Sabtu, September 25, 2021

Berpiknik di Sg Kedondong dan Tragedi Hadid Eksiden

Assalamualaikum wbt.

Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah beralih ke Fasa 2 bermula 10 September 2021.  Ini bermakna, kelonggaran diberikan kepada aktiviti2 sukan dan sosial.  Haha, tu dulu aku sebut.  Actually aku bukannya beria nak ke mana2 pun, lebih2 lagi sebelum wabak covid ni pun, cuti aku tak byk luak sebab tak tau dah nak bawa budak2 pergi mana selain balik kg johor dan perak dan kalau bawa anak2 berjalan pun tak kerap seperti dulu.  

Jadinya, seperti biasa aku buat plan last minit.  Hari Khamis tu aku bercuti, ikutkan aku kena bawa Acot (Anak kucing) ke klinik, tp Acot tak panjang usia, telah mati sehari seblm aku bawa ke klinik.  Sedih... 😞😞

Aku cadang bawa budak2 ni pergi mandi sungai.  Maka bersiap lah kami seadanya.  Memandangkan kami tidak bermalam, makan kami bawa brg ala kadar spt dapur kecik, maggie, sardin, beras sikit dan juga jajan selain baju. bawa juga flysheet, dan ground sheet.  

Hadid tak kerja, tp bila aku ajak dia takmoh pergi, letih katanya.  Setelah semua bersiap, kami gerak ke arah ulu yam gombak.  Masa tu jam dah kat tgh hari.  Bila plan last minit dan skrg musim camping pula, maka agak payah kami nak dpt tempat.  Igtkan nak pergi Hutan Lipur Sg Tua Ulu Yam, tp tutup pula dalam musim covid ni.  Dua tiga tempat kami bertanya, ada yg kosong tp mcm tak best pula.  Last2 kami ke arah batang kali.  Aku google dan ber FB mencari tpt mandi sungai.  Last2 aku jumpa Hutan Lipur Sg Kedondong Batang Kali.. tempat ni aku tak pernah pergi.  Maka kami pun ke sana.  

Bila sampai aku tgk byk juga kereta, aku tak nampak sg nya kat mana.  Pogie kata kita gamble je la lepak sini.  Aku ckp, kita cari tpt dulu, lepas tu baru angkat barang selebihnya.  Kat luar je dah nampak sampah2 tp tak la bersepah, cuma biasa la, kalau jenis buka utk public ni, ko dah blh agak dah kebersihannya mcm mana.. sadiskan... 

Masa tiba situ jam dah masuk zohor.  Kami mencari port yg sesuai, utk ke sungai kena turun sikit tebing.  Tp pada aku ok lagi.  Tempat yg kami pilih adalah kawasan agak lapang sikit, spt bekas baru di tinggalkan.  Cuma aku tak gemar, ada bau sampah2 dan bekas buang sampah.  Ada lalat tp tak byk, cuma tu laaa.. x bestnya.  Tp pogie kata buka je la kat situ.. maka kami semua redha.  Di sekitar kawasan, ada 3 - 4 khemah.  dan tak jauh dr kami ada nampak wakaf tapi dah ada org, nampak mcm bermalam sebab dia pasang kanvas keliling wakaf.

Kami pun angkat barang selebihnya dan setup flysheet & groundsheet.  Lepas siap kemas barang2 bawah fly, aku siap2 utk memasak.  Si ariq kan rajin masak, dia la yg byk bantu aku uruskan hal2 dapur masak ni. afi firas dah mandi, ayahnya dah siap buat pancing.  kami duduk lepak je kat bawah fly memerhati org2 lain sekeliling kami.  Tp sebabkan kami sampai lewat, ramai je yg dah siap berkemas utk balik.  Hadid pula WA aku bgtau nak keluar ke Mines.. ish tadi kata letih.. tp dak lelaki kan.. mana nak ikut jalan sgt .. aku faham benar...

Tiba2 hujan turun, bergegas semua naik ke tanah.  Hujan tak lebat, tp blh basah juga la, fly kami pun ada yg bocor akibat lama sgt tak pakai dah ada tpt yg dah berlubang2.  Masa ni ramai yg kemas2 khemah dan barang dah bersiap utk balik.  Di akhirnya tinggal kami dan wakaf saja.  Macam aman je rasanya bila tak de pengunjung lain.  hahahahahaha....

Hampir nak ke pkl 4, aku bersiap2 brg2 utk mengemas.  Si Ariq baru nak mandi berendam dgn si afi.  Ayah nya dah berkemas2 juga.  Masa tu aku terima call dpd panggilan luar, dlm hati masa tu terpk, xde pula aku order barang apa2 setakat ni.. So aku angkat call tu.. rupanya Hadid, katanya dia accident di BESRAYA, balik dr Mines sebab hujan.  Dia pakai hp org yg tolong dia.  Aku tanya dia, dia ok ke tak? Katanya seluar di lutut koyak dan luka besar, tangan nya pun luka.  Motor tersasar jauh.  Ada  3 org yg berhenti tolong dia.  Dia kata akan ke klinik.  Motor ok blh dihidupkan.  Aku ckp aku otw balik.  Tp aku tak panik sebab dia call sendiri dan kondisinya hanya luka2 saja.  Aku dpt agak dia tergelincir sebab bawa agak laju walau pun dia kata dia bawa perlahan.  

Kami dah otw balik, dan ada kawasan tak dpt line.  Geram gak aku.  Tak lama hadid call bgtau, dia dah dpt rawatan, dan kena bayar RM90, pada dia ada RM50 saja.  Aku lupa pula suruh dia pakai insurans ibunya.  Aku kata kejap lg aku transfer duit.  Malangnya line tak elok.  Sampai pekan Batang Kali baru ada line.  Aku try call no hp org yg bersama hadid.. nak call hadid mmg tak dpt dah, hp nya pecah.  Tp tak berangkat, aku minta Allah tgkkn hadid utk aku.  Semoga hadid dpt balik rumah dengan selamatnya.

Kami sampai rumah waktu dah nak maghrib.  Buka2 pintu tgk hadid tgh bersandar duduk di kerusi.  Seluar koyak teruk di bahagian lutut.. tgn luka dan selainnya calar2.  Katanya badannya sakit.  Dia balik rumah amik duit dan ke klinik semula utk bayar rawatan.  Nasib baik motor pun ok.  Nampaknya hadid kena rehat lama.  Badannya sakit2.  Kapas penuh dgn darah, dan kena tukar.  

Apapun aku ucap syukur kepada Allah Taala kerana lukanya yg tak berapa teruk. Aku tau, budak2 ni akan mengalami juga pengalaman spt ini sama mcm aku dulu.  Nakal budak2 ni kan... hahahahaha 

Tiap kali keluar rumah, sama2 kita baca ayat kursi dan berdoa supaya Allah lindungi kita di luar rumah dan anak2 di rumah/di sekolah daripada perkara2 yg merbahaya dan malapetaka..mudah2an... 

#gambar tak de.. huhu.. dah ter delete...

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...