Rabu, Januari 08, 2025

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera...

Meh sambung citerrr..

Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  Atas kepala katil aku betul2 tingkap, jadi mmg agak jelas bunyinya.  Tak tahu la ada rezeki kami ke tak utk ke puncak karang.  Terlelap juga sekejap2.  

Kami mula bangkit jam 1.30 pagi.  Sejuk menyengat rasanya. 

Biar pun masing2 dah siap sedia tidur dengan baju mendaki tp kami tetap buat semakan akhir.. hahahaha ayat macam nak semak bajet tahunan... 

Aku pakai baju 3 lapis, Inner, fleece dan puff jacket. Beanie, glove, seluar pun aku pakai dua lapis, dlm seluar fleece dan seluar trek.  Stoking pun dua lapis.  Memandangkan aku pakai sandal je, aku tampal heatpack kat belah atas tapak kaki.  Aku bawa mafla, menyarung headbuff dan pakai headlamp siap2.  Bag berisi water bladder, snek, tuala kecil, gopro (aku tak pakai langsung gopro ni).  Sila bawa tisu basah siap2 kot2 kalau nak ke tandas di sayat-sayat.  Siap2 amik air wuduk juga ye.  Di sayat2 ada tempat solat, tp boleh je nak solat kat mana2 kat atas trek semasa pendakian ke puncak.  Untuk summit attack ni aku tak bawa tongkat.  

Kami ke kafeteria utk supper.  Berselera juga aku makan cuma tak amik byk.  Kena juga alas perut ye...  Mood? Mood aku ok hahahaha tak mcm pendakian sebelum ni, nak pegang sudu pun tak larat.  Last2 tak lalu makan.  Behtu sampai puncak ko kebulur mula minta snek kat kawan2. 

Jam 2.30 pagi kami berkumpul semula di dalam dorm untuk taklimat ringkas dari hendry.


Kami diberi taklimat ringkas oleh Hendry.  Aidil tak turut serta sebab kondisi kaki nya yang tidak mengizinkan.  Jam 2.45pg kami berserta pendaki2 lain mula melangkah memanjat tangga menuju puncak. Kami perlu melepasi Pondok Sayat-Sayat selewat2nya jam 5.30 pagi

Tangganya sgt banyak ye.  Tak terhitung.  Aku melangkah perlahan.  Kawan2 semua dah kedepan.  Memanjat tangga yang ntah tak tahu berapa ratus mata anak tangga membuatkan ko tak sempat nak pandang kiri dan kanan ditambah pula dengan angin yg kuat dan sejuk.  Memang kena hati2 melangkah kerana condition batu dan kayu yang basah dan ada tempat yg berlopak.  

Meleleh sudah air hidung.  Nasib baik aku sarungkan juga headbuff.  Aku tak kesah pada geng lain yang dah mendahului.  Tiber depan aku ni seorang mamat yg jalan nya sepesen macam aku, melangkah setapak setapak, sekali tgk rupanya si madi depan aku.  Hahaha, ada geng.  Terjumpa pula ariana dan hazirul.  Si Ari ni kena AMS kot, mual, angin dan muntah.  Lepas dari muntah katanya, baru dia rasa ok.  

Ada waktu trek jadi jem.  Masa tu aku amik kesempatan utk melihat sekeliling.  Sebelum sayat-sayat ada deck utk kita berehat seketika.  Aku tak berhenti kat deck tu sebab tahu aku slow pace dan nak kejar COT sayat2.  Kalau dah sampai sayat2 mmg lega hati ni.  Di satu tempat, pogie menanti aku.  Menuruti aku dengan perlahan.  Hingus dah meleleh2.  Menapak dalam kedinginan dan kegelapan dengan 2 darjah celcius memerlukan kekuatan mental juga.  

Waktu mendaki ke sayat-sayat, tak de gambar yg terakam.  Aku pun tak mampu nak merakam dengan gopro yg aku kendong dlm bag.  Dah dengan suasana yg gelap hanya diterangi dengan berpuluh2 cahaya headlamp di depan, dan kalau di pandang ke bawah, kelihatan sayup2 lampu2 dari bangunan dan rumah dari Pekan Kundasang.  Walau pun berglove, tp sejuknya tetap menyengat.  Boleh kata sepanjang masa aku masukkan tgn dlm poket jaket.  

