Rabu, Januari 26, 2022

Kayuh Basikal - Raub - GAP - Kuala Kubu Baru - 12/12/2021

 Assalamualaikum wbt.


Bangun seawal subuh, kami bersiap kemas2 barang dalam saddle bag.  Hari tu masa booking hotel, aku amik sekali dgn breakfast.  Jadinya bbrp minit sebelum pkl 7 kami dah turun.  Malangnya breakfast belum siap lagi.  Awal benarnya kami turun.  7.15 baru kami dpt breakfast; nasi lemak dan sebiji telur rebus.  Air teh - manis bak hangggg... terus pogie tegur dak hotel, dan diorg pun tambah sikit air.  

Selesai sarapan, kami check out, siapkan basikal dan jam 8.00 kami dah mulakan kayuhan.  Alhamdulillah cuaca sangat baik hari ni.  Awal pg ni tak byk sangat kenderaan.  Rasa selamat sikit.

Rupanya pg tu di Bandar Raub ada pekan sehari.  Kami berhenti parking tepi jalan.  Aku minta pogie pergi beli makan sementara aku jaga basikal.  Tak lama pogie datang semula, dia beli pisang sesikat dgn set lemang & rendang.. Hurmmm sedapnya.  Nanti kami akan berhenti kat mana2 utk makan lemang ni.  

Sampai simpang utk naik ke Tras, jalan dah mula turun naik bukit.  Cuaca cantik pemandangan sekitar pun cantik.  Boleh kata kiri kanan tu dusun2 durian.  Berselisih dgn lori pickup yg laju2.  Diorg dah expert jalan ni, kami jalan ikut tepi2 basi jalan.  Tiba di pekan Tras, dan kemudian Tranum.  Lepas dari Tranum ni dah mmg kena mendaki sepanjang jalan sampai la ke GAP.  Mengayuh mengelilingi bukit sampaikan kita blh nampak kereta lalu di belah bawah lereng bukit.  Kejap aku kembang hati sebab tak sangka blh kayuh menaiki bukit tu.  Kami berhenti sekejap kat satu selekoh jalan dan merasakan tpt tu selamat, kami buka bekal.  Nikmat sungguh dapat makan lemang dengan rendang dlm suasana redup dan sejuk.  Beberapa pick up lalu dan ada yg bawa durian.  Xde lak yg nak kasi kami free durian.. kahhhh ...

Setengah jam kemudian kami teruskan kayuhan.  Berselisih juga dgn motor2 yg kelihatannya mcm geng konvoi.  Motor besar, motor kecik.. semua ada, kereta je yg kurang lalu situ.  Ada juga yg hon2 kami... tak tau la hon kami sebab tegur kami ke.. apa ke... 

Ada satu tempat tu, dari jauh aku tgk ada sekumpulan anjing.. fuuhh dalam 6 ekor, semua ekor pacak... seram meremang bulu roma aku... mula aku nak berhenti pogie kata jangan berhenti kayuh je.  Aku takut.. dr jauh aku tgk ada sekor anjing putih lebih besar dari yg lain seolah minta anjing2 lain masuk ke dalam semak.. mungkin bukan semak, mungkin tempat tuan diorg kot.  Yang lain elok je masuk kecuali anjing kecik putih, anjing besar putih tu seolah2 xkasi anjing putih kecik tu ganggu kami, aku tgkkan situasi rasa kagum dgn anjing besar putih tu.. bijaklaksana.  Aku bersyukur Allah adakan seekor anjing putih besar tu dikalangan kumpulan tu, dan akhirnya kami lalu tanpa dikejar anjing2 tu.. cumanya bila kayuh melepasi kumpulan anjing2 tu, kedengaran bunyi anjing yg banyak dari atas bukit sebelah kiri, pogie terus bgtau aku cepat kayuh takut pula dikejar  anjing2 dr atas bukit.  Fuuuhhhh longlai kaki aku sebab hal anjing tadi.  Masa kami kayuh dari GAP ke Raub ritu, takde diganggu anjing.  Syukur semua selamat.

Ada satu tempat aku berhenti, air tinggal sebotol.  Harap2 cukup la air ni.  Lalu 2 org warga cina berkayuh perlahan dgn Roadbike.  Kami tegur menegur.  Tak jauh lagi dah GAP, lebih kurang 10KM kot... fuhhh....

Akhirnya hampir jam 12 tgh hari aku dah ternampak kan signature FRASER HILL... menjerit kegirangan.. Alhamdulillah... syukur kami dah sampai GAP.  Terus tuju ke tempat abg berniaga semalam.  Ramai hari ni di GAP.  Dan kami jumpa semula geng Touring dr Meru. Nampaknya diorg pun baru turun dari bukit.

Kami makan dan minum.  Dah melepas lelah, kami berkayuh turun utk balik ke Kuala Kubu Baru.  Pogie berhasrat utk berhenti basahkan badan di jeram, 4KM turun dari GAP situ ada jeram sungai, sejuk airnya.  Selalu juga aku teman pogie basah badan kat situ.  Lepas pogie selesai basah badan, sambung kayuh.  Hari ni byk geng basikal turun dan jalan penuh juga dgn kereta lalu lalang.

Kami tak berhenti mana2 dah, terus ke Kuala Kubu Baru.  Sampai di empangan dalam jama 1 lebih.  Memang matahari tengah pacak atas kepala.  Aku pulak tak terfikir akan berkayuh dlm panas terik.  Berbungkus muka dan spek itam, sayang juga kat kulit aku ni.  Mau terbakar jadinya.

Alhamdulillah, kami sampai di Kuala Kubu Baru jam 1.45 ptg.  Syukur sangat semuanya selamat pergi dan balik.  1st pengalaman berkayuh jarak jauh dengan pogie, menyeronokkan.  Kami tak expect lebih, sebaiknya kami fikirkan worse case senario memandangkan ianya kayuhan pertama kami di tempat yg kami x biasa.  

Thank you Allah. 

Sekian cerita utk kali ni. 



Selasa, Januari 25, 2022

Kayuh Basikal : Kuala Kubu Baru -Bukit Fraser - Raub Day 1 : 11/12/2021 (Sabtu)

 Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas, family kami dan family teh camping di Batang Kali, nama campsitenya ialah Rosyabillah Campsite.  Tempat mmg best, air mmg best, suasana pun best, cumanya kena menyeberang sungai utk ke tapak khemah.  Agak extreme juga la.  Actually, aku dah bgtau budak2 yg selepas ibu bawa diorg camping, ibu dan ayah akan pergi touring dengan basikal dr Kuala Kubu Baru (KKB) ke Raub dan akan bermlm kat sana satu malam.  Hint mcm ni aku selalu bg awal2 kat diorg so that diorg aware tarikh2 sekian2 tu, aku dgn ayahnya tak ada di rumah dan diorg ready dengan mindset tu.  Cuba kalau aku bgtau last minit, mau nya dak2 ni, especially afi meroyan dengkikan aku keluar dgn ayah.  Akan keluar la ayat2... ibu best laa keluar dgn ayah, tido otel.. g main basikal..  (hahahaha, mau nya la aku tak aman tinggalkan dia kat umah).

