Rabu, Oktober 05, 2022

Touring Sg Buloh - Tg Malim - Sg Buloh (16/9/2022 - 17/9/2022)

Assalamualaikum wbt./Salam sejahtera...


Perancangan touring basikal pada hari Malaysia (16/9/2022) dari Sg. Buloh ke Tg. Malim dah lama dirancang, sejak bln Julai lalu.  Plan ni asalnya nak bawa seorg geng basikal yg nak sangat merasa touring sementelah basikal touring nya dah siap cantik.  Jadi kononnya mcm nak merasmikan basikal touringnya pada hari tu.  Selain Yie, aku dan pogie, semestinya aku mengajak si daus.  Joe, yg kaki batu MTB ni pun aku pelawa dan sgt excited utk join touring ni.

Dua hari sebelum hari kejadian, aku WA yie... tepok dahi jap sebab dia tak jadi nak follow touring kali ni biarpun dah marked siap2 dlm kalender.  Apa jadi yie?  kisahnya, isteri kesayangan telah mendaftar utk hadir ke Kursus Keluarga Sunnah anjuran Ebit Liew pada tarikh yg sama tanpa pengetahuannya.  Yie bgtau, kalau tak pergi, naya dia... hahahaha ... ok yie, takpe, beskal ni bila2 leh set, family comes first.  Maka redha lah yie.... 

Utk kali ni, aku tak bawa basikal Ayang, Pogie setkan satu basikal touring utk aku, aku pun tak tau la apa namanya.  Tau pakai je.  Yang benarnya dua minggu sebelum berkayuh, energy & stamina level mmg merundum, aku demam MC dua hari dan kali ni lama betul nak kebah, batuk dan selsemanya.  Jadi, antibodi badan tak kuat.  Disebabkan dah set utk kayuhan, maka aku lenjan je la dan mengharapkan geng kayuhan tak kejar pace dan bersabar dengan aku.  Daus pula, dua hari sebelum nak berkayuh, terseliuh kat buku lali.  hahahahahahahaha adoi, apakah?  Aku mmg tak kasi daus berkayuh, katanya dia nak ikut juga tp dengan motor.  Dia jadi sweeper kami utk hari tu.  Joe bawa kawannya Rizal, yg kaki RB, aku lak jadi seram, mau ke diorg ikut pace aku atau kena tinggal.  Awalnya aku terus terang dgn joe takyah ikut.  Biar aku dgn pogie je.. hahahahaha mau x nya terkebil2 joe, dah sah2 dia dapat Lesen dr bini dia utk g touring ni.

Maka di hari kejadian, kami - Pogie, aku, daus (sweeper), Joe dan rizal telah bersiap sedia seperti yg di rancang.  

Pogie&aku ke Sg. Buloh, mencari port sesuai utk parking kereta.  Kami parking di depan Restoran Nur Iman Bistro, Sg. Buloh.  Tunggu daus kat situ.  Sempat setup basikal dan minum dulu.  Jam 7.50pg kami mulakan kayuhan ke tpt Joe dan rizal - di Sg. Pelong, Kuang, lebih kurang 9km dari tpt kami.





Kami meneruskan kayuhan Sg. Pelong - Kundang - Bandar Tasik Puteri - Bestari Jaya - Rawang.  Ada bbrp kali kami saja berhenti.  Barang kali diorg bg peluang utk aku tarik napas.. KAH!  jam 10+ lebih kami dah sampai Rawang.  Matahari dah pacak atas kepala.  Aku dah makin hilang tenaga.  Kami berhenti sebentar di bus stop sebelum masuk bandar Rawang.  Aku minta panadol atau apa2 ubat yg blh mengurangkan rasa tak sedap badan.  Daus bg aku ubat bengkak/selsemanya.  Aku balun sebiji.

Kami teruskan kayuhan masuk bandar Rawang.  Aku minta berhenti, parking basikal dan tersadai jap kat tepi kedai2 runcit.  Pogie cari bateri.  Aku minta carikan air kelapa.  Aku diminta kayuh depan sikit.  Kita akan lepak kat mana2 kat depan sikit sebab area bandar rawang ni sgt sibuk.  Kepala dah weng betul dah ni.  Badan sgt tak larat.  Aku rasa ubat yg daus bagi tadi tu betul2 buat aku mengantuk dan badan jadi jem.  Kami berhenti di sekitar Surau Al-Hidayah Rawang, kat situ aku minta pogie carikan aku air kelapa, nak tawarkan balik ubat yg aku telan tadi.  Kat situ juga la aku terlena sekejap.  Dalam diam aku perhati ada hotel2 bajet disekitar.  Seriously mmg aku plan nak tido hotel je dan biar diorg amik aku esok.  Hahahahahahahaha...  Aku dah gave up utk teruskan kayuhan.  Taknak semua susah sebab aku lambat.  Tp pogie, joe, rizal dan daus semuanya layan aku, kasi semangat... diorg tak laju, mmg ikut pace aku.  Dari tadi tunggu aku dan kayuhan kali ni mmg santai.  Kat sejam juga kami rehat kat situ sebelum berkayuh semula.  Hari tu mmg panas amat2.  Kalah betul.  

