Jumaat, Disember 16, 2022

Disember 2022

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang bercuti bersama keluarga, kawan-kawan untuk pergi melancong, bercamping, berfamily-day dan lain-lain aktiviti.  Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.  Ingatlah, sebaik-baik perancanga adalah Allah Subhanahu Wata'ala.

Kebetulan, bos aku dah pun bersara di pertengahan bulan November lalu, maka aku mengambil kesempatan untuk bercuti beberapa hari pada Bulan Disember ni.  Sesungguhnya aku adalah seorang yg last minit merancang.  Bila last minit ni, penat la sikit jadinya sebab mencari2 tempat penginapan, membuat google search tempat yang nak pergi, menganggar bajet perjalanan dan berkira-kira2 untuk keseluruhan kos sama ada dari segi ringgit, masa & keupayaan.  Tapi semua tu tak de la aku serius sangat pun, sebab seperti yg aku mention dan kita maklum, sebaik2 perancang itu adalah dari Allah Taala jua.  Kita buat sehabis baik, nak jadi seperti yg dirancang itu, Alhamdulillah.  

Aku dah apply cuti pada minggu krismas, 22-23 Disember iaitu Khamis dan Jumaat - bersambung pulak sabtu hingga isnin (isnin cuti ganti utk krismas yang jatuh pada hari Ahad) - menjadikan cuti berjumlah 5 hari.  Aku juga apply cuti untuk 30 Disember dan 3 Januari 2023 iaitu Jumaat dan Selasa - selepas new year yang jatuh pada hari isnin menjadikan jumlah cuti 5 hari juga.  So, ke mana kita...?

Hari ni 16/12/2022 (Jumaat), esok sabtu sepatutnya ada sukan indoor di office, tapi ditangguhkan berikutan tak ramai dpt participate sebah masing2 dah plan bercuti.  Jadi kami anjakkan ke minggu pertama bulan Januari.  Oleh sebab tu, hb aku ajak balik kgnya di perak.

Minggu depan 22-24 Disember kami akan ke Perlis.  Wah, ini perancangan besarr punya, pon last minit. Family aku satu kereta, Family Teh satu kereta, Anak buah & buah hatinya satu kereta & abah berdegil nak bawa keretanya sendiri.  

Aku dah dpt homestay di sekitar Simpang Ampat.  Homestay dgn 3 bilik dan 2 bilik air, berada di antara gelung sawah padi, harga Homestay RM170 satu malam.  Kami menyewa utk 3hari2malam.  So, homestay settle.

Aku pun dah siap2 merancang lawatan ke merata tempat di Perlis.  Antaranya, View Point Wang Kelian, Gua Kelam, Kompleks Padang Besar, Ladang Ostrich, dan bbrp tempat juga di sekitar Kuala Perlis.  Tempat makan pun aku dah listkan. 

Semua tempat dalam senarai yg aku buat tu, tak semua kami akan dapat pergi.  Tapi sekurang2nya ada dah arah tuju bila kat sana.  Mana dan, kita lenjan je. 

Ok, minggu berikutnya, 30-31 Disember, aku plan touring dgn hb dan kawan2 yg biasa touring.  Hahahahahaha.. kemana kali ni? kita ke Kuala Linggi pula.  Ni baru semalam aku merancang dan mengajak.  Ok, ada geng yg nak ikut, kalau tak aku berdua je la dgn pogie.  

Terus aku cari chalet sekitar kuala sg baru... Chalet tu biasa aku pergi dulu dgn anak2, tp lepas dr tu payah pula nak dpt blk kosong.  Tapi kali ni rezeki kami.  Aku terus booking dua pintu terus. 

Ckp dgn jelajah 2hari1malam.  Tp boleh je lajak next day tu sebab kami masih bercuti dan berbaki 3 hari lagi.

Minggu berikutnya pula, 7/1/2023 (sabtu), sukan indoor game kami.  so penuh dah jadual aku utk 4 minggu berturut2 ni.

Inshaa Allah nanti aku share pengalaman kami ke Perlis dan juga perjalanan touring kami ke sempadan melaka.  Semoga Allah permudahkan urusan yang dirancang. Ameen.

Khamis, Oktober 27, 2022

Bike Touring KL - Genting Sempah - Bentong - Raub - Kuala Kubu Baru- KTM KKB (22-23 Oktober 2022)

Assalamualaikum / Salam Sejahtera...

Aku dalam diam merancang untuk next touring pada cuti Deepavali sebab dapat cuti 3 hari (Sabtu Ahad Isnin) dan sekolah tutup sehingga hari Rabu. 

Route pertama : 

Sg. Buloh - Kuala Selangor - Hutan Melintang - Teluk Intan - Sungkai - Slim River - KTM Tg Malim 
Total : 220KM

Route kedua : 

KL - Genting Sempah - Bentong - Raub - KKB - KTM KKB

Total : 170KM

Aku up kat status WA dan share dgn pogie.  Pogie kata menarik yg ke Raub ni.  Ikut jalan dalam.  So kami tanya dlm group basikal opis, tak de yg respons.  Haha, nampak nya mmg berdua je dgn pogie.  So, aku segera booking bilik hotel kat Hotel Sri Raub.  Kenapa aku pilih hotel ni, satu sebab murah, ditengah bandar, dan bersebelahan dgn tapak pasar malam dan pasar pagi.  Hotel ni rekemen by geng touring basikal malaysia.  Bilik kami settle.  Behtu aku tanya daus, yie dan juga joe, diorg mmg tak available.  Takpelah, itsokay.