Actually masa nak start touring basikal ni, salah satu arah tuju kami adalah KKB ke Teluk Intan, tp pogie lebih prefer pergi Raub sebagaimana perancangan awal2 dulu yg pernah tak jadi pergi sebab tanah runtuh kat jalan GAP ke Raub masa awal tahun 2021.  Ada kat post terdahulu dlm blog ni. (malas ke tak reti nak tempel? πŸ˜†).  Lagipun jalan turun ke Raub dari GAP, redup dan nyaman.  Kami dah survey akhir bulan November lepas jalan ni. Hehehe.. aci tak aci? Dan plan utk start touring ni tahun 2022, tp yg last minit plan ni lah yg selalunya menjadi.

Memandangkan touring 2h1m ni hanya kami berdua je, aku cadang kita tido di hotel bajet saja lah.  Lebih mudah.  Utk pengalaman pertama ni kita blh semak nanti brg2 keperluan yg perlu utk tido gamble - maksud aku, tido di campsite, bus stop, tumpang di laman rumah org or tanah org etc.  Utk Raub ni, aku booking Hotel Agro melalui apps agoda satu malam.  Aku pilih Agro Hotel ni sebab -- aku pun tak tau.. cumanya dekat dgn hotel ni ada satu kedai makan.  Tempatnya di luar sikit dpd bandar Raub.  Lagi satu, aku tgk hotel lain, mcm payah nak simpan basikal.  Seram juga kalau tiba2 ko kunci basikal ko kat luar, behtu esok nya tgk lesap.  hahahahaha paraahhh...

11 Disember 2021 (Sabtu)

Kami gerak lepas subuh  dengan kereta dr rumah ke Kuala Kubu Baru (KKB) dan akan mulakan kayuhan dari situ.  Tiba di KKB dalam jam 7.10pg.  Suasana agak sunyi, tp aku ternampak sekumpulan geng touring di parking sebelah kedai mamak.  Ramai juga geng ni.

Sebelum mulakan kayuhan, aku beli dulu roti2 dan air tambahan.  Takmoh la jadi mcm sebelum ni, bonk akibat kurang tenaga dan bekalan makanan.  Memang amik iktibar betul la dr peristiwa tu.  

Basikal dah ready, kami mulakan kayuhan jam 7.45pg, perlahan2 berkayuh menyusuri jalan ke Bukit Fraser.  Tak byk kenderaan, tak lama, kami berselisih dengan geng2 touring yang berkumpul di KKB tadi.  Rupanya geng tersebut di Meru, Klang, akan bercamping di Bukit Fraser satu malam.  Ada lebih kurang 40 peserta dan aku perasan hanya ada seorang saja perempuan dlm geng ni.  Masa kayuh tu berselisih dgn adik yg perempuan tu, masa tu kami berkayuh saing dan sempat sembang.  Dgr2 lepas kayuhan tu, adik ni dgn 2 lagi rakan lelaki dia berkayuh ke utara pula.  Padu ko dik...

Awal kayuhan basikal pogie dah start berbunyi. Bunyi tu mengganggu kelancaran kayuhan.  Aku lupa punca bunyi tu tp pogie pomenkan bunyi dan barulah sedap berkayuh tanpa gangguan.  Basikal Katakura yg pogie pakai punya 6 speed sahaja, so agak slow bila naik bukit.  Kali ni kayuhan mmg santai menikmati alam dan pace pun dalam 13 - 16.  Sesekali kami berhenti.  

Tiba di air terjun Semangkok, kami berhenti kat setengah jam juga.  Saja buang masa kat situ sebelum berkayuh.  Geng touring tadi sorg2 tiba.  Dgrnya ada sorg geng diorg yg bonk.  Kami terus kayuh tak berhenti sampai la kat GAP.  Tiba di GAP jam 11.30 pagi.  Kelihatan byk juga motor touring dan geng roadbike naik ke Bukit Fraser.  Suasana agak meriah sebab ada gerai kecil menjual makan minum ringan dekat dengan surat GAP.  Pogie amik kesempatan utk makan nasi lemak 2 bungkus, aku sekadar minum air dan makan sebiji pisang.  Sempat sembang dgn abg yg menjual.  Katanya dia pun baru sebln dua berniaga kat situ. Berniaga sehingga pkl 3 lebih kurang.  Ok juga ada org berniaga, sekurang2nya boleh top up air or alas perut sikit sebelum meneruskan kayuhan.

Ikutkan aku tak nak naik ke bukit fraser ni, sebaiknya teruskan saja kayuhan ke Raub.  Tapi pogie bagitau, kita kena dptkan 'Lesen' touring Bukit Fraser... hahahahahahaha... baik lah.... jam dah tgh hari... aku harap sgtlah kayuhan 8KM naik bukit fraser ni berjalan lancar, dan aku tak bonk.  Alhamdulillah, dari Gap ke atas bukit kali ni hanya mengambil masa 1 jam 15 minit saja.  Bukan apa, aku risau lambat pula nanti kita sampai Raub.  Masing2 steady je bawa basikal.  Ada sekali je berhenti agak lama sikit.  Lepak tepi jalan sambil minum air.  

Suasana kat Bukit Fraser meriah, ramai org. 

Kami makan di kedai Restoran D'Puncak, restoran member, rehat sekejap dan kemudian kami teruskan kayuhan ke Raub.  Selepas ni, kami hanya perlu kendalikan basikal dgn baik sebab jalan ke Raub adalah jalan menurun.  Menyelusuri jalan dari atas bukit ke simpang GAP, aku perhatikan jalan di beberapa tempat sedang dalam penyelenggaraan. Nak2 di kawasan lereng bukit yg ada potensi tanah runtuh, atau sebenarnya ada peristiwa tanah runtuh terjadi.. mcm gitu lah... Kami tiba di simpang GAP - Raub jam 3.15ptg.  

Kami teruskan kayuhan turun ke Raub.  Tak byk kena kayuh sebab jalan menurun, cuma kebanyakan masa aku risau juga, mcm manalah nak kayuh balik semula naik ke GAP ... jenuh laaa hai, ada yg tolak basikal ni... Seronok turun, kena seronok juga utk mengayuh naik nanti.  Kena kental gak ni.  

Dalam perjalanan kami hanya selisih dgn 3 Roadbike yg kami jumpa di atas Bukit Fraser turut turun ke Raub.  Tp mereka cepat je la lesap.  Lepas dari tu, hanya kami sendirian dgn basikal dan tak de penunnggang lain. 

Kelihatan juga beberapa batang sungai yang deras dan jernih airnya, tp kami xbyk berhenti pun.  Aku harap air aku mencukupi sehingga ke Raub nanti.  Simpang GAP ke Hotel Raub adalah 34KM.  Kita akan melalui Tranum dan seterusnya Kg Tras.  Nampak jauh tp sebab jalan menurun maka laju je la basikal kami melalui lereng bukit.  Kg Tras ni mmg org kata Kg Durian Musang King lah, dihamparkan dengan pemandangan bukit bukau  kebun durian saujana mata memandang.. masih belum musim, kalau dah musim mau aku kecek kat tokey durian minta seulas dua.. hahahahahaha... 

Jalan agak sempit sebelum kami tiba di simpang ke bandar Raub.  Tp nasib baik kenderaan tak berapa byk hari tu.  Cuaca yg baik dan redup menjadikan kayuhan ini lebih relaks dan santai.  Alhamdulillah kami tiba di Hotel Agro sebelum jam 6 petang.

