Assalamualaikum wbt.
8/12/2024 (Ahad)
Gambar sebelum pendakian.
Aku yang terjaga dalam jam 5 pagi dan dah terdengar orang bercakap2 di luar bilik. Apakah mereka tak tidur? Azan subuh berkumandang pun jam 5.00 pg lebih kurang... Aku mandi dan solat subuh. Aku jenguk luar rumah, ada madi dan zam tgh mengambil angin sejuk di luar homestay, pogie pun dah bangun mandi dan sempat pula briskwalk di kawasan sekitar. Suasana mulai terang.
Kami order breakfast dan juga pack food utk makan semasa pendakian. Breakfast pagi tu kami dibekalkan dengan mee goreng(huhu, kenapa la mee goreng) dan satu polisterin nasi ayam butter... Huhu.. mcm mana la aku nak bawa polisterin ni memandangkan aku hanya akan bawa hydration bag yg muat utk waterbladder, baju hujan dan sedikit kudap2an. Nasib baik la pogie sudi bawakan pack food tu masuk ke dalam bagnya. Dia kata kalau aku tak makan, dia akan makan.
Kami dah siap2 sarapan, bag pun dah siap, homestay pun dah dikemas utk check out, dah puas bergambar, maka dengan lafaz bismillah jam 7.30pagi kami bergerak ke Sabah Park dgn Ancho.
Dari homestay kami ke Sabah Park lebih kurang 10 minit perjalanan.
Bayaran masuk ke Sabah Park adalah RM10/pax.
Utk makluman, 5 peserta wajib dikepalai oleh seorang guide. Upah seorang guide adalah RM350. Kami ada 9 orang, maka kami perlu 2 orang guide. Hendri dan Indra adalah guide merangkap porter bag kami dan seorg lagi, Jun yg juga porter bagi bag kami.
Kami bersyukur sebab semalam dah settle segala keperluan pendaftaran - satu langkah bijak, so pagi ni tak perlu berebut dengan group2 lain. Hanya perlu dptkan tag nama sahaja. Aku dan hazirul ada tinggal kan bag kat kaunter Sabah Park dengan upah simpan satu bag RM15. Bag tu adalah baju2 dan keperluan lain yg hanya digunakan di KK saja nanti.
Upah porter untuk bawa bag adalah RM14/kg. Timbang berat bag aku adalah 8kg = RM112. Bag aku la paling ringan nak dibanding dgn bag2 lain.. sedangkan aku berkongsi bag dgn brg2 pogie, hahaha gagah gigih adjust bag tak nak kasi berat. Porter hanya terima Tunai sahaja ye, tak de QR code. So sediakan duit secukupnya. Dan jangan lupa reserve sehelai duit RM100 utk di acu pada St. John Peak semasa di puncak nanti.
Setiap peserta pendakian akan menerima tag nama dan tag nama ini wajib dipakai sepanjang kita berada di dalam Sabah Park. Tido la dgn Tag tu sekali, nak makan nak masuk bilik air pun pakai la tag tu.. jangan dihilangkan.
Selesai urusan di pejabat Sabah Park dan kami pun dah dpt tag nama, kami bergerak dgn van ke Timpohon Gate. Dari Sabah Park Ke Timpohon Gate lebih kurang 4KM ++.
Timpohon Gate ini lah tempat permulaan pendaftaran pendakian - starting point. Selain Timpohon Gate, dulu ada trek melalui Mesilau, tp sejak gempa bumi tahun 2015, laluan mesilau ditutup untuk penyelenggaraan. Member aku yg pernah trekking melalui mesilau bagitau, trek mesilau agak landai, lebih cantik pemandangannya dan punya air terjun yg cantik tp treknya 2km lebih panjang (8KM) nak dibandingkan dengan trek dr Timpohon Gate; 6KM ke Panalaban/Laban Rata. Trek dari Mesilau akan bersatu dengan trek dari Timpohon pada KM4.
Kami diberi taklimat sebelum pendakian bermula. Antara yang dipesan, jangan merokok sembarangan. Hanya ada tiga tempat sahaja yg dibenarkan utk merokok, dan aku lupa apa nama tpt tu. Sekiranya kita dilaporkan merokok ditempat yang tidak sepatutnya, maka kita akan didenda RM3000 utk satu kesalahan. Bare in mind pogie.. hihi, pogie sorg je yg merokok dikalangan geng2 tu.
Selain itu, Hendri bagitau kita boleh makan tgh hari nanti di Pondok Layang-Layang.
Kami ke toilet dulu sebelum mulakan pendakian. Selepas menunjukkan pas dan mendaftar di kaunter pendaftaran, jam 9.00 pagi kami mulakan langkah dgn bacaan doa dan bismillah. Pada waktu tu hanya kami dan bbrp orang sahaja yang ada di situ, group lain masih belum sampai lagi.
Suasana terasa dingin... kami berjalan dan mendaki ikut pace masing2.
Awal kilometer, kami dah mula terpisah antara satu sama lain.. Zam, Daus, Pogie di depan, aku sendirian tapi tak jauh dr diorg. Belakang aku mungkin zirul dan ariana, seterusnya madi, napi dan aidil.
Pendakian Gunung Kinabalu ni sebenarnya satu terapi jiwa juga. Niat bermusafir dan menikmati keAgungan Allah Taala, menyedari betapa kerdilnya kita di bumi tuhan ni. Segala terjadi dengan izinNya. Minta la kat Dia apapun, kalau diizin, dapatlah kita.
Korang nak naik kinabalu ni, wajib training. Slow jog pun ok, buat hari2. Paling2 3 bln sebelum pendakian. Behtu pergi la panjat mana2 gunung ke bukit ke utk biasakan dengan suasana trek mendaki. Untuk melatih otot2 kaki, lutut dan membiasakan otot2 kaki dan badan dengan suasana kawasan pergunungan dan bukit. Kinabalu ni tak sama pun dengan gunung lain di Semenanjung kerana ketinggiannya mencabar keupayaan fizikal dan mental kita. Lebih2 lagi apabila berada di tempat yang tinggi tentunya oksigen semakin menipis.
Kalau kita cukup training, kita punya banyak masa utk menikmati suasana alam di sepanjang trek. Penat tu pasti ada, tapi, sekurang2nya kita kurang berkeluh kesah dan dapat menikmati pemandangan sekeliling. Serius cantik pokok2 dan suasana trek pendakian. Dengan training, kita kasi berbaloi dan sampai ke puncak.
Pengalaman pertama aku ke Gunung Kinabalu dulu, training rasanya kurang 3 bln. Tapi waktu tu aku agak aktif dgn aktiviti outdoor. Kinabalu ni lah gunung pertama aku daki. Aku tak de geng pun masa tu nak ke gunung datuk ke.. bukit2 ke.. sebab aku tak reti lagi benda2 tu. Barang2 pun kebanyakannya aku pinjam dari kawan2 office. Lepas dari Kinabalu tu la baru aku aktif ke sana ke mari ikut kawan panjat gunung.
Ok, back on trek...
Untuk makluman juga, sepanjang 6KM trekking dari Timpohon Gate ke Panalaban/Laban Rata, terdapat 7 pondok berehat dan semua pondok ada tandas.
Pondok Kandis
Pondok Ubah
Pondok Lowh
Pondok Mempening
Pondok Layang-layang
Pondok Villosa
Pondok Paka
Pondok Waras
Jarak antara pondok adalah lebih kurang 1km - 0.05 km setiap pondok. Jangan risau kalau sakit perut atau nak terkucil, tandas ada di setiap pondok.
Kawasan pondok layang-layang sebelum KM5 ni agak besar sikit daripada pondok2 yang lain. Di sini lah tempat para pendaki berehat dan makan tengah hari. Di situ mcm ada satu pondok utk malim gunung berehat dan berkumpul. Suasana jadi riuh rendah sedikit bila mana kita tiba di layang-layang waktu makan tengah hari.
Trek pendakian dari Timpohon Gate ke Layang-layang kebanyakannya bertangga, tangga tanah, tangga kayu pun ada juga. Lepas daripada Layang-layang ke Panalaban trend trek nya dah berbatu-batu, ada batu2 besar, batu2 kecil dan ada satu dua tempat yg perlukan kita memegang tali sebagai support. Pondok layang-layang ke Panabalan lebih kurang 2KM sahaja lagi. Make sure pakai kasut grip yang bagus. Sebab kasut tu juga kita akan pakai untuk summit attack esoknya. Kalau tak ckp baik boleh mengundang ketidakselesaan sepanjang trek dan kecederaan.
Aku pakai sandal je sepanjang pendakian naik dan turun. Aku bawa dua sandal. Satu brand Hi-Tech yang aku beli 2 hari sebelum berlepas, dan satu lagi sandal brand eiger yang selalu aku pakai untuk ke Gunung Datuk dan Gunung Angsi. Alhamdulillah, sandal Hi-Tech tu sgt sesuai dengan aku, punya grip yg bagus dan selesa dipakai sepanjang pendakian turun dan naik. Lebih2 lagi aku tak nak bawa kasut yang bulky memakan ruang bag. Sandal eiger aku pakai masa turun dari panalaban ke Timpohon Gate. Itu pun aku pakai dua lapis stoking.
Kasut ni eloknya kita pilih satu saiz besar bagi sedikit utk beri ruang kepada jari kaki especially ibu jari kaki kita supaya tidak cagu dan tidak makan kuku. Masa aku turun dari panalaban ke Timpohon, terjumpa seorang adik perempuan ni sedang duduk dan hanya berstoking, aku tanyakan mana kasut? katanya kasutnya terasa ketat dan makan kuku kaki. Sangat bahaya ye. Lebih2 lagi dengan keadaan tanah yg basah dan cuaca hujan, trek licin dan kena lebih berhati2 supaya tidak jatuh atau cedera.
So kalian kena make sure pemilihan kasut yang betul dan tepat. Cuma tak digalakkan juga untuk pakai kasut yg baru dibeli sebab tak biasa dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Di Pondok Mempening
Disini kami makan tengah hari. Aku berkongsi nasi dengan pogie.
Tgkkan pemandangan ni pun, buat hati cair. Menakjubkan.
Macam dah tak jauh dah..
Di pondok Villosa
Alhamdulillah, sampai di Panalaban jam 3.30 petang.
Di pondok Layang-Layang, aku berkongsi makan nasi ayam butter dengan pogie, separuh-separuh. Lepas tu kami gerak dulu sementara Zam dan daus akan gerak sekali dengan hazirul & ariana yang baru sampai.
Pendakian makin mencabar dengan trek yang berbatu2. Pace aku slow je, aku tak menggesa untuk cepat sampai. Pogie pun layankan je pace aku. Ikutkan dia boleh pergi dulu dengan laju. Dia ambil kesempatan untuk amik gambar dan juga video.
Kalau perasan, ada tapak helipad di bbrp tempat. Sebelum pondok Villosa pun ada tapak helipad. Tadi kat KM4 pun ada tapak helipad. Kat Panalaban juga ada tapak helipad. Tapak helipad ni boleh tak perasan kalau kita hanya memandang tapak kasut dan batu batan sewaktu melayan perasaan dan trek. Cuba menikmati pemandangan alam sekeliling. Bukan senangkan kita nak sampai. Pokok2nya subhanallah, cantik, bila makin tinggi, makin byk pokok2 yang renik dan rendang, ala2 jepun pula.
Hujan dah start turun dari pondok layang-layang, tak lebat, mcm rebas menjadikan suasana terasa lebih dingin. Aku dah start pakai baju hujan decathlon sejak dari layang-layang tadi. Air pun mcm tak berapa luak, hanya untuk membasah tekak je. Snek yang aku bawa pun tak luak.
Alhamdulilah jam 3.30 petang kami sampai di Panalaban/Laban Rata dalam suasana masih hujan gerimis.
Kami terus ke kaunter resepsi untuk mendaftar. Bilik kami sgt berhampiran dgn resepsi dan paling hampir dengan kafeteria sebagaimana yang aku request kat zam. Ada juga bilik di atas kafeteria tapi untuk menginap di situ tentu pakej nya lebih mahal, turun tangga je dah sampai cafe. Nama dorm kami adalah Mokodou - Room 2.
Dalam bilik ni ada 13 katil super single, kami akan tido di sini bercampur lelaki perempuan ye. Dalam setiap dorm ada bilik air dengan 3 pintu dan 2 sinki. Dah di label siap2 toilet utk lelaki dan toilet untuk perempuan. Dorm ni luas ye.. boleh solat dengan selesa. Ada juga mini pantry tp tak de apa2 la di situ selain dr kattle jug kot agaknya.. aku tak guna pantry tu. Kami 9 org bersama 3 pendaki lain dan ada satu lagi katil kosong. 3 orang pendaki dari sabah tu menginap 3h2m dan dah pun sampai ke puncak semlm nya. Setiap katil disediakan selimut tebal dan juga tuala. Katil dan bantal empuk dan selesa. Walau pun begitu, kami tetap tidur dengan baju yang berlapis2. Satu kelebihan bila kita datang dalam group ramai gini kita duduk dalam satu dorm.
