Rabu, Jun 18, 2014

BILA MATA MASUK PASIR, BILA HANYA BERLAUKKAN HATI DAN ULAM JANTUNG PISANG..

Assalamualaikum wbt.
 
Pedih... pedih kat mata, pedih kat hati...
 
Bila me duduk termenung, me berpeluk tubuh... itu tanda me sedang dalam tekanan.  Me mohon kekuatan dari Allah Taala untuk me sekuat2nya menolak unsur2 negetif yg menguasai diri waktu tu.  Y
 
Ye, syaitan sedang bersyair, menyanyi untuk me, nak lihat me rebah, tewas dalam mengawal emosi me sendiri.  Jom luahkan kat FB, luahkan kat instagram, luahkan kat media social yg ko dah register, meh lerr.. biar semua org kesian kan kat ko, biar semua org simpati dan bertanyakan pasal ko, dan biar semua org tahu masalah ko.  Kan kawan2 ko tu semuanya mengambil berat.. ko mengadulah pada mereka, biar mereka menasihati ko...Beritahu satu dunia masalah yg ko hadapi... muahahahah.... (ajak si syaitan)... padahal niatnya hanyalah untuk menyesatkan. 
 
Allah... Allah ... Allah....
 
Susah nak jadi baik? begitu mudah nak jadi jahat? 
 
Apa yang ada pada kita? sekeping hati, sebuah akal fikiran... dimana iman dan takwa nya pada yang ESA...? 
 
Yang buruk dari kita, yang baik dari Allah Taala, maka mintalah yang baik itu pada Allah Taala.  DIA ada...
 
Nak menangis, menangislah, mengadulah pada Allah Taala, moga mendapat ketenangan dan semoga kita menjadi semakin baik, semakin kuat menentang unsur2 jahat yg semakin mudah meresap dalam jasad dan jiwa... dan sekurang-kurangnya berjaya mengawal diri sendiri dari hasutan syaitan...
 
Me bukan orang yg baik, tp me berusaha nak jadi baik.  Me ada mak abah, me ada anak-anak lelaki.  Dunia akhir zaman, bumi makin tua, ntahkan sempat kita mengumpul pahala, menutup lubang2 dosa kita, ????
 
RAMADHAN datang lagi... Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu untuk melawan rasa malas untuk beribadah kepadaMu.  KepadaMu aku bermohon, kepadaMu aku menyembah. AMEEN.

Selasa, Jun 17, 2014

BERSYUKURLAH...

Assalamualaikum...
 
 
Sejujurnya... mungkin apa yang kita tak ada pada waktu itu adalah baik untuk kita waktu itu.  Apa yang ada pada waktu itu, bersyukurlah.  Kita berkehendakkan sesuatu tp diluar batasan kemampuan kita, dan lagi ia bukanlah satu keperluan, hanya kehendak, maka ketika itu ketepikanlah...  Takut nanti tak termampu untuk kita menampung KEPERLUAN yang lain pula. 
 
Banyak factor yang perlu dipertimbangkan.  Contoh jelas, me dan pogie.  Kami pernah mendapat offer untuk membeli Tanah dan rumah di hulu Langat.  Jatuh cinta kami pada Tanah dan rumah tesebut seluas 1 ekar di tepi jalan, hampir dengan sungai, Tanah dusun, banyak pokok buah2an, sebuah rumah kecil, ada pula bangsal yang pogie boleh jadikan studio peribadinya, suasana alam cukup mendamaikan.  Sangat2 kami sukakan rumah tersebut.
 
TETAPI.. banyak benda kami terpaksa fikirkan utk memiliki Tanah tersebut. 
 
1.  Memikirkan persekolahan anak2 -  sama ada kekal di sekolah sekarang di Kuala Lumpur atau pindahkan ke sekolah baru berhampiran rumah tersebut yang mana kami lebih mengalami kesukaran untuk mencari pengasuh anak-anak untuk transit, makan dan pakai mereka.
 
2.  Masa - kami pernah duduk jauh dari tempat kerja dan rasa serik untuk duduk jauh kerana tak sanggup membuang masa di dalam kereta hampir 2 jam lebih setiap hari pergi dan balik, tambahan pula dengan duit minyak
 
3.  Mampukan kami bertoleransi dengan masa, anak2 dan kualiti kerja kalau berpindah ke sana? 
 
4.  Mampukah kami peruntukkan sebahagian kewangan kami utk perkara2 diatas?
 
Mungkin ia memenuhi idaman kami tapi sesungguhnya memerlukan pengorbanan yang besar, dan juga HIJRAH yang sebenar2nya.  Sehingga saya memikirkan untuk berhenti kerja, tapi mampukah kami?
 
Walau bagaimanapun, kami menarik diri bila mana tuan tanah ada menyebut, seorang ustaz tahfiz ada bertanyakan rumah tersebut.  Kami secara automatic menarik diri.  Mereka lebih memerlukan dan lagi sangat2 tidak elok kami berebut dengan ustaz tersebut. 
 
Biarpun berat kami melepaskan tapi kami REDHA disamping memohon kepada Allah mempertemukan kami dengan yang lebih baik dari yang kami telah temui.  Kerana kami percaya, Allah Taala adalah sebaik2 perancang. 
 

