Jumaat, Disember 16, 2022

Disember 2022

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang bercuti bersama keluarga, kawan-kawan untuk pergi melancong, bercamping, berfamily-day dan lain-lain aktiviti.  Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.  Ingatlah, sebaik-baik perancanga adalah Allah Subhanahu Wata'ala.

Kebetulan, bos aku dah pun bersara di pertengahan bulan November lalu, maka aku mengambil kesempatan untuk bercuti beberapa hari pada Bulan Disember ni.  Sesungguhnya aku adalah seorang yg last minit merancang.  Bila last minit ni, penat la sikit jadinya sebab mencari2 tempat penginapan, membuat google search tempat yang nak pergi, menganggar bajet perjalanan dan berkira-kira2 untuk keseluruhan kos sama ada dari segi ringgit, masa & keupayaan.  Tapi semua tu tak de la aku serius sangat pun, sebab seperti yg aku mention dan kita maklum, sebaik2 perancang itu adalah dari Allah Taala jua.  Kita buat sehabis baik, nak jadi seperti yg dirancang itu, Alhamdulillah.  

Aku dah apply cuti pada minggu krismas, 22-23 Disember iaitu Khamis dan Jumaat - bersambung pulak sabtu hingga isnin (isnin cuti ganti utk krismas yang jatuh pada hari Ahad) - menjadikan cuti berjumlah 5 hari.  Aku juga apply cuti untuk 30 Disember dan 3 Januari 2023 iaitu Jumaat dan Selasa - selepas new year yang jatuh pada hari isnin menjadikan jumlah cuti 5 hari juga.  So, ke mana kita...?

Hari ni 16/12/2022 (Jumaat), esok sabtu sepatutnya ada sukan indoor di office, tapi ditangguhkan berikutan tak ramai dpt participate sebah masing2 dah plan bercuti.  Jadi kami anjakkan ke minggu pertama bulan Januari.  Oleh sebab tu, hb aku ajak balik kgnya di perak.

Minggu depan 22-24 Disember kami akan ke Perlis.  Wah, ini perancangan besarr punya, pon last minit. Family aku satu kereta, Family Teh satu kereta, Anak buah & buah hatinya satu kereta & abah berdegil nak bawa keretanya sendiri.  

Aku dah dpt homestay di sekitar Simpang Ampat.  Homestay dgn 3 bilik dan 2 bilik air, berada di antara gelung sawah padi, harga Homestay RM170 satu malam.  Kami menyewa utk 3hari2malam.  So, homestay settle.

Aku pun dah siap2 merancang lawatan ke merata tempat di Perlis.  Antaranya, View Point Wang Kelian, Gua Kelam, Kompleks Padang Besar, Ladang Ostrich, dan bbrp tempat juga di sekitar Kuala Perlis.  Tempat makan pun aku dah listkan. 

Semua tempat dalam senarai yg aku buat tu, tak semua kami akan dapat pergi.  Tapi sekurang2nya ada dah arah tuju bila kat sana.  Mana dan, kita lenjan je. 

Ok, minggu berikutnya, 30-31 Disember, aku plan touring dgn hb dan kawan2 yg biasa touring.  Hahahahahaha.. kemana kali ni? kita ke Kuala Linggi pula.  Ni baru semalam aku merancang dan mengajak.  Ok, ada geng yg nak ikut, kalau tak aku berdua je la dgn pogie.  

Terus aku cari chalet sekitar kuala sg baru... Chalet tu biasa aku pergi dulu dgn anak2, tp lepas dr tu payah pula nak dpt blk kosong.  Tapi kali ni rezeki kami.  Aku terus booking dua pintu terus. 

Ckp dgn jelajah 2hari1malam.  Tp boleh je lajak next day tu sebab kami masih bercuti dan berbaki 3 hari lagi.

Minggu berikutnya pula, 7/1/2023 (sabtu), sukan indoor game kami.  so penuh dah jadual aku utk 4 minggu berturut2 ni.

Inshaa Allah nanti aku share pengalaman kami ke Perlis dan juga perjalanan touring kami ke sempadan melaka.  Semoga Allah permudahkan urusan yang dirancang. Ameen.

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...