Assalamualaikum...
Memang hari ni saya plan nak tinggalkan Afi pada Mak Ani (pengasuh) utk pertama kalinya memandangkan saya akan naik keje pada 29 Nov. 2011 tak lama lagi dan juga untuk memberi peluang kepada Afi merasa suasana baru dimana saya juga perlu adjust masa dan menghabiskan masa utk diri saya sendiri sepuas-puasnya... hahaha, bestnya ayat tu kan, 'menghabiskan masa utk diri sendiri sepuas2nya'... betul ke???
Banyak benda dah bersusun dlm kepala otak ni apa yg saya nak buat bila saya sendirian... di rumah? diluar rumah? dimana2 saya sendirian??? boleh percaya ke? Apa yg penting, sebelum saya boleh bersenang lenang (adakah saya akan betul2 bersenang lenang???) saya akan pastikan rumah siap dikemas dan bersih. Sebab saya sendirian dirumah, senang saya nak buat kerja rumah. Lepas tu, mungkin lah saya nak lepas gian utk memanaskan semua oven saya. hehehe, bahan buat kuih ada lagi, paling2, saya nak buat kek kegemaran saya... kek coklat.. dan paling2 pun saya nak buat kek marble.. itu paling mudah.. saya akan pastikan oven itu tak sia2 dibeli. Agenda berikutnya, saya nak pegi salon rambut. Kemudian, saya nak shopping. Banyak benda saya nak kena beli; nursing bra, baju keje dan tudung dan kasut dan handbag. Tapi ada bajet ke? Belakang kira.. saya akan cuba dapatkan peruntukan... hahahaha... En. Suami, tolong la hulur sket... Dan dalam semua keadaan berikut, azam saya yg utama ialah menghasilkan stok susu banyak2 utk Afi. Saya dah bertekad untuk cuba menyusukan Afi sehingga Afi berusia 2 tahun. Maka dengan niat saya itu, saya telah ke Expo barangan bayi di Mid Valley yg bermula pada hari ini, 18 hingga 20 Nov. 2011. Dan saya telah membawa salah seorang hero kesayangan saya bersama, Firas Hanin.
Jadinya saya telah tinggalkan Afi, Hadid dan Ariq di rumah mak ani. Biarlah saya bawa Firas berjalan sebab Firas jarang sangat dapat peluang keluar seperti hari ini. Saya akan cuba memberi ruang 'memanja'kan Firas hari ni walaupun dalam masa yg agak singkat. Sebab saya hantar Afi ke rumah mak ani pun dah pkl 1 lebih, sepatutnya lebih awal dari tu, tp keadaan tak mengizinkan dan saya hanya dapat menghabiskan masa di MidV sehingga jam 5 sahaja.. huhuhu.. sungguh tak puas rasanya. Tapi saya dpt beli benda yg pentinga seperti saya perlukan. Saya beli breast pump Unimom Mezzo (manual), beli cooler bag, beli mamypoko dgn harga promosi, RM25 dan bbrp barangan lain. Habis gak la duit kat RM400. Tapi tu semua keperluan. Saya perlu keluar modal utk penjimatan masa depan. Sekurang-kurangnya, saya bagi susu badan pada Afi dan juga akan mempraktikkan penggunaan Cloth Diapers. So, En. Suami patut berbangga dengan azam ini dan terus memberi support.
Saya harap, saya dapat menfaatkan cuti yg berbaki seminggu sahaja lagi sebaik mungkin dan menjalankan agenda yg bersarang dikepala. Tentu saya akan merindui Afi bila naik keje nanti, sebagai mana saya merindui abang2nya yang terdahulu yg saya tinggalkan dirumah pengasuh untuk bekerja.