Rabu, Januari 13, 2016

Cuti2 Hujung Tahun 2015

Assalamualaikum wbt.
 
Hari ni dah 13 Januari 2016.  Ada besday sesiapa ke hari ni? ha ha... nape mcm aku rasa ada besday kawan aku jatuh hari ni eh?  Ok, lupakan saja...
 
 
Maksudnya hari ni dah hamper dua minggu persekolahan bermula dan hari ni adalah hari ke 3 minggu ke 2 afi tak pergi ke sekolah.  Minggu lepas sehari, minggu ni dua hari, semalam dan hari ini.  Adoi, tak tau nak pujuk macam mana dah.  Afi sekolah MAIWP kat Kg Malaysia.  Bukan senang nak daftar dia di sana, sebab kena berebut tempat, tu pun dpt waiting list (ke8 dalam senarai menunggu), tapi sememangnya rezeki afi nak dpt tempat juga di sekolah tu.  Betapa bersyukurnya ibu bila afi akhirnya bersekolah di sekolah MAIWP tu untuk pendaftaran umur 5 tahun.. baru 5 tahun ... cepatnya masa berlalu...
Tapi sayangnya, afi pulak tak betah nak pergi sekolah, menangis2 tak nak mandi dan tak nak ke sekolah.. jenuh memujuk... ibu speechless.. sedih ati... tp tak leh sedih2, kena usaha untuk afi pergi ke sekolah juga... so, kena guna kuasa besar... DOA!  Bukan selama ni tak berdoa, tp mungkin kena betulkan niat untuk sekolahkan afi.. OK DUDE, sila muhasabah diri...
 
 
OOOPSSS sorry, tajuk atas tu kisah cuti2 hujung tahun 2015.  Haaa gempak je tgk kat FB memasing berjalan sana sini, oversea lah, honeymoon la, beraktiviti dengan keluarga bagai... KAMI? kami balik kampong kami di JB. kenapa KAMI - sebab meriah sket bunyi nyer... ha ha ha ha..
 

Kami balik JB malam maulidur rasul tu, behtu hari jumaat kami ke yong peng, abang buat akikah anaknya di rumah mertua. Lepas asar kami gerak ke Batu Pahat dan bermalam di Homestay Batu Pahat.  Saja je lepak2.  Behtu esok hari nya kami checkout kami ke Melaka, cari homestay masa on d way gi Melaka, dapat di area Klebang, so lepak semalam.  Hari ahad tu kami dah balik ke rumah masing2.  Konvoi 3 kereta, aku sekeluarga, teh sekeluarga dan mak&abah sekali.  Rasa mcm tak puas pulak berjalan dan mcm nak berjalan lagi.  Inshaa allah lain kali kita buat lagi.
 
Permulaan sekolah aku amik cuti panjang sket bercampur dgn new year dan juga cuti persediaan bagi pendaftaran budak2 ke sekolah.  Tahun ni rasa macam relaks sikit.  Anak2 pun dah besar.  Cumanya, Ariq first day dah MC sebab semput, Hadid MC hari ke 3 sekolah, dan Firas berdarah hidung pada first day hari sekolah.  Alhamdulillah, seketika cuma, selepas tu kami baik2 saja....
 
Semoga tahun 2016 ini lebih meriah, lebih bermotivasi, lebih baik, lebih limpahan berkat dan rahmat dari Allah Taala... AMEEN...

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...