Rabu, Januari 08, 2025

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 1 - 7 Disember 2024

Assalamualaikum wbt.

7/12/2024 (Sabtu)

Korang, jangan lupa bawa headlamp, baju tebal, fleece, glove (sebaiknya waterproof), beanie, extra stocking... 

Seawal jam 4.30 pagi kami dah gerak ke KLIA 1 dari rumah dengan menaiki motorsikal.  Ariq bawa aku, Hadid dengan ayahnya.  Gigih kan naik motor.  Dah masing2 nak menghantar, dan ok juga, mudah juga, jimat juga.  Sampai di KLIA dah jam 5.50pagi. Alhamdulillah, tak hujan.  Hadid terus gerak balik, ariq pula cari parking motor dan nak lepak dengan kami sebelum penerbangan. 

Masuk airport, terus aku wrap kedua-dua bag kami.  Tak silap untuk dua2 bagi ni sekali bungkus RM45.  Aku punya 2 pengalaman beg kena geledah / zip dibuka masa penerbangan ke Sabah.  Memang cukup serik.  Diorg grab mana yang boleh, powerbank hilang, charger ke apa ntah lagi yg diambil.  Itu dalam 10 tahun lepas.  Tapi aku rasa sekarang ni lebih secure sebab tentunya pihak Airport ambil tindakan keatas laporan2 kecurian dan kehilangan barang dengan lebih serius selain meningkatkan CCTV di merata tempat. Tp sebagai langkah berjaga-jaga, aku memang wrapkan juga bag2 ni.


Tak de pula gambar yg dah di bungkus.

Tak lama, muncul aidil. Kami pun self register, behtu check in luggage.  Memandangkan aku punya bag jadi extra large sebab bungkus dua bag sekali dan menjadi satu bungkusan besar maka aku kena hantar bag ke kaunter extra luggage yg nuuun jauh di kaunter M hujung sana.  Rasa menyesal pulak bungkus dua bag sekali.  Tak pasal2 karang brg kami turun lambat sebab mesti keluar berserta barang2 /kotak2 besar. Aku pogie aidil dibawah satu nama, jadi bila check in luggage totalnya adalah 24kg.  Aidil punya sahaja 9kg.  Yang penting tak lebih 30kg.

Selesai check in luggage, kami ke surau utk solat subuh.  Lepas tu kami lepak di Costa Coffee sebab situ je yg ada kosong.  Lama juga kami melepak kat situ.. menunggu geng2 lain; zam, madi, daus, napi, hazirul & ariana(Wife zirul).  Dalam jam 9 aku suruh ariq gerak balik cyberjaya.  Kami nak boarding.  Kami tunggu geng2 lain kat boarding area.




Dah lama sgt tak naik MAS.  Baru tak baru pun naik AA ntah g mana tak igt.  Kami tunggu geng di Boarding area.  Hajat hati nak lelap mata sekejap memandangkan kawasan menunggu sunyi dan sepi dan hanya kami je kat situ.  Tapi nak tido macam mana... sejuk yakmat.  Lebih kurang jam 10 lebih baru geng2 kami sampai dan suasana dah dipenuhi dengan penumpang2 lain.  Gamat sekejap.  Alhamdulillah flight kami tak delay.  Cuaca pun kelihatan cantik je.  Memandangkan kami tak pilih seat, random je, maka duduk bersepah2 la masing2.

Penerbangan berlepas tepat jam 11.20 pagi.


Aku, Hazirul & Ariana

Sedappp!! apa ntah nama dia.. chicken & patato

Ni menung tgkkan diorg loading kargo dan kelihatan seperti keranda sedang dimasukkan di bahagian kargo.

HB & wifie


Daus & Madi


Happy jer kita semua nak cuti2

Kami mendarat di Kota Kinabalu lebih kurang jam 1.50 petang.  Dah amik bag masing2 kami pun menunggu Ancho datang utk pickup kami.  Ancho ni yang akan bawa kami dari KK - Kundasang - KK.  Bergerak la kami ke Kundasang jam 2.45 petang.  Cuaca redup mendung je.

Perancangan kami hari ni, akan terus ke Sabah Park utk terus uruskan pendaftaran nama untuk pendakian esok supaya esok kami tidak tergesa2 dan berebut-rebut dengan team lain, lebih mudah dapat settle hari ni.  Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang dua jam.  jalan yang turun naik bukit dan agak sempit, nak2 kalau depan kami tu ada lori yang jalannya slow je mendaki bukit.  Tapi Ancho cekap memandu di kawasannya.  Mencilok bila ada peluang dan ruang.  