Alhamdulillah jam 4.45pagi akhirnya sampai di Pondok Sayat-Sayat.  Jarak antara Panalaban dan pondok sayat-sayat adalah 1.4KM.  Pondok Sayat-Sayat ni terletak di KM7.4 dan untuk ke puncak kita perlu mendaki sejauh 1.3KM lagi.  Total distance ke puncak adalah 8.72KM.  Kat Sayat-Sayat ni boleh solat dan ada kemudahan toilet.  Sebaiknya amik wuduk siap2 di dorm dan jaga air wuduk.  Kalau tidak, kena amik semula air wuduk dalam kedinginan.  Toiletnya ok, bersih... pendaki semua sgt bertanggungjawab - dah pakai toilet, sila flush dan gunakan sebaiknya.

Kita wajib menunjuk kan tag nama di  pondok sayat-sayat untuk lepas menuju ke puncak. Kalau lebih daripada COT, kita tak dibenarkan untuk meneruskan pendakian.  Tak silap aku COT di pondok sayat-sayat adalah jam 5.30 pagi.

Geng-geng lain dah jalan, madi di depan aku dan pogie.  Kami menapak perlahan.  Ok, cabaran bermula di depan ni... ada bbrp tempat berkehendakkan kita berpaut pada tali kerana keadaan batu yg curam.  Seeloknya pakai glove yg kalis air.. aku pakai dua lapis glove, satu dr decathlon yg tak kalis air, satu lagi aku beli kat DIY, jenis material getah dan kalis air... aku sarung selepas sarung yg decahtlon punya tu.  Kalau nak beli yg kalis air leh tahan mahal lak tu... yg DIY ni aku leh buang terus nanti.

Nafas aku pendek2 dan tercungap2.. jantung aku ada masa laju tak tentu hala... so aku kena make sure utk control breathing aku.  Sehinggakan abg malim gunung menegur aku dan mengajarkan aku cara betul utk breathing.  Katanya tarik nafas dari hidung dalam2 dan lepas kan dari mulut perlahan2.  3 kali aku buat dan dia kata, itulah cara betul bernafas.  Kita sedut udara dlm2 supaya sampai ke otak sebab oksigen nipis dan lepas kan perlahan2 melalui mulut.  Risau agaknya dgrkan nafas aku mcm nafas kerbau dah ni ... Gini la gayanya penghidap Hyperthyroid... Jam amazfit balance yg aku pakai ni betul2 membantu aku utk mengawal degupan jantung .. kalau tinggi BPM nya aku akan rehat sekejap.  Lepas tu baru jalan semula.  Masa trekking ke Panalaban pun ada juga la cecah 174.. merah saja heart rate nih... tu aku tak berkejar sgt cuma kita kurangkan berehat lama di pondok2 saja. 

Ada kala kami duduk sekejap di batuan 2-3 minit dan bangun semula.  Aku bagitahu pogie, jauh lagi perjalanan ni, dari tebing lepas berpaut pada tali tadi, perjalanan kita masih ada separuh lagi.  Belum pun sampai kat 8.5KM.. Sayup2 kat atas tu kelihatan para pendaki berjalan perlahan ke puncak Kinabalu.  Ada waktu aku berpaut pada lengan pogie.  Aku ok je.. tak de pun takut tertinggal ke apa ke... atau tak de pun rasa frust ke apa ke... cumanya kan.. aku berkira2.. nak kena sampai puncak? pakai gambar lama tak leh ke? hahahahahaha.. tp gambar lama ada satu gambar je dan takde pula gambar solo... hurmm xpe lah, kalau leh sampai, sampai la kita... Semua dengan izin Allah.  Geng lain semua dah kedepan, tinggal aku dgn madi dan pogie. Pogie pun ikutkan boleh je ke depan.  Tapi dia relaks dan santai menemani aku. 

Jam 6.15 pagi aku tiba di signage KM8.0.  Jam 6.50 di signage KM8.5.  Ramai dah mula turun dari puncak.  Aku masih steady.  Geng2 lain dah sampai.  Tapi ismadi hanya mampu sampai ke KM8.5 sahaja.  Dia risau kalau dia teruskan ke puncak dia akan lambat turun ke Panalaban.  Selesai bergambar di KM8.5, mulakan perjalanan turun semula ke Panalaban. 






Jam  7.30 pagi -  Alhamdulillah aku sampai di Puncak Gunung Kinabalu. 





