Isnin, September 05, 2022

HOMESTAY PAKLANG, GADONG, REMBAU - SHORT STAYCATION 2DAY 1 NIGHT

 Assalamualaikum wbt.


Cuti sekolah dah bermula pada 3 September hingga 11 September 2022.  Jadinya kami 3 beradik (Aku, Teh & Abang) pun plan la nak bawa mak abah jalan2.  Destinasi pilihan aku, mahu ke Teluk Batik, Lumut memandangkan budak2 rindu nak mandi laut.

Kami plan cari homestay 4 bilik, satu bilik mak abah dan bilik kami 3 keluarga masing2 utk lebih selesa.  Kesahnya, plan kami ni xberapa hari dr tarikh cuti sekolah bermula.  Ko rasa senang ke nak dapat?  Daripada Lumut, ke Port Dickson, ke Melaka, utk dptkan homestay 4 bilik mmg payah sgt2.  Last minit mmg cenggini lah.  Nyesal ke tak nyesal.  Aku sampai tertido2 cari tempat.  Tapikan, satu benda aku pasti, Allah pasti tunjukkan jalan, cumanya Dia mahu aku bersabar dan terus berusaha.  Niat kita yang baik nak bawa mak abah jalan, semoga Allah permudahkan.  

Sehari sebelum pergi, hari jumaat, sehari sebelum cuti sekolah bermula, akhirnya aku dapat juga menjejak homestay di Rembau Negeri Sembilan.

Penatkan cari kat tpt tumpuan ramai - Port Dickson, Melaka dan Lumut, maka aku cari ceruk2 kampung yg mana tpt org payah nak sampai.  Maka Allah jumpakan aku dengan satu homestay, dekat je dengan Gunung Datuk, Homestay Pak Lang. 

Kenapa aku pilih homestay yg takde sungai takde laut, sebab homestay ni ada kolam mandi.  Walaupun hanya punya 3 bilik tido sahaja, tp dari pemerhatian aku pada gambar di FB dan Airbnb, ruang tamu homestay ni agak besar juga utk budak2 tido di ruang tamu.  Selain dpd tu, halamannya sangat luas, kolam berbumbung, ada court kecil gelanggang basketball, BBQ pit, meja santai dan tpt utk buat unggun api.  Kolam agak besar dan kalau dewasa nak berendam pun tak de masalah.  Dapur agak kecik tp tu tak menjadi masalah, bilik air ada 2, satu dlm bilik depan, dan satu di dapur.  Dari homestay, kita boleh nampak pemandangan gunung Datuk,  dan kedudukan homestay ni agak jauh ke dalam.  Terdapat lot2 rumah dan homestay di sekitar tp agak jauh antara satu sama lain menjadikan homestay ni satu tpt yg sgt privacy kiranya ritu kami buka speaker xde lah sampai boleh mengganggu jiran kan... Sebelah homestay ni ada sebuah rumah tapi tiada penghuni.

Selain tu, tuan tanah juga ada sediakan 3 buah basikal pelbagai saiz.  Puas la kami berkayuh mengelilingi kawasan dan mendaki dan menuruni bukit, bawa mak jalan2 dgn kerusi roda keliling kampung.. seronok la budak2 kan.  ada juga permainan dart, mini karom, UNO, daun terup dan raket badminton.  














Homestay ni simple je sebenarnya... tp daya tarikan kolam dan kawasan yg terpinggir dari jalan besar, serta luas dgn pelbagai add-on spt yg dinyatakan di atas, buat kami berpuas hati sgt duduk kat sini.  

Teh pasang khemah di luar, mereka 4 beranak tido dalam khemah.  Anak2 yg lain semua tido di ruang tamu - cukup muat dan selesa. 

Kami berBBQ di malam hari.  Anak2 stop mandi kolam sebelum maghrib, bermain dart, badminton, bola, basketball.. Abang memanggang ayam dan kambing.. lupa pula nak beli kentang utk di bakar.  Tengah malam, kami sembang ringan sambil minum kopi/teh celup biskut tawar.  Pkl 1 aku surrender masuk rumah.  

Jam 6.00pg dgr hujan di luar.  Aku keluar bilik sebab anak aku sorg tido dlm kete kononnya, nak berjiran dgn paktehnya yg di dalam khemah, rupanya dia dah masuk rumah dan tido lepas aku masuk rumah.  Hujan blh tahan lebat, tp tak lama selepas subuh berhenti. 

Pagi hari anak2 sambung mandi kolam.  Aku jam 10 dah siap berkemas barang2 dapur.  Pkl 11.30 kami dah check out keluar homestay.

Satu pengalaman yg best tp lagi best kalau buat 3 hari 2 malam.  Repeat? inshaa Allah kami akan repeat.  


Tiada ulasan:

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...