Kami tiba di Sabah Park dalam jam 5 lebih.  Terus sahaja ke kaunter pendaftaran untuk menyelesaikan urusan yang perlu sebelum kami ke homestay untuk check in.  

Sambil itu kami sempat solat jamak di surau Sabah Park.  Airnya masih boleh tahan sejuk.  Lega bila dah selesai solat.

Seterusnya kami ke Kundasang Guesthouse yg terletak sekitar 400m dari Pekan Kundasang.

Kundasang Guesthouse ni mcm baru tak baru dibina sebab ada bangunan yang sedang dalam proses renovate.  Kami ditempatkan di dalam satu rumah 3 bilik.  Setiap bilik dengan bilik air masing2.  Kami perempuan bertiga satu bilik, pogie & madi satu bilik - bilik ni punya 2 katil single dan 1 queen bed, manakala Zam, hanafi, zirul dan daus tido satu bilik yg punya satu single bed dan 3 bunk bed.  Besar rumah ni.  Siap dengan basic perkakasan masak.  Harganya kami dapat RM600 utk satu malam. Homestay juga mengadap Gunung Kinabalu... Subhanallah, cantik sungguhhhh ciptaan Allah SWT.

Gambar di area homestay.

Sebelum memanjat... 

Ariana, Aidil & Aida (Dude)

Gerak ke kedai makan di Pekan Nabalu

Kami bergambar sebelum gerak ke Sabah Park.

Selesai check in hotel, kami berjalan santai ke Pekan Nabalu untuk makan malam.  Berjalan dalam 400m dari tempat penginapan ke Pekan Nabalu sesuatu yang mengujakan.  Dari Kota Kinabalu kami dah kagum dengan pemandangan bukit bukau gunung ganangnya, kini kami betul2 berada di Pekan Nabalu.  Melihatkan gahnya Gunung Purba, Gunung Kinabalu yang akan ditawan esok harinya.  Semoga Allah izinkan dan permudahkan perjalanan kami esok.  

Di Pekan Nabalu waktu ini, suasana dah mula menggelap.  Kami tak tahu nak makan kat mana.  Ada jualan seperti pasar tani tp masing2 dah siap nak mengemas pulang.  Akhirnya kami cadang untuk makan di sebuah kedai makan  kecil sedikit pinggir dari Pekan.  

Untuk hari ini, kami order goreng2 sahaja.  Aku add on Tomyam Seafood.  Aku minta saiz kecil tp mangkuk saiz kecilnya ya rabbi, mcm saiz L.  Ok juga rasanya.

Oh, utk perbelanjaan kami dalam trip ni - kecuali brg2 yg kami nak beli sendiri, duitnya dipegang oleh bendahari kami, Madi.  

Selain daripada RM650 utk urusan pendaftaran pendakian 2h1m dengan Sabah Park, kami kutip juga RM730 seorang untuk urusan penginapan dan juga transport di KK-Kundasang-KK dan lain2 belanja.  Jadinya makan2 ni semua dibayar sekali tak kira la ko makan apa.  Mudah kan?  So total satu kepala adalah RM1380.  

Actually ni adalah bajet pakej oleh Almarhum semasa kami ambil pakej dgn beliau.  Biarpun hal2 lain zam tolong uruskan, tp kami tetap kutip RM730 seperti yang dibajetkan.  Malahan ada byk lebihan pun bila buat sendiri.

Selesai makan, kami ke Bataras Hypermarket.  Bataras ni kalau di sana, macam Giant la.  Diorg kat sana takde Giant ye.  Kami shopping sikit di Bataras; beli air mineral, kudap2 dan coklat utk persediaan pendakian.

Di homestay, masing2 memunggah barang, mengemas bag yang mana nak upah  porter bawa dan mana yang kita nak bawa sendiri.  Upah porter adalah RM14/kg.  Tahun 2013 upah porter RM9/kg.

Aku dgn pogie berkongsi satu bag saja, satu bag 30l kami akan tinggalkan kat Sabah Park.  Upah simpan bag adalah RM15 utk satu bag.

Jam 10 malam kami semua dah berlayar... 

Bersambung....  Part 02

Youtube Fauzi Tahir : Pendakian ke Gunung Kinabalu
  

Tiada ulasan:

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...