Assalamualaikum wbt / Salam sejahtera...
Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu ni dah lama kami rancang, lebih kurang setahun yang lalu iaitu bermula Disember 2023 lagi. Itu pun secara tiba2 aku mengusul cadangan pada Zam yang duduk sebelah aku semasa di bengkel CGSO di sebuah hotel di Klang. Usul aku yang tiba2 - "Zam, jom g panjat gunung kinabalu..." jawapan Zam, "Jom"... mudahkan.. hahahaha.. Zam terus buat itinerary dan target date time2 tu juga dan buat list line up untuk ekspedisi ni. Sebelah aku waktu tu ada Aidil.. aku ajak Aidil sekali, pon katanya JOM... Yang ni aku bagitahu Zam tak perlu ramai2 follow, bawah 10 org ok dah.. dia kata nanti dia cari geng lain.
Hari tu juga Zam buat aturcara dan kami terus semak tarikh2 yang sesuai. Asalnya kami memilih bulan 6 2024 yang ada cuti umum pertabalan agong. Cadangnya nak lama sikit kat Sabah nanti, lebih kurang 5 hari 4 malam. Tak moh balik tergesa-gesa lepas turun dari Kinabalu.
Zam usaha untuk dapatkan contact kat sabah, yang penting katanya set tarikh dan register nama dulu kat Sabah Park. Itu yang paling penting. Tarikh bulan Jun yang kami piliih tak ngam sebab dah penuh bila semak dgn Sabah Park, yang ada pun bln September dan bulan Disember untuk kami 9 orang. Kami sepakat untuk set 8-9 Disember 2024 (Ahad - Isnin) sebagai tarikh pendakian. Penerbangan kami pada 7 Disember (Sabtu) dan akan fly balik Semenanjung pada 11 Disember(Rabu) yang juga cuti umum Birthday Sultan Selangor. Jadinya kami hanya perlu amik 2 hari sahaja cuti iaitu isnin dan selasa.
Zam dah dapat contact seorg Malim Gunung di sana. Kami perlu jelaskan separuh bayaran untuk confirm slot booking dengan Sabah Park iaitu RM750/pax dpd RM1380. Nilai pakej RM1380/pax ni adalah termasuk transport dr KK - Kundasang - KK, penginapan di kundasang dan juga penginapan satu malam di hotel KK. Satu malam lagi kami akan cari sendiri. Ini under pakej ye, ada variety pakej kat sabah tu, boleh reccee.
Kenapa harga package RM750 agak mahal sebab aku minta Zam amik bilik hostel yang paling hampir dengan Panalaban Rest House(kafeteria). Sebabnya, pengalaman sebelum ni, hostel yang aku duduki lebih kurang 200m dr tempat makan yang mana buat aku mengah untuk turun naik especially masa supper dan waktu summit attack. Mungkin stamina tak cukup baik masa tu jadi jalan 3 tapak utk supper buat aku kelelahan. Trip pertama aku mendaki Gunung Kinabalu di bawah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO adalah pada tahun 2013. Selepas dari tu, ada perancangan utk ajak geng mendaki sekali lagi, tak silap aku tahun 2019, tp bencana covid pula melanda, terus senyap projek tu.
Next step kami perlu tempah tiket kapal terbang. Bln Februari sebaik saja manis2 masuk, kami terus booking tiket kapal terbang MAS dan masa tu dapat rate RM500++ seorg pergi dan balik random seat (7/12/2024 dan 11/12/2024). Settle dua benda tu kami lega. Kali ni aku paksa pogie untuk ikut aku. Tak kira la, bila tiket dah beli no turning back dah.. hahahahaha selama 8 bulan kita leh training sama2...
Maka kami pun start lah training dan pelan-pelan cari barang2 untuk hiking.
Maka kami pun start lah training dan pelan-pelan cari barang2 untuk hiking.
Tak silap aku dua bulan sebelum berlepas, Zam dapat tahu dari group malim gunung, saudara yang menguruskan kami kat sabah telah kembali ke rahmatullah secara mengejut. Innalillahi wa innailaihirojiun... Semoga Allah Ta'ala mengampunkan dosa2nya dan menempatkan beliau dikalangan para solihin... Ameen YRA.
Sedangkan malam sebelum almarhum meninggal, Zam masih contact beliau utk confirmkan penginapan kami di kundasang dan KK. Almarhum mmg gerak sendirian jadinya kami kena cari contact lain di sana.