Seterusnya kami berkayuh ke Serendah dan berhenti di Petronas Antara Gapi.  Jam 12 tgh hari.  Panas amit2.  Setengah jam kami berhenti, masing2 cadang utk makan kat area situ.  Xlama kemudian, kami masuk ke Bandar Antara Gapi dan makan di salah satu kedai tepi jalan di situ.  Lepak sampai jam 1 lebih.  Cuaca mula redup.  Kami teruskan kayuhan menuju ke Rasa dan Kuala Kubu Bahru.  Kami solat di Petron Kuala Kubu Baru.

Dari Kuala Kubu kami menuju ke Kerling dan seterusnya, Kalumpang. 12KM lg nak sampai kalumpang.  Aku dah mmg tak larat dah.  Lepak pun lama.  Nasib baik geng semua ok.  Kami berehat di Bus Stop.  Kat situ juga la kami jumpa ipin.  Ipin ni aku ajak dia join sekali kami camping di Bernam Nature Hut, Tg Malim. Kampungnya di Kalumpang, dah dekat sgt dah dengan tp kami camping.  Dia tak janji nak dtg, tp akhirnya mengikut juga dia ke tempat kami dgn motornya.  Semasa lepak kat sini, aku dah minta daus utk pergi cop tempat dulu, aku tahu, mmg tpt akan jadi crowded nak2 waktu tu dah jam 4.30ptg.  Daus call aku dr campsite bgtau mmg crowded giler.  Aku bgtau tak pe kalau tapak khemah kat mana2 pun, jauh dr org pun takpe.  Daus yg bawakan groundsheet.  Actually basikal aku tak berat, sebab Rizal tolong bawakan dua bag pannier aku.  (Rizal dan joe 1st time touring) Bersungguh nak rasa touring.  Aku sepatutnya rasa ringan tp basikal touring ni sedap bawa dgn load sebenarnya.  

Kami meneruskan kayuhan dan 4KM sebelum destinasi kami rehat jap.  Jam 5.30ptg, Alhamdulillah kami sampai ke tapak camping.  Exhausted betul.

Sampai campsite, tpt kitorg mmg dah kebelakang, bawah pokok rambutan, tp ok sebab tak de gangguan dr khemah2 yg lain. Agak terpinggir sikit tp aman damai.  Daus dah bentang groundsheet, aku terus landing.. letih betul2 ni, mmg tak tipu.  Hahahahahaha... kami pun pasang flysheet, kemas bag, kemas basikal.  

Joe plan nak masak, tp aku terus order nasi soto, senai bai, tak yah nak renyah masak2 bagai.  Last2 semua order masak siap.  Rizal, ipin, daus dan joe g pasar malam kat kalumpang, aku dgn pogie duduk khemah.  Aku amik kesempatan utk mandi manda dan solat.  Lepas aku, pogie lak mandi.  Maghrib baru geng2 balik dr pasar malam.  Kami makan lepas semua siap mandi.  Ipin minta diri dulu nak balik KL, katanya esok dia bawa family balik kalumpang.  Kalau ada kesempatan kami singgah la umah mertua ipin di kalumpang esok nanti.

Pkl 9 aku dah golek2 dah dlm khemah besar, aku tidur hujung, pogie, joe dan rizal.  Daus tido dlm khemah portable.  Dah semua pakat nak beli khemah tu pula.  

Satu benda kan, kalau ko touring/hiking dgn dak2 laki ni, ada jenis rajin melampau, diorg la yg tolong basuh pinggan bagai.. waaah selesa hidup aku... mekasey sebab tolong bantu basuh pinggan, setup khemah bagai... hihihihihihi...

Kami lelap awal rasanya malam tu, tp jam 5.00pg aku dah bgn, nak mandi dan solat jemaah kat surau.

Pkl 9 pg tu kami masing2 dah bersiap2 mengemas bagai.  Behtu jam 10.00pg kami mulakan kayuhan balik ke Sg Buloh.  Cuaca sgt cantik, tak panas, mendung dan redup.  Kami makan berat kat area Kalumpang.  Lebih kurang 10km dr campsite.  

Pada aku, kayuhan balik ni, badan aku dah segar, rasa sedap bila kayuh.  Kami berhenti di KKB, lama lepak situ, solat jamak behtu kami teruskan kayuhan.  Kali ni xbyk sgt benti, byk melayan bukit turun naik.  Sebelum sampai rawang, hujan lebat betul, kami tetap teruskan kayuhan sampailah tiba di bawah flyover lata sebelum rawang.

Dari situ kami meneruskan kayuhan sampai ke Sg. Pelong tpt jumpa joe dan rizal semalam.  Sampai kat kete jam 7.00 mlm dan kami pun minum makan jap kat mamak situ.

Alhamdulillah, semua selamat.  terima kasih pogie dan geng kayuhan sebab sgt bersabar dgn aku hari pertama tu.  Mmg weng betul.  Harap korg tak serik nak touring dgn aku lg.  Terima kasih utk segalanya... 


Panas amit2... kita selubung laa..

ni dah nak sampai campsite

Ni lagi 12km nak sampai Kalumpang


ni lepak di Petronas Antara Gapi

Terus landing bila sampai campsite

masa balik kat bawah flyover lata


Ni otw balik kat Petronas KKB




4km sebelum sampai Petronas KKB


Bernam Nature Hut, bawah pokok rambutan



Tiada ulasan:

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...