Hotel Agro ni nampak mcm hotel baru.  Kedudukannya  diluar kawsan pusat bandar Raub, so kena kayuh keluar sikit.  Ada kedai mamak, bundle, berdekatan.  Selain tu ada sederetan kedai tak tau kedai apa, sebab dah tutup dah.  

Di hotel, kami tanyakan ada tak tempat utk kami simpan basikal.  Alhamdulillah, mmg ada ruang seperti stor yg luas utk kami letakkan basikal.  Dimaklumkan juga, sebenarnya pihak hotel juga sedang menunggu satu group basikal utk tiba, katanya ramai juga dalam 10 org.  uish, lewat diorg sampai sebab dah nak gelap dah ni.  

Dapat je kad akses ke bilik, kami terus ke bilik utk bersihkan badan, solat dan berehat.  Nampaknya ada event kat hotel tu, malam2 riuh rendah dgn bunyi karaoke dan gelak ketawa.  Bilik pula tak berapa kalis bunyi, kejap2 ada je akan dgr budak2 buka tutup pintu keluar masuk blk.  Agak bising juga la.

Malam tu kami hanya berjalan kaki makan ke kedai mamak berhampiran hotel.  Utk cari makan di tempat lain memerlukan kami mengayuh basikal, tp rasa malas nak mengayuh, kami makan apa je yg ada.  Boleh tahan sedap juga nasi goreng kampung mamak ni.  Pogie makan mee goreng mamak, xbrp ok.  Bedal je la.  Kedai runcit tak ada.  Huhu.. next time kalau ke Raub lagi, aku cari hotel kat tgh bandar... tp leceh pula kalau hotel xde tpt letak basikal.  

Malamnya kami tido awal, sebab esok pg kami nak gerak balik ke Kuala Kubu Baru.

Syukur dgn perjalanan hari ni, semua berjalan lancar.  Kita tunggu cerita hari esok.

Isnin, Januari 17, 2022

Basikal Touring : Part 03 - Gopeng - Kuala Lumpur 2/01/2022

Assalamualaikum wbt.

Sebelum subuh, aku dah bangkit.  Nak rebut bilik air.  Hahahahaha ko rasa mcm time Minggu Silaturrahim kat ITM dulu ke nak rebut2 bilik air jam 4.00pg?  Suasana agak sejuk pg tu biar pun hujan malam tadi, tp sejuknya biasa2 je, tak de lah sampai mencengkam ke tulang itam.

Sebaiknya aku siap awal, sebab kami cadang gerak pagi ni sebab tak tau apa nasib kami hari ni.  Kami plan utk cari bas di Kampar dulu.  Selainnya, kita decide di Kampar nanti.

Suasana pg tu nyaman je, aku pun aman je mandi di bilik air yg masih kosoong.  Ambil wuduk dan solat sunat qobliyah dan subuh.  Aku suka solat sunat subuh ni, mohon pada Allah diawal pg utk permudahkan perjalanan kami utk setiap hari.  Usai solat subuh, kebiasaan aku baca quran, surah alwaqiah, surah alkahfi dan juga almulk.  Sebak rasanya... tak tau la nape.. .tangkap syahdu pula.  Semoga Allah ampunkan dosa2 aku dan kuatkan iman aku.

Yang lain juga dah bangkit dan bersiap2.  Selepas makan ala kadar, alas perut, kami mula mengemas peralatan dan basikal.  Jam 9pg dengan bacaan bismillah dan ayat Kursi, kami gerak keluar dr campsite.  Hujan renyai2.  Cuaca baik sekali.  

Kami cadang nak breakfast di D'Inai, tpt makan semalam.  Aku order lontong.  Sedap! yang lain order nasi lemak ayam goreng, pun sedap!  

Semalam kan diorg mandikan basikal di Sungai.. pengajarannya, jgn mandikan basikal di laut atau sungai ye... Sebab bawa masalah kepada chainring, bearing dan cassette... pasir2 halus bermukim kat situ.  Bila bawa basikal, jadi tak smooth.

Siap breakfast dan adjust basikal, kami teruskan kayuhan ke Kampar, lebih kurang 18KM, dalam sejam kayuhan.  Pagi tu kami menikmati kayuhan dengan pemandangan rumah2 limas di kiri dan kanan jalan.  kami tiba di Kampar jam 11pg.  Terus ke Terminal Bas Kampar utk bertanyakan bas ke Kuala Lumpur atau mana2 seperti sungkai/tanjung malim atau slim river.  

Tiada bas ke Kuala Lumpur, yg ada hanya bas ke Tapah.  Tp kena kautim dengan driver bas utk bawa naik basikal ke atas bas.  Kami 4 basikal, aku rasa kalau folding tu tak de masalah, tp kalau basikal touring, mmg makan ruang.

Aku faham skrg ni bila melalui kaedah bawa basikal naik atas bas, ko kena kautim dgn driver bas.  Dia ada kuasa veto utk membenarkan atau tidak membenarkan basikal tu jadi penumpang atau tak.  Ada kos tambahan.  Tu tak kesah la kan..  

Aku agak mcm mustahil la driver bas nak kasi kami bawa 4 buah basikal atas bas sebab mmg makan ruang.  Tapi rezeki kami hari tu, driver bas kasi kami naik bas dgn basikal.  Syukur sgt ya Allah.  Cuma ada kos tambahan RM3 ke brp ntah, tak igt.  So, seat belakang bas penuh dgn basikal kami.  Kiranya kalau org awam nak naik, mmg tak dpt la naik sampai belakang.  Uncle bas tu kata, org tak ramai naik bas skrg.  Dan aku perhatikan, yg naik bas, warga emas saja.

Dengan naik bas ni, kami jimat dlm sejam lebih perjalanan dgn kayuhan.  Sempat pogie lelap mata.  Bas ni akan masuk Chenderiang dan keluar balik ke jalan besar.  Lama aku tak naik bas.  Sampai di Tapah, jam 12 tgh hari.  Kami ucap terima kasih pada uncle bas.  hehe.. baik hati uncle ni.

Turunkan basikal dr bas, kami dapati basikal pogie pancit.  Jadi kami tukar tayar di stesen bas Tapah sambil daus cuba cari kedai basikal di sekitar kawasan.  Aku g beli air mineral.  Hanya kelihatan bas mini saja, dan tiada bas lain.  Masa pogie tengah betulkan basikal, seorg brader ni duduk sembang dengan kami, bertanyakan hal2 basikal ni.  Bertanyakan arah tuju kami dan mcm2lah.

Rupanya abg ni driver bas mini di situ.  Bas mini tu adalah bas Tapah-Sungkai-Tapah, akan gerak jam 1ptg ni.  Kami cuba kautim dgn abg driver tu kot2 dia blh kasi kebenaran utk kami bawa naik basikal kami atas bas dia.  Dia kata dia tak de masalah, kalau basikal tu blh di bawa naik dia ok je, memandangkan bas nya bas mini.  Hahahahaha maka kami bersungguh la cuba utk angkat basikal naik atas bas.  Abg tu pun bgtau yg kebanyakan masa, waktu2 gini tiada penumpang sgt naik bas.  Bas ni juga akan masuk Bidor utk amik penumpang.

Alhamdulillah, basikal kami berjaya dimuatkan di dalam bas.  Kami bayar tambang dan bg duit kopi utk abg driver.  Begitu la yg beliau pinta, sikit je katanya, singgit dua pun ok.  Tp kami bagi lebih sebab syukur ada bas sudi tumpangkan kami ke Sungkai.  Perjalanan dr Tapah ke Sungkai adalah lebih kurang 24KM, kalau kayuh mahu 2 jam lebih gak tu.  Kami jimat byk masa hari ni.

Tiba di Sungkai dalam jam 1 lebih.  Turunkan basikal, beli kudap2 kami teruskan kayuhan ke Tg Malim yg terletak lebih kurang 46KM dr Pekan Sungkai. Aku anggar dalam 3 jam kayuhan kami akan sampai ke Tg Malim, Inshaa Allah.  Cuaca redup je.

Seingat aku, kami sampai Slim River jam 3 lebih kalau tak silap.   Berhenti di Petronas, beli air, dan buang air.  Tak jauh dr Petronas tu ada tokey jual durian. Memenuhi keinginan Azli utk makan durian, maka kami pun layan kan saja.  Azli belanja durian D24 d2 biji dan kami dpt sebiji durian kg, tokey belanja.  Aku makan 5 ulas je kot.  Pogie beli sebiji durian D24 utk maknya, kami akan singgah di sekolah pondok mak tak jauh dr pekan slim river.

Tak lama singgah di pondok di mana mak belajar agama, kami mulakan kayuhan ke tg malim.  Cuaca mendung je waktu tu.  5KM dpd pekan Tg Malim, hujan selebat2nya dan kami berhenti di satu bus stop utk teduh.  Jam waktu tu pkl 5ptg.  Syukur kami dah nak sampai Tg Malim.

Reda je hujan, kami teruskan kayuhan ke Stesen KTM Tg Malim.  Sebaik sampai di Stesen KTM, kami bergegas ke Kaunter bertanyakan tren ke Kuala Lumpur. Tren ke Kuala Lumpur tak de, ada tren ke Sg. Buloh, tu pun dah memadai.  Nanti sampai Sg Buloh, kami akan amik MRT pulak utk ke Pasar Seni dan Daus akan terus ke Stesen Kajang.  Tren akan gerak jam 7mlm, dan sementara menunggu tren, kami amik kesempatan utk mandi dan solat.  Tak ramai org di Stesen waktu tu.  Kami tak makan tgh hari lg ni selain dpd breakfast di D'Inai Gopeng tadi.  Kami blh tahan lg tp pogie dah meragam perutnya.  Nak keluar semula ke kedai makan takut kami tak sempat patah balik.  Makanya kami decide utk cari kedai makan di Sg. Buloh nanti.  Oh ye, kami perlu add on RM1 tambang utk setiap basikal. Aku tak igt brp RM tambang penumpang dr Tg Malim ke Sg. Buloh.  Blh check kat website KTM kot. 

Kami angkut basikal kami masuk ke dalam tren - agak menyeksakan juga la sebab kami kena menyeberang jejantas - bermaksud kami angkut basikal dgn beban bag2 kami menaiki tangga dan menuruni jejantas.  Termengah juga la kami angkat beskal.  Kami duduk di gerabak paling belakang supaya tidak mengganggu penumpang lain.  Tren bergerak jam 7 seperti yg dijadualkan.  Di stesen Kuala Kubu Baru, naik 2 org dgn basikal touring masing2, seorg lelaki dan seorg perempuan.  Berdiri berhampiran aku, aku ambil kesempatan utk bersembang santai.  Mereka berkayuh dr Kg Pertak, Kuala Kubu Baru, tido sehari semalam di sana.  Rupanya mereka dah lama buat touring, pernah touring sampai ke Johol, touring pantai timur dan pantai barat waktu PKP dulu.  Perghhh mantap.  Kami bertukar pandangan dan juga pengalaman.  Best ada kawan berbual ni.

Sejam dlm tren, akhirnya kami tiba di Stesen KTM Sg Buloh.  Maka di sini cabaran lain pula bermula.  Turun dr tren, kami terus menuju ke Shuttle Bus MRT utk bertanyakan sama ada kami dibenarkan bawa basikal naik bas utk ke stesen MRT Sg. Buloh.  Walau bagaimanapun, basikal tak boleh naik bas, kecuali basikal lipat.  Kami perlu berkayuh ke Stesen MRT Sg. Buloh.  Maka dlm pekat malam dan ditemani cahaya lampu kereta kami pun berkayuh ke stesen MRT Sg Buloh.  Malangnya, MRT Sg Buloh tidak beroperasi, kami perlu ke Stesen MRT Kwasa Sentral yg lebih kurang 5KM dpd situ.  Berkayuh la kami di malam hari.  Pogie dah pedih perut.  Tunggu nak keluar singa je dr dia... hahahahaha adoi.. kami yg lain tak pk apa dah, kami nak cepat sampai KL/Kajang.

Akhirnya, sampai la di Stesen MRT Kwasa Sentral.  Maka ini 1st time aku naik MRT dan 1st time pula bawa basikal naik MRT.  MRT kosong masa tu, cuma bila sampai Damansara, agak ramai juga yg naik kemudahan ni.  Rasanya org dah nak balik kerja or balik dr shopping kot.  Aku, azli, pogie berhenti di Stesen MRT Pasar Seni, manakala Daus meneruskan perjalanan ke Stesen MRT Sg Jernih Kajang, dekat je dgn rumah dia.  5 Minit kayuhan katanya.  Dalam pada masa berkayuh ke rumah Pena, hujan mula turun rintik2.  Dan lama-kelamaan lebat.  Alhamdulillah, kami selamat sampai di Rumah Pena jam 10.15 malam.  Lega sgt rasanya. 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kami pengalaman bukan kepalang selama 3 hari 2 malam kayuhan kami dr KL ke Gopeng dan juga pengalaman balik Gopeng ke KL yg penuh dengan cabaran, redha dan sabar kami.

Apa yang aku boleh simpulkan, kembara dengan basikal ni, biar pun ada perancangan, namun semuanya tertakluk kepada kehendakNya jua.  Merancang mcm mana pun, Dia tetap Perancang Terhebat.  Perancangan Dia yang hebat itulah menjadikan kembara kita lebih berhikmah dan menarik.  Ko berkayuh dengan kawan2 yg ko kenal, tahu caranya tahu perangainya.  Ia juga satu cabaran.  Alhamdulillah, pada aku, kita tak berkayuh laju untuk mengejar pace.  Kita mengikut rentak kumpulan dan gerak hati.  Kayuhan harmoni begini membuat kita kurang stress dan dapat menikmati suasana perjalanan enjoy dan happy.  Destinasi itu satu tempat, tp apa yg kita tempuh sepanjang perjalanan itu la yg lebih bermakna. 

Untuk video kembara kami ni, kalian boleh menonton dipautan yang berikut... 

Enjoy ye!!


https://youtu.be/OZm7fodo-L8

Khamis, Januari 13, 2022

Basikal Touring : Part 02 Sungkai - Gopeng, Perak 1/1/2022 (Sabtu)

 Assalamualaikum wbt.

Selamat Tahun Baharu 2022... Welcome to The Year of 2022

Actually kami dah tak kesah pasal dah tukar tahun ke idak, benda pun mcm tak berapa nak penting... kononnya laa kan.. tak tau la sebab faktor usia ke apa ke, tp mungkin juga sebab  masing2 sedang dalam mood melengkapkan misi touring kami ke Gopeng, Perak.  Semalam terkandas di Sungkai, Perak kerana keadaan cuaca yang sangat tak mengizinkan dan juga jadual awalan perkayuhan juga tersasar dari perancangan asal.  Tapi kami sambut baik jugalah dan bersyukur sebab baru la dpt merasai nikmat sebenar kayuhan kembara ni.  Merasa mengayuh manjat bukit kat selayang dan melalui jalan lama ke Rawang. Selama ni kalau lalu situ waktu2 tgh hari, nampak org ride Roadbike, mmg dlm hati kata kental betul mamat ni, mmg power la, gigih betul dia, ni mesti dr Bukit Fraser kayuh sampai KL.. hahahaha rupanya aku pun merasa gak hari tu... Fuuh.. mencabar betul berkayuh mendaki bukit di dlm hujan dan dgn byknya kenderaan waktu tu yg kebetulan hujung minggu pulak.  Bukan setakat kete, kenderaan berat sama byk juga.  Seram aku.  

Sewaktu bermalam kat Masjid Abbassiyah di Sungkai, aku tak dpt tido dengan lena.  Itu perkara biasa.. hahahaha.. nak2 hujan kejap lebat kejap reda, tp kebanyakan masa lebat... Dalam hati aku berat kepada merancang utk berpatah balik ke Kuala Lumpur esok harinya.  Hujan bagai tak moh benti.  Nak fikir apa pun tak tau.  Laki aku dah lama dengkur, daus dgn azli pun dah lena. Aku la terkebil2.  Dan lagi satu, aku tertinggal cermin mata kat umah.. huhu, mcm mana blh tinggal ntah la padahal dah ketepikan dah.  Maka bila buka contact lense aku jadi rabun betul.  Takpe, sabar eh...

Semalam sebelum dpt lelap mata, aku sempat ckp dgn pogie, kita balik la ye esok.  Patah balik ke KL.  Hujan tak teduh ni.  Dan Pogie mengiya kan.  Hati ada rasa lega sikit.

Jam 4.30pagi aku dah bangkit dr pembaringan.  Aku kejut pogie terus.  Aku percaya org masjid akan tiba tak lama lagi biar pun diorg sebut jam 5.30pg diorg buka pagar dan sangkaan aku benar belaka, pkl 4.50 diorg dah sampai.  Nasib baik laa aku dah bangun.  Daus dgn azli masih terpisat-pisat lagi.

Lama sungguh tak merasa berjemaah di masjid.  Nak2 di waktu subuh.  Hening betul, rasa syukur kat segelinap urat darah, ni nikmat iktikaf di masjid agaknya.  Tq Allah.

Selesai subuh di masjid, spt biasa, kami berlengah2 mengemas barang2.  Aku jenis org yg ringkas, jadinya cepat je bersiap.  Biasa la, org lelaki ni kalau tak membelek mmg tak sah, jadi sementara menunggu diorg membelek basikal, yg mana tayar kempis, yg mana nak betulkan kedudukan bag di basikal dan mcm2 lagi, aku pun amik kesempatan berbaring sekejap di ruang luar solat wanita, agak terlindung dr pandangan mata utk lelap seminit dua.  Almaklum, mlm tadi bukan dpt tido sgt.  Pagi2 nyaman ni mata berat pula rasa.  Tapi tak lama pun aku berbaring.  Tak selesa pula.

Cuaca pagi tu amat baiklah sekali.  Tak hujan dan redup mendung je. Kami merancang utk breakfast dan cari dobi utk basuh baju.  Maka terjumpa lah kami satu kedai dobi kebetulan bersebelahan dgn kedai makan di Sungkai tu.  Boleh menyambil2 breakfast sambil menunggu basuhan.

Tak abis citer lagi, aku merancang utk kedai DIY. Nak mencari bag kecil utk isi baju sebab bag sebelum ni zip nya dah tercabut (bag free), jadi aku nak cari ganti yg lasak sikit utk diletakkan di rack depan.   Daus pula membeli bakul utk letak kat rack depa juga.  Kreatif betul dia. Apakah makna persediaan itu? hahahahaha KITA AKAN TERUSKAN KAYUHAN KE GOPENG JUGA!! 

Kerana keadaan cuaca yg baik ni, semua setuju utk meneruskan kayuhan ke Gopeng... ko rasa? aku setuju ke? kena la setuju, ko nak g mana kalau tak setuju kan? kayuh je laa... hahahahaha

Kami gerak dpd Sungkai dalam jam 11pg.. agak lewat.. tp memandangkan hari ni kayuhan dalam jarak 60km lebih kurang, maka agak santai juga lah caranya.  Boleh jadi dlm 6 jam kayuhan inshaa Allah blh sampai.  

Kami melalui pekan Bidor dan pekan Tapah. Kami lalui Temoh dan di Temoh ni Tayar basikal pogie pancit.  Tadi sebelum sampai Bidor pun tayarnya sekali lagi pancit.  Nampak nya mmg kena cari tayar betul la ni kat mana2 kedai yg ada kat depan.  Sebelum sampai Kampar, hujan turun dgn lebat.  Kami berhenti teduh sekejap di bus stop.  Hujan kali ni tak lama, sebab xlama tu, matahari keluar.  Nasib baik x panas sgt.  

Kami sampai Kampar dalam jam 3 lebih.  Kat sini pun tayar pogie pancit.  So, kami amik masa utk berehat dan mencari kedai basikal.  Syukur Alhamdulillah, aku dgn daus jumpa satu kedai basikal.  Risau juga thn baru ni byk kedai tutup kan.  Dapatlah cari satu tiub dan tuk pogie dan daus buat backup.

Agak lebih kurang 7km jalan menghala ke campsite kami, ada satu restoran tepi jalan cukup besar dan kelihatannya mcm restoran baru.  Namanya Restoran D'Inai.  Tepi simpang 3 trafik lite  nak masuk ke Malim Nawar.  Kami yg belum makan ambil kesempatan untuk makan tengah hari yg tertunda tadi.  Jam masa tu kat pkl 4 kot.

Sedap dan byk pilihan makanan.  Aku mmg rekemen makan situ.  Blh singgah bila2 kalau lalu jalan tu.  Buka dari waktu sarapan pagi hingga ke petang jam berapa tak sure.  So malam tak buka ye.  Puas ati kami makan kat situ.  

Alhamdulillah, lepas makan, kami teruskan kayuhan utk 7km lebih lagi.  Tak sabar nak sampai ke tempat tuju.  Dan sekali lagi, alhamdulillah, kami sampai ke campsite tepi sg kampar yg nama nya REX PubgCamp sebelmum jam 5.  Aku menyewa khemah Quechua Family Alpenaz 4.2, punya dua bilik pada kadar RM120 dan utk karpet setiap bilik RM5.  Selesa sgt dan depan khemah adalah sungai kampar.  Cuaca tak panas dan tak juga mendung.  Elok2 saja.

