Selasa, Januari 25, 2022

Kayuh Basikal : Kuala Kubu Baru -Bukit Fraser - Raub Day 1 : 11/12/2021 (Sabtu)

 Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas, family kami dan family teh camping di Batang Kali, nama campsitenya ialah Rosyabillah Campsite.  Tempat mmg best, air mmg best, suasana pun best, cumanya kena menyeberang sungai utk ke tapak khemah.  Agak extreme juga la.  Actually, aku dah bgtau budak2 yg selepas ibu bawa diorg camping, ibu dan ayah akan pergi touring dengan basikal dr Kuala Kubu Baru (KKB) ke Raub dan akan bermlm kat sana satu malam.  Hint mcm ni aku selalu bg awal2 kat diorg so that diorg aware tarikh2 sekian2 tu, aku dgn ayahnya tak ada di rumah dan diorg ready dengan mindset tu.  Cuba kalau aku bgtau last minit, mau nya dak2 ni, especially afi meroyan dengkikan aku keluar dgn ayah.  Akan keluar la ayat2... ibu best laa keluar dgn ayah, tido otel.. g main basikal..  (hahahaha, mau nya la aku tak aman tinggalkan dia kat umah).

Actually masa nak start touring basikal ni, salah satu arah tuju kami adalah KKB ke Teluk Intan, tp pogie lebih prefer pergi Raub sebagaimana perancangan awal2 dulu yg pernah tak jadi pergi sebab tanah runtuh kat jalan GAP ke Raub masa awal tahun 2021.  Ada kat post terdahulu dlm blog ni. (malas ke tak reti nak tempel? 😆).  Lagipun jalan turun ke Raub dari GAP, redup dan nyaman.  Kami dah survey akhir bulan November lepas jalan ni. Hehehe.. aci tak aci? Dan plan utk start touring ni tahun 2022, tp yg last minit plan ni lah yg selalunya menjadi.

Memandangkan touring 2h1m ni hanya kami berdua je, aku cadang kita tido di hotel bajet saja lah.  Lebih mudah.  Utk pengalaman pertama ni kita blh semak nanti brg2 keperluan yg perlu utk tido gamble - maksud aku, tido di campsite, bus stop, tumpang di laman rumah org or tanah org etc.  Utk Raub ni, aku booking Hotel Agro melalui apps agoda satu malam.  Aku pilih Agro Hotel ni sebab -- aku pun tak tau.. cumanya dekat dgn hotel ni ada satu kedai makan.  Tempatnya di luar sikit dpd bandar Raub.  Lagi satu, aku tgk hotel lain, mcm payah nak simpan basikal.  Seram juga kalau tiba2 ko kunci basikal ko kat luar, behtu esok nya tgk lesap.  hahahahaha paraahhh...

11 Disember 2021 (Sabtu)

Kami gerak lepas subuh  dengan kereta dr rumah ke Kuala Kubu Baru (KKB) dan akan mulakan kayuhan dari situ.  Tiba di KKB dalam jam 7.10pg.  Suasana agak sunyi, tp aku ternampak sekumpulan geng touring di parking sebelah kedai mamak.  Ramai juga geng ni.

Sebelum mulakan kayuhan, aku beli dulu roti2 dan air tambahan.  Takmoh la jadi mcm sebelum ni, bonk akibat kurang tenaga dan bekalan makanan.  Memang amik iktibar betul la dr peristiwa tu.  

Basikal dah ready, kami mulakan kayuhan jam 7.45pg, perlahan2 berkayuh menyusuri jalan ke Bukit Fraser.  Tak byk kenderaan, tak lama, kami berselisih dengan geng2 touring yang berkumpul di KKB tadi.  Rupanya geng tersebut di Meru, Klang, akan bercamping di Bukit Fraser satu malam.  Ada lebih kurang 40 peserta dan aku perasan hanya ada seorang saja perempuan dlm geng ni.  Masa kayuh tu berselisih dgn adik yg perempuan tu, masa tu kami berkayuh saing dan sempat sembang.  Dgr2 lepas kayuhan tu, adik ni dgn 2 lagi rakan lelaki dia berkayuh ke utara pula.  Padu ko dik...

Awal kayuhan basikal pogie dah start berbunyi. Bunyi tu mengganggu kelancaran kayuhan.  Aku lupa punca bunyi tu tp pogie pomenkan bunyi dan barulah sedap berkayuh tanpa gangguan.  Basikal Katakura yg pogie pakai punya 6 speed sahaja, so agak slow bila naik bukit.  Kali ni kayuhan mmg santai menikmati alam dan pace pun dalam 13 - 16.  Sesekali kami berhenti.  

Tiba di air terjun Semangkok, kami berhenti kat setengah jam juga.  Saja buang masa kat situ sebelum berkayuh.  Geng touring tadi sorg2 tiba.  Dgrnya ada sorg geng diorg yg bonk.  Kami terus kayuh tak berhenti sampai la kat GAP.  Tiba di GAP jam 11.30 pagi.  Kelihatan byk juga motor touring dan geng roadbike naik ke Bukit Fraser.  Suasana agak meriah sebab ada gerai kecil menjual makan minum ringan dekat dengan surat GAP.  Pogie amik kesempatan utk makan nasi lemak 2 bungkus, aku sekadar minum air dan makan sebiji pisang.  Sempat sembang dgn abg yg menjual.  Katanya dia pun baru sebln dua berniaga kat situ. Berniaga sehingga pkl 3 lebih kurang.  Ok juga ada org berniaga, sekurang2nya boleh top up air or alas perut sikit sebelum meneruskan kayuhan.

Ikutkan aku tak nak naik ke bukit fraser ni, sebaiknya teruskan saja kayuhan ke Raub.  Tapi pogie bagitau, kita kena dptkan 'Lesen' touring Bukit Fraser... hahahahahahaha... baik lah.... jam dah tgh hari... aku harap sgtlah kayuhan 8KM naik bukit fraser ni berjalan lancar, dan aku tak bonk.  Alhamdulillah, dari Gap ke atas bukit kali ni hanya mengambil masa 1 jam 15 minit saja.  Bukan apa, aku risau lambat pula nanti kita sampai Raub.  Masing2 steady je bawa basikal.  Ada sekali je berhenti agak lama sikit.  Lepak tepi jalan sambil minum air.  

Suasana kat Bukit Fraser meriah, ramai org. 

Kami makan di kedai Restoran D'Puncak, restoran member, rehat sekejap dan kemudian kami teruskan kayuhan ke Raub.  Selepas ni, kami hanya perlu kendalikan basikal dgn baik sebab jalan ke Raub adalah jalan menurun.  Menyelusuri jalan dari atas bukit ke simpang GAP, aku perhatikan jalan di beberapa tempat sedang dalam penyelenggaraan. Nak2 di kawasan lereng bukit yg ada potensi tanah runtuh, atau sebenarnya ada peristiwa tanah runtuh terjadi.. mcm gitu lah... Kami tiba di simpang GAP - Raub jam 3.15ptg.  

Kami teruskan kayuhan turun ke Raub.  Tak byk kena kayuh sebab jalan menurun, cuma kebanyakan masa aku risau juga, mcm manalah nak kayuh balik semula naik ke GAP ... jenuh laaa hai, ada yg tolak basikal ni... Seronok turun, kena seronok juga utk mengayuh naik nanti.  Kena kental gak ni.  

Dalam perjalanan kami hanya selisih dgn 3 Roadbike yg kami jumpa di atas Bukit Fraser turut turun ke Raub.  Tp mereka cepat je la lesap.  Lepas dari tu, hanya kami sendirian dgn basikal dan tak de penunnggang lain. 

Kelihatan juga beberapa batang sungai yang deras dan jernih airnya, tp kami xbyk berhenti pun.  Aku harap air aku mencukupi sehingga ke Raub nanti.  Simpang GAP ke Hotel Raub adalah 34KM.  Kita akan melalui Tranum dan seterusnya Kg Tras.  Nampak jauh tp sebab jalan menurun maka laju je la basikal kami melalui lereng bukit.  Kg Tras ni mmg org kata Kg Durian Musang King lah, dihamparkan dengan pemandangan bukit bukau  kebun durian saujana mata memandang.. masih belum musim, kalau dah musim mau aku kecek kat tokey durian minta seulas dua.. hahahahahaha... 

Jalan agak sempit sebelum kami tiba di simpang ke bandar Raub.  Tp nasib baik kenderaan tak berapa byk hari tu.  Cuaca yg baik dan redup menjadikan kayuhan ini lebih relaks dan santai.  Alhamdulillah kami tiba di Hotel Agro sebelum jam 6 petang.

Hotel Agro ni nampak mcm hotel baru.  Kedudukannya  diluar kawsan pusat bandar Raub, so kena kayuh keluar sikit.  Ada kedai mamak, bundle, berdekatan.  Selain tu ada sederetan kedai tak tau kedai apa, sebab dah tutup dah.  

Di hotel, kami tanyakan ada tak tempat utk kami simpan basikal.  Alhamdulillah, mmg ada ruang seperti stor yg luas utk kami letakkan basikal.  Dimaklumkan juga, sebenarnya pihak hotel juga sedang menunggu satu group basikal utk tiba, katanya ramai juga dalam 10 org.  uish, lewat diorg sampai sebab dah nak gelap dah ni.  

Dapat je kad akses ke bilik, kami terus ke bilik utk bersihkan badan, solat dan berehat.  Nampaknya ada event kat hotel tu, malam2 riuh rendah dgn bunyi karaoke dan gelak ketawa.  Bilik pula tak berapa kalis bunyi, kejap2 ada je akan dgr budak2 buka tutup pintu keluar masuk blk.  Agak bising juga la.

Malam tu kami hanya berjalan kaki makan ke kedai mamak berhampiran hotel.  Utk cari makan di tempat lain memerlukan kami mengayuh basikal, tp rasa malas nak mengayuh, kami makan apa je yg ada.  Boleh tahan sedap juga nasi goreng kampung mamak ni.  Pogie makan mee goreng mamak, xbrp ok.  Bedal je la.  Kedai runcit tak ada.  Huhu.. next time kalau ke Raub lagi, aku cari hotel kat tgh bandar... tp leceh pula kalau hotel xde tpt letak basikal.  

Malamnya kami tido awal, sebab esok pg kami nak gerak balik ke Kuala Kubu Baru.

Syukur dgn perjalanan hari ni, semua berjalan lancar.  Kita tunggu cerita hari esok.

Tiada ulasan:

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...