Terima kasih Allah atas izinMu kami sampai juga ke Puncak Gunung Kinabalu.  Nikmat apa yang kau dustakan.  Masa aku dan pogie kat puncak, hanya kami saja di situ bersama Hendry.  Yang lain semua dah mula hala balik ke Panalaban.  

Mendaki ke puncak kena hati2 dan turun pun kena lebih berhati2.  Maka sebentar lagi bermulalah  cabaran kepada kedua2 kepala lutut kita.. hahahaha






Alhamdulillah, misi berjaya.

ismadi

hanafi

hazirul & ariana




Hendry bagitau kami perlu sampai selewat-lewatnya jam 9.30 pagi di panabalan bagi membolehkan kami utk breakfast di kaferia dan juga mengemas barang sebelum check out dari hostel jam 10.30 pagi.  Dimaklumkan Kafeteria tutup jam 10.30 pagi juga.  Aku tak tahu la aku sempat sampai ke tidak pada jam tu.

Berjalan menuruni batuan dalam cuaca yang dah terang dan dengan angin sejuknya, kita boleh menikmati pemandangan yang sungguh cantik/indah lagi menakjubkan.  Dan ketika ni lah baru lah nampak jelas suasana sekeliling yang kita lalui dalam gelap tadi.  Tiba di tempat yang mana kita perlu utk pegang tali semasa naik tadi dan kini semasa turun pun kita perlu berpaut pada tali kerana berada di batuan curam, bagi sesetengah pendaki mungkin akan terasa gayat.  

Tiba di Pondok Sayat-Sayat kita perlu menunjukkan tag nama kita sekali lagi untuk direkodkan.  Aku amik peluang berehat sekejap di sayat2.  Member2 lain dah turun.  Suasana sunyi dan hanya ada beberapa pendaki sahaja lagi termasuk satu group dari thailand.

Aku melepasi geng2 aku yg berehat di deck.  Aku tak nak buang masa lama sangat sebab tahu kondisi aku yg slow ni.  Siang hari ni baru jelas kelihatan anak2 tangga yg tersusun cantik, lebih cantik dgn pemandangan sekeliling.  Memikirkan nak kemas bag, nak nap sekejap kalau sempat sebab aku rasa mengantuk sgt nih... penat pun penat juga ni.  Behtu aku rasa aku tak sempat nak breakfast.  

Dan akhirnya aku sampai juga di panabalan jam 10.10 pagi.  Aku terus tuju ke bilik.  Tak jauh dibelakang aku sebenarnya ada hendry yg menemani daus.  Pogie dah lajak ke depan sebab dia kejarkan breakfast di kafeteria.  Ada beberapa minit je lagi kafe nak tutup. Aku pulak risaukan brg2 yg tak kemas lagi dan kena check out pula jam 10.30 pagi.  

Aku masuk bilik dan baring kejap.  Aku bagi 5 minit utk lelap jap. Jam waktu tu pkl 10.15 pagi.  Bangun dr baringan, aku angkat bag dan mula nak mengemas dan waktu tu hendry dan daus tiba di bilik.  Hendry suruh aku g makan dulu kat kafe dan lepas tu baru kemas.  Aku menurut.  Terus turun ke kafe dan yg lain dah menunggu aku dan pogie dah siap amikkan makan utk aku.  Tak lama daus pula sampai.  Hanya ada mee, sosej dan telur yg tinggal. Aku tak berapa lalu nak makan.  Badan terasa letih sgt.  Aku minta pogie naik ke blk dan kemas bag.  Jam 10.35 pagi aku dgn daus naik ke bilik.  Yang lain sibuk mengemas.  Jam 10.50pagi kami diingatkan utk bersiap dan check out.  Tu untungnya booking bilik dekat dengan kafe.

Aku dan pogie dah siap kemas, dah siap isi bekalan air.  Kami letakkan bag diluar dorm, nanti porter akan angkat bag dari situ.  Aidil dah siap turun jam 8.00 pagi tadi lepas sarapan.  Aku maklumkan pada yg lain aku dan pogie akan gerak dulu.  Jam 11.30 pagi kami mula gerak turun ke Timpohon gate.

Tongkat sangat berguna waktu ni.  Aku pakai sandla eiger dengan dua lapis stoking semasa turun.  Kami jalan perlahan2.  Untuk hari ni mcm tak ramai pendaki yang naik.  Almaklum mungkin sebab hari ni hari isnin, weekday pula kan.  Dan rezeki aku terjumpa pula dengan Jvy dan porter lain yg membawa barang ke panalaban.  Setiap kali selisih dengan porter, aku mesti mencongak2 berat brg yg dibawa dan apa brg yg dibawa.

