamak, dan kami bersedia utk keluar.  

Kami jalan ke Pasar, tp tak de kedai buka, ada 2-3 buah kedai makan yg buka tapi tak nak makan situ.  Kami gerak balik ke kereta dan decide utk ke Pantai Cahaya Bulan (PCB).  Jauhnya dlm 15 minit lebih kurang.  Bos aku ckp, situ ada seafood celup tepong.  Masa kami pergi tu jam dah pkl 3 lebih.  

Suasana pantai tenang je, tak ramai org lagi tapi byk kedai makan, yg jual air dan juga jual celup tepung.  Kami masuk kedai makan paling hampir dgn simpang masuk.  Tgk kan celup tepung nya tu, membuka selera, tp aku tak berapa lapar.  Afi terus booking satu pinggan udang celup tepung. 

Aku order air sirap, pogie dan afi ais kosong.  Nasi goreng USA satu, Nasi goreng kampung telur mata 2.  dan sepinggan Udang celup tepung RM10. Ada 5 ekor udang. Aku amik sekor, pogie amik sekor dan selebihnya utk Afi.  Saiz udangnya sederhana besar.  Cuma yg aku tak berapa gemar, mereka panaskan semula dlm minyak panas dlm kuali.  tak tau la nape tak berapa gemar.. dah terbyg kandungan kolesterol di situ... huhu





Selesai makan, kami ke tepi pantai.  Afi sekali lg minta utk beli lidi celup tepung.  Aku lanyan kan je.  Afi beli lima cucuk brsamaan RM5.

Kami lepak di tepi pantai.  Tak lama makin ramai pengunjung yg datang.  Cuaca tak panas sgt, tp rasa berbahang.  Cepat pula hausnya.  Kami gerak dr pantai tak lama lepas tu.  











Kami gerak ke Wakaf Che Yeh, lebih kurang 20 minit kot dr PCB.  Tp tadi masa aku lalu mmg kedai tak buka.  Aku tak dpt bayangkan mcm mana suasana Wakaf Che Yeh yang dikatakan meriah mcm pasar malam.  Bila tiba disana, org baru sibuk pasang kanopi, tp masih lengang, dan akhirnya kami decide utk jalan2 sekitar hotel saja.  Member aku bgtau, wakaf che yeh meriah di waktu malam.  Macam suasana uptown di Kuala Lumpur tp lebih besar dari Pasar Siti Khadijah.  

Kami gerak balik ke tpt penginapan.  Parking kereta dan berjalan di sekitar situ.  Barulah jumpa Restoran Nasi Ulam Cikgu yg rupanya tak jauh pun dr tpt penginapan, dalam 3 minit jalan je, besar juga kawasannya, tp tutup.  Belum rezeki kami lg. Kami ke Istana Kota Lama, tp lawat belah luar, dan jalan menuju ke tepi sungai.  




















Dah pusing2, berpeluh dah minum bagai, kami balik ke bilik. Mandi, solat, kami dah tak keluar.  Kat luar bilik ada disediakan makanan ringan dan air panas.  Kami tido awal malam tu.  


16 Julai 2022 (Sabtu)

Sebelum subuh aku dah terjaga.  Jenguk kat tingkap, nampaknya dah ada org berniaga.  Tapi aku tak pasti berniaga apa, mereka buat boot kereta dan ada barang diperdagangkan kat atas jalan.  Aku kejut pogie, dan afi.  Bangun mandi dan solat subuh.  Awal kami hari ni sebab nak kejarkan pasar dan membeli barang2 kiriman kawan2 pejabat.  Sebab pkl 10.00 kami dah kena gerak ke Pasir Mas, majlis akak nikah Along yg merupakan tujuan asal kami ke Kelantan.

Pkl 7.30 kami dah di Pasar Siti Khadijah, yang tak berapa langkah dr tpt bermalam kami.  Mmg masa tu ramai dah org di pasar.. dari depan pintu pasar lagi dah nampak pelbagai jenis sayuran dan buah2an dijual.  Tak macam semalam, sunyi dan sepi.  Tp mereka yg berniaga di depan blk penginapan kami dah tak kelihatan.  Dah clear dah tempat parking depan tu.

Bila masuk, benda yg 1st aku nak cari ialah, Beras pulut susu dan juga sos cicah keropok.  Itu yg dikirim oleh kathy dan kak su.  Nampak byk petai, segar2.. bila ditanya harga nya RM5 utk seikat - 3 papan.  Murah kan dr tpt lain.  Ok, petai hold dulu, aku kena cari beras pulut susu.. dan akhirnya jumpa.  Satu paket RM6, kalau dua paket dpt RM11.  Jadi aku beli 10 paket, harga RM55.  Pogie simpan beras pulut susu tu kat dlm kete, kang berat lak nak bawa ke hulu ke hilir.  Lepas tu aku cari lak sos cicah keropok, 3 botol RM10.  aku beli kat 6 botol. Boleh la bagi kawan2 lain sapa2 yg nak nanti.  Sebelah dlm bahagian pasar ada jual barang basah.  Ayam udah ikan semua kat situ selain barang2 kering dapur.  Aku pandang atas, nampak dua tingkat lagi, tp mcm tak de kedai buka lagi, mungkin masih awal pg agaknya.  Lepas tu kami keluar semula kat bahagian sayur2 dan buah2an.  Cari petai, ada juga dijual durian tp aku tak tanya durian.

Petai kena pilih elok2, rata2 jual RM5 utk 3 papan.  Ok sgt la.. kami beli kat RM35.. byk kan.. kat KL susah dpt petai.  Yg ni segar2, geram tgk. 

Afi nampak pula rambutan.  Rambutan seikat Rm7.  Aku ckp nanti karang kita beli.  Tp jawapan afi buat aku terkedu... ibu ni kalau ibu ayah punya durian cepat je beli, tp bila afi minta rambutan, nanti lah, kejap lg laaa...   adoi, sebijik kena kat aku.. betul juga dia ckp kan.  Aku terus belikan dia 2 ikat rambutan.  Nasib baik laa manis dan sedap.  Kami pun gerak balik ke kereta.  

Pogie minta kami cuba nasib utk jenguk jap kedai makan Nasi Ulam Cikgu, mmg sah2 la tutup kan sbb aku dah baca semalam, sabtu buka pkl 10.30pg.  mana dan nak tunggu kedai tu buka sedangkan kami kena gerak ke pasir mas kejap lagi.  Last2 kami makan di gerai dekat dengan bilik kami.  Aku makan roti canai, afi dan pogie makan nasi lemak.  Selesai makan, kami gegas ke bilik, salin baju, kemas bag semua dan check out. 

Kami gerak ke Pasir Mas dan janji dgn angah utk terus ke rumah abg pengantin perempuan kerana kat situ lah tempat bertandang dan tempat nikahnya.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit.  Tp sebab jalan pun dah sibuk, byk kereta, maka delay sikit.  

Asalnya nikah jam 11pg, tp dah bertukar ke jam 12 t/hari.  Behtu makan2 jam 2ptg.  Aku berfikir juga nak buat apa sementara nak tunggu jam 2 ptg.  Kami akan gerak terus ke Gerik lepas majlis ni nanti.  Aku harap semua berjalan lancar dan kami tak lewat utk perjalanan ke Gerik. 

Aku yg plan nak balik KL ikut Gerik.  Nak sangat aku tgk dan lalui banjaran Titiwangsa yang mungkin pada org lain tak de istimewa apa2.  Aku ada menyimpan niat utk berkayuh melalui banjaran titiwangsa dari Pasir Mas/Rantau Panjang/Jeli ke Gerik, Perak.  Berdasarkan kepada pembacaan aku sama ada melalui google atau pengalaman yg dikongsi di media sosial, melalui banjaran titiwangsa, kita melalui hutan2 dan bukit bukau.  Dimaklumkan, sekiranya ada rezeki boleh jumpa gajah / sekumpulan gajah atau haiwan2 liar lain di tepi jalan raya.  Aku dpt tahu juga gajah2 ni keluar pada waktu dah nak gelap, malam dan pagi2 hari.  Tu sebabnya kalau boleh aku tak nak lewat melewati jalan Jeli - Gerik.  Risau apa2 jadi dgn kereta tgh2 hutan tu, walau pun tu bukan kembimbangan aku yg sebenar.  

Dimaklumkan juga, ada satu terowong kecil dan pendek sebelum sampai ke RNR Titiwangsa.  Terowong di bina utk mengelak dari pada tanah runtuh di sini.  Betul kan aku kalau aku silap.  Dan RNR Titiwangsa adalah spot yg cantik utk berhenti menikmati pemandangan gunung ganang dan bukit bukau.  

Okey, kembali kepada majlis Along.  Kami sampai je kat rumah bertandang, terkejut juga aku, sebab punyalah ramai dan banyaknya kereta.  Mengikut kata angah, hanya adik beradik mereka je yg hadir ke majlis along ni.  Semua maklum sebab satu mungkin perjalanan jauh dan satu lg mungkin belum musim gaji.  Tp lain pula jadinya hari ni yg aku nampak hampir 10 biji kereta ada di sekitar rumah.  Meriah suasana.  Nasib baik laaa pogie patah balik amik baju kurung aku, kalau aku pakai jeans dgn blouse mmg patut aku merah muka sebab lari betul tema dan seolah tak menghormati majlis.  Huhu... tq pogie.  

Ramai dari kalangan keluarga mak ani ni aku kenal.  Ada wan cu, ada pak ndak dan mak ndah, ada ali dan keluarga, ada keluarga dari beruas juga, 3 kereta dan juga dari sitiawan 2 kereta.  Mana tak meriahnya.  Yang beruas ni kami pernah tido semalam kat sana.  Mak ani agak kecewa bila tau ariq tak ikut.  Itulah anak kesayangannya.  Masa ariq dalam asuhan mak ani dan keluarga, merata dah ariq ikut diorg berjalan, penang perak pangkor melaka... sampai aku soh tukar surat beranak.. hahahahahaha.. aku syukur sebab ariq, dan kami dapat keluarga yg baik2 belaka membantu menjaga anak2 kami dgn baik.  Sayang nya mcm sayang anak sendiri.

Nampaknya nikah along ni kembali ke jam 11pg.  Dan setelah semua selesai, kami berarak dari rumah bertandang (nikah juga kat sini) ke rumah ayah pengantin yg jaraknya 5 minit kalau berjalan.  Kami akan makan kat sana.  Maknanya takyah tunggu jam 2 utk makan.  Semua dah siap belaka.  Nikah along pun sgt ringkas dan mudah.  Alhamdulillah, tahniah along, dah jadi suami org dan ada tanggungjawab besar dah.  Semoga bahagia hingga ke syurga.. ameen..









Lauk yang disediakan adalah lauk kg.  Aku makan tapai dan minum air, meratah lauk saja, sebab aku dah makan tadi dan masih kenyang.  Nampak sedap2 belaka lauknya.  Selesai semua, dah ada yg dah beransur gerak balik perak, kami pun menyusul.  1.30ptg kami teruskan perjalanan ke Gerik melalui Jeli.  

Aku membayangkan kami akan masuk/melalui Bandar Rantau Panjang - Jeli - Tasik Banding dan Gerik.

Pogie waze terus ke Gerik.  Nampaknya laluan waze tak masuk pun bandar Rantau Panjang.  Aku sedikit kecewa.  Sebab aku tau, Rantau Panjang tak kurang hebat dgn brg2nya yg murah sebab berada di sempadan siam/Golok.  Huhu. Tapi aku positif kan diri sebab kami dah pun berjaya sampai di Kelantan dan semua berjalan lancar.  

Maka bermula la perjalanan kami ke Gerik.  Sebelum tu kami singgah dulu di Petronas Jeli yg kelihatan meriah giler.  Aku igt Jeli setakat pekan macam tu je tp rupanya tidak.  Jeli satu bandar besar juga.  Sayangnya kami tak masuk bandar Jeli.  Ni semua waze punya pasal.. hahahaha... 

Di Petronas, kami topup air minum, beli makanan alas perut, beli jajan sikit dan gula2.  Perjalanan ini akan mengambil masa kira2 2 jam perjalanan iaitu sekitar KM124.  

Dalam Kelantan ni, aku perasan, ada kat 4 kali kami melalui roadblock, yg mana kalau diperhatikan pondok polis tu ada yg mcm permenant kat situ.  Mungkin tak semua 4 tpt tu.. ada satu tu baru je alih kan kon.  Mungkin kat sini diorg kawal ketat sebab hampir benar dgn sempadan.  Nak kawal hal2 berkaitan penyeludupan dan lain2 agaknya.

Perjalanan dari Jeli ke Gerik tidak lah membosankan utk aku.  Kiri kanan jalan hutan, jalan pun ada turun naik, bengkang bengkok sikit.. yg benar aku tgh study struktur jalan utk touring nanti.  Kasi konfiden sikit.  haha yeye je kan ko nak touring sini.  ntah bila la.. ntah larat ntah tak.. 

Kami dah melepasi terowong pendek dipanggil Terowong Semi (Lebuh Raya Timur Barat) ... mmg pendek je terowongnya.  Aku anggar tak lama kita akan sampai kat RNR Titiwangsa.  

Di RNR Titiwangsa ni, meriah juga.  Ada bas, ada geng motor besar, ramai juga keluarga yg berhenti berehat.  Ada restoran, ada kedai makanan ringan, ada wakaf, ada toilet dan surau.  Mmg sesuai la kalau nak bermalam kat sini bila touring nanti.  Cumanya ada yg bgtau agak bahaya nak touring sini sebab satu sunyi, satu lagi khuatir sekiranya diganggu binatang liar.   Dapat aku bayangkan suasana sejuk kalau tido kat sini.  

pemandangannya, saujana mata memandang.. bukit bukaunya... fuhhh rindu pula nak memanjat gunung.  Kami berhenti tak lama, sebab nak singgah Tasik Banding pula lepas ni.  So, kami teruskan perjalanan yg tinggal lagi separuh.  

Setengah jam kemudian kami sampai di Tasik Banding.  Ini kali kedua aku sampai kat sini.  Lain sikit daripada 3 tahun lepas.  Nampak lebih meriah.  Masa tu jam pkl 4.45ptg lebih kurang.  Kami ambil masa jalan2 sekejap kat jeti, aku tunjuk afi boathouse yg aku naik masa aktiviti kelab dulu, dan minum sekejap di kedai makan yg ada kat situ.  Pkl 5.30ptg aku ajak gerak.  Gerik lebih kurang 45minit perjalanan lagi.  Kami nak kena cari hotel utk bermalam.  Leceh kalau sampai bila dah gelap.










Setibanya kami di Gerik, jam dah pkl pkl 6.20ptg.  Beberapa kali berhenti mencari hotel yg sesuai dan dalam bajet, kami jumpa satu hotel yg nama nya GERIK HOTEL.  Aku rekemen kat korg utk stay hotel ni.  Bilik yg ada dua single bed, RM60.  Bilik yg punya satu queen dan satu single RM80, tp aku dpt RM70, kautim punya pasal... hahahahahaha.. uols tau, bilik sgt selesa ye.. ada kipas, ada aircond, blk air ada heater.  Gebar yg fluffy cuma tilamnya agak keras tp aku selesa je.   TV cuma da 4 channel je, tp pada aku memadai.

Kami mandi dan solat, lepas tu keluar balik utk makan malam dan ke dobi.  Tido awal malam ni.  

Gerik bukan sebuah bandar besar, tp berbanding beberapa tahun dulu aku sampai sini, kini Gerik kelihatan membangun.  Byk hotel bajet di Gerik.  Kalau aku g kat website booking atau agoda, mmg tak terjumpa hotel2 ni kat situ.  Bila ko google search ada je hotel sebenarnya.  Kami gamble je hari tu dan byk pun bilik kosong.

17 Julai 2022 (Ahad)  

Awal pagi kami dah bangun, bermalas2an.  Kemas barang dan kami check out pkl 11pg di mana matahari dah tinggi.  Bilik kami tak de tingkap, jadi bila turun dari bilik suasana dah meriah.  

Pagi ni kami akan ke Lenggong. Gerik ke Lenggong dalam 45minit perjalanan.  Kami plan makan kat Lenggong je nanti.  Lenggong ni kampung pogie, dia lahir di Kg Gelok, Lenggong.  

Kami ambil kesempatan untuk jalan2 di Daerah Lenggong.. Refresh balik rumah2 saudara2nya di sana.. masuk juga Kg Gelok.  Aku rasa tak ckp 10 jari balik Lenggong ni.  Balik pun masa raya je. Raya pula kita bergilir, selalu miss beraya di Kg dgn mak sebab mak akan pergi raya pertama atau kedua kalau balik kg.  

Kami ronda dlm Kg Gelok, dan kemudian kami masuk Geotrail. Kompleks Gua Kepala Gajah, Gua Kajang... 



Mula-mula was-was juga nak masuk dlm. Jalan nya satu lorong dan semak samun tepi jalan.  Hingga hujung jalan, nak masuk gua berpagar pula.  Ada sebiji kereta parking kat luar pagar.  Pagar terbuka sikit.  Tp suasana dalam pagar ke Gua nampak bersih dan terjaga.  Aku pun minta pogie parking dan kita gamble masuk dalam pagar.  Pogie parking betul2 depan pagar sebab tak de tpt parking sesuai selain kat tpt kereta yang satu tu parking.  Kiri kanan penuh semak samun. 

Actually aku berdebar juga nak masuk sebab takut kami menceroboh.  Tp kat pagar tak de pula tulis apa2.  













Kami pun gerak masuk ke dalam... Ada wakaf, ada tong sampai dan suasana mmg bersih dan terjaga.  Kami masuk gua Kajang. Gua tak besar mana.  Kami terus berjalan sehingga jumpa lagi beberapa gua.  Kami menyusur ke Gua Asar. Depan lagi Gua Puteri dan Gua Ngaum.  Gua Puteri kena panjat.  Aku try tapi tak berani pergi lebih jauh sebab kasut tak sesuai.  Kami tak ke Gua Ngaum sebab jalan nya tak berapa clear... dan aku tak berhajat nak ke sana. 



Cobaan memanjat ke Gua Puteri.

Menarik tentang Gua Puteri ni dan aku pun pernah terbaca dalam Variasari dulu2, pogie juga ada bercerita, dulu2 org kg kalau nak kenduri akan pinjam pinggan mangkuk segala bagai kat Gua Puteri ni.. cuba uols google.. hehehe

Selesai menjelajah gua, kami keluar dari Kg Gelok menuju ke Lenggong.  Aku ada up status location aku kat FB.  Tak lama mantan bos aku komen dan katanya dia juga di Lenggong.  Kg nya di Tasik Raban.

Masuk pekan lenggong, kami makan di gerai makan sebelah stesen minyak BP.  Lepas tu kami jelajah lak MASBRO Hidden Village yg terletak lebih kurang 5 km dr Pekan Lenggong.  Sekadar tgk kawasan.. lepas kami gerak pergi Galeri Arkeologii Lembah Lenggong, tp tutup pula sebab sedang renovate.. diberitahu dah 2 tahun tutup tapi ada galeri sementara yang tak jauh dari sini.  Kami pun pergi ke galeri sementara tu.  Kecik je tpt nya.  Bahan2 ditempatkan hanya dlm satu bilik sahaja.  Lepas tu kami ke Lata Kekabu yg tak jauh juga dari situ nak menunaikan hajat Afi nak mandi sungai.  Santai sungguh perjalanan kami hari ni.. sebab apa, sebab esok aku cuti lagi.. syok kannn..

Ini suasana di Lata Kekabu...  Tempat yang bersih, cantik dan fasiliti yg lengkap.  Ada surau, ada wakaf,ada bilik air yg besar dan ada juga chalet utk disewa. 














Puas Afi mandi.  Sebelum Asar kami dah gerak balik.  Pogie dah siap2 jamak solat.

Kami dah keluar dari Lenggong, dan sedang aku membelek handphone, pogie tegur, bgtau yg depan kete kami ni bukan kereta tok lan (mantan bos aku)... eh, betul laa.. hahahaha terserempak juga kami kat sini ye... kat KL kemain payah nak jumpa... 

Sampai di trafik light, kami berhenti bersebelahan dgn kereta dato, terkejut dato terserempak dgn kami kat situ.  hahahahaha suka kemain lg aku... 

Dato benti tepi jalan lepas trafik lite dan bg kami seplastik besar rambutan.  Rambutan dari kg katanya..  Mmg rezeki afi dpt rambutan byk tu.  Sedap weeehhhh.. manis dan lekang.

Kami terus kan perjalanan.. pogie masuk highway tp keluar balik sebab highway jem giler... 

Member aku ajak singgah rumah dia di Tapah, kami sampai umah Rima di Tapah (jalan nak naik ke Cameron) jam 6.30ptg. Suka jumpa member sekolah lama nih.. Meriah jap rasa hidup.  

Jam 7.10mlm kami gerak balik dan pogie ikut jalan dalam.  Jam 7.40mlm kami sampai Bidor dan pogie & Afi solat di masjid Bidor.

Kami teruskan perjalanan dan hanya berhenti di RNR utk aku ke toilet dan Alhamdulilah kami selamat sampai rumah jam 10.00 malam. 

Syukur sungguh kami kepada Allah memberi kami pengalaman baru dan perjalanan yg sungguh smooth dan seronok.  Byk benda kami perolehi dan rasai di sepanjang cuti yg tak jangka ni.  Next time kami blh bawa yg lain berjalan ke Kelantan pula.

Insha Allah.. Thank you ALLAH.... 

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...