Behtu tak lama aku ajak si nadia.  Nadia ni muda bertahun dr aku.  Aktif panjat gunung, lari bagai.  Aku pelawa dia sebab kampung nadia ni dekat lata jarum, Raub.  Husband dia, Adan (officemate juga) blh la balik kg bawa anak2 sementara nadia berkayuh dgn kami.  Ni 1st time nadia ikut aku touring sejauh ni.  Adan tak minat berkayuh.  Bonus utk nadia bila adan bagi kebenaran utk ikut kami touring kali ni.  Bila nadia beria nak pergi, dia mengajak daus sekali lagi.  Kali ni aku terus booking satu lg bilik kat Hotel Seri Raub dan mmg tinggal satu bilik ni saja yg available.  Kalau daus tak ikut, aku blh letak basikal dlm bilik.  Tapi nadia bgtau kalau daus tak ikut, nadia & family akan ambil bilik tu.  Tak kesah la, yg penting tpt tido dah ada.  Dan akhirnya hanya kami bertiga yang berkayuh ke Raub.

22/10/2022 (Sabtu)

Hari kejadian.

Aku bangun seawal 5 pagi.  Kononnya nak gerak ke Rumah Pena dan subuh di sana.  Tapi tu la, aku berlengah kemas bag.  Pagi nak gerak tu lah baru aku nak kemas baju2.  Barang nak bawa pun tak byk sebabnya kami akan tido di hotel, tuala dan toiletries x perlu bawa, senang kata kalau tido hotel ni, ko bawa seadanya. Aku pula jenis minimalis.  Bawa sepasang baju dan bekalan air/makan je.  Mudah kan.  Kena make sure, basikal pun ok... tayar, lampu dan lain2.

So, pkl 6.55pg kami mulakan kayuhan dari Rumah Pena.  Jalan masih belum sibuk.  Skrg ni subuh awal, 5.50+ dah masuk subuh, jadi matahari cepat naik.  Nadia akan tunggu di sekitar Gombak.  Dari Rumah Pena ke area Greenwood lebih kurang 15km - setengah jam lebih mungkin.  Dan akhirnya kami terserempak dgn nadia di warung makan tepi jalan.  Kami breakfast dulu dan bungkus sedikit bekalan.  

Kayuhan bermula jam 8.30pg lebih kurang.

Kami melalui Jalan Gombak lama ke Genting Sempah.  Aku anggarkan x byk kereta ikut situ, rupanya sangkaan aku meleset.  Berderet2 kereta kat jalan sempit tu menuju ke arah Genting Sempah.  Memang jem, lebih seriau bila lori dan traler juga ikut jalan tu.  

Aku pula byk berhenti sebab letih.  Aku lupa yg aku derma darah hari isnin baru ni.  Adeh, padan cepat letih.



Tiba di Flyover Genting Sempah dalam jam 12.30t/h.  Tak ramai dah cyclist kat situ waktu tu.  Yang menurun tadi ramai juga. Kami berhenti rehat sekejap, makan buah-buahan dan minum air sejuk sebelum meneruskan kayuhan ke RNR Genting Sempah utk ke toilet dan top up air mineral.  

Kat jam 1 kami mula berkayuh melalui jalan ke Janda Baik dan terus jalan  Bentong lama.  Ni aku 1st time ikut sini kalau tak silap.  Syoknya jalan ni, dari RNR Genting Sempah sehingga lebih kurang 12km mcm tu, jalan nya menurun je.  Memang layan.  Redup pun redup.  Cuma byk juga kereta ikut situ.  Aku memikirkan mcm mana kalau kami balik ke KL melalui jalan ni, tentunya buat aku, mmg mental juga la sebab blh tahan kena kayuh memanjat bukit hala ke Genting Sempah. 

Ada air terjun yg tak berapa nak ada air - hahahaha.  Kami berhenti jap kat situ.  Start dari situ menuju ke arah Pekan Bentong, jalan mula straight je dan cuaca boleh tahan panas.  Kami sampai pula kat kolam air panas Bentong dlm cuaca panas litlit.  Kami plan utk jamak solat di Masjid Bentong je nanti.  Tak ada tanda2 mendung atau hujan.  

Lebih kurang jam 2 lebih kami tiba di masjid Bentong.  Tayar pogie pulak pancit sewaktu di simpang trafik light, aku tak perasan tp Nad yang bagitau aku pogie tolak basikal dari situ ke masjid.  