Aku siap2 pakai baju hujan sebab cuaca sejuk dan gerimis, dan hujan mula turun.  Kami berhenti seketika di setiap pondok tp tak lama.  

Zam dah melepasi kami.  Setibanya kami di Pondok Mempening di KM4 lebih kurang, kelihatan zam dan aidil di situ.  Zam dah gerak dulu diikuti aku dgn pogie dan kemudian aidil jalan perlahan sebab kondisi kakinya yg tak mengizinkan.  Aku tak berapa risau hal aidil ni, sebab geng kami masih lagi dibelakang termasuk hendry dan hendra.  Zam bagitau daus injured lulut dan buku lalinya. So, semua slow moving.

Semasa kami berehat di pondok kandis 1KM dr timpohon, hazirul dan ariana pula sampai.  Aku bgtau diorg utk teruskan je perjalanan tak perlu berehat.  Zam tak jauh di depan, kami akan menyusul.  Suasana mmg sunyi sepi.  Tentunya ramai yang dah turun.

Setibanya kami di air terjun carson, aku dah tersenyum riang.. x jauh dah Timpohon Gate dan akhirnya jam 5.20 ptg kami sampai juga di Timpohon Gate.



5.20 petang tiba di Timpohon Gate.
Alhamdulillah.

Kami register di pondok.  Tak lama Jun tiba dgn bag2 yang dibawanya.  Suasana sejuk sekali.  Tak de pula tempat nak berbaring.  Aku tak sabar nak berbaring sebenarnya.  Letih tapi happy.  Setengah jam kemudian ada 4 org tiba, cukup muatan satu van kami dihantar ke Sabah Park.  Di sana kelihatan hazirul, ariana dan zam yg dah tiba lebih awal.

Kami menunggu geng lain sampai... Jam 7.00mlm dapat call dari ismadi, bgtau diorg dah sampai timpohon. Aidil masih dibelakang.

Kami tunggu Aidil dan jam 8.00 mlm baru aidil tiba dgn group yg lain.

Kami akan terus ke KK dan check in hotel di sana.  Perjalanan selama 2 jam biarpun Ancho dah bawa van dgn laju dan cekap, tetap la mcm lama rasanya.  Yang benarnya aku dah kelaparan dan kerimasan.  Dah semalam tak mandi, hari ni seharian turun naik gunung jadi diri ni dah minta mcm2 kat aku dah.  Aku tak dpt nak lelap mata sepicing pun.  Kami akan makan dulu sebelum ancho bawa kami ke hotel.

Kami tiba di Anjung Senja KK untuk malam dalam lebih kurang jam 9.45 malam.  Makan mcm2 juga biarpun masing2 dah pun kepenatan dan  mengantuk.  Hazirul food poisoning, muntah dan tak selera makan.  

Selesai makan, kami ke Kinabalu Daya Hotel untuk check in.  Kami akan menginap di sini utk dua malam.

Maka berakhir sudah Misi Pendakian Gunung Kinabalu kami.  Untuk esok dan lusa, kita recovery dengan santai dan bershopping di sekitar bandar kota kinabalu.

Sejujurnya, aku happy sangat dengan trip ni.  Geng yang best, sporting, tak byk kerenah, semuanya ok dan boleh dibawa bincang.  Boleh rancang untuk next trip pula kalau sudi .. hahahahahahaha.. tak tau la nak ke mana.. maybe repeat semua Kinabalu bagi menemani geng yg tak sampai ke puncak, tp aku dgn zam dah bercita2 tuk stay saja dia Panabalan menikmati suasana Puncak Kinabalu dari situ dan juga makan breakfast di cafe tenang-tenang saja.  Kita support pada mereka yg tak khatam lagi.. hahahahahaha... 

Apapun, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, misi ini berjaya 95%.  Alhamdulillah... Dialah sebaik2 perancang... 
  
Kalian boleh nikmati pendakian kami di Youtube Fauzi Tahir melalui link ini.. Terima kasih kerana menonton.   

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 2 (Ahad)

Assalamualaikum wbt.

8/12/2024 (Ahad)



Gambar sebelum pendakian.