Syukur dengan perjalanan kami hari ni.  Masing2 melepaskan lelah dan lega kerana selamat sampai ke destinasi.  Buka semua bag di basikal dan masing2 basuh basikal kat sungai.  Aku je tak turun sungai. Pogie yg rajin tolong basuh basikal.  

Aku tak tunggu lama, terus mandi sepuas2nya di bilik air, membersihkan badan.

Meh la aku cite sikit pasal REX PUBGCamp ni.  Terletak di Kg Jahang, Gopeng.  Tanah private di tepi Sg Kampar, dikelilingi dgn pokok kelapa sawit.  Tempat tapak khemah luas.  Blh pilih mana nak pacak khemah.  Bilik air luas.  Bilik air lelaki dan perempuan bersebelahan.  Dikawasan bilik air, ada satu kolah besar, diletakkan 3 kepala pancuran (kalau tak silap kiraan) dikawasan terbuka utk membilas atau budak2 pun blh mandi situ, dan 3 buah toilet duduk.  So, kalau tak nak mandi dlm toilet, blh mandi secara berjemaah dengan berkemban kat luar.  Tp rata2 aku rasa mandi kat dlm toilet la kan.  Selesa, bersih dan ada yg wakafkan sabun juga.

Masa kami 'check-in' kami dibekalkan dgn 2 botol air mineral bersaiz besar. Bagus nya lahai adik2 ni.  Kebetulan kami kekurangan bekalan air.  Adik2 yg jaga situ kata, diorg blh tolong belikan air kat luar.  Almaklum, utk keluar ke kedai blh tahan jauh juga la utk kami yg berbasikal.  Kalau malam agak seram sebab jalan ke luar dr campsite gelap/tak berlampu.  Jadi kena pakai lampu basikal.  Masuk ke dalam dr jalan besar lebih kurang 400m.

Malam tu azli gigih keluar beli makan. Daus dgn pogie tak kirim apa2 sebab diorg nak masak maggie.  Aku kirim nasi goreng kampung dgn air sirap.  Daus kirim air teh o ais kot.  So, azli sorg la keluar berkayuh beli makan.  Last2 nasi goreng kampung tu aku buat breakfast je sebab perut dah mcm tak leh masuk makanan dah.  Maybe sebab keletihan kot.

Campsite ni bertentangan dengan Natasya Riverside yg terletak di seberang sungai sana.  Satu je yg tak best ialah, campsite Natasya yg terletak kat seberang sungai tu layan karaoke.  So agak bingit bising dan tak aman.  Aduuhhh mcm salah parking lak.  Tp dlm pkl 11 lebih diorg dah senyap.  Jadi up to you lah kalau xkesah dan nak merasa suara nyanyian malam2 leh la lepak kat sini.  Tapi utk aku, tak lah kot.  

Malam tu kami lelap lebih awal.  Sebelum pkl 12 kami dah lena.  Cumanya daus bgtau mlm tu hujan agak lebat.  Tempat pembaringan dia sebelah azli, basah, so dia tido kat ruang tgh khemah dan masuk semula bila rasa sejuk dan hujan dah reda...

Aku polos tido.. hahaha, sedar kejap behtu tido semula.

Nanti sambung citer utk perjalanan balik di next chapter... 

Apapun pengalaman mengayuh hari ni begitu santai sekali. 

Sorry la gambar tak berapa byk dlm google photo..  nanti aku add lagi eh.. 





Jumaat, Januari 07, 2022

Bicycle Touring : Part 1 - Kuala Lumpur - Sungkai (31/12/2021 - Jumaat)

Assalamualaikum wbt.

Aku naik office 3/1/2022 - Isnin, dan bos masih bercuti - ada appt di hospital.  Dan seperti kebiasaan aku buat kerja PA aku spt biasa, kali ni handle dua bos utk sementara sebelum dpt PA baru utk bos yg sorg lg.  Malam nya aku dapat WA dpd HR bahawa aku kontak C kepada sorg staff Bahagian di  aku.  Makanya aku diarahkan utk bekerja dr rumah bermula hari selasa, 4/1 sehingga lah staff tersebut buat swab test jumaat ni dan jika negetif aku blh masuk opis hari isnin depan - 10/1/2022.  Lama kan aku kena dok umah tak leh g mana2.

Bukan mudah ye buat kerja dr rumah.  Kalau dulu kita dah prepare, tp kali ni tiba2 malam lak ko diberitahu kena kuarantin kendiri kat umah sebagai kontak C esoknya, dgn dokumen semua di pejabat, hanya berlandaskan WA, laptop dirumah dan emel saja utk kau bekerja.  Leceh gak la.. tp tak pe, tak lama.. bertahan la... kita dlm era teknologi, teknologi byk membantu urusan harian dan urusan kerja seharian.

Actually, seminggu yg lepas adalah minggu yg sgt sibuk utk aku secara peribadi.  Bawa family g jalan di ipoh menaiki tren -  27/12/2021 - 29/12/2021, berkumpul dgn family (30/12/2021) sebelum aku mula kayuhan dgn kawan2 dr KL ke Gopeng pada 31/12/2021 - 2/1/2022, suatu yg menyeronokkan, penuh keterujaan dan debaran.  Hari jumaat sebelum aku mula bercuti, aku sertai team volunteer office utk ke rumah staff mangsa banjir menghulurkan bantaun tenaga membersih rumah dan sekolah.  kami ke 2 tpt pada hari tu, ke SK Rantau Panjang, dan satu lagi rumah sorg staff di Seksyen 25 Shah Alam yg mana keadaan bekas banjir di sana sgt2 dahsyat dan menyedihkan.  Kami bantu apa yang terdaya dgn kudrat kami dan berdoa urusan seterusnya dipermudahkan dan mereka tabah dan sabar dgn dugaan yg dihadapi.

Okey, aku nak cerita pasal touring kami dr KL Ke Gopeng.  Sebagai bahagian pertama, aku nak bercerita pasal hari pertama kami touring dgn basikal dri Kuala Lumpur ke Sungkai terlebih dahulu.

Ikut pelan asalnya, aku yg menjadi pencadang πŸ˜‚πŸ˜‚dengan excited mengajak kayuh dr kuala kubu baru ke Gopeng.  Buat 3 hari 2 malam.  Kiranya kami akan naik komuter dr Kuala Lumpur pagi2 hari ke Kuala Kubu Baru dan mulakan kayuhan ke Gopeng.  Sama ada kami bermalam satu malam di Gopeng dan hari berikutnya bermalam pula di rumah mertua aku di Felda Gunong Besout 2 atau pun tido di Tg Malim.  Terpulang pada persetujuan ramai.  2  minggu sebelum kayuhan aku dah booking dua tpt, satu malam (31/12/2021) di Rex PUBGCamp di Gopeng, Perak dgn full payment dan satu malam lagi (1/1/2022) di satu chalet di Tg Malim dengan meletak deposit.  Seminggu sebelum kayuhan, hujan turun mencurah2.. kiranya hari2 hujan.. owner chalet di Tg Malim call aku tanyakan jadi ke aku nak bermalam ditptnya memandangkan ramai yg batal dan tunda tempahan di sana.  Aku ckp so far aku tak de masalah, dan dia kata kalau aku nak tunda pun dia tak de masalah, nak batalkan dan pulangkan deposit pun tak apa.  Aku ckp nanti aku confirm kan semula.  At least aku dah secure utk dua tpt kalau apa2 jadi.