Aku dgn nad amik kesempatan utk berehat kejap dlm masjid usai saja tunai solat jamak.  Cuaca semakin gelap.  Nampaknya mcm nak hujan lebat.  Nadia ajak kami makan di Lemang Toki.  Aku menurut je.  Hampir jam 3.30ptg, kami meneruskan kayuhan menuju ke Lemang Toki.  Tapi bila masuk je bandar Bentong, hujan mula turun dgn lebatnya.  Masa tu kami dah tiba foodcourt berhampiran dgn Terminal Bas Bentong.  Ada lebih kurang 35KM lagi nak sampai ke Raub.  Aku cadangkan utk kita makan je kat foodcourt tu.  Perut pun dah lapar dan yang lain setuju.  Aku order nasi goreng kampung, telur mata, nadia order kuew teow Tomyam dan pogie nasi goreng paprik daging.  Semuanya sedap.  Alhamdulillah.  

Menanti sekejap hujan reda, masing2 bersiap dgn baju hujan.  Kami pun mulakan kayuhan dalam hujan yg masih renyai.  Tp bila dah lepas sikit daripada Lemang Toki, cuaca dah cantik, tidak panas tp redup.  Masing2 masih dgn baju hujan.  Maka bermulalah permainan turun naik bukit.  Seksa naik bukit, sedap bila turun bukit.  Sepanjang jalan di kawasan Bilut, ramai yg berniaga nangka madu.  Aku tercari2 penjual air dan akhirnya ada juga seorg abg ni jual air kelapa.  Fuhhh dpt satu cawan besar, mmg nyaman tekak kami.  Nadia dah hilang kat depan, dia tak toleh belakang.  Rupanya bila kami sampai kat tpt nadia, adan ada sama berhenti kete kat tepi.  Padan la laju benar menganyuh, mengejar kan si adan.  Anak2 sedang tido dlm kete.

Hari semakin gelap dan kami meneruskan kayuhan.  Tak jauh dah, cuma 7km je lagi.  Mengayuh jalan yang berbukit satu cabaran.  Tak sabar nak sampai destinasi

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai Raub pada jam 7malam.  Happy bukan kepalang.  Nadia dengan familinya cari makan, manakala aku terus check in hotel Seri Raub.  

Alhamdulillah, walaupun hotel bajet, tp aku puas hati dengan hotel ni.  Sebelah hotel ni sedang ada pasar malam.  Kejap2 lagi kami turun cari makan dan makan dlm bilik.  Aku malas nak keluar, nak rehat secukupnya sebab esok kami akan berkayuh balik ke kuala kubu baru.

Aku suka tgk pasar malam ni, mcm2 jualan.  Ada petai, ada durian walau tak byk, mcm2 makanan ada.  Yang benar, aku rindu suasana ni.  Malam tu kami tido seblm tgh malam.  Keletihan betul nih.. haha


23 Oktober 2022 (Ahad)

Jam 6 aku bangun, solat subuh.  Kami ke pasar pagi.  Biar masih awal, tp pasar pagi kelihatan sgt meriah.

Tgkkan jualan makanan, aku mcm teringin nak mencuba semua.  So, pagi tu aku beli teh ais cincau, sata secucuk(3 ketul), lemang dan rendang - ni utk buat bekal kami makan tgh kayuh karang, pogie beli nasi lemak kosong.  Aku makan apa pun aku tak ingat.  aadoiii...  Lepas breakfast, aku bersiap2 mandi dan terus kemas bag.  

Jam 9 tu aku dh bgtau nadia kami nak gerak.  Kami menumpang baju kotor dan petai kat kete adan.  Ringan sikit beban basikal.. eh tak juga, sebab aku bawa 3 liter air, bersama dgn air teh cincau cawan besar tersangkut kat handle basikal.  Apapun, basikal aku sebenarnya mmg ringan dari awal.. hehe

Kami mulakan kayuhan jam 9.30pg menuju ke Tras, Tranum dan seterusnya ke simpang GAP- Bukit Fraser.  Ramalan cuaca pagi tu mengatakan ribut di 10 buah negeri.  Tp tgkkan cuaca pagi tu mcm blh tahan panas.

Kami sampai di Simpang GAP dalam jam 1.40ptg.  Mmg lambat kan.  Aku pun byk kali berhenti.  Berhenti utk makan ye juga.  Oh ye, dari Raub ke Simpang Gap dlm 35KM.  So anggaran dlm 4 jam kayuhan.  Seblm ni, kami gerak jam 8.00pg dan sampai di simpang GAP jam 12.00t/h.  So betul la, kami mengambil masa 4 jam kayuhan utk sampai ke GAP.  Takde maknanya aku nak panjat ke Bukti Fraser yg berbaki 8km dr simpang GAP.  Last time pun aku menolak basikal dgn ariq.  3 jam kami menolak dr sampang Gap ke BF.  Aje giler. 

Tiada yg berniaga disitu hari tu.  Ada geng folding sedang lepak melepas lelah.  Rasanya mereka akan BF kejap lagi.  Kami benti tak lama, meneruskan kayuhan ke Kuala Kubu Bharu sgt syok sebab kami tak perlu kayuh sepanjang 35KM kerana menurun bukit.  Sampai di KKB jam 3.30ptg.  Tadi berhenti seminit dua di Sg Chilling.  Ramai nya umat mandi sungai hari ni.  Masa kami sampai situ pun ada yg masih mencari parking dan baru tiba.  

