Khamis, Januari 13, 2022

Basikal Touring : Part 02 Sungkai - Gopeng, Perak 1/1/2022 (Sabtu)

 Assalamualaikum wbt.

Selamat Tahun Baharu 2022... Welcome to The Year of 2022

Actually kami dah tak kesah pasal dah tukar tahun ke idak, benda pun mcm tak berapa nak penting... kononnya laa kan.. tak tau la sebab faktor usia ke apa ke, tp mungkin juga sebab  masing2 sedang dalam mood melengkapkan misi touring kami ke Gopeng, Perak.  Semalam terkandas di Sungkai, Perak kerana keadaan cuaca yang sangat tak mengizinkan dan juga jadual awalan perkayuhan juga tersasar dari perancangan asal.  Tapi kami sambut baik jugalah dan bersyukur sebab baru la dpt merasai nikmat sebenar kayuhan kembara ni.  Merasa mengayuh manjat bukit kat selayang dan melalui jalan lama ke Rawang. Selama ni kalau lalu situ waktu2 tgh hari, nampak org ride Roadbike, mmg dlm hati kata kental betul mamat ni, mmg power la, gigih betul dia, ni mesti dr Bukit Fraser kayuh sampai KL.. hahahaha rupanya aku pun merasa gak hari tu... Fuuh.. mencabar betul berkayuh mendaki bukit di dlm hujan dan dgn byknya kenderaan waktu tu yg kebetulan hujung minggu pulak.  Bukan setakat kete, kenderaan berat sama byk juga.  Seram aku.  

Sewaktu bermalam kat Masjid Abbassiyah di Sungkai, aku tak dpt tido dengan lena.  Itu perkara biasa.. hahahaha.. nak2 hujan kejap lebat kejap reda, tp kebanyakan masa lebat... Dalam hati aku berat kepada merancang utk berpatah balik ke Kuala Lumpur esok harinya.  Hujan bagai tak moh benti.  Nak fikir apa pun tak tau.  Laki aku dah lama dengkur, daus dgn azli pun dah lena. Aku la terkebil2.  Dan lagi satu, aku tertinggal cermin mata kat umah.. huhu, mcm mana blh tinggal ntah la padahal dah ketepikan dah.  Maka bila buka contact lense aku jadi rabun betul.  Takpe, sabar eh...

Semalam sebelum dpt lelap mata, aku sempat ckp dgn pogie, kita balik la ye esok.  Patah balik ke KL.  Hujan tak teduh ni.  Dan Pogie mengiya kan.  Hati ada rasa lega sikit.

Jam 4.30pagi aku dah bangkit dr pembaringan.  Aku kejut pogie terus.  Aku percaya org masjid akan tiba tak lama lagi biar pun diorg sebut jam 5.30pg diorg buka pagar dan sangkaan aku benar belaka, pkl 4.50 diorg dah sampai.  Nasib baik laa aku dah bangun.  Daus dgn azli masih terpisat-pisat lagi.

Lama sungguh tak merasa berjemaah di masjid.  Nak2 di waktu subuh.  Hening betul, rasa syukur kat segelinap urat darah, ni nikmat iktikaf di masjid agaknya.  Tq Allah.

Selesai subuh di masjid, spt biasa, kami berlengah2 mengemas barang2.  Aku jenis org yg ringkas, jadinya cepat je bersiap.  Biasa la, org lelaki ni kalau tak membelek mmg tak sah, jadi sementara menunggu diorg membelek basikal, yg mana tayar kempis, yg mana nak betulkan kedudukan bag di basikal dan mcm2 lagi, aku pun amik kesempatan berbaring sekejap di ruang luar solat wanita, agak terlindung dr pandangan mata utk lelap seminit dua.  Almaklum, mlm tadi bukan dpt tido sgt.  Pagi2 nyaman ni mata berat pula rasa.  Tapi tak lama pun aku berbaring.  Tak selesa pula.

Cuaca pagi tu amat baiklah sekali.  Tak hujan dan redup mendung je. Kami merancang utk breakfast dan cari dobi utk basuh baju.  Maka terjumpa lah kami satu kedai dobi kebetulan bersebelahan dgn kedai makan di Sungkai tu.  Boleh menyambil2 breakfast sambil menunggu basuhan.

Tak abis citer lagi, aku merancang utk kedai DIY. Nak mencari bag kecil utk isi baju sebab bag sebelum ni zip nya dah tercabut (bag free), jadi aku nak cari ganti yg lasak sikit utk diletakkan di rack depan.   Daus pula membeli bakul utk letak kat rack depa juga.  Kreatif betul dia. Apakah makna persediaan itu? hahahahaha KITA AKAN TERUSKAN KAYUHAN KE GOPENG JUGA!! 

Kerana keadaan cuaca yg baik ni, semua setuju utk meneruskan kayuhan ke Gopeng... ko rasa? aku setuju ke? kena la setuju, ko nak g mana kalau tak setuju kan? kayuh je laa... hahahahaha

Kami gerak dpd Sungkai dalam jam 11pg.. agak lewat.. tp memandangkan hari ni kayuhan dalam jarak 60km lebih kurang, maka agak santai juga lah caranya.  Boleh jadi dlm 6 jam kayuhan inshaa Allah blh sampai.  

Kami melalui pekan Bidor dan pekan Tapah. Kami lalui Temoh dan di Temoh ni Tayar basikal pogie pancit.  Tadi sebelum sampai Bidor pun tayarnya sekali lagi pancit.  Nampak nya mmg kena cari tayar betul la ni kat mana2 kedai yg ada kat depan.  Sebelum sampai Kampar, hujan turun dgn lebat.  Kami berhenti teduh sekejap di bus stop.  Hujan kali ni tak lama, sebab xlama tu, matahari keluar.  Nasib baik x panas sgt.  

Kami sampai Kampar dalam jam 3 lebih.  Kat sini pun tayar pogie pancit.  So, kami amik masa utk berehat dan mencari kedai basikal.  Syukur Alhamdulillah, aku dgn daus jumpa satu kedai basikal.  Risau juga thn baru ni byk kedai tutup kan.  Dapatlah cari satu tiub dan tuk pogie dan daus buat backup.

Agak lebih kurang 7km jalan menghala ke campsite kami, ada satu restoran tepi jalan cukup besar dan kelihatannya mcm restoran baru.  Namanya Restoran D'Inai.  Tepi simpang 3 trafik lite  nak masuk ke Malim Nawar.  Kami yg belum makan ambil kesempatan untuk makan tengah hari yg tertunda tadi.  Jam masa tu kat pkl 4 kot.

Sedap dan byk pilihan makanan.  Aku mmg rekemen makan situ.  Blh singgah bila2 kalau lalu jalan tu.  Buka dari waktu sarapan pagi hingga ke petang jam berapa tak sure.  So malam tak buka ye.  Puas ati kami makan kat situ.  

Alhamdulillah, lepas makan, kami teruskan kayuhan utk 7km lebih lagi.  Tak sabar nak sampai ke tempat tuju.  Dan sekali lagi, alhamdulillah, kami sampai ke campsite tepi sg kampar yg nama nya REX PubgCamp sebelmum jam 5.  Aku menyewa khemah Quechua Family Alpenaz 4.2, punya dua bilik pada kadar RM120 dan utk karpet setiap bilik RM5.  Selesa sgt dan depan khemah adalah sungai kampar.  Cuaca tak panas dan tak juga mendung.  Elok2 saja.

Syukur dengan perjalanan kami hari ni.  Masing2 melepaskan lelah dan lega kerana selamat sampai ke destinasi.  Buka semua bag di basikal dan masing2 basuh basikal kat sungai.  Aku je tak turun sungai. Pogie yg rajin tolong basuh basikal.  

Aku tak tunggu lama, terus mandi sepuas2nya di bilik air, membersihkan badan.

Meh la aku cite sikit pasal REX PUBGCamp ni.  Terletak di Kg Jahang, Gopeng.  Tanah private di tepi Sg Kampar, dikelilingi dgn pokok kelapa sawit.  Tempat tapak khemah luas.  Blh pilih mana nak pacak khemah.  Bilik air luas.  Bilik air lelaki dan perempuan bersebelahan.  Dikawasan bilik air, ada satu kolah besar, diletakkan 3 kepala pancuran (kalau tak silap kiraan) dikawasan terbuka utk membilas atau budak2 pun blh mandi situ, dan 3 buah toilet duduk.  So, kalau tak nak mandi dlm toilet, blh mandi secara berjemaah dengan berkemban kat luar.  Tp rata2 aku rasa mandi kat dlm toilet la kan.  Selesa, bersih dan ada yg wakafkan sabun juga.

Masa kami 'check-in' kami dibekalkan dgn 2 botol air mineral bersaiz besar. Bagus nya lahai adik2 ni.  Kebetulan kami kekurangan bekalan air.  Adik2 yg jaga situ kata, diorg blh tolong belikan air kat luar.  Almaklum, utk keluar ke kedai blh tahan jauh juga la utk kami yg berbasikal.  Kalau malam agak seram sebab jalan ke luar dr campsite gelap/tak berlampu.  Jadi kena pakai lampu basikal.  Masuk ke dalam dr jalan besar lebih kurang 400m.

Malam tu azli gigih keluar beli makan. Daus dgn pogie tak kirim apa2 sebab diorg nak masak maggie.  Aku kirim nasi goreng kampung dgn air sirap.  Daus kirim air teh o ais kot.  So, azli sorg la keluar berkayuh beli makan.  Last2 nasi goreng kampung tu aku buat breakfast je sebab perut dah mcm tak leh masuk makanan dah.  Maybe sebab keletihan kot.

Campsite ni bertentangan dengan Natasya Riverside yg terletak di seberang sungai sana.  Satu je yg tak best ialah, campsite Natasya yg terletak kat seberang sungai tu layan karaoke.  So agak bingit bising dan tak aman.  Aduuhhh mcm salah parking lak.  Tp dlm pkl 11 lebih diorg dah senyap.  Jadi up to you lah kalau xkesah dan nak merasa suara nyanyian malam2 leh la lepak kat sini.  Tapi utk aku, tak lah kot.  

Malam tu kami lelap lebih awal.  Sebelum pkl 12 kami dah lena.  Cumanya daus bgtau mlm tu hujan agak lebat.  Tempat pembaringan dia sebelah azli, basah, so dia tido kat ruang tgh khemah dan masuk semula bila rasa sejuk dan hujan dah reda...

Aku polos tido.. hahaha, sedar kejap behtu tido semula.

Nanti sambung citer utk perjalanan balik di next chapter... 

Apapun pengalaman mengayuh hari ni begitu santai sekali. 

Sorry la gambar tak berapa byk dlm google photo..  nanti aku add lagi eh.. 





Tiada ulasan:

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...