Selasa, Jun 08, 2021

PKP 3.0 / LOCKDOWN

Assalamualaikum wbt.

1 Jun 2021

1st day total lockdown 3.0 utk Malaysia tahun 2021.  
Peningkatan kes mendadak dan menjadi sejarah bila kes positif melonjak ke 9 ribu lebih dalam satu hari.  Sangat menyeramkan.  Aku time PKP 3.0 ni pun aku masuk office.  Kerja aku sebaiknya berada di office.  Tapi perlahan2 kami adapt utk bekerja secara online, maksudnya doc bagi kelulusan, semakan di hantar melalui emel.  Emel lah penghubung kami.  

Sejak pkp 3.0 ni, pejabat kerajaan, agensi dan sektor swasta membenarkan kehadiran ke pejabat hanya pada 20% atau kurang dpd itu.  Maksudnya kalau tpt kerja aku ada 400 org maka hanya 80 org atau kurang.  Bahagian operasi kami tidak ada masalah utk bekerja di rumah.  Mereka menggunakan sistem dan as long as sistem support, inshaa Allah tak de masalah.  Bos aku jenis masuk office hari2 maka aku pun masuk office juga.  dan akhirnya kerajaan mengumumkan total lockdown di Malaysia.  

Actually, mcm kebanyakan office sudah dapat menyelesaikan isu dan tidak menghadapi masalah dgn bekerja di rumah, maksud aku dari segi membuat kerja office di rumah.  Emel boleh access melalui hp atau laptop atau pc, selagi ada data / internet.  lebih2 lagi dah setahun kita menghadapi pendemik covid ni yg memaksa kita utk sentiasa waspada dan bersedia utk melaksanakan kerja di rumah. Cuma ada sektor yg memang tak boleh melaksanakan kerja di rumah spt bahagian kewangan yg memerlukan kehadiran ke pejabat bagi memproses akaun dan mcm2 lagi.  Sektor industri misalnya semamangnya memerlukan tenaga kerja utk melaksanakan operasi di kilang, mereka di beri kelonggaran dgn kehadiran kalau tak silap aku 40 ke 60 %.. 

Cabaran bekerja dari rumah? hahahaa.. masa awal PKP dulu, iaitu bila ada jadual bertugas wfo / wfh, pening juga kepala bila bersaing dgn anak2 yg PDPR... nak2 bila ada kekurangan gadget di rumah.  Whatsapp berdesup2 masuk belum lg dlm telegram.. bersaing pula dgn WA kerja.  Last2 semua anak2 beroleh handphone masing.. kat rumah ni ada 3 laptop, laptop aku, ariq dan firas. Afi je takde, kena bergilir dgn abg nya kalau nak guna, tp aku dah sedia kan hp utk setiap seorg.  Jadi afi pun boleh mengadap handphonenya bila ada kelas maya.  Alhamdulillah semuanya lancar.  Cuma kena pantau mereka2 ni sebab takut lain pula yg dibuka atau leka dan tak siap kerja sekolah.  

Aku rasa kita berharap sgt agar pendemik covid ni berakhir tak lama lagi.  Harapan tu bergantung juga pada kerjasama rakyat malaysia keseluruhannya utk memutuskan rantaian covid.  Aku juga sedang menanti Q untuk menerima vaksin.  Alhamdulillah diketika ini abah dah selesai dgn dos kedua dan mak sedang menunggu dose ke 2 nya dua minggu lagi.  Semoga Allah permudahkan urusan kesayangan kita semua.



Tiada ulasan:

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...