Assalamualaikum wbt.
Ada yang belum dpt diary atau kalender? Akhir tahun lepas, saya menjajau cari kalender n diary, masa tu dah pun masuk minggu pertama tahun 2012. Ingatkan myipo akan distribute diary & calender end of disember, tp ... mmmmmm... nampak nye minggu pertama pun tak dpt, saya pun g la beli kat MPH sendiri, satu utk bos, satu saya punya.
Bila dah ada diary baru ni, saya tanda dulu mana yg cuti umum dlm diari tu walaupun mmg ada tertulis cuti2 umum malaysia, tp saya tambahkan dgn highlighter.. hahaha, biar terang lagi bersuluh! Dan selalunya, kat planner 2012 tu, saya akan tanda kan cuti2 yg bakal saya rancang nak amik. Dari bulan satu sampai bulan doblas, saya dah pun menyusun cuti2 saya yg ada 17 ari je. 17 ari je???? apasal sikit sangat?? sebab saya ni org penting kat myipo dan gaji sikit, maka dpt sikit je cuti... leh gitu?? tak pe lah, dah diorg kasi 17 hari kita amik dan gunakan sebaik2nya. Yang penting saya tgk, cuti time nak raya. Tahun ni kena amik 3 hari cuti, baru lah dpt sederet seminggu cuti raya. Rumah mak saya dgn mentua bukannya dekat sebelah menyebelah, jadi mmg kena amik cuti seminggu paling2 pun utk setiap kali raya.
Awal tahun ni je, byk cuti umum yg kita akan nikmati. Januari, kita dapat cuti awal tahun - 1 Januari, dan kemudian kita dapat cuti sempena Tahun Baru Cina pada 23 & 24 Januari 2012. Syiok cuti CNY ni, sebab ianya jatuh hari isnin dan selasa, automatik kita dpt 4 hari cuti berderet. Kami tak ke mana2 pun cuti CNY baru2 ni. Malas nak keluar pun ye, pogie lak kena keje hari sabtu. Nasib baik tak keluar daerah sebab dgrnya jln jem keluar dpd KL ni hari sabtu minggu tersebut. Macam raya puasa pulak. Itu tandanya, mmg rakyat Malaysia memanfaatkan cuti2 yg diberikan oleh kerajaan... memasing sibuk berjalan sana sini, kenduri sana sini, beraya sana sini.
Selepas ni, akan ada cuti Hari Wilayah, 1 Februari 2012 jatuh hari rabu. Ok la tu.. behtu akan ada cuti Maulud Nabi yg jatuh hari ahad pada 4 Februari dan akan dapat cuti gantian hari Isnin bersambung lak dgn cuti Thaipusam pada 6 Februari 2012. So, dapat 4 hari lagi cuti direct minggu tu - sabtu ahad isnin dan selasa. Ha!! ke mana kita??? belum ada rancangan lagi.
Lepas dpd cuti2 tersebut diatas, kita dah tak de cuti umum lagi sehingga la bulan Mei (Kawasan Wilayah Persekutuan). Maka bekerja lah kita sebaik2 nya pada hari bekerja. Kalo kerja bagus, dedikasi, rezeki yg dapat pun berkat, Insya Allah.
Untuk tahun ni, saya tidak merancang untuk cuti ke mana-mana. Tidak ke Langkawi, tidak ke Kelantan or Terengganu, tidak ke Pulau2... mungkin tahun ni saya tumpukan perhatian kepada kerja part time saya - heheheh.... nanti saya akan ceritakan berkenaan kerja part time saya pada entry2 yg akan datang, insya Allah.