Dan sebelum dari hal tu, kami menerima notifikasi dari pihak MAS lebih kurang 3 bulan sebelum penerbangan memaklumkan bahawa penerbangan kami yang sepatutnya berlepas jam 9pagi ditunda ke jam 11.20pagi. Ini agak mengecewakan. Kami kerugian masa di situ kerana sudah tentu kami akan sampai Kundasang lewat petang. Ikutkan kami blh sampai lebih awal dan boleh la berjalan-jalan di sekitar kundasang, tp apakan daya, kita hanya merancang.
Dalam masa training, aku dan pogie hanya sempat memanjat 2 kali Gunung Datuk dan 2 kali Gunung Angsi. Selebihnya kami slow jog dan juga briskwalk. Pogie pula dah start workout mulai bulan September lepas kakinya bengkak secara tiba2 dan doktor bagitahu saluran darah mungkin tersumbat, antara proses penyembuhan dia digalakkan utk berurut bagi melancarkan aliran darah dan bersenam. Alhamdulillah ujian darah tidak ada yg merunsingkan cuma kena jaga gula je. Sejak dari itu, pogie tak berhenti briskwalk dan slow jog. Bini dia? ada mood on & off.
Sebulan sebelum berlepas, segala urusan di Sabah telah diuruskan dengan baik oleh zam dan kawan2 lain. Rezeki kami dpt contact yg baik kat sana.
2 hari sebelum berlepas, baru aku check barang apa yg tak de. Last minit beli sandal Hi-Tech di Sport Direct Mid Valley dgn harga RM199. Aku lebih selesa dan yakin dengan memakai sandal sahaja. Aku mmg takde kasut hiking, dan selama ni kalau aku manjat gunung datuk dan angsi pun aku pakai sandal eiger aku, dan lagi satu, sandal ni memudahkan pergerakan dan lightweight. Selain tu, aku beli heat pack juga utk aku pakai kat kaki dan anggota badan lain waktu summit attack. Aku pergi juga farmasi untuk dapatkan ubat AMS. Ubat ni aku kena terus makan 2 kali sehari sehingga habis turun gunung. Aku makan dari Jumaat sampai la aku kat Panalaban utk mengelakkan terkena AMS. Masa summit attack aku lupa pulak nak telan sebiji.
2 hari sebelum berlepas, baru aku check barang apa yg tak de. Last minit beli sandal Hi-Tech di Sport Direct Mid Valley dgn harga RM199. Aku lebih selesa dan yakin dengan memakai sandal sahaja. Aku mmg takde kasut hiking, dan selama ni kalau aku manjat gunung datuk dan angsi pun aku pakai sandal eiger aku, dan lagi satu, sandal ni memudahkan pergerakan dan lightweight. Selain tu, aku beli heat pack juga utk aku pakai kat kaki dan anggota badan lain waktu summit attack. Aku pergi juga farmasi untuk dapatkan ubat AMS. Ubat ni aku kena terus makan 2 kali sehari sehingga habis turun gunung. Aku makan dari Jumaat sampai la aku kat Panalaban utk mengelakkan terkena AMS. Masa summit attack aku lupa pulak nak telan sebiji.
Aku dan pogie beli baju sejuk kat Baden Bundle Tg Malim dgn harga masing2 RM29 sahaja. Ni aku menyambil masa balik kampung di Sungkai. Stoking tebal, glove (decathlon) dan juga aku beli hydration bag(2nd hand). Untuk tongkat, aku beli brand TAHAN kat PTT Outdoor. Masa tu ada sales RM138 utk dua sticks. Stick yg boleh dilipat, ringan dan mudah untuk disimpan. Tak nak berhabis sebenarnya utk manjat kinabalu ni, cari yg bundle pun ok. Pakai apa yg ada. Kami bawa bag 50L dan sebuah lagi bag 30L dan bag sandang masing2.
Aku tak nak ampu bag berat2 masa memanjat dari Timpohon Gate ke Panalaban, aku bawa water bladder, baju hujan, sedikit snack, spray kaki/yoko2 dan power bank.
Okey, next aku akan citer perjalanan kami menuju puncak. (Part 01)
Youtube Fauzi Tahir : Pendakian ke Gunung Kinabalu Disember 2024


Tiada ulasan:
Catat Ulasan