Di KKB, kami cadang nak makan kat Pak Samat Cendol yg didepan masjid, tp ya rabbi, ramai nya pengunjung kat situ, yg beratur dah amik makan tp tak de tpt duduk pun ada.  Aku xlarat dah nak ngayuh cari tpt lain.  Lapar pun lapar ni.  Teringin kan cendol/ ABC.  Aku terus tolak basikal ke bas stop berhampiran.  Pogie cuba kayuh ke depan kot2 ada kedai makan lain.  Tapi setahu aku mmg tak ada melainkan kena naik ke pekan KKB.  Itu mmg aku tak nak la.  Aku malas nak patah balik naik panjat bukit ke sana.  Lepak situ, aku duduk senyap.  Pogie pergi belikan ABC utk aku.  Sengeh lebar jap.  Masih ramai lagi org di dalam kedai.  

Tak lama pogie hilang semula.  Aku tgk tiba2 dia bawa dulang dan dua buah mangkuk.  laaa haaaii, dia buat special delivery.  Laksa dan mee kari beli dari kedai tu.  hahahahaha .. nanti kami pulang kan dulang dan mangkuk ye kak.  Aman damai kami duduk di bas stop sambil menjamu selera.  


Rasa sangat nikmat dapat makan mee kari kat bus stop ni.  Bismillah, Alhamdulillah.  Syukur.  

Aku google jadual perjalanan KTM dari KKB.  Jam 4.05 mmg tak sempat, so next tren pukul 5.20.  Yang ini sgt2 sempat.  Dari Bus Stop ke KTM KKB hanya 1.8km sahaja.  Memang dekat sgt dah tu.

Kami berkayuh ke KTM jam 4 lebih.  Nak bayar RM2 utk basikal rupanya tak de bayaran dah utk basikal.  Basikal percuma.  Sejak bila? Katanya bbrp bulan lepas.  Alhamdulillah.

Aku amik kesempatan utk rehat di surau KTM.  KTM KKB ni kelihatan tak terjaga.  Pegawai kaunter tu sorg je yg kelihatan.  Premis kedai pun tak buka, ada sampah bersepah.  KTM ni tersorok, dikelilingi pokok2, kera yg memunggah sampah dan buat sepah.  Pogie tanyakan kalau boleh utk buka kipas, sebab mmg berkuap kat tempat menunggu, tp pegawai kaunter tu kata, xblh sebab nanti semua trip - short circuit.  Adeh... nasib baik suraunya ada kipas.  Tapi aku tak baring lama sebab tak selesa.  Last2 aku baring di kerusi di tempat menunggu - ianya agak tersorok juga lah.  Polis peronda ada dtg buat rondaan.  KTM tiba dari arah Pelabuhan Klang, menuju ke Tg Malim.  Kelihatan budak2 asrama 6-7 org menanti untuk di ambil penjaga.  Selain tu, tak de org lain.  





5.20ptg seperti dijadualkan, tibalah KTM dr Tg. Malim.  KTM kosong, kami duduk di gerabak paling hujung (ekor) supaya tidak mengganggu penumpang lain.

Komuter ni hanya sampai di Sg. Buloh saja.  Kami kena naik MRT Sg. Buloh ke Kwasa Sentral (stesen akhir) dan menunggu MRT ke arah Kajang pula utk berhenti di Pasar Seni.

Syukur bila tau MRT Sg Buloh ni dah buka.  Kalau tidak, mcm sebelum ni kami kena berkayuh ke kwasa Sentral utk menaiki MRT arah kajang dari sana.  Aku mmg dah nak kayuh dah.  Awan dah gelap benar.  

Dalam tren hujan lebat. Ada lebih kurang 9 stesen kot utk sampai ke pasar seni.  Alhamdulillah, kami tiba di Pasar Seni jam 7.30 lebih kurang.

Pogie tanggalkan bag dari basikal dan berkayuh ke Rumah Pena utk ambil kereta sementara aku menjaga bag.  Bukan apa, cari grab, tak de grab time tu.. maybe sebab hujan dan pemandu khuatir jalan jem tu yg pogie decide utk kayuh je dgn basikal ke Pena.  20 Minit kemudian pogi sampai dengan kereta.  

Alhamdulillah.  Syukur, selesai sudah misi kami berkayuh ke Raub pergi dan balik dengan selamat. 

Insha Allah, next time maybe nak ke Teluk Intan pula.. mungkin laaaa... hahahahahaha


Sabtu, Oktober 15, 2022

Tewas Dengan Perasaan

3 minggu sudah mak bersemadi di alam sana.  Apa khabar mak kat sana? Semoga Allah makbulkan doa2 anak2 mak, semoga mak lapang di sana, dijauhkan azab kubur dan sejuk dengan doa2 kami.

Hari ni aku kalah dengan air mata.  Tak tau nape air mata ni xnak berhenti mengalir.  Imbas semula gambar2 mak bersama kami, buat hati ni merundum dengan kesedihan, rindu yg tak berpalang.  Rindu... kenangan sangat.... Rujuk semula WA takziah dari rakan2 office yg baik2 belaka, imbas semula WA2 kami adik beradik, Allahu... kuatkan hati kami, Ya Allah...

Malam tadi aku up gambar kami di IG. Tak lama kemudian tu Aman (anak buah aku - anak angah) call aku, payah aku nak angkat sebab aku tengah tersedu.  Aku jawab juga call aman.. rindu pada nenek? aman sertai aku, tersedu di hujung talian.  Kami redha, tp kenangan dgn mak sgt kuat.

Mak pergi hari sabtu di waktu maghrib.  Adik bgtau masa hari jumaat tu, mak masih boleh bersembang.  Tapi dalam masa sama, mak ada sebut benda2 yg pelik...  mak sebut - limau kasturi, roti canai - rupanya mak teringatkan abah yang suka makan roti canai.

Adik bgtau juga, mak dah maafkan semua orang.  Subhanallah...

Masa mak masih sedar hari sabtu tu, mak tanya aku, hari ni hari apa.. aku jawab, hari ni hari sabtu, dah lepas zohor.  Mak diam... tak tau apa mak fikirkan... 

Aku tgk mak sedang menahan sakit, sakit yg amat pada aku.  Ubat tahan sakit x mampu dah nak bantu mak.  Sekejap2 mak genggam tangan kami.  Kami bersilih berada di sisi mak, pegang tangan mak, bisikkan mak ayat2 suci dan kalimah syahadah. Bacaan yaasin xlekang dibaca agar Allah meredhai mak dan semoga jauh dari anasir jahat.  Mak sedang nazak.  

La ilaha illallah... berulang2 kali berulang2 kali di telinga mak.

Kali ke berapa aku disisi telinga kanan mak aku, nor pula di sisi kiri mak, aku bisikkan pada mak, mak, mengucap... La ilaha illallah.. Allahuakhbar... La ilaha illallah... waktu tu mak sedang dgn oxigen mask nya.. kali ke berapa aku ulang syahadah, terdengar mak mengucap syahadah dengan sangat sempurna... Allahuakhbar... Subhanallah.. kerana apa, pada waktu itu mak dah tak larat pun utk menyebut satu perkataan dengan sempurna, namun mak dpt mengucap syahadah dengan sebaiknya.

Langsung aku tak dpt menahan sebak kerana seolah benar2 mak hendak pergi meninggalkan kami.  Allahuakhbar... aku teresak dihujung katil, teh dtg peluk aku, aku terus bgtau mak dah mengucap syahadah... Allahuakhbar... Betullah ianya petanda mak akan pergi... 

Petang tu, tinggal aku dgn teh.  Yang lain balik ke rumah utk bersalin baju, berehat, solat.  Abang balik klang kejap. Adik rehat utk hari minggu tu, giliran aku dgn nor.  Adik pun dah 5 hari jaga mak, biar kami pula jaga mak.  Nor ditemani ariq balik ke rumah kajang, sambil amik kunci homestay yg ditempah berdekatan dgn hospital bagi memudahkan pergerakan kami.  Angah dari sabah pun blh duduk situ je  nanti.  

Mak dipindahkan ke tempat katil asalnya no 20, Wad 5C, HUKM.  Asalnya mak kat situ, tp kemudian dipindahkan dekat dgn meja nurse katil 16 utk memudahkan doktor memantau mak.  Dan kini mak dipindahkan kembali ke tpt katil asalnya.

Keliling katil mak xde patient.  Katil depan mak, kiri mak kosong. Hanya mak. Sunyi situ.  

Keadaan mak masa tu kelihatan tenang, tak mcm tadi, mengerang sakit.  Aku amik kesempatan utk bersihkan mak.  Aku minta tolong misi ajarkan aku tukar pampers mak.  Selesai tukar pampers, aku lap muka mak, mata mak, tangan mak, qiam kan mak.  Mak nampak lebih tenang - bersih. Dah tak dgr bunyi mengerang dari mak.

Waktu maghrib.  Teh melurut2 kaki mak.  Aku dah selesa tgk mak selesa.  Oxigen mask ditangan aku, cuba ku tala kat mak, mak tenang.  Tak macam tadi, mak menepis2, bgtau tak selesa.  

Aku minta teh pergi solat maghrib dulu, aku blh tgkkan mak.  Teh di hujung kaki mak, lepas tu bergerak ke surau utk solat.

Aku ambil peluang utk bacakan yaasin utk mak.  Bersederhana.  Sesekali aku menegur mak, biar aku tahu mak tak menjawab.  Aku perhatikan dada mak tak berombak, aku perhatikan halkum mak bergerak perlahan.  Meneruskan bacaan dan sesekali berpaling kepada mak, tak lama aku seperti perasan seolah ada yg menyelak birai katil mak, tp bila berpaling, tak kelihatan siapapun.  Kot ada mada yg nak menegur bacaan aku, tajwid aku.  Bila ditoleh takde sesiapa sebab katil keliliing mak mmg kosong.  Aku dgr mak berkeruh, tp aku tak berpaling.  Aku anggarkan perut mak yg berbunyi.  Aku habis kan bacaan. 

Selesai yaasin, aku perhatikan mak.  Nape mak nampak kosong...? mak.. mak.. mak... eh, betul ke ni? aku terus berlari menuju ke meja nurse, minta check kan mak.  Nurse dtg dgn doktor, menutup tirai katil sekeliling mak.  Aku call teh, dua kali baru teh jawab.  Aku hanya sebut - mak... tak lama teh sampai, terus dtg kat aku pegang lengan aku, aku xberani ckp lebih takut aku silap.  Tak lama doktor keluar... "kam sahkan, tiada denyutan nadi dan tiada denyutan jantung... " Allahuakhbar.. aku terus peluk teh.  Innalillahi wa innailaihirojiun... Allahuakhbar... mak dah takde...

Aku terus call abah, 2 kali abah tak angkat, aku call pogie, pogie loudspeaker, aku tau mereka dlm kereta otw ke hospital, pogie tanya aku kenapa, aku cakap, mak dah takde, aku dgr abah melaung Allahuakhbar... kami teresak... aku call adik, call abg.... bgtau dlm WA group mak dah takde.  Angah dlm flight.

pogie kata diorg dah otw, nak sampai.  Aku WA bos bgtau mak dah takde.  Bos bg salam takziah dan minta bersabar.  Aku WA dlm group netball dan satu group yg lain.  Aku tak bgtau ramai.  Biarlah.. 

Tak lama abah, pogie dan hafiz (adik nor) sampai.  Tak lama lepas tu, nor dgn ariq sampai.  Meratap pilu nor tak sempat jumpa mak... Allahuakhbar... Menangis nor, bgtau tak sempat minta maaf dgn mak.  Kami bgtau, mak dah maafkan semua org.  Kami berpelukan.  Allahuakhbar.

Terima kasih Allah, permudahkan urusan mak.

Tak lama yani dtg dgn suami nya. Ramai kawan2 netball aku tak tau mak sakit.  Aku bergegas ke hospital dpd game Kementerian pun hanya bbrp org je yg tahu.

Tak lama pyka dtg, jumpa aku di forensik.

Aku naik van jenazah dgn pyka, meneman mak blk ke surau rumah teh di Kajang. Jam 11.30 selamat sampai di surau.  Sunyi.  

Aku bawa pyka ke rumah teh utk mandi. Aku pinjam jubah nor.  Lepas tu bergegas ke surau.  Pyka balik jam 12 lebih.  Terima kasih teman akak pyka.  

Abah, abg, teh, aku, nor, tido di surau.  Adik, busu, atirah(anak buah) tido di rumah.  Angah dr sabah sampai jam 12 lebih dgn aman dan yana.  Aman pun tido di surau.  

Malam tu hujan selebat2nya sehingga aku rasa takut.  Tak tau kenapa rasa takut sedangkan aku lah makhluk yg paling suka dgn hujan.  Tapi kali ni lain... tak tau kenapa.  Hujan sehingga subuh.

Subuh tu kami solat di masjid.  Semakin ramai saudara mara yg dtg.  Jam 10pg kami mandikan jenazah mak - aku, nor, adik, athirah, aunty mimi, abg, kak linda, busu.  Ambil masa juga utk mandikan jenazah mak, sebab byk plaster kat badan mak kami kena buka.  Alhamdulillah semua selamat.  

Jam 11pg mak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Kantan.  Bersemadi lah mak disana, damai la mak dgn doa2 kiriman anak2 mak, suami mak dan cucu2 mak.  Allahuakhbar... 

Sayang mak... semoga Allah ampunkan dosa2 mak. lapangkan kubur mak, dijauhkan dari azab siksa kubur... Ameen ya rabbal alameen...

Semasa hayatnya, aku duduk sebelah mak, suapkan mak makan, mandikan mak, siapkan mak, bantu mak ambil wuduk, pakaikan mak telekung, pakaikan mak stokin.  Waktu tu kami hanya sembang pasal mak.  mak cepat je minta utk amikkan wuduk bila dah masuk waktu.  

Allahuakhbar... rindu... 

Rabu, Oktober 05, 2022

Touring Sg Buloh - Tg Malim - Sg Buloh (16/9/2022 - 17/9/2022)

Assalamualaikum wbt./Salam sejahtera...


Perancangan touring basikal pada hari Malaysia (16/9/2022) dari Sg. Buloh ke Tg. Malim dah lama dirancang, sejak bln Julai lalu.  Plan ni asalnya nak bawa seorg geng basikal yg nak sangat merasa touring sementelah basikal touring nya dah siap cantik.  Jadi kononnya mcm nak merasmikan basikal touringnya pada hari tu.  Selain Yie, aku dan pogie, semestinya aku mengajak si daus.  Joe, yg kaki batu MTB ni pun aku pelawa dan sgt excited utk join touring ni.

Dua hari sebelum hari kejadian, aku WA yie... tepok dahi jap sebab dia tak jadi nak follow touring kali ni biarpun dah marked siap2 dlm kalender.  Apa jadi yie?  kisahnya, isteri kesayangan telah mendaftar utk hadir ke Kursus Keluarga Sunnah anjuran Ebit Liew pada tarikh yg sama tanpa pengetahuannya.  Yie bgtau, kalau tak pergi, naya dia... hahahaha ... ok yie, takpe, beskal ni bila2 leh set, family comes first.  Maka redha lah yie.... 

Utk kali ni, aku tak bawa basikal Ayang, Pogie setkan satu basikal touring utk aku, aku pun tak tau la apa namanya.  Tau pakai je.  Yang benarnya dua minggu sebelum berkayuh, energy & stamina level mmg merundum, aku demam MC dua hari dan kali ni lama betul nak kebah, batuk dan selsemanya.  Jadi, antibodi badan tak kuat.  Disebabkan dah set utk kayuhan, maka aku lenjan je la dan mengharapkan geng kayuhan tak kejar pace dan bersabar dengan aku.  Daus pula, dua hari sebelum nak berkayuh, terseliuh kat buku lali.  hahahahahahahaha adoi, apakah?  Aku mmg tak kasi daus berkayuh, katanya dia nak ikut juga tp dengan motor.  Dia jadi sweeper kami utk hari tu.  Joe bawa kawannya Rizal, yg kaki RB, aku lak jadi seram, mau ke diorg ikut pace aku atau kena tinggal.  Awalnya aku terus terang dgn joe takyah ikut.  Biar aku dgn pogie je.. hahahahaha mau x nya terkebil2 joe, dah sah2 dia dapat Lesen dr bini dia utk g touring ni.

Maka di hari kejadian, kami - Pogie, aku, daus (sweeper), Joe dan rizal telah bersiap sedia seperti yg di rancang.  

Pogie&aku ke Sg. Buloh, mencari port sesuai utk parking kereta.  Kami parking di depan Restoran Nur Iman Bistro, Sg. Buloh.  Tunggu daus kat situ.  Sempat setup basikal dan minum dulu.  Jam 7.50pg kami mulakan kayuhan ke tpt Joe dan rizal - di Sg. Pelong, Kuang, lebih kurang 9km dari tpt kami.





Kami meneruskan kayuhan Sg. Pelong - Kundang - Bandar Tasik Puteri - Bestari Jaya - Rawang.  Ada bbrp kali kami saja berhenti.  Barang kali diorg bg peluang utk aku tarik napas.. KAH!  jam 10+ lebih kami dah sampai Rawang.  Matahari dah pacak atas kepala.  Aku dah makin hilang tenaga.  Kami berhenti sebentar di bus stop sebelum masuk bandar Rawang.  Aku minta panadol atau apa2 ubat yg blh mengurangkan rasa tak sedap badan.  Daus bg aku ubat bengkak/selsemanya.  Aku balun sebiji.

Kami teruskan kayuhan masuk bandar Rawang.  Aku minta berhenti, parking basikal dan tersadai jap kat tepi kedai2 runcit.  Pogie cari bateri.  Aku minta carikan air kelapa.  Aku diminta kayuh depan sikit.  Kita akan lepak kat mana2 kat depan sikit sebab area bandar rawang ni sgt sibuk.  Kepala dah weng betul dah ni.  Badan sgt tak larat.  Aku rasa ubat yg daus bagi tadi tu betul2 buat aku mengantuk dan badan jadi jem.  Kami berhenti di sekitar Surau Al-Hidayah Rawang, kat situ aku minta pogie carikan aku air kelapa, nak tawarkan balik ubat yg aku telan tadi.  Kat situ juga la aku terlena sekejap.  Dalam diam aku perhati ada hotel2 bajet disekitar.  Seriously mmg aku plan nak tido hotel je dan biar diorg amik aku esok.  Hahahahahahahaha...  Aku dah gave up utk teruskan kayuhan.  Taknak semua susah sebab aku lambat.  Tp pogie, joe, rizal dan daus semuanya layan aku, kasi semangat... diorg tak laju, mmg ikut pace aku.  Dari tadi tunggu aku dan kayuhan kali ni mmg santai.  Kat sejam juga kami rehat kat situ sebelum berkayuh semula.  Hari tu mmg panas amat2.  Kalah betul.  

Seterusnya kami berkayuh ke Serendah dan berhenti di Petronas Antara Gapi.  Jam 12 tgh hari.  Panas amit2.  Setengah jam kami berhenti, masing2 cadang utk makan kat area situ.  Xlama kemudian, kami masuk ke Bandar Antara Gapi dan makan di salah satu kedai tepi jalan di situ.  Lepak sampai jam 1 lebih.  Cuaca mula redup.  Kami teruskan kayuhan menuju ke Rasa dan Kuala Kubu Bahru.  Kami solat di Petron Kuala Kubu Baru.

Dari Kuala Kubu kami menuju ke Kerling dan seterusnya, Kalumpang. 12KM lg nak sampai kalumpang.  Aku dah mmg tak larat dah.  Lepak pun lama.  Nasib baik geng semua ok.  Kami berehat di Bus Stop.  Kat situ juga la kami jumpa ipin.  Ipin ni aku ajak dia join sekali kami camping di Bernam Nature Hut, Tg Malim. Kampungnya di Kalumpang, dah dekat sgt dah dengan tp kami camping.  Dia tak janji nak dtg, tp akhirnya mengikut juga dia ke tempat kami dgn motornya.  Semasa lepak kat sini, aku dah minta daus utk pergi cop tempat dulu, aku tahu, mmg tpt akan jadi crowded nak2 waktu tu dah jam 4.30ptg.  Daus call aku dr campsite bgtau mmg crowded giler.  Aku bgtau tak pe kalau tapak khemah kat mana2 pun, jauh dr org pun takpe.  Daus yg bawakan groundsheet.  Actually basikal aku tak berat, sebab Rizal tolong bawakan dua bag pannier aku.  (Rizal dan joe 1st time touring) Bersungguh nak rasa touring.  Aku sepatutnya rasa ringan tp basikal touring ni sedap bawa dgn load sebenarnya.  

Kami meneruskan kayuhan dan 4KM sebelum destinasi kami rehat jap.  Jam 5.30ptg, Alhamdulillah kami sampai ke tapak camping.  Exhausted betul.

Sampai campsite, tpt kitorg mmg dah kebelakang, bawah pokok rambutan, tp ok sebab tak de gangguan dr khemah2 yg lain. Agak terpinggir sikit tp aman damai.  Daus dah bentang groundsheet, aku terus landing.. letih betul2 ni, mmg tak tipu.  Hahahahahaha... kami pun pasang flysheet, kemas bag, kemas basikal.  

Joe plan nak masak, tp aku terus order nasi soto, senai bai, tak yah nak renyah masak2 bagai.  Last2 semua order masak siap.  Rizal, ipin, daus dan joe g pasar malam kat kalumpang, aku dgn pogie duduk khemah.  Aku amik kesempatan utk mandi manda dan solat.  Lepas aku, pogie lak mandi.  Maghrib baru geng2 balik dr pasar malam.  Kami makan lepas semua siap mandi.  Ipin minta diri dulu nak balik KL, katanya esok dia bawa family balik kalumpang.  Kalau ada kesempatan kami singgah la umah mertua ipin di kalumpang esok nanti.

Pkl 9 aku dah golek2 dah dlm khemah besar, aku tidur hujung, pogie, joe dan rizal.  Daus tido dlm khemah portable.  Dah semua pakat nak beli khemah tu pula.  

Satu benda kan, kalau ko touring/hiking dgn dak2 laki ni, ada jenis rajin melampau, diorg la yg tolong basuh pinggan bagai.. waaah selesa hidup aku... mekasey sebab tolong bantu basuh pinggan, setup khemah bagai... hihihihihihi...

Kami lelap awal rasanya malam tu, tp jam 5.00pg aku dah bgn, nak mandi dan solat jemaah kat surau.

Pkl 9 pg tu kami masing2 dah bersiap2 mengemas bagai.  Behtu jam 10.00pg kami mulakan kayuhan balik ke Sg Buloh.  Cuaca sgt cantik, tak panas, mendung dan redup.  Kami makan berat kat area Kalumpang.  Lebih kurang 10km dr campsite.  

Pada aku, kayuhan balik ni, badan aku dah segar, rasa sedap bila kayuh.  Kami berhenti di KKB, lama lepak situ, solat jamak behtu kami teruskan kayuhan.  Kali ni xbyk sgt benti, byk melayan bukit turun naik.  Sebelum sampai rawang, hujan lebat betul, kami tetap teruskan kayuhan sampailah tiba di bawah flyover lata sebelum rawang.

Dari situ kami meneruskan kayuhan sampai ke Sg. Pelong tpt jumpa joe dan rizal semalam.  Sampai kat kete jam 7.00 mlm dan kami pun minum makan jap kat mamak situ.

Alhamdulillah, semua selamat.  terima kasih pogie dan geng kayuhan sebab sgt bersabar dgn aku hari pertama tu.  Mmg weng betul.  Harap korg tak serik nak touring dgn aku lg.  Terima kasih utk segalanya... 


Panas amit2... kita selubung laa..

ni dah nak sampai campsite

Ni lagi 12km nak sampai Kalumpang


ni lepak di Petronas Antara Gapi

Terus landing bila sampai campsite

masa balik kat bawah flyover lata


Ni otw balik kat Petronas KKB




4km sebelum sampai Petronas KKB


Bernam Nature Hut, bawah pokok rambutan



Selasa, September 27, 2022

MAK

 Assalamualaikum wbt.

Innalillahi Wa innailaihirojiun....

Mak, Wan Eshah bin Wan Daud, 75 thn, telah kembali ke Rahmatullah pada lebih kurang 7.50mlm, 24 September 2022 di Hospital UKM, Cheras kerana implikasi barah pankreas.

(copy paste dr FB)

'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'
Allahuakbar AllahuAkhbar
Terima kasih tak terhingga atas kiriman Salam dan doa2 dari saudara mara dan sahabat handai di atas pemergian mak kelmarin. Juga yg sudi meluang masa dtg menziarahi mak dan kami sekeluarga.
Mak telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Kantan, Kajang. Alhamdulillah..
Sesungguhnya Allah Taala sahaja yg membalas semua kebaikan kalian.
Ameen ya rabbal alameen..
Terima kasih pada adik beradik, yg sama2 menjaga mak.. Mak kuat bila kita ada sama. Sama2 panik sama2 menenangkan Sama2 berjaga2. Terima kasih tak terhingga pada kakak ipar yg Sayang mak mcm mak sendiri, yg sudi jaga mak mcm mak sendiri... Dan pada adik yg menemankan mak di hospital dan sentiasa update perkembangan mak pada kami.
Pada teh & abang.❤️🌹yg jadi sumber kekuatan adik2. