Assalamualaikum wbt.
Sebelum subuh, aku dah bangkit. Nak rebut bilik air. Hahahahaha ko rasa mcm time Minggu Silaturrahim kat ITM dulu ke nak rebut2 bilik air jam 4.00pg? Suasana agak sejuk pg tu biar pun hujan malam tadi, tp sejuknya biasa2 je, tak de lah sampai mencengkam ke tulang itam.
Sebaiknya aku siap awal, sebab kami cadang gerak pagi ni sebab tak tau apa nasib kami hari ni. Kami plan utk cari bas di Kampar dulu. Selainnya, kita decide di Kampar nanti.
Suasana pg tu nyaman je, aku pun aman je mandi di bilik air yg masih kosoong. Ambil wuduk dan solat sunat qobliyah dan subuh. Aku suka solat sunat subuh ni, mohon pada Allah diawal pg utk permudahkan perjalanan kami utk setiap hari. Usai solat subuh, kebiasaan aku baca quran, surah alwaqiah, surah alkahfi dan juga almulk. Sebak rasanya... tak tau la nape.. .tangkap syahdu pula. Semoga Allah ampunkan dosa2 aku dan kuatkan iman aku.
Yang lain juga dah bangkit dan bersiap2. Selepas makan ala kadar, alas perut, kami mula mengemas peralatan dan basikal. Jam 9pg dengan bacaan bismillah dan ayat Kursi, kami gerak keluar dr campsite. Hujan renyai2. Cuaca baik sekali.
Kami cadang nak breakfast di D'Inai, tpt makan semalam. Aku order lontong. Sedap! yang lain order nasi lemak ayam goreng, pun sedap!
Semalam kan diorg mandikan basikal di Sungai.. pengajarannya, jgn mandikan basikal di laut atau sungai ye... Sebab bawa masalah kepada chainring, bearing dan cassette... pasir2 halus bermukim kat situ. Bila bawa basikal, jadi tak smooth.
Siap breakfast dan adjust basikal, kami teruskan kayuhan ke Kampar, lebih kurang 18KM, dalam sejam kayuhan. Pagi tu kami menikmati kayuhan dengan pemandangan rumah2 limas di kiri dan kanan jalan. kami tiba di Kampar jam 11pg. Terus ke Terminal Bas Kampar utk bertanyakan bas ke Kuala Lumpur atau mana2 seperti sungkai/tanjung malim atau slim river.
Tiada bas ke Kuala Lumpur, yg ada hanya bas ke Tapah. Tp kena kautim dengan driver bas utk bawa naik basikal ke atas bas. Kami 4 basikal, aku rasa kalau folding tu tak de masalah, tp kalau basikal touring, mmg makan ruang.
Aku faham skrg ni bila melalui kaedah bawa basikal naik atas bas, ko kena kautim dgn driver bas. Dia ada kuasa veto utk membenarkan atau tidak membenarkan basikal tu jadi penumpang atau tak. Ada kos tambahan. Tu tak kesah la kan..
Aku agak mcm mustahil la driver bas nak kasi kami bawa 4 buah basikal atas bas sebab mmg makan ruang. Tapi rezeki kami hari tu, driver bas kasi kami naik bas dgn basikal. Syukur sgt ya Allah. Cuma ada kos tambahan RM3 ke brp ntah, tak igt. So, seat belakang bas penuh dgn basikal kami. Kiranya kalau org awam nak naik, mmg tak dpt la naik sampai belakang. Uncle bas tu kata, org tak ramai naik bas skrg. Dan aku perhatikan, yg naik bas, warga emas saja.
Dengan naik bas ni, kami jimat dlm sejam lebih perjalanan dgn kayuhan. Sempat pogie lelap mata. Bas ni akan masuk Chenderiang dan keluar balik ke jalan besar. Lama aku tak naik bas. Sampai di Tapah, jam 12 tgh hari. Kami ucap terima kasih pada uncle bas. hehe.. baik hati uncle ni.
Turunkan basikal dr bas, kami dapati basikal pogie pancit. Jadi kami tukar tayar di stesen bas Tapah sambil daus cuba cari kedai basikal di sekitar kawasan. Aku g beli air mineral. Hanya kelihatan bas mini saja, dan tiada bas lain. Masa pogie tengah betulkan basikal, seorg brader ni duduk sembang dengan kami, bertanyakan hal2 basikal ni. Bertanyakan arah tuju kami dan mcm2lah.
Rupanya abg ni driver bas mini di situ. Bas mini tu adalah bas Tapah-Sungkai-Tapah, akan gerak jam 1ptg ni. Kami cuba kautim dgn abg driver tu kot2 dia blh kasi kebenaran utk kami bawa naik basikal kami atas bas dia. Dia kata dia tak de masalah, kalau basikal tu blh di bawa naik dia ok je, memandangkan bas nya bas mini. Hahahahaha maka kami bersungguh la cuba utk angkat basikal naik atas bas. Abg tu pun bgtau yg kebanyakan masa, waktu2 gini tiada penumpang sgt naik bas. Bas ni juga akan masuk Bidor utk amik penumpang.
Alhamdulillah, basikal kami berjaya dimuatkan di dalam bas. Kami bayar tambang dan bg duit kopi utk abg driver. Begitu la yg beliau pinta, sikit je katanya, singgit dua pun ok. Tp kami bagi lebih sebab syukur ada bas sudi tumpangkan kami ke Sungkai. Perjalanan dr Tapah ke Sungkai adalah lebih kurang 24KM, kalau kayuh mahu 2 jam lebih gak tu. Kami jimat byk masa hari ni.
Tiba di Sungkai dalam jam 1 lebih. Turunkan basikal, beli kudap2 kami teruskan kayuhan ke Tg Malim yg terletak lebih kurang 46KM dr Pekan Sungkai. Aku anggar dalam 3 jam kayuhan kami akan sampai ke Tg Malim, Inshaa Allah. Cuaca redup je.
Seingat aku, kami sampai Slim River jam 3 lebih kalau tak silap. Berhenti di Petronas, beli air, dan buang air. Tak jauh dr Petronas tu ada tokey jual durian. Memenuhi keinginan Azli utk makan durian, maka kami pun layan kan saja. Azli belanja durian D24 d2 biji dan kami dpt sebiji durian kg, tokey belanja. Aku makan 5 ulas je kot. Pogie beli sebiji durian D24 utk maknya, kami akan singgah di sekolah pondok mak tak jauh dr pekan slim river.
Tak lama singgah di pondok di mana mak belajar agama, kami mulakan kayuhan ke tg malim. Cuaca mendung je waktu tu. 5KM dpd pekan Tg Malim, hujan selebat2nya dan kami berhenti di satu bus stop utk teduh. Jam waktu tu pkl 5ptg. Syukur kami dah nak sampai Tg Malim.
Reda je hujan, kami teruskan kayuhan ke Stesen KTM Tg Malim. Sebaik sampai di Stesen KTM, kami bergegas ke Kaunter bertanyakan tren ke Kuala Lumpur. Tren ke Kuala Lumpur tak de, ada tren ke Sg. Buloh, tu pun dah memadai. Nanti sampai Sg Buloh, kami akan amik MRT pulak utk ke Pasar Seni dan Daus akan terus ke Stesen Kajang. Tren akan gerak jam 7mlm, dan sementara menunggu tren, kami amik kesempatan utk mandi dan solat. Tak ramai org di Stesen waktu tu. Kami tak makan tgh hari lg ni selain dpd breakfast di D'Inai Gopeng tadi. Kami blh tahan lg tp pogie dah meragam perutnya. Nak keluar semula ke kedai makan takut kami tak sempat patah balik. Makanya kami decide utk cari kedai makan di Sg. Buloh nanti. Oh ye, kami perlu add on RM1 tambang utk setiap basikal. Aku tak igt brp RM tambang penumpang dr Tg Malim ke Sg. Buloh. Blh check kat website KTM kot.
Kami angkut basikal kami masuk ke dalam tren - agak menyeksakan juga la sebab kami kena menyeberang jejantas - bermaksud kami angkut basikal dgn beban bag2 kami menaiki tangga dan menuruni jejantas. Termengah juga la kami angkat beskal. Kami duduk di gerabak paling belakang supaya tidak mengganggu penumpang lain. Tren bergerak jam 7 seperti yg dijadualkan. Di stesen Kuala Kubu Baru, naik 2 org dgn basikal touring masing2, seorg lelaki dan seorg perempuan. Berdiri berhampiran aku, aku ambil kesempatan utk bersembang santai. Mereka berkayuh dr Kg Pertak, Kuala Kubu Baru, tido sehari semalam di sana. Rupanya mereka dah lama buat touring, pernah touring sampai ke Johol, touring pantai timur dan pantai barat waktu PKP dulu. Perghhh mantap. Kami bertukar pandangan dan juga pengalaman. Best ada kawan berbual ni.
Sejam dlm tren, akhirnya kami tiba di Stesen KTM Sg Buloh. Maka di sini cabaran lain pula bermula. Turun dr tren, kami terus menuju ke Shuttle Bus MRT utk bertanyakan sama ada kami dibenarkan bawa basikal naik bas utk ke stesen MRT Sg. Buloh. Walau bagaimanapun, basikal tak boleh naik bas, kecuali basikal lipat. Kami perlu berkayuh ke Stesen MRT Sg. Buloh. Maka dlm pekat malam dan ditemani cahaya lampu kereta kami pun berkayuh ke stesen MRT Sg Buloh. Malangnya, MRT Sg Buloh tidak beroperasi, kami perlu ke Stesen MRT Kwasa Sentral yg lebih kurang 5KM dpd situ. Berkayuh la kami di malam hari. Pogie dah pedih perut. Tunggu nak keluar singa je dr dia... hahahahaha adoi.. kami yg lain tak pk apa dah, kami nak cepat sampai KL/Kajang.
Akhirnya, sampai la di Stesen MRT Kwasa Sentral. Maka ini 1st time aku naik MRT dan 1st time pula bawa basikal naik MRT. MRT kosong masa tu, cuma bila sampai Damansara, agak ramai juga yg naik kemudahan ni. Rasanya org dah nak balik kerja or balik dr shopping kot. Aku, azli, pogie berhenti di Stesen MRT Pasar Seni, manakala Daus meneruskan perjalanan ke Stesen MRT Sg Jernih Kajang, dekat je dgn rumah dia. 5 Minit kayuhan katanya. Dalam pada masa berkayuh ke rumah Pena, hujan mula turun rintik2. Dan lama-kelamaan lebat. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Rumah Pena jam 10.15 malam. Lega sgt rasanya.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kami pengalaman bukan kepalang selama 3 hari 2 malam kayuhan kami dr KL ke Gopeng dan juga pengalaman balik Gopeng ke KL yg penuh dengan cabaran, redha dan sabar kami.
Apa yang aku boleh simpulkan, kembara dengan basikal ni, biar pun ada perancangan, namun semuanya tertakluk kepada kehendakNya jua. Merancang mcm mana pun, Dia tetap Perancang Terhebat. Perancangan Dia yang hebat itulah menjadikan kembara kita lebih berhikmah dan menarik. Ko berkayuh dengan kawan2 yg ko kenal, tahu caranya tahu perangainya. Ia juga satu cabaran. Alhamdulillah, pada aku, kita tak berkayuh laju untuk mengejar pace. Kita mengikut rentak kumpulan dan gerak hati. Kayuhan harmoni begini membuat kita kurang stress dan dapat menikmati suasana perjalanan enjoy dan happy. Destinasi itu satu tempat, tp apa yg kita tempuh sepanjang perjalanan itu la yg lebih bermakna.
Untuk video kembara kami ni, kalian boleh menonton dipautan yang berikut...
Enjoy ye!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan