15 Jun 2024 (Sabtu)
KL - Karak - Temerloh - Maran - Gambang - Kuantan - Dungun
Assalamualaikum wbt.
Lama dah aku merancang untuk trip NMax dengan family ni. Kat 2 bulan juga aku merancang dengan booking homestay dan juga 2 buah Nmax utk Hadid dan Ariq. Ingin merasa ride motor dgn anak2 ke negeri Darul Aman. Cadangan tarikh adalah pada 15 hingga 17 Jun 2024 (Sabtu - Isnin), bersempena dengan Hari Raya AidilAdha. Aku plan nak jumpa ustazah yg mengajar anak2 ni mengaji. Kat 3 tahun juga dia mengajar secara online dan budak2 dah nak khatam. Alhamdulillah.
Perancangan awal x mendapat izinNya, ditakdirkan afi demam dan syukur juga negetif influenza A. Motor sewa dah kami ambil, homestay pun dah bayar penuh.
Aku tak merungut, sesungguhnya aku sgt percaya pada perancangan Allah..
pogie bg cadangan utk aku gerak dgn 2 motor dulu. Dia akan menyusul kemudian kalau afi dah kebah. Aku masih berkira2. Route yg aku rancang adalah melalui raub - gua musang - tasik kenyir - kuala dungun - dungun. Tp kalau aku dua motor jalan dulu, aku tak konfiden. Jadi, aku berfikir2 lagi...
Hadid offer diri nak jaga afi, maksudnya, dia dan afi tak ikut g ride.. tp aku xkan sampai hati nak tinggalkan afi. Malam tu badan afi panas tp cepat juga berpeluh.
Sepatutnya Sabtu subuh kami dah gerak. Tp aku masih berlengah.. melayan afi.. carikan breakfast.. baju dah siap kemas dr malam tadi kecuali baju afi. Sesungguhnya sejak malam tadi aku hanya berserah pada Allah. Maka elok lah aku bertenang mengikut rentak. Kerana andai kata tak menjadi yg dirancang, ianya bkn rezeki kami.
Seusai subuh, aku gerakkan afi.. badan sejuk dan berpeluh.. tanda2 kebah.. disuruh bangkit disuruh mandi dan makan.. Alhamdulillah afi bangkit. Aku rasa lega. Aku kemaskan baju afi. Lepas mandi, afi nampak bertenaga.
Afi tak nak ketinggalan dalam trip ni. Kata nya dia ok dan akan cuba ok.
Aku pesan kat afi.. kalau nak apa2 bgtau ayah.. nak benti ke.. lapar atau nak air sebab afi akan dibonceng ayahnya.
Kami melangkah keluar rumah dgn niat bermusafir, dituruti ayatulkursi dan doa dipanjatkan kepada Allah Taala supaya perjalanan kami lancar dan jauh dari musibah. Bismillahi tawakkaltu alallahi..
Jam 9 kami bergerak dr shell desa petaling ke karak melalui highway gombak. Tol Gombak sesak teruk - tak bergerak. Sampai di petronas highway hala karak, afi minta berhenti, nak muntah katanya.. badannya seram sejuk. Terus aku gosok belakang badan afi dan sapu minyak angin kat belakang tengkuk, kepala dan tapak tangan. Bila afi dah lega sikit, kami teruskan perjalanan. Kami masuk jalan dalam dari karak. Ikutkan pogie, nak terus ikut highway, tp pendapat aku, kalau highway payah nak berhenti kalau apa2 jadi kat afi. Sebaik keluar dr highway afi minta benti sekali lg.. tak sedap badan katanya. Afi dah duduk atas rumput. Aku pujuk afi utk bertahan, kita cari masjid dan boleh berehat di masjid. Masjid pertama kami Masjid As Salam di karak. Duduknya di atas bukit.. Ada satu wakaf di tepi masjid dan kami terasa berangin bila kami berehat di wakaf.
Jam lebih kurang 10.40pg.. Biar afi lena sekejap. Badannya dah mula panas balik. Pogie carikan roti dan pisang goreng buat alas perut. Yang lain amik kesempatan untuk berbaring. Firas & ariq berehat di dalam ruang legar masjid.. sejuk katanya..
Tgn kaki afi sejuk, dahinya panas. aku cuba buat plan B tp mcm mustahil. Kalau keadaan afi lebih teruk, mungkin aku cari hotel je kat sini. Harap afi demam biasa je. Kalau demam biasa, esok blh kebah dah.. jangan la dia kena influenza. Aku tanya afi, sakit badan ke tak? Tak katanya, cuma tak sedap badan dan tak larat.
Jam 11.40, aku cuba gerak afi.. bgtau perjalanan seterusnya kita ke temerloh yg lebih kurang 55km - kurang sejam. Afi pun sedaya upaya bangun.. kesian dia. Tapi kagum juga dgn dia yg gagah dan gigih. Kita buat trip ni berbaloi ye afi.
Jam satu lebih kami tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Besar masjid ni. Cuaca panas betul. Ada walimatulurusdi luar masjid. Kelihatan seperti dah nak bersurai. Yang lelaki terus ke dalam masjid. Aku ke bahagian tempat solat wanita. Tak lama aku nampak afi solat jamak. Budak2 amik kesempatan berbaring di dalam masjid, melepas lelah.
Sepanjang perjalanan tadi, dari Karak ke Temerloh, mmg tak banyak kereta. Banyak berselisih dengan lori. Rasanya kenderaan semua ikut highway. Highway pun tak jem. Agaknya tak ramai yg balik kampung. Jalan dalam mmg lengang.
Jam 2.30 ptg kami dah siap sedia di motor.. .afi nampak ok... on off demamnya.. bertahan ye afi... kami makan tengah hari di deretan kedai makan kat Pasar Temerloh. Lebih kurang jam 3.15 ptg kami gerak ke Maran yang lebih kurang 50KM jauhnya. Jam 4 petang kami berhenti di Petron, Maran. Berehat sekejap, sambil topup air dan juga mengalas perut dengan roti.
Tak banyak kereta pun sepanjang perjalanan kami ke gambang. Cuaca dah mula redup.
Kami teruskan perjalanan ke Gambang. Sampai gambang dalam jam 5.00 ptg. Kami berehat di Taman Tasik Paya Besar, Gambang, seperti hentian rehat dan rawat yg punya kedai makan tp nampak agak tak terurus. Tak tahu la sama ada baru di bina atau pun dah beroperasi. Ada beberapa lot kedai makan bertutup, tgkkan pada wiring yang masih tak siap, seolah kedai2 makan tersebut masih belum beroperasi. Tp keadaan kerusi dan meja makan agak usang. Afi nampak ok. Mengeluh bertanya jauh lagi ke perjalanan. Kita baru halfway. Masih berbaki 150KM lagi untuk sampai ke homestay.
Di Dungun, kami menginap di Homestay Memori, Pantai Sura, Dungun. Homestay aku dah booking sebulan lebih sebelum perjalanan. Homestay betul2 seberang pantai.
Perjalanan diteruskan. Kami dah masuk sekitar kuantan dan memandangkan kami akan terus ke Dungun, maka kami tak masuk bandar Kuantan.
Tiba-tiba pogie berhentikan motor di sebuah restoran mamak, tak igt nama restorannya. Afi nak makan mamak. Ok, kita layannn.. Kami gerak semula dalam jam 6 lebih. Cuaca mula gelap.
Kami tiba di area Cherating suasana dah maghrib. Kami berhenti sekali lagi utk solat dan rehat di Masjid Hadhari, Paka. Jam 8.00 malam kami gerak semula terus ke Homestay Memori, Pantai Sura, Dungun. Alhamdulilah, kami selamat sampai jam 9 malam di homestay.
Badan agak keletihan, bersih kan badan dan berehat. Homestay ni ada 3 bilik, beraircond di semua bilik termasuk ruang tamu. Ada mesin basuh juga. Rumah jenis Semi-D. Malam tu aku basuh baju siap2. Paling2 esok pagi dah kering memandangkan semua pakai baju jersey dan jenis dryfit. Baju nipis dan ringan. Memandangkan storage motor yg terhad, kami mmg tak bawa banyak baju. Jadinya baju kena basuh. Kedai dobi pun ada disekitar homestay.
Afi makan ubat demam. Biar dia cukup rehat. Malam tu aku dgn pogie keluar utk beli nasi. Ada yg lapar.
Memang banyak kedai makan di sepanjang pantai, cumanya dah kat jam 10.30 maka ramai dah tak amik order sebab kedai nak tutup. Nasib kami agak baik. Ada satu kedai makan masih menerima tempahan. Aku order nasi goreng kampung 4 bungkus, kita akan share makanan ni. Harga agak mahal pada aku. Tgkkan masakan berlauk ikan pun leh tahan harganya.
Alhamdulillah, utk perjalanan hari ni, Allah banyak membantu kami. Terima kasih kerana memberikan sedikit kudrat buat Afi dan kesabaran kepada kami melayan kerenahnya..
bersambung hari ke-2...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan