Assalamualaikum wbt. / Salam Sejahtera..
30 Jun 2022 (Khamis)
Hari ni aku sibuk cari homestay/hotel untuk ke Lumut. Lama dah aku bercadang nak ke Pangkor dan bercuti di Lumut. Plan kali ni mmg dibuat saat akhir, aku bgtau plan aku kat pogie hari rabu, hari sabtu kami akan ke sana.
Kenapa Lumut/Pangkor?
Aku bukan tak pernah sampai Pangkor. Tp tak tau la kenapa hati ni nak ke sana. Last aku ke Lumut masa join Janamanjung Fun Ride 2019. Yang Ride Janamanjung tu mmg kami ke Teluk Batik saja dan semata2 nak berkayuh dalam event tu sejauh 121KM. Lepas tu kami terus balik. Jalan2 tepi pantai pun masa hari sampai kat teluk batik tu. Xde ke mana2 pun.
Jenuh mencari hotel/homestay kat AGODA, BOOKING, akhirnya aku dpt booking homestay melalui Airbnb, homestay 3 blk 2blk air di Marina Cove. Tgkkan reviewnya sgt baik dan gambar pun mcm best. So aku terus booking utk stay satu malam dan harganya termasuk cukai dan yuran adalah RM280.00. ok la tu. Budak2 selesa sikit kali ni, blh duduk blk masing2.
So, plan aku cenggini, Sabtu pg lepas subuh kita gerak, kalau sempat kita akan check in dulu utk letak barang dan kemas bag utk ke Pangkor. Pangkor ni kita balik hari je (day trip).
Aku pun google la hal2 pangkor dan Lumut ni. Last minit ni tak leh nak catch up apa sgt maklumat. Aku maklum ada dua jeti untuk ke Pangkor; Lumut Maritime Terminal (Terminal Maritim Lumut) dan Marina Island Jetty Complex. Jarak antara kedua2 jeti ni dlm lebih kurang 15-20 minit. Jauh juga tu. Sebab yg Terminal Lumut tu kat Bandar Lumut, manakala Jeti Marina ni dekat dengan area Teluk Batik. Aku mmg tak pernah naik feri ke Pangkor dari Marina ni. Tak tau la rupanya mcm mana, waima yg kat Lumut tu pun aku dah tak igt mcm mana. Tawakkal kita.
1 Julai 2022 (Jumaat)
Last minit juga aku ngajak si Nor (kakak ipar aku) dan dia pun teruja juga nak pergi. Teh (abg aku merangkap suami Nor) setuju. Malam Sabtu tu aku tido awal, padahal baju apa pun belum kemas. Nak gerak konon lepas subuh kan, tp aku letih sgt jumaat tu jadi aku redha je la dgn persiapan esok.
2 Julai 2022 (Sabtu)
5.15pg aku dah jaga. Terus lipat baju yang sebakul. Pkl 6 aku dah siap lipat baju dan dah gerak budak2 untuk bangkit mandi dah subuh terus. Pkl 7.30pg kami dah siap2 dan gerak ke destinasi. Rupanya kami tak gerak terus, laki ku mencari sarapan dulu kat tpt favorite dia kat Flat Sri Alam, TUDM. Nak makan nasi lemak tp tutup pulak. Lepas tu dia ngajak ke Restoran Rasmeena kat opis aku sebelah UOA Bangsar. Eh, tak de tpt lain dah ke? huhu.. so kami masuk bangsar. Selesai sarap dlm jam 8.30pg maka kami pun gerak ikut LATAR - kuala Selangor. Nor pun dah gerak dr rumah lebih kurang jam 8.30pg juga.
Dah lama kami tak berjalan sekitar Kuala Selangor, Sg Besar, Sabak Bernam. Jalan dah elok sket dan ada hiway pantai barat yg dah hampir siap utk ke Teluk Intan.
On the way ke Lumut, aku riki pasal feri ke Pangkor. Nak tau jadual perjalanan/trip ke sana. Memandangkan aku tahu ada 2 pelabuhan dan dimaklumkan pelabuhan marina hanya ambil masa 10minit saja utk ke Pangkor, lebih2 lagi dekat pula dgn homestay aku aku tempah, aku beli tiket feri kat web marina island jetty. Ada diskaun kalau beli online. Kami pilih utk gerak ke Pangkor dalam jam 12.15t/h. Kami target kami blh sampai sana sebelum pkl 12t/h. Aku beli dua hala terus, kami akan balik ke tanah besar semula jam 6.45ptg, iaitu feri terakhir dari Pangkor. Mudah2an dpt sampai pada waktunya. Ini bermaksud kami akan ke Pangkor dulu dan lepas balik pangkor baru check in homestay.
Aku dah senak perut sebab kami masih belum sampai Lumut walaupun dah hampir jam 12. Dah sampai kat area Jeti Marina terkial2 pula cari parking. Ngam2 la 12.10minit kami bergegas masuk dlm terminal. Nasib baik juga aku pilih marina utk ke Pangkor, tak perlu kami masuk bandar Lumut. kalau ke Lumut, konfem la kami terlepas feri. Aku dah soh dak2 standby masukkan baju mandi dlm bag galas masing2. Mudah nanti kalau terlambat semua brg dah siap. Betullah, agak kelam kabut juga sehingga terpaksa berlari2 anak ke terminal. Bertambah panjang langkah aku mcm kaki aku tak ckp panjang rasanya. Bukan apa, dimaklumkan aku kena print tiket kat sana. Huhu... tu yg berkejar tu.. kang kalau org ramai nak kena beratur lagi, behtu nak cari pelepasan kat mana lagi. Eh, byk la aku kena fikir.
Bila sampai di terminal, aku terus ke kaunter tiket. Hari minggu mmg tak hairan ramai umat di Jeti. Nasib baik kaunter tiket tak ramai org. Ada juga yg beli tiket sendiri di kiosk. Orang tiket bgtau, aku tak perlu print tiket, diorg akan scan barcode pada salinan tiket yg aku terima secara online. Lega....
Lepas tu kami ke Balai Pelepasan. Tak lama pintu di buka. Dah kelihatan feri yg bawa penumpang dari Pangkor menurunkan penumpang. Next time aku tau dah, tak perlu berkejar sebab Feri akan menurunkan penumpang yg muatannya lebih kuarang 200 org terlebih dahulu. Lepas tu baru kami dibenarkan masuk. So dalam 12.30t/h baru kami berlayar ke Pangkor.
Seronok...
Untuk Boarding penumpang pun ambil masa. Kami sabar sambil menikmati pemandangan laut dan suasana jeti. Geram dgn air yg hijau membiru. Aku lebih seronok tgkkan budak2 teruja nak naik feri.
Dari jeti marina ke Pangkor hanya ambil masa 10 minit perlayaran. Kejap je kami dah sampai Pangkor. Tak sempat nak mabuk .. haha..
Turun dari feri, ramai yg approach kami tanyakan keperluan utk menyewa kereta, teksi atau motor. Pogie cadangkan, kami makan dulu. Ada beberapa kedai makan di sekitar Jeti. Suasana sungguh meriah. Berbeza betul masa aku dtg lebih kurang 10 tahun dulu. Sekarang ni Pangkor juga dikenali sebagai Zon Bebas Cukai. Kami makan nasi campur. Sambil berkira2 apa nak buat lepas ni.
Asalnya pogie mencadangkan utk kita naik van ke Teluk Nipah atau Teluk Bogak. Tapi, dari pembacaan aku, aku lebih prefer utk sewa motor. Kalau naik van, satu hala sahaja dah RM35 (chartered satu van). Behtu satu tpt je kita blh pergi. Kalau naik motor, satu pulau kita boleh pusing.
Lepas makan kami pergi ke deretan kedai berdekatan utk tanyakan pasal sewa motor. Byk kedai sourvenir di sekitar jeti dan ramai je yg menyediakan perkhidmatan sewa motor/ kereta dan van. Akhirnya jumpa sorg saudara ni yg ada kaki sediakan perkhidmatan sewa motor. Kami amik 3 motor, Aku, pogie dan hadid akan bawa motor. Aku bawa motor? pogie pun mcm susah nak caya aku leh bawa. Aku ckp blh jee... kita cuba... Kautim punya kautim, kami dapat RM80 utk 3 biji motor, sewa satu hari (hingga ke petang). Motor semua baru2 jenis skuter. Teruja nak bawa motor walau pun tak ckp 5 jari aku bawa motor sebelum ni. Bila aku tanyakan tokey, perlukan Lesen atau IC, katanya, tak perlu, hanya pakai helmet dan boleh jalan. Waaahhhh terasa seperti Pulau ini kita yang punya.
Memandangkan nerves aku dah dtg, tangan mula menggigil bila start bawa. Aku bawa ariq, pogie bawa afi, dan hadid bawa firas. Sampai di stesen minyak, igtkan nak isi minyak tp rupanya minyak byk lagi, jadi aku amik kesempatan utk soh ariq bawa motor. dia pun dah dpt L. Ariq bgtau dia boleh bawa motor.
Bermulalah rondaan kami sekitar Pangkor. Dah maju, byk tempat menarik, byk resort dan chalet, pantai masih cantik dan bersih. Laut hijau dan biru. Cuaca hari tu pun cantik sekali dan agak panas tp dengan angin laut kurang sikit rasa bahangnya.
Teh pula beli goreng pisang 5 keping RM3. Fuh.. leh tahan. Tapi tadi masa kami makan kat kedai kat jeti tadi, ok je harganya. RM61 utk 6 org makan. Tu pun penuh pinggan dak2 amik lauk. Masih ok lg harga makan kat sana. Murah juga.
Ada tandas awam baru di Teluk Nipah, utk buang air 50sen tp utk mandi RM1.50. Pada aku ok sgt sebab tandasnya luas besar, air kuat dan selesa. Masa aku pergi tu, xde org, sunyi dan seolah org tak tau kewujudan tandas awam tu. Bila aku tanya pada kakak yang menjaga tandas, katanya dah 3 bulan tandas tu siap dan tak dpt sambutan. Sangat kurang org guna tandas tu. Bila aku tanya kenapa, katanya, bilik mandi dah disediakan di hotel dan resort, masing2 ikut pakej bila dtg pangkor dan org mcm kami yg balik hari je guna tandas awam tu... gitu cite nya.














2 ulasan:
Ni blog ke 4 cerita pasal pulau pangkor.. Dekat perak je pun tak tak pernah sampai lagi.. Semoga ada rezeki menjejak kaki kesana..
Silalah ke pangkor. Kami pun nak repeat lagi dengan menginap di pangkor.
Catat Ulasan