Selasa, September 27, 2022

MAK

 Assalamualaikum wbt.

Innalillahi Wa innailaihirojiun....

Mak, Wan Eshah bin Wan Daud, 75 thn, telah kembali ke Rahmatullah pada lebih kurang 7.50mlm, 24 September 2022 di Hospital UKM, Cheras kerana implikasi barah pankreas.

(copy paste dr FB)

'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'
Allahuakbar AllahuAkhbar
Terima kasih tak terhingga atas kiriman Salam dan doa2 dari saudara mara dan sahabat handai di atas pemergian mak kelmarin. Juga yg sudi meluang masa dtg menziarahi mak dan kami sekeluarga.
Mak telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Kantan, Kajang. Alhamdulillah..
Sesungguhnya Allah Taala sahaja yg membalas semua kebaikan kalian.
Ameen ya rabbal alameen..
Terima kasih pada adik beradik, yg sama2 menjaga mak.. Mak kuat bila kita ada sama. Sama2 panik sama2 menenangkan Sama2 berjaga2. Terima kasih tak terhingga pada kakak ipar yg Sayang mak mcm mak sendiri, yg sudi jaga mak mcm mak sendiri... Dan pada adik yg menemankan mak di hospital dan sentiasa update perkembangan mak pada kami.
Pada teh & abang.❤️🌹yg jadi sumber kekuatan adik2. Angah dan keluarganya yang jauh saling bertanya khabar dan menasihat.. Pada anak2 buah yg sentiasa buat hati nenek ceria... Allahuakbar.
Pada suami yg sentiasa support dan memberi kelonggaran utk aku sentiasa ada dgn mak bila ada ruang dan peluang.
Di waktu maghrib hari tu, dimana abah, abg, adik dan yg lain balik ke rumah utk membersih badan dan akan kembali semula ke hospital lepas tu, dan teh pula solat di surau hospital, tinggal aku disisi mak mengalun surah Yaasin, sambil memegang mask oxigen rapat pada mak.
Kalau sebelum ni mak menepis berkali2 sebab rimas tp Kali ni mak sgt tenang. Aku igt mak dah letih menahan sakit dr siang hari. Sgt tenang. Sesekali mata mengilas melihat gerakan halkum mak.. Sesekali aku panggil mak biar aku tau mak tidak membalas. Mak lena.
Risau.. Risau..
Meneruskan bacaan selanjutnya dan di ayat2 akhir aku mendengar bunyi berkeruh dr mak.. Aku igt angin dr dlm perut mak, tapi aku x memandang dan menyudahkan Bacaan Yaasin..
Selesai..
Aku padang mak... Kenapa sunyi... kenapa xde apa2 dr mak..
Aku pegang dada mak. Panggil mak.. mak mak.. mak...
Betul ke ni...?
Allahuakbar..
Berlari mendapat kan misi..
Call teh.. Dua kali baru dpt.. Barangkali tadi masih dlm solat.
Badan dah menggigil..
Menunggu pengesahan dr Dr semcm satu penyeksaan.. Aku dah tahu.. Aku tau dah dr tadi..
Innalillahi wanna ilaihirojiun..
Abadi lah mak di sana.. Damai lah dgn kiriman doa2 dr anak2 mak.. Redha atas ujian dan ketentuan Allah.. Cumanya.. Berat utk kami menanggung rindu yg menggunung..
Allahuakbar..
Terima kasih Allah memberi kami berbakti pada mak walau ianya tidak mampu membalas jasa mak yg melahirkan kami, menyayangi kami mendidik kami..
Sayang mak.. Jumpa kami di syurga nanti ye mak... ❤️🌹❤️

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"


اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
*coretan kenangan*


Tiada ulasan:

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...