Aku yang terjaga dalam jam 5 pagi dan dah terdengar orang bercakap2 di luar bilik.  Apakah mereka tak tidur?  Azan subuh berkumandang pun jam 5.00 pg lebih kurang... Aku mandi dan solat subuh.  Aku jenguk luar rumah, ada madi dan zam tgh mengambil angin sejuk di luar homestay, pogie pun dah bangun mandi dan sempat pula briskwalk di kawasan sekitar.  Suasana mulai terang.

Kami order breakfast dan juga pack food utk makan semasa pendakian.  Breakfast pagi tu kami dibekalkan dengan mee goreng(huhu, kenapa la mee goreng)  dan satu  polisterin nasi ayam butter... Huhu.. mcm mana la aku nak bawa polisterin ni memandangkan aku hanya akan bawa hydration bag yg muat utk waterbladder, baju hujan dan sedikit kudap2an.  Nasib baik la pogie sudi bawakan pack food tu masuk ke dalam bagnya.  Dia kata kalau aku tak makan, dia akan makan.

Kami dah siap2 sarapan, bag pun dah siap, homestay pun dah dikemas utk check out, dah puas bergambar, maka dengan lafaz bismillah jam 7.30pagi kami bergerak ke Sabah Park dgn Ancho.  

Dari homestay kami ke Sabah Park lebih kurang 10 minit perjalanan.

Bayaran masuk ke Sabah Park adalah RM10/pax.

Utk makluman, 5 peserta wajib dikepalai oleh seorang guide.  Upah seorang guide adalah RM350.  Kami ada 9 orang, maka kami perlu 2 orang guide.  Hendri dan Indra adalah guide merangkap porter bag kami dan seorg lagi, Jun yg juga porter bagi bag kami.

Kami bersyukur sebab semalam dah settle segala keperluan pendaftaran - satu langkah bijak, so pagi ni tak perlu berebut dengan group2 lain.  Hanya perlu dptkan tag nama sahaja.  Aku dan hazirul ada tinggal kan bag kat kaunter Sabah Park dengan upah simpan satu bag RM15.  Bag tu adalah baju2 dan keperluan lain yg hanya digunakan di KK saja nanti.  

Upah porter untuk bawa bag adalah RM14/kg.  Timbang berat bag aku adalah 8kg = RM112.  Bag aku la paling ringan nak dibanding dgn bag2 lain.. sedangkan aku berkongsi bag dgn brg2 pogie, hahaha gagah gigih adjust bag tak nak kasi berat.  Porter hanya terima Tunai sahaja ye, tak de QR code. So sediakan duit secukupnya.  Dan jangan lupa reserve sehelai duit RM100 utk di acu pada St. John Peak semasa di puncak nanti.  

Setiap peserta pendakian akan menerima tag nama dan tag nama ini wajib dipakai sepanjang kita berada di dalam Sabah Park. Tido la dgn Tag tu sekali, nak makan nak masuk bilik air pun pakai la tag tu.. jangan dihilangkan. 







Selesai urusan di pejabat Sabah Park dan kami pun dah dpt tag nama, kami bergerak dgn van ke Timpohon Gate.  Dari Sabah Park Ke Timpohon Gate lebih kurang 4KM ++. 

Timpohon Gate ini lah tempat permulaan pendaftaran pendakian - starting point.  Selain Timpohon Gate, dulu ada trek melalui Mesilau, tp sejak gempa bumi tahun 2015, laluan mesilau ditutup untuk penyelenggaraan.  Member aku yg pernah trekking melalui mesilau bagitau, trek mesilau agak landai, lebih cantik pemandangannya dan punya air terjun yg cantik tp treknya 2km lebih panjang (8KM) nak dibandingkan dengan trek dr Timpohon Gate; 6KM ke Panalaban/Laban Rata. Trek dari Mesilau akan bersatu dengan trek dari Timpohon pada KM4.

Kami diberi taklimat sebelum pendakian bermula.  Antara yang dipesan, jangan merokok sembarangan.  Hanya ada tiga tempat sahaja yg dibenarkan utk merokok, dan aku lupa apa nama tpt tu.  Sekiranya kita dilaporkan merokok ditempat yang tidak sepatutnya, maka kita akan didenda RM3000 utk satu kesalahan. Bare in mind pogie.. hihi, pogie sorg je yg merokok dikalangan geng2 tu.  

Selain itu, Hendri bagitau kita boleh makan tgh hari nanti di Pondok Layang-Layang.

Kami ke toilet dulu sebelum mulakan pendakian.  Selepas menunjukkan pas dan mendaftar di kaunter pendaftaran, jam 9.00 pagi kami mulakan langkah dgn bacaan doa dan bismillah.  Pada waktu tu hanya kami dan bbrp orang sahaja yang ada di situ, group lain masih belum sampai lagi.

Suasana terasa dingin... kami berjalan dan mendaki ikut pace masing2.  

Awal kilometer, kami dah mula terpisah antara satu sama lain.. Zam, Daus, Pogie di depan, aku sendirian tapi tak jauh dr diorg.  Belakang aku mungkin zirul dan ariana, seterusnya madi, napi dan aidil.

Pendakian Gunung Kinabalu ni sebenarnya satu terapi jiwa juga.  Niat bermusafir dan menikmati keAgungan Allah Taala, menyedari betapa kerdilnya kita di bumi tuhan ni.  Segala terjadi dengan izinNya. Minta la kat Dia apapun, kalau diizin, dapatlah kita.  

Korang nak naik kinabalu ni, wajib training.  Slow jog pun ok, buat hari2.  Paling2 3 bln sebelum pendakian.  Behtu pergi la panjat mana2 gunung ke bukit ke utk biasakan dengan suasana trek mendaki.  Untuk melatih otot2 kaki, lutut dan membiasakan otot2 kaki dan badan dengan suasana kawasan pergunungan dan bukit.  Kinabalu ni tak sama pun dengan gunung lain di Semenanjung kerana ketinggiannya mencabar keupayaan fizikal dan mental kita.  Lebih2 lagi apabila berada di tempat yang tinggi tentunya oksigen semakin menipis.

Kalau kita cukup training, kita punya banyak masa utk menikmati suasana alam di sepanjang trek.  Penat tu pasti ada, tapi, sekurang2nya kita kurang berkeluh kesah dan dapat menikmati pemandangan sekeliling.  Serius cantik pokok2 dan suasana trek pendakian.  Dengan training, kita kasi berbaloi dan sampai ke puncak.  

Pengalaman pertama aku ke Gunung Kinabalu dulu, training rasanya kurang 3 bln.  Tapi waktu tu aku agak aktif dgn aktiviti outdoor.  Kinabalu ni lah gunung pertama aku daki.  Aku tak de geng pun masa tu nak ke gunung datuk ke.. bukit2 ke.. sebab aku tak reti lagi benda2 tu.  Barang2 pun kebanyakannya aku pinjam dari kawan2 office.  Lepas dari Kinabalu tu la baru aku aktif ke sana ke mari ikut kawan panjat gunung.

Ok, back on trek...

Untuk makluman juga, sepanjang 6KM trekking dari Timpohon Gate ke Panalaban/Laban Rata, terdapat 7 pondok berehat dan semua pondok ada tandas.  

Pondok Kandis
Pondok Ubah  
Pondok Lowh  
Pondok Mempening
Pondok Layang-layang
Pondok Villosa
Pondok Paka
Pondok Waras

Jarak antara pondok adalah lebih kurang  1km - 0.05 km setiap pondok.  Jangan risau kalau sakit perut atau nak terkucil, tandas ada di setiap pondok.
 
Kawasan pondok layang-layang sebelum KM5 ni agak besar sikit daripada pondok2 yang lain.  Di sini lah tempat para pendaki berehat dan makan tengah hari.  Di situ mcm ada satu pondok utk malim gunung berehat dan berkumpul.  Suasana jadi riuh rendah sedikit bila mana kita tiba di layang-layang waktu makan  tengah hari.  

Trek pendakian dari Timpohon Gate ke Layang-layang kebanyakannya bertangga, tangga tanah, tangga kayu pun ada juga.  Lepas daripada Layang-layang ke Panalaban trend trek nya dah berbatu-batu, ada batu2 besar, batu2 kecil dan ada satu dua tempat yg perlukan kita memegang tali sebagai support.  Pondok layang-layang ke Panabalan lebih kurang 2KM sahaja lagi. Make sure pakai kasut grip yang bagus.  Sebab kasut tu juga kita akan pakai untuk summit attack esoknya.  Kalau tak ckp baik boleh mengundang ketidakselesaan  sepanjang trek dan kecederaan.  