Maka tibalah hari kejadian...

Hari Pertama : 31/12/2021 - Jumaat

Geng kayuhan terdiri dpd aku, pogie (laki aku), daus(kawan opis), dan Azli (kawan pogie) - last minit join.

8.30 pagi 
Cuaca baik
Kayuhan dr Rumah PENA

Alhamdulillah cuaca baik saja pagi tu.. Dengan lafaz bismillah kami mulakan kayuhan dr Rumah Pena ke Stesen KTM Kuala Lumpur untuk mendapatkan tiket komuter ke Kuala Kubu Baru pagi tu.  Ikutkan sumber katanya blh naik komuter jam 9-11 pg selepas peak time.  Maka berkayuhlah kami ke KTM.

Walau bagaimanapun, kami tersilap percaturan, tiada komuter ke Kuala Kubu Baru atau ke Tg Malim.  Pulak daaaaa...  masing2 mcm tak percaya.  Tanya lagi kat kaunter dan juga petugas di situ, katanya, mmg tak de komuter pagi tu ke KKB, sebelah ptg baru ada tu pun jam 4 lebih.  Huhu.. aku dah start memikir kan - masa, jauh perjalanan, dan konfem ada OT punya.  Haha, ko igt panjat gunung je ada OT, kayuh pun ada OT gak tau.. kikiki...

Pogie mula merancang.. (eh suka lah dia kayuh dr KL, sebab mmg plan asal dia ajak kayuh dr KL pun.. aku dgn daus je xmoh πŸ˜†). Mulanya dia ajak ikut gombak but then katanya kita akan ikut jalan kucing, selayang, templer, rawang... maksudnya, kita akan menganyuh panjat bukit di selayang dan templer sana tu... masa tu aku redha je lah, takkan nak patah balik kan.. benda pun dah dirancang dan inilah perancangan Allah Taala.

Maka kami pun mulakan kayuhan.  Seram juga aku berkayuh di jalan kucing tu, basi jalan halus jer... sipi2 je, jgn la ada yg komplen, nasib baik kami 4 org, dan kami berkayuh agak jauh dr satu sama lain.  Syukur, selamat sampai kat satu bus stop kat taman prima selayang.  Jam pkl 9.40pg.  Cuaca mula mendung.  Di tepi jalan sebelah dalam ada makcik jual nasi lemak, pogie belikan kami nasi lemak utk alas perut memandangkan kami masih belum bersarapan lagi.  Lepas ni nak kena kayuh panjat bukit.  Tak lama tu, hujan turun dengan lebat.  Kami bersedia dengan baju hujan dan mula menyambung perjalanan.  Ketika hujan dah tak berapa lebat kami berjaya tiba di Petronas Rawang jam 11 pg.  Tidaklah kami nak memanjat bypass Rawang tu, mmg tak masuk akal dgn load dan juga ketahanan fizikal dan mental kami yg tak power mana. hahahaha ... adoi.. Kami teruskan perjalanan seterusnya dan berhenti di kedai DIY Antara Gapi, beli brg sikit dan berehat sekejap.  Ada matahari.  Jalan depan sikit, hujan mula turun... kami berhenti di Batang Kali utk makan tgh hari, ada gerai cendol popular kat tepi jalan tu, kami berhenti situ, tp untuk lunch kami makan lauk salai kat kedai baru sebelah atas bukit,  owner yg sama.  Sedap.. Cuaca baik2 saja, tp tgk kan awan, pasti hujan di depan,  nampak awan tebal dan gelap sana.  

Alhamdulillah sampai juga kami di Tg Malim jam 4.00 ptg.  Cuaca redup dan mendung.  Teruja dengan gerai Kopi Kawww Ikat Tepi, terus berhenti dan order... sedapp yakmat. satu plastik RM4.  Mmg sedap dik oiii...  

Lepas ni kami akan melalui Behrang, Slim River dan Sungkai.  Di Behrang hujan boleh tahan lebat, kami berteduh di bus stop sekejap, sempat la daus dan azli baring lelap mata seminit dua.  Air Kopi Kaww Ikat tepi pun dah bercampur dgn air hujan. Perjalanan di teruskan dalam hujan renyai. Kami tiba di Slim River jam 5.40 ptg... dan perjalanan dari Slim Ke Sungkai mmg agak jauh nak2 dgn berkayuh lebih kurang 23KM.  Byk main bukit dan hujan pula tu.. itulah cabaran yg di cari.. ceh! 

Kami berhenti santai x berapa tempat sebab mengejarkan waktu dan hari semakin gelap.  Tiba di Trolak jam 6.30 petang dan akhirnya tiba di Petronas Pekan Sungkai jam 7.20 malam.  Suasana dah gelap dan azan mula berkumandang.

Kami ambil keputusan utk ke Masjid Abbassiah Sungkai disamping membersihkan badan, solat dan berehat melepas lelah, baik kami berfikir arah tuju selepas ini.  Merancang sebaiknya perjalanan sambil bertawakal dan redha pada aturan Allah Taala.

Cerita Menarik - Misteri?

Actually, sepanjang perjalanan kami dr Kuala Lumpur tadi, Azli jarang2 berkayuh kat depan sekali.  Memandangkan basikalnya kurang lengkap dan tidak berada dalam keadaan sedia utk touring, maka bag keperluannya, diletakkan di basikal daus. Azli hanya bawa bag sandang daus dengan mengendong dibelakang badan.  

Nak dijadikan cerita, sebelum sampai pekan sungkai, azli kayuh kat depan sekali diikuti daus, aku dgn pogie.   Pogie decide utk berhenti di Petronas Sungkai, Daus ada kat tepi stesen tp Azli dah lesap jauh ke depan.  Maka kami bertiga pun berkumpul di Petronas dan mengharapkan Azli akan berpatah balik.  Kami tunggu dalam 10-15 azli tak muncul2.  Kami decide utk ke masjid dahulu setelah cubaan menelefon azli gagal.  Difikiran kami, berkemungkinan hp Azli ada dlm bag yg dibawa daus.  Kami gerak menuju ke masjid dalam keadaan hujan renyai2.  

Di Masjid kami disambut baik oleh pakcik2 di masjid, siap bertanya tujuan, kami berapa org dan agak risau kan kami kerana berkayuh dlm hujan.  Kami ambil kesempatan utk membersihkan diri dan solat serta memperkemaskan brg2 di basikal.  Lupa sekejap tentang Azli.  Bila kami nak gerak ke keluar dr masjid, baru perasan tayar pogie pancit.  Pelik, sekali tukar, kejap tu pancit semula, rupanya ada dawai yang tersangkut kat tayar yg menyebabkan tiub tayarnya bocor.  

Kami merancang untuk pergi ke kedai makan di seberang masjid untuk makan malam sambil memikirkan dua benda, mencari azli dan sama ada mahu meneruskan perjalanan atau mcm mana..  

Mengenai Azli, bermcm2 kitorg pk, mana dia pergi.. mungkin dia ada patah balik tp tak nampak kami. mungkin dia di petronas, mungkin dia ada kat jalan depan sana.. Risaukan dia tak berduit, tak ada hp... mcm mana nak hubungi kami dan mcm2 lah... apapun, kami percaya, azli seorg suvivor .. heheheheh.. mudah2an Allah pelihara dia.  Jadinya kami merancang, biar pogie cari di Petronas tadi dan kami cari di belah jalan ke hadapan.  

