Rabu, Januari 05, 2022

Pengakhiran 2021 dan Sambutan 2022

Assalamualaikum wbt.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2022

Akhir tahun 2021 sangat lah mencabar bagi Malaysia secara amnya dan khususnya penduduk di bbrp  negeri di Semenanjung yang mengalami bencana banjir, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor, dan pada ketika ini masih lagi hujan dI bbrp kawasan dan Kelantan dan Terengganu dah pun dinaiki air sejak seminggu lepas.  

Mengejutkan bila kawasan yang tidak pernah dan dah lama tak banjir kali ini dinaiki air hingga ke paras bahaya, sangat ramai kawan2 kami yg terjejas dan mengalami kerugian besar dlm bencara banjir.  Air masuk rumah setinggi siling bumbung, separas dada dan setinggi pintu rumah.  Antara kawasan yang teruk dinaiki air ialah Hulu Langat, Shah Alam - Tmn Seri Muda, Seksyen 25 Shah Alam, Rantau Panjang, Klang, Linggi, Rantau, Temerloh, Mentakab, Bentong, dan byk tempat lagi.  Maka fahamlah kita perasaan sahabat2 kita di pantai timur apabila mereka lebih perit mengalami banjir setiap tahun dan ada dikalangan tahun2 tu lebih buruk dialami dpd banjir biasa.

Di waktu ini, kita dpt lihat seluruh rakyat malaysia berganding tangan memberi bantuan tak kira dpd utara, selatan, pantai timur turut turun memberikan bantuan dlm pelbagai bentuk.  Membawa jentera2 dan juga peralatan bersesuaian utk membersihkan kawasan2 yg dilanda banjir hebat.  

Pejabat aku pun tak ketinggalan menubuhkan pasukan sukarelawan utk membantu kakitangan MyIPO khasnya dalam misi bantuan banjir.  Hujan lebat tanpa henti selama 24 sudah cukup menggerunkan utk mereka yg baru trauma mengalami bencana ni.  Bersedia untuk gelombang kedua yg diramal, mereka nampak lebih bersedia lebih2 apabila mendapat bantuan serta sokongan dpd pelbagai pihak.

Awalan Tahun 2022 tiada sambutan Tahun Baru diadakan bg menghormati dan menumpukan lebih kepada langkah berjaga2 dan bersedia dlm menghadapi bencana alam.  Solat hajat, bacaan tahlil dan yaasin menjadi pengganti.  

Bagi aku, sama ada tahun berubah atau tidak, ia tetap serupa jika kita tiada azam atau cita2 memperbaiki diri menjadi lebih baik pada hari2 mendatang.  Bumi sudah tua... apa bekalan kita di sana...?  


Tiada ulasan:

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...