Khamis, Jun 05, 2014

sambungan cuti2 sekolah

Assalamualaikum,

Hari khamis petang tu, dapat lah kami mandi laut... cuaca panas tapi gagah juga menjemurkan diri didalam air... kami mandi pun tak lama, pukul 6 lebih kami dah balik ke  dan siap2 untuk cari makan pulak.
Kami ke arah Kuala Terengganu untuk makan malam dan  tempat makannya tak sampai bandarnya lagi, tak ingat kat mana tapi atas lagi dari Kuala Ibai.  Malam tu kami makan seafood. 
Hari Jumaat, me dah siap kemas2 bag semua, sebab malam tadi ada bgtau pogie esok kita gerak ke cherating pulak.  SMS tuan rumah homestay bagitau kami nak check out pagi ni.  Tuan rumah ok! Sangat mudah berurusan dengan En. Zainul ni.  So, kami gerak keluar dari homestay ke arah Cherating pulak.  Kat cherating ni kami main terjah je, tak de buat booking.  Seperti biasa dari satu hotel, ke resort, ke homestay kami menjengah tanyakan bilik kosong dan yg berpadanan dengan bajet kami.  Hehe, lama tak buat keje ni... dulu blh lah buat, skrg xdpt nak buat selalu terjah2 ni sebab anak2 ramai, selalunya kalau backpackers bilik kecik dan bajetnya pun kecik.  Me letakkan RM200 maksima, kalo tak jumpa juga, kami akan bermalam di Kuantan, sana pun banyak hotel bajet, ada dgn tak de je lah....


At last kami ketemu MERCU Resort, bawah sikit dari Cherating, mungkin pantai Balok kot..  Resort ni resort lama, tapi receptionistnya sangat2 bagus dan baik budaknya . Satu soalan berpatah dia jawab,bagus awak ni dik, moga berkat rezeki awak bekerja di situ.  Kami dapat bilik (2 katil single) dgn harga RM135 +15 utk tambahan tilam dan bilik kami tak lah depan swimming pool, agak hujung ke pantai tapi kami rasa lebih selesa sebab kalo depan swimming pool tentu bising dengan suara teriakan mandi budak2 dan org dewasa... Kiranya rezeki kami nak dpt bilik yang itu. 

Pantai pun cantik, cuaca pun cantik, tak panas mcm di Marang hari tu, dan orang pun tak lah ramai sangat.  Kami pun mandi manda di pantai sepuas2nya bermain ombak.  Pantainya landai saja.  Malam tu kami cari makan di area cherating.  Dan sekali lagi kami makan seafood malam tu.

Esok harinya kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sebelum tu kami borong kopok lekor dan keropok ikan sebagai bekalan buah tangan.

Dalam perjalanan kami singgah di Gambang utk beli ole2 budak2 ni.  Behtu singgah temerloh pekena ikan baung masak lomak tempoyak.... Sangat ohsem k! rasa mcm nak g situ lagi semata2 nak makan lauk gulai ikan patin/baung masak tempoyak je...

Perjalanan di teruskan dan kami tiba di KL jam 8.30 malam... Alhamdulillah.. perjalanan yg banyak kerenah dan pendek tapi semua puas hati... me puas ati sebab akhirnya dpt membasah badan dan berendam di laut masin....

Rabu, Jun 04, 2014

Percutian singkat di Marang & Cherating

Assalamualaikum...
Ok... musim cuti sekolah sekarang ni... Antara yg paling best time cuti sekolah ni ialah JALAN CLEAR di waktu pagi utk ke tempat kerja!! Sebab leh sampai opis awal, tak terkejar2 nak siapkan anak ke, kejar thumbprint ke... for these 2 weeks bahagia je hidup rasanya.  Untuk makluman cuti sekolah telah pun bermula dari 28 Mei hingga 14 Jun. LAMANYAAAAA!
Mesti nak tau apa xtvt cuti sekolah kan??? Haaa, kali ni payah sket nak wat keputusan nak jalan ke mana... byk tpt betul, bezanya, jauh dan dekat.  First sekali plan nak g Terengganu... Terangganu lagi??? hahaha... best tau Terengganu... jatuh cinta dgn Terengganu... nape?? sebab ... negeri Terengganu adalah sebuah negeri yg bila kita sampai situ, kita spt rasa dialu2 kedatangannya.  Behtu rasa AMAN... "TERENGGANU DARUL IMAN".  SERIOUSLY! orang lain tak tau la, tapi kita rasa mcm tu.
Last time kami pegi Kuala Terengganu, but for this time kami cari homestay di Marang, berhampiran dengan jeti ke PULAU KAPAS! WOW!! (mesti g pulau kapas kan??? ooo tidak!! belum rezeki lagi!)
Selain Marang, Terengganu, plan lain kami adalah ke Kuantan atau Cherating.
Selain dari Kuantan atau Cherating, kami plan KUALA LUMPUR sahaja... hehehe.. lepak2, memancing ke, g Janda baik lepak semalam sambil nikmati panorama alam...


Tapi kata sepakat kami, kami ke Marang Terengganu akhirnya....


Jom tengok gambo...






 Matahari naik di ufuk timur
SUBHANALLAH)




Rumah bertingkat tu lah homestay kami.
kami ditingkat atas sekali. 
















 Melepak di balkoni




  


Muka budak demam & muntah2...
dapat mandi laut, baik lah dia.. 

Setelah sekian lama tak mandi laut,
kita pun terjun dlm laut juga... tp xde la nak upload gambar sini ye..
Stay di tpt ni mmg best, dgn privacy nya, pemandangannya, pantainya... semuanya best.. nak cari makan pun tak de masalah. Homestay cantik, besar dan muat utk kami 6 beranak, cuma homestay ni tak de dapur ler .. lebih kurang bilik hotel studio.. basic saja.  Tapi memadai utk kami anak beranak. Yang penting, kemas, bersih, mudah keluar masuk dan privacy!  Sampai pantai pun kami je yang conquer.  En Zainul sangat baik hati sanggup menunggu ketibaan kami jam 1.30 pagi.  Boleh call En. Zainul di talian 017-9548311 untuk booking homestay bersama beliau.  

*to be continued … part02 cherating pulak..



Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...