Assalamualaikum wbt.
Minggu lepas aku masuk opis start hari rabu sampai jumaat. Tu pun aku yg minta bos masuk opis untuk uruskan dokumen dan surat. Kebetulan bos pun masuk opis juga utk hari2 tu. Actually bos boleh je arahkan aku utk masuk memandangkan aku S/U dia tp tak pula dia minta. So, bila aku minta kebenaran utk ke pejabat laju je dia jawab OK. HR pun keluarkan surat untuk aku. Bila dapat surat tu, aku kena ke Balai Polis untuk isi borang kebenaran. HR aku yg minta buat, maka aku pun pergi.
Bila aku kat balai, polis tu tanya aku kerja mana? Aku pun sebut Bangsar.. pelik dia tgk aku.. hahahaha.. beria benor dtg balai minta surat kebenaran, ko keje bangsar je kot kan.. tak 10km dpd umah kot kot.. pegawai tu ckp tak perlu. Pergi je keje.. surat pun dah ada kan.. aku pun tunjuk emel HR bagi kata soh g balai utk dptkan kebenaran.. behtu pegawai tu tunjuk aku SOP kebenaran tu kat pintu cermin balai.. menjawab lak aku kata tu PKPB.. hahahaha.. pegawai tu kata x payah ... pergi je... ok laaaaaa .. maka senang sikit ati aku tak perlu ke balai next time kalau nak ke pejabat. Setengah daerah apply benda ni.. tp xpe, kita dah buat apa yg disuruh.
Untuk hari ni, aku ke pejabat dgn rasa agak berat dan malas.. almaklum 'kawan baik' datang. Makanya sampai opis kat pkl 8.50pg. Tgk bos ada kat meja dah buka laptop. Aku bermalas-malasan buka laptop, pc, charge laptop, check emel, chek jadual kemaskini jadual, tgk apa yg pending.. malas lak nak jumpa bos pg ni.. kejap2 lg lah.. dgr mcm dia berckp kat tepon tadi...
Tak lama tu bos kuar blk dan sapa aku, aida sihat? aku sengeh lebar, alhamdulillah sihat... behtu dia g toilet..
balik dr toilet aku follow dia masuk blk dan update apa perlu... behtu aku kuar.. x lama datang si faizul, IT Technician standby utk mtg online pkl 11. Alhamdulillah bos dah online. Aku dok belek2 laptop, faizul pun dah balik ke tempat dia.
Tak lama tu, handphone aku berbunyi, sedang aku tgh berWA dgn fiza hal2 keje dan covid ni. aku tgk bos aku call.. eh, nape dia call? dia tau kot aku kat luar ni.. aku pun angkat tepon sambil jalan nak masuk blk dia. Aku nampak dia pusingkan kerusi membelakangkan aku bila aku dah kat pintu blk dia.. eh, nape lak ni? Aku ckp juga kat tepon bila aku rasa dia tgh mtg dan maybe tak nak aku ckp kuat.. hahahahah
"aida, aida balik skrg lah.. "
Eh, nape pula? balik?
"a ah, anak saya positif pula... tp tak bergejala.."
oh ok... xpe, en zul mcm mana? balik ke?
"saya abis mtg nanti ... "
ok...
aku terus kemas barang2 sambil WA laki soh amik.
Aduh kesian bos. Sebab ni dah kali ke berapa dia kategori C. Aku rasa kali ke 4 kot. Baru ni kena juga.. dan ni kena lagi. harap tak de apa2 yg lebih mudarat... Kiranya En zul kena swab la kot... dia kategori B, aku kategori C...
mari lah kita berjaga2.... serangan covid ni dah jadi halimunan, tak tau dia di mana dan dari mana.. kalau x penting x yah la keluar..
Mcm aku kat opis cuma berdua je di aras 17 tu. Rasanya staff maybe ada kurang 10 org dlm organisasi MyIPO tu.. HR begitu ketat memberi arahan dan peringatan utk kehadiran ke pejabat. Begitulah kita cuba utk sama-sama membendung dari penularan wabak berbahaya ni.
Aku doakan bos aku dan anak dia baik2 belaka... Ameen..