Aku pakai sandal je sepanjang pendakian naik dan turun.  Aku bawa dua sandal.  Satu brand Hi-Tech yang aku beli 2 hari sebelum berlepas, dan satu lagi sandal brand eiger yang selalu aku pakai untuk ke Gunung Datuk dan Gunung Angsi.  Alhamdulillah, sandal Hi-Tech tu sgt sesuai dengan aku, punya grip yg bagus dan selesa dipakai sepanjang pendakian turun dan naik.  Lebih2 lagi aku tak nak bawa kasut yang bulky memakan ruang bag.  Sandal eiger aku pakai masa turun dari panalaban ke Timpohon Gate.  Itu pun aku pakai dua lapis stoking.  

Kasut ni eloknya kita pilih satu saiz besar bagi sedikit utk beri ruang kepada jari kaki especially ibu jari kaki kita supaya tidak cagu dan tidak makan kuku.  Masa aku turun dari panalaban ke Timpohon, terjumpa seorang adik perempuan ni sedang duduk dan hanya berstoking, aku tanyakan mana kasut? katanya kasutnya terasa ketat dan makan kuku kaki.  Sangat bahaya ye.  Lebih2 lagi dengan keadaan tanah yg basah dan cuaca hujan, trek licin dan kena lebih berhati2 supaya tidak jatuh atau cedera. 

So kalian kena make sure pemilihan kasut yang betul dan tepat.  Cuma tak digalakkan juga untuk pakai kasut yg baru dibeli sebab tak biasa dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.   













Di Pondok Mempening





Disini kami makan tengah hari.  Aku berkongsi nasi dengan pogie.



Tgkkan pemandangan ni pun, buat hati cair.  Menakjubkan.



Macam dah tak jauh dah.. 



Di pondok Villosa






Alhamdulillah, sampai di Panalaban jam 3.30 petang.

Di pondok Layang-Layang, aku berkongsi makan nasi ayam butter dengan pogie, separuh-separuh.   Lepas tu kami gerak dulu sementara Zam dan daus akan gerak sekali dengan hazirul & ariana yang baru sampai. 

Pendakian makin mencabar dengan trek yang berbatu2.  Pace aku slow je,  aku tak menggesa untuk cepat sampai.  Pogie pun layankan je pace aku.  Ikutkan dia boleh pergi dulu dengan laju.  Dia ambil kesempatan untuk amik gambar dan juga video.

Kalau perasan, ada tapak helipad di bbrp tempat.  Sebelum pondok Villosa pun ada tapak helipad.  Tadi kat KM4 pun ada tapak helipad.  Kat Panalaban juga ada tapak helipad.  Tapak helipad ni boleh tak perasan kalau kita hanya memandang tapak kasut dan batu batan sewaktu melayan perasaan dan trek.  Cuba menikmati pemandangan alam sekeliling.  Bukan senangkan kita nak sampai.  Pokok2nya subhanallah, cantik, bila makin tinggi, makin byk pokok2 yang renik dan rendang, ala2 jepun pula.

Hujan dah start turun dari pondok layang-layang, tak lebat, mcm rebas menjadikan suasana terasa lebih dingin.  Aku dah start pakai baju hujan decathlon sejak dari layang-layang tadi.  Air pun mcm tak berapa luak, hanya untuk membasah tekak je.  Snek yang aku bawa pun tak luak.

Alhamdulilah jam 3.30 petang kami sampai di Panalaban/Laban Rata dalam suasana masih hujan gerimis.

Kami terus ke kaunter resepsi untuk mendaftar.  Bilik kami sgt berhampiran dgn resepsi dan paling hampir dengan kafeteria sebagaimana yang aku request kat zam.  Ada juga bilik di atas kafeteria tapi untuk menginap di situ tentu pakej nya lebih mahal, turun tangga je dah sampai cafe.  Nama dorm kami adalah Mokodou - Room 2.

Dalam bilik ni ada 13 katil super single, kami akan tido di sini bercampur lelaki perempuan ye.  Dalam setiap dorm ada bilik air dengan 3 pintu dan 2 sinki. Dah di label siap2 toilet utk lelaki dan toilet untuk perempuan.  Dorm ni luas ye.. boleh solat dengan selesa.  Ada juga mini pantry tp tak de apa2 la di situ selain dr kattle jug kot agaknya.. aku tak guna pantry tu.  Kami 9 org bersama 3 pendaki lain dan ada satu lagi katil kosong.  3 orang pendaki dari sabah tu menginap 3h2m dan dah pun sampai ke puncak semlm nya. Setiap katil disediakan selimut tebal dan juga tuala.  Katil dan bantal empuk dan selesa.  Walau pun begitu, kami tetap tidur dengan baju yang berlapis2.  Satu kelebihan bila kita datang dalam group ramai gini kita duduk dalam satu dorm.

Selesai pilih katil, aku bersebelahan dengan  katil pogie (sebelah dinding) dan cop juga katil aidil di sebelah aku, kami menanti yg lain tiba.  Selesai solat, sempat la berbaring sekejap sebelum tunggu waktu makan malam yg akan bermula jam 4.30 ptg. 

Tak lama, zam sampai, behtu daus pula sampai.  Aku dengan pogie tak dpt nak tukar baju sebab bag kami masih bersama porter yg menemani aidil.  Zam bg aku pinjam jaketnya, dpt la juga mengurangkan rasa sejuk.  Tak lama napi dan madi sampai, diikuti zirul dan ariana.  Bag aidil, napi dan madi yang dibawa Jun dah sampai.  

Jam 4.20 kami dah ada di kafeteria Panalaban.    


Kafeteria masih lengang.  Jam 4.30ptg kami bersama pendaki2 yg dah sampai di kafe panalaban diberikan taklimat ringkas oleh malim gunung.  Katanya pendaki yang mendaftar pada hari itu adalah seramai 109 orang.  Maksima pendaki untuk satu hari adalah 150 orang.  Kami dinasihatkan utk beri ruang kepada pendaki lain untuk duduk makan sekiranya kami telah selesai menjamu selera memandangkan kapasiti cafe yang tidak dpt memuatkan kesemua pendaki dalam satu masa.  Lebih-lebih lagi ruang makan luar tak dibuka kerana hujan.  Selain itu, sama2 berdoa untuk dapat meneruskan pendakian esok pagi.  Kami juga dinasihatkan untuk tidak membazir makanan yang diambil.  Ambil secukupnya.  Memandangkan di atas cafe pun ada bilik, kami dinasihatkan untuk tidak membuat bising bagi menghormati pendaki2 yang sedang berehat di bilik atas.

Kami beratur mengambil makan masing2.  Menu memang menyelerakan.  Ada western, eastern, ada bubur, ada roti, mee dan mcm2 lagi. yg penting ada kambing.  Makanan dan minuman dari kafe adalah ditegah untuk ditapau dan dibawa keluar dari kafe.  Air panas pun tak dibenarkan untuk masuk dalam flask.  Dont worry, ada bbrp penapis air yang aku tak perasan brand apa, ditempatkan di depan dorm.  Inshaa Allah kita tidak putus bekalan air minuman di Panalaban.

Di satu sudut ada kaunter pembayaran utk sesiapa yg nak membeli makanan dan minuman, harga nya mungkin sekali ganda mahal dan kita maklum akan kos yg perlu ditanggung bagi membawa barang2 naik ke Panalaban.  Selain tu ada juga satu sudut yang menjual baju sejuk, beanie, glove dan peralatan pendakian. tak byk tapi utk emergency at least kita ada alternatif.  Sandal pun ada.

Keadaan cuaca tak mengizinkan kami untuk berada diluar cafe, udaranya sejuk dan hujan agak lebat juga.  Jam 6 ptg aidil masih belum sampai.  

Aku setia menunggu aidil sehinggalah jam 7.20 malam baru la dia sampai bersama hendry dan indra yg membawa bag2 kami yang lain.  Alhamdulillah... sempat juga kami meneman dia makan di kafeteria.  Kafe tutup jam 7.30 malam.

Lega aku bila dpt bag, maka kami siap2 menyalin baju utk pendakian esok.  Jangan ditanya mandi ke tidak, dengan cuaca kurang dari 9 darjah celcius, mana mungkin kami nak bersenang2 mandi.  Lap badan pun dah mencukupi.  Tapi hazirul & aidil tetap mandi untuk menyegarkan badan.  Bak kata ariana, kulit buaya... 

Selesai solat jamak dan berkemas, jam 10 malam bilik kami dah sunyi sepi.  Ikutkan sebaiknya kami lelap lebih awal, kami akan bangun seawal jam 1.00 pagi untuk persiapan akhir dan untuk supper di kafe.

BERSAMBUNG ... Part 03

Youtube Fauzi Tahir : Pendakian ke Gunung Kinabalu

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...