Kami juga ambil keputusan  utk tidak meneruskan perjalanan malam tu menandangkan hujan semakin lebat tiada tanda utk reda atau berhenti selain risau jika mengayuh dalam kegelapan malam membahayakan keselamatan kami.  Dalam perkiraan blh jadi mau ambil 4 ke 5 jam lg untuk sampai ke Gopeng dan itu pun kalau tak menghadapi masalah.  Maunya sampai sana pkl 1 pg.  Mcm tak berbaloi pulak.  Kami ada juga survey hotel bajet di sekitar sungkai, tp lebih memilih untuk menumpang tido di masjid.  Pakcik2 di masjid pun ada offer kami tido di masjid tadi.  Kalau di hotel, payah pula nak pantau basikal, dan tak terjamin keselamatan.

Dalam kedai makan, aku duduk bersebelahan pogie mengadap jalan besar.  Daus duduk depan pogie.  Memerhatikan hujan semakin lebat dan berborak pasal kemungkinan yg berlaku pada azli menimbulkan rasa gelihati pun ada juga.  Kalau wallet ada pada azli, kami tenang la sikit, blh la dia beli makan dan ada pengenalan diri.  Ni kalau hp dan wallet pun takde, ko dah mcm pelarian jadinya.  hahahahaha adoi...

tiba2... sedang aku perhati ke luar kedai, aku tgk siapa laa yg kayuh malam2 ni dan immediately aku tunjuk pada mamat yg tunggang basikal serentak terus daus toleh dan kata, tu azli tu...

aku terus bangkit dan nak panggil azli tp dah terlalu jauh.. ada pula sorg brader yg diri sebelah basikal aku tepi kedai tu, aku ckp kat brader tu, 'tu kawan saya, kawan saya tu', terus aku nak capai basikal nak kejar azli tp daus xkasi, bahaya katanya, tgk2 pogie dah dgn basikal nak ngejar azli, dlm masa sama daus sempat pula kautim dgn brader tadi utk kejar azli dgn kereta kancil nya ( lepas daus interview kejap).  Pogie tak jadi nak kejar dgn basikal.  Aku dok perati ke mana agaknya azli pergi, rasanya dia dari petronas tadi dan tak perasan kami dlm kedai, sebab kedai berada belah jalan dalam.  

Sementara tunggu daus mengejar azli, aku cadangkan pada pogie utk ke masjid  minta izin pada siak utk kami bermalam di masjid. Maka pogie berkayuh la ke masjid. Waktu tu dah pkl 9.40 mlm.  Lama juga aku menunggu daus dgn brader tu.. takkan azli cepat je lesap? Tiba2 aku nampak kelibat org berkayuh dr arah bertentangan pula.  Terus aku berlari ke pinggir jalan dan menjerit memanggil azli.  Aku x peduli dah org2 di kedai makan tgk aku bagai hilang anak tekak panggil azli.  Ye la, aku kena lawan dgn bunyi hujan waktu tu... lega sungguh aku bila azli berpaling kat aku.

Aku terus call daus bgtau dia yg azli dah ada dgn aku.  Tak lama daus dan pogie menyusul.  Pogie bgtau, kami dialu2kan utk bermalam di masjid.  Cumanya pagar masjid akan dikunci selepas kami masuk utk menjaga keselamatan dan juga dr dimasuki anjing liar dan akan dibuka seawal 5.30pg.  Kami akur dan bersyukur.

Sementara Azli makan bertemankan daus, aku dgn pogie ke masjid terlebih dahulu.  Sebelum tu pogie g cari kudap2 dan selipar utk aku di speedmart.  Sesampai di masjid, AJK masjid sedang menunggu kami.  Dikala jam 10 lebih tu pun hujan masih juga lebat.  Kami dibenarkan utk tido diperkarangan masjid yg berkarpet.  Itu sudah sgt2 memadai.  

Utk pengalaman perjalanan hari ini, mcm2 yg kami hadapi, dpd tiada komuter utk ke KKB menyebabkan kami berkayuh dr KL sehingga destinasi, hujan dikebayakan tempat, tayar pancit dan masalah teknikal basikal tak byk kali.  hahahaha seronok tau dgn ujian cabaran dan pengalaman yg Allah berikan.

Untuk perjalanan hari esok... kita serahkan sahaja kepada keadaan.  Semoga Allah tunjukkan yg terbaik utk perjalanan musafir kami.. Inshaa Allah... ameen...




Rabu, Januari 05, 2022

Pengakhiran 2021 dan Sambutan 2022

Assalamualaikum wbt.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2022

Akhir tahun 2021 sangat lah mencabar bagi Malaysia secara amnya dan khususnya penduduk di bbrp  negeri di Semenanjung yang mengalami bencana banjir, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor, dan pada ketika ini masih lagi hujan dI bbrp kawasan dan Kelantan dan Terengganu dah pun dinaiki air sejak seminggu lepas.  

Mengejutkan bila kawasan yang tidak pernah dan dah lama tak banjir kali ini dinaiki air hingga ke paras bahaya, sangat ramai kawan2 kami yg terjejas dan mengalami kerugian besar dlm bencara banjir.  Air masuk rumah setinggi siling bumbung, separas dada dan setinggi pintu rumah.  Antara kawasan yang teruk dinaiki air ialah Hulu Langat, Shah Alam - Tmn Seri Muda, Seksyen 25 Shah Alam, Rantau Panjang, Klang, Linggi, Rantau, Temerloh, Mentakab, Bentong, dan byk tempat lagi.  Maka fahamlah kita perasaan sahabat2 kita di pantai timur apabila mereka lebih perit mengalami banjir setiap tahun dan ada dikalangan tahun2 tu lebih buruk dialami dpd banjir biasa.

Di waktu ini, kita dpt lihat seluruh rakyat malaysia berganding tangan memberi bantuan tak kira dpd utara, selatan, pantai timur turut turun memberikan bantuan dlm pelbagai bentuk.  Membawa jentera2 dan juga peralatan bersesuaian utk membersihkan kawasan2 yg dilanda banjir hebat.  

Pejabat aku pun tak ketinggalan menubuhkan pasukan sukarelawan utk membantu kakitangan MyIPO khasnya dalam misi bantuan banjir.  Hujan lebat tanpa henti selama 24 sudah cukup menggerunkan utk mereka yg baru trauma mengalami bencana ni.  Bersedia untuk gelombang kedua yg diramal, mereka nampak lebih bersedia lebih2 apabila mendapat bantuan serta sokongan dpd pelbagai pihak.

Awalan Tahun 2022 tiada sambutan Tahun Baru diadakan bg menghormati dan menumpukan lebih kepada langkah berjaga2 dan bersedia dlm menghadapi bencana alam.  Solat hajat, bacaan tahlil dan yaasin menjadi pengganti.  

Bagi aku, sama ada tahun berubah atau tidak, ia tetap serupa jika kita tiada azam atau cita2 memperbaiki diri menjadi lebih baik pada hari2 mendatang.  Bumi sudah tua... apa bekalan kita di sana...?  


Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...