Selesai pilih katil, aku bersebelahan dengan katil pogie (sebelah dinding) dan cop juga katil aidil di sebelah aku, kami menanti yg lain tiba. Selesai solat, sempat la berbaring sekejap sebelum tunggu waktu makan malam yg akan bermula jam 4.30 ptg.
Tak lama, zam sampai, behtu daus pula sampai. Aku dengan pogie tak dpt nak tukar baju sebab bag kami masih bersama porter yg menemani aidil. Zam bg aku pinjam jaketnya, dpt la juga mengurangkan rasa sejuk. Tak lama napi dan madi sampai, diikuti zirul dan ariana. Bag aidil, napi dan madi yang dibawa Jun dah sampai.
Jam 4.20 kami dah ada di kafeteria Panalaban.
Kafeteria masih lengang. Jam 4.30ptg kami bersama pendaki2 yg dah sampai di kafe panalaban diberikan taklimat ringkas oleh malim gunung. Katanya pendaki yang mendaftar pada hari itu adalah seramai 109 orang. Maksima pendaki untuk satu hari adalah 150 orang. Kami dinasihatkan utk beri ruang kepada pendaki lain untuk duduk makan sekiranya kami telah selesai menjamu selera memandangkan kapasiti cafe yang tidak dpt memuatkan kesemua pendaki dalam satu masa. Lebih-lebih lagi ruang makan luar tak dibuka kerana hujan. Selain itu, sama2 berdoa untuk dapat meneruskan pendakian esok pagi. Kami juga dinasihatkan untuk tidak membazir makanan yang diambil. Ambil secukupnya. Memandangkan di atas cafe pun ada bilik, kami dinasihatkan untuk tidak membuat bising bagi menghormati pendaki2 yang sedang berehat di bilik atas.
Kami beratur mengambil makan masing2. Menu memang menyelerakan. Ada western, eastern, ada bubur, ada roti, mee dan mcm2 lagi. yg penting ada kambing. Makanan dan minuman dari kafe adalah ditegah untuk ditapau dan dibawa keluar dari kafe. Air panas pun tak dibenarkan untuk masuk dalam flask. Dont worry, ada bbrp penapis air yang aku tak perasan brand apa, ditempatkan di depan dorm. Inshaa Allah kita tidak putus bekalan air minuman di Panalaban.
Di satu sudut ada kaunter pembayaran utk sesiapa yg nak membeli makanan dan minuman, harga nya mungkin sekali ganda mahal dan kita maklum akan kos yg perlu ditanggung bagi membawa barang2 naik ke Panalaban. Selain tu ada juga satu sudut yang menjual baju sejuk, beanie, glove dan peralatan pendakian. tak byk tapi utk emergency at least kita ada alternatif. Sandal pun ada.
Keadaan cuaca tak mengizinkan kami untuk berada diluar cafe, udaranya sejuk dan hujan agak lebat juga. Jam 6 ptg aidil masih belum sampai.
Aku setia menunggu aidil sehinggalah jam 7.20 malam baru la dia sampai bersama hendry dan indra yg membawa bag2 kami yang lain. Alhamdulillah... sempat juga kami meneman dia makan di kafeteria. Kafe tutup jam 7.30 malam.
Lega aku bila dpt bag, maka kami siap2 menyalin baju utk pendakian esok. Jangan ditanya mandi ke tidak, dengan cuaca kurang dari 9 darjah celcius, mana mungkin kami nak bersenang2 mandi. Lap badan pun dah mencukupi. Tapi hazirul & aidil tetap mandi untuk menyegarkan badan. Bak kata ariana, kulit buaya...
Selesai solat jamak dan berkemas, jam 10 malam bilik kami dah sunyi sepi. Ikutkan sebaiknya kami lelap lebih awal, kami akan bangun seawal jam 1.00 pagi untuk persiapan akhir dan untuk supper di kafe.
BERSAMBUNG ... Part 03
Youtube Fauzi Tahir : Pendakian ke Gunung Kinabalu


Tiada ulasan:
Catat Ulasan