Sabtu, Januari 16, 2021

Kayuhan Touring Jadi Kayuhan Barai

Assalamualaikum wbt.

Aku nak cerita kisah aku, pogie(hb) dan daus (officemate) g touring pada 30 Disember 2020 (Rabu).  Touring dengan basikal.

Benda pun last minute plan, kononnya nak pergi bermalam, pergi hari Khamis dan balik hari Jumaat, tp daus ajak pergi hari Rabu pula sebab kemungkinan dia nak ke pangkor dgn sepupunya, farid hari khamis or jumaat, maka kami pun pinda tarikh.  Gerak hari Rabu pagi...

Pogie pula x konfem sama ada balik hari atau tido sana (or actually xde tpt spesifik pun nak bermalam kat mana), tp aku dah siap packing baju utk satu malam lagi, kot2 la terlajak. Pogie pun bawa baju juga.  Bawa pun benda basic je, tak de khemah, fly ke, sleeping bag ke, tak de.. so, meh ikut cite apa jadi... hahahaha...   Daus mcm biasa, dia bawa beskal touring dia, aku bawa trek 'Ayang' dan pogie bawa RB Colnago.  Dia sandang bag dia mcm biasa... eh, tak sakit bahu ke? tak berat ke? eh, dia kata dia ok je... Baik lah...

30/12/2020 - 5.30pg

Aku pogie baru keluar rumah, kita plan solat subuh kat Masjid KKB.  Aku roger daus, ntah dah bangun ke belum aku pun tak sure.. ntah dia jadi ikut ke idak, aku pun tak sure.. sebab beskal dia problem gak tu.  Tak lama lepas aku WA, dia respons, bgtau dia pun baru keluar rumah.  Cantek.... 

Sampai Masjid KKB pkl 6.40, tunaikan yg Wajib... dan kami parking kereta di area kedai2 di Pos Malaysia.  Kedai mamak yg selalu kami breakfast pagi tu, tak buka pula.  Pogie pula dah siap2 makan roti dan kaya kat rumah.  Aku g masuk kedai runcit, beli roti jagung 2 ketul & snickers satu bar... boleh la buat alas perut.  Air aku ada bawa 2 botol.  Sekitar area kami parking tu tiba2 dtg kete2 besar, dalam 6 - 7 buah kot, parking bersebelahan, owh, diorg pun nak ride juga... beskal pun bukan kaleng2... 

Aku jenguk lagi kedai mamak yg biasa kami breakfast sebelum kami mengayuh, tak buka juga... pogie pula tak bising nak makan, almaklumlah dia dah makan roti kat rumah buat alas perut.  Selalunya dia tak leh x makan.. aku blh tahan lagi.  

7.30pg 

Bila semua dah siap, kami pun mula kan kayuhan dari Pekan KKB ke Bukit Fraser/Raub/Kuala Lipis.  Kalau sebelum ni, kami start kayuh dari Sg. Chilling, lebih kurang 10 KM kot dr Pekan KKB, sana senang sket, kawasan parking besar dan selesa.  Jadinya ni first time aku, pogie dan daus start dari KKB.  Mindset dah mmg nak kayuh santai2 je, lg pun aku dah lama tak berkayuh.  Lebih kurang sebln lebih kot... xde mood nak ngayuh.  Jadi tak nak push sgt kali ni.  Tgkkan basikal daus, mcm berat je beban dia.  

Yang bestnya kayuh pada hari tu, hari Rabu, jalan lengang, xde sgt org berkayuhan dan kereta pun sepi, blh kira la brp kereta yg lalu lalang jalan tu.  Basikal pun selain dpd kami dah group yg tadi, ada juga yg lain, tp blh kira lah... aku suka suasana mcm ni.  Sebab member ckp, kalau hujung minggu mmg ramai yg kayuh naik ke Bukit Fraser dan jalan jadi sibuk.  

Kami mmg berkayuhan santai, berhenti di Empangan dan ambil gambar, berhenti dia jambatan dan ambil gambar, berhenti di tepi jalan dan ambil gambar sungai, berhenti utk minum dan berhenti utk melepas lelah... Adoi, rasa berat kaki kali ni... 

Jenuh juga nak sampai Air Terjun Sg Semangkuk, yg lebih kurang 10KM dpd Sungai Chilling.  

Kayuh punya kayuh maka sampai juga lah kat air terjun.  Lepas lama juga.  Tunggu Daus, kami akan gerak sama.  Kalau di tengah2 jalan tadi, kami akan tunggu satu sama lain.  Xmoh tinggal jauh sangat... takut apa2 jadi susah nanti.  Jalan situ ada waktu tak de line.

Kat Air terjun tu, aku keluarkan roti, sebiji roti aku dah bagi daus tadi.  So, aku kongsi roti dengan pogie.  Ada snickers, gigit sket snickers, aku rasa mcm tak ckp je bahan makan kali ni.  Tapi tak pe.. kot la kat persimpangan GAP nanti ada jualan jajan ke kan... 

Dah lebih setengah jam kami berehat, kami teruskan kayuhan... huhu.. beratnya nak ngayuh.. tapi aku masih steady lagi... cumanya sgt berbeza kekuatan kaki dan stamina kali ni.  teruk betul... 

Daus kata kaki nya dah terasa nak cramp, tangkap peha.. aku pula, macam x ckp tenaga nak ngayuh... tp suasana yg nyaman, sejuk dgn pokok2, cuaca yg baik, buat aku lelan melayan kayuhan.  Pogie kerap kali di belakang menenam daus, kadang bersaing dgn aku.  

Dan akhirnya, kami sampai di simpang GAP, iaitu simpang naik ke Bukit Fraser (8KM) dan jalan terus utk ke Raub/Kuala Lipis.  Semangat betul bila dah sampai... hehehehe...

Aku sampai dulu, behtu pogie, behtu kita tunggu daus... Alhamdulillah. 

Masa aku sampai tu, ada 4 sekawan basikal, kami ada selisih semasa mengayuh tadi, yg rider bukan kaleng2 rasanya dah selamat naik ke Bukit Fraser.  

Di sini lah kami mula merancang, nak ke raub, atau lipis.  Brader dr group tu tanya kami mahu ke mana  memandangkan kami bawa bag bagai, bila dah terangkan maybe kami akan teruskan perjalanan ke Raub/Kuala Lipis, brader tu bgtau jalan ke raub tutup sebab tanah runtuh.  Behtu baru kami perasan ada signboard ada diletakkan di jalan hala ke Raub menyatakan jalan tersebut tidak boleh dilalui.  Sedang diselenggara.  

Ada no. telefon di situ JKR di situ, aku terus telefon untuk memastikan bahawa jalan tersebut betul tidak boleh dilalui.  Jawapannya agak mengecewakan.  Ye, jalan tersebut tidak boleh dilalui dan tidak dibuka utk umum.

Maknanya, kami terpaksa mengayuh naik Bukit Fraser yg 8 KM tu.  Aku dah terbayangkan akan kepayahan kayuhan tu nanti.  Sumber tenaga dah habis.  Air ada lagi sebotol tu pun x penuh.  Takkan nak patah balik kan? baru pkl 11... ish.. xblh jadi ni.  Jadi pogie decide kita naik je lah ke atas.

Aduhh.. inilah kayuhan paling haru.  Ikutkan ini kali ke 10 aku naik Bukit Fraser dengan basikal.  Patutnya, apa ada hal kan... hahahaha.. tapi kali ni aku mmg kalah teruk.  Boleh kata setiap 300m aku mengayuh, aku akan berhenti. 

Betul la kata daus, mau naik atas yg 8KM ni amik masa 2 jam... sebelum ni rekod aku naik 45 minit dgn 2 atau 3 kali benti.  Mula2 mcm tak nak percaya 2 jam.. tapi tu lah.. itulah kenyataannya...

Kesilapan besar kami adalah, sumber tenaga tidak mencukupi, selain dari stamina yg ke laut, dan mental yg lemau, ikutkan tak nak panjat pun bukit fraser ni, tp plan kena berubah, keadaan tidak mengizinkan.  

maka berkayuh lah kami dgn kepayahan nyata.  meh aku citer, bila aku kayuh 300 meter... aku benti, sebab penat, kaki mudah lenguh.  badan xlarat,  perut minta diisi, usus dah berselisih... mmg xde tenaga. eh, aku dgn daus, pogie ok lagi.  dia yg sabar menanti kami.  Pujuk kami soh kayuh pelan2, katanya kat atas ada makanan sedap2, minat je la apa saja, mesti dapat..  tapi aku bukan tak nak teruskan kayuhan dgn gagah dah gigih, tp aku mmg abis tenaga dah.. himalaya salt tu abis berapa biji aku makan.  

kadang benti tu aku siap baring lagi tepi jalan.  Mengharapkan kereta yg lalu offer makan utk kami.. haaa kau, sampai mcm tu sekali.  ada waktu aku bgtau daus ada terbau roti bakar... dan ada waktu masa aku duduk tepi jalan di atas rumput, aku nak je makan rumput2 tu.. ada jumpa bery, tp daus tegah dari makan sebab katanya beruk pun x makan, ko nak makan. .kang racun kang... ko rasa????

teruk kan... teruk benar... hahahahahaha.. sengal laaa.. ikutkan aku, nak je tido jap tepi jalan tu, tp xblh pula, sebab pogie ada... hahahahahha.. nak baring situ takut terlelap behtu tak bangun2.. hahahahaa.. adoyai.. mmg cari pasal betul la...

Dan bila dah 2KM lg nak sampai, jalan agak landai, aku pacu terus ke garisan penamat.  Maka betul la kata daus, kita amik masa 2 jam dari GAP utk sampai ke Pekan Bukit Fraser.... dahsyat yakmat...

Pogie meneman daus di belakang.  Agak jauh ketinggalan juga tu.  Daus dah tak larat.. BONK... 

1.45ptg

sesampai aku melepasi pintu gerbang Bukit Fraser, aku terus nak menuju ke kedai runcit uncle iaitu kedai runcit paling hampir dgn gerbang Bukit Fraser, tp sgt mengecewakan bila kedai uncle tak buka..  depan sikit ada pakcik meniaga, bila tiba dekat, rupanya pakcik jual minyak gas.  Aduh.. aku kayuh sampai ke menara jam.. mengharap kan gerai2 kecil dibuka di tepi padang golf, pun hampa juga sebab x satu kedai pun buka pada hari tu.  Ada satu kedai di sederet Pejabat Pos, dari jauh mengharapkan ada jual air, atau roti atau biskut dan aiskrim, tp tetap hampa kerana kedai tu adalah kedai cenderahati.... aku patah balik ke menara jam.  Aku parking beskal kat situ menunggu pogie dan daus.  Melilau disekitar hanya ada restoran yg dipenuhi ramai org,  Hotel Puncak Inn pun kelihatan penuh, tp pengunjung tak kelihatan ramai.  Selesa aku dgn keadaan macam ni, tidak bersesak dan tak ramai... 

Tak lama kelihatan pogie mengayuh ke arah aku, aku tanyakan mana daus, katanya daus BONK... tak larat dah, tp dah sampai kat gerbang.. lega aku, tak lama daus muncul.  Aku bgtau pogie, kita makan je lah kat restoran stoberi yg di depan menara jam tu, pogie n daus pun ok.  Kami dah lapar sgt, tak larat dah nak ngayuh ke atas lagi.  

Segera dptkan tempat duduk dan terus order makan.  Aku pandang sekeliling, ramai juga orang.. tp yg buat aku kecewa, semua sedang menunggu makanan yg dipesan.. tadi aku minta pogie tanya kan kot ada kudap2 yg boleh buat alas perut kami, xde, dan kali ni aku minta pogie tanyakan sama ada order kami akan amik masa lama atau mcm mana.. benarrrrr, order kami jadi lambat dan ambil masa sebab yg lain lebih awal masih belum dpt makan lagi.  Kami decide utk cancel order dan gigih menolak basikal ke kedai foodcourt di bahagian atas bukit.  Kaki aku dah longlai, daus pun menyusur sama.  Nak tak nak, kami kena gagah kan diri demi sesuap nasi... cewaaaaah.... hahahaha

Actually kat atas ni ada Restoran mak ayah kawan abg aku, Lin namanya.  Dia yg bgtau aku utk naik Bukit Fraser pada hari biasa, dan dia maklumkan dia ada di sana pada 30 dan 31.  Bukan aku xnak ke kedai dia pada awalnya, tp sebab mmg dah tak larat nak mengayuh dan kelaparan yg buat kami amik keputusan makan kat bawah saja.  Tp nampaknya, rezeki kami di atas sana.  makan di restoran lin juga akhirnya.  

Lauk dah tak byk, tapi aku sgt bersyukur sebab actually ada je lauk lagi cuma kuantitinya tak byk.  Abis penuh lin senduk nasi utk aku, apa lagi, semuanya membuka selera.  Order air sampai dua, termasuk daus.  Tiba2 pogie bawa dua piring goreng pisang dan goreng keledek.  Panas pulak tu.. ya Allah, sedapnya... makan nasi makan pisang goreng... eh.. ko ni.. pelahap sungguh... 

Alhamdulillah, syukur dgn nikmat Allah yg tak terhingga hingga kita kalah pada nafsu sendiri.  Sementara di kedai Lin, pogie sibuk tanyakan kot ada hostel, atau rumah penginapan murah di atas... lin gelak besar dgr pertanyaan pogie, dia tau kami barai naik tadi.  2 jam naik dari GAP ke Bukit Fraser sesuatu yg luar biasa... hahahahahaha

lin kata Puncak Inn ada promo RM45 semalam kalau tak silap.  Tapi for sure hotel tu penuh dan mmg padan lah hotel tu penuh, sebab pengunjung amik kesempatan merebut harga bilik murah.  Last day nye esok 31 Disember 2020.  

Kami amik keputusan utk merehatkan diri di wakaf berhampiran dengan playground tak jauh dari restoran lin memandangkan wakaf di sekitar belah atas sudah penuh.

Suasana sejuk, dengan perut kekenyangan, kami menyandarkan basikal pada kerusi batu panjang yg ada disitu. Satu meja batu besar segiempat, dan dikelilingi 3 kerusi batu panjang, sesuai dgn kami bertiga.  Amik tempat masing2, aku mula keluarkan tuala travel yg blh juga dijadikan selimat.  Daus dah start keluarkan sleeping bag, bantal angin, pogie dah mula membaringkan badan dan lelap mata.. aku berselubung dengan tuala aku, selesa... beralaskan baju hujan.. nyaman... matahari memancar tp suasana tetap sejuk. aku lelap kejap dalam 20 minit. pogie tiba2 bangun sebab kesejukan.  Dia tak berjaket dan tak berselimut.  Daus dah selamat ke dunia kedua dia...  selesa betul... hihi..

kami amik masa utk berehat.  Sehingga azan asar kedengaran, pogie n daus tunaikan kewajipan.  Waktu tu baru pkl 4.45..  perancangan kami utk turun semula pada jam 5.30 atau pkl 6 nanti.  Untuk bermalam pada hari tu, mcm x ckp barang, dgn suasana sejuknya... siang hari pun dah gigil inikan pula bila tiba malam.  Lagi pun kami tak prepare utk tido di atas bukit.  

bila semua dah kembali segar, jam 5.50 ptg, kami mula beransur.  Air pun dah refill tu pun aku tapau air teh ais.. pergghhh nyaman... ada sedikit goreng pisang sebagai bekalan kot2 ada keperluan alas perut.

Waktu kami turun, hanya  berselisih dengan 5-6 kereta saja yg turun dari bukit.  Sehingga ke simpang GAP dah jam 6.15.  Kami terus kan perjalanan ke Kuala Kubu Bharu.  Jalan tak sibuk, kami berhenti seketika kat Air Terjun Semangkuk.  Hari makin gelap.  Tiba di Sg Chilling, suasana dah gelap.  Kononnya nak tgk matahari terbenam tak kesampaian, suasana pun dah kelam.  Kami tak berhenti sehingga di kawasan empangan selepas melepasi bukit sebab menunggu daus.  Tak bawa laju pun, pelan2 je kayuh.  Tapi seronoklah sebab bila turun bukit, kita dah tak penat, byk relaks dan kendalikan saja basikal sebaik mungkin.  Kami selamat sampai di KKB jam 7.30 malam.  Alhamdulillah.... tiada kejadian tak diingini berlaku...

Ia suatu pengalaman dan pengajaran bagi kami.  Semangat kami lebih kuat utk buat touring akan datang.  Kena mantap kan stamina, persediaan dan perancangan yg lebih baik.

sesuatu yg mengejutkan bila ada berita menyatakan,  ada geng kayuh telah menemui seekor harimau sewaktu turun berkayuh daripada GAP ke KKB di waktu tgh hari.  Teringat aku waktu bonk di tepi jalan masa mengayuh naik ke Bukit Fraser dengan daus, ada dgr bunyi letupan, dalam fikiran, teringat akan pengalaman mendaki gunung Yong Yap, di tgh pagi sekitar jam 4, guide kami melempar mercun katak kerana seperti ada tanda2 harimau di sekitar kawasan tersebut.  aduh, buat jantung bekerja keras tiba2.  

Apapun, aku ucap terima kasih kat pogie kerana bersabar dgn kami.  Dan pesan aku pada yg lain, kalau berkayuh atau mendaki, jgn tinggalkan rakan anda sendirian biar pun dia soh korg jalan dulu... kita tak nak sesuatu tak diingini berlaku...  peace no war...

wassalam.



















 



Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...