Sampai juga ke 10 malam akhir Ramadhan, mencari malam lailatul kadar... saya tak dapat buat byk amalan ibadah untuk tahun ni. Mana sempat je, mengaji pun kadang2. Cepat letih, dan sujud pun tak boleh lama. Mengandung kali ini mmg menguji kekuatan semulajadi dari dalam. Darah pun cepat naik... kurrssemangat... berangin je satu badan... mmg kena banyak bersabar... tp kebanyakan masa terlepassss juga. Moga Allah Taala memaafkan hambaNya ini.
Minggu ni minggu akhir kita bekerja, w/pun mungkin ada yg masih bekerja hari isnin depan (sebab hari selasa kita semua akan menyambut Aidilfitri), dan minggu ni jugak (esok lah tu), akaun kita akan penuh dengan duit gaji, duit bonus dan duit sumbangan raya.... Alhamdulillah.... mudah2an kita beringat2 waktu berbelanja.. tu yg takut tu sebenarnya. Takut over spend pulak... overbajet...
Apa yang penting, kita bayar hutang piutang, bayar sewa rumah dan segala apa yang patut sebelum kita berbelanja. Senarai kena ada, kalo tak de dalam senarai elakkan la membeli. Atau pun masukkan dlm senarai tu, peruntukan utk membeli lain-lain, tapi dlm jumlah RM yg kecik.. ceh, pandainya memberi panduan, terpandu kah diri sendiri??
Utk raya thn ni, rasanya tak byk nak membeli, cuma brg anak2 sebagai balasan mereka berpuasa, peruntukan duit raya, dan utk diri sendiri, sehelai dua baju raya... kita kan pakai uniform... hehehe..
dan keperluan rumah, nak buat mentenan kat rumah tu.. byk yg dah rosak. Itu lebih penting rasanya.
Barangan keperluan baby pun beli lagi, insya Allah, ada jualan murah, kita belilah, beli mana yg perlu.
Erm... panjang tak panjang list tu... panjang tu sebenarnya.. ahaks...
kuih raya pun tak byk beli thn ni.. 3 jenis je, makmur, suji n tart, semua sikit2... kuih pun mahal skrg. Dan kerepek pun 3 jenis je.. sib baik la dpt tahan nafsu thn ni, kalo thn lepas tu, diam tak diam kat RM200 gak la spend utk kuih muih kerepek pelbagai tu...
Thn ni pun dah start buat kuih sendiri, hopefully next year dah tak yah order kat org dah, buat biskut raya sendiri.. kuih raya kalo beli pun tak abis, bawa balik g opis, kasi org opis makan... yg laku, kerepek, rempeyek, kekacang dan sewaktu dgnnya...
Jadinya, marilah kita berhemah berbelanja... sekalipun dpt rezeki lebih, menabung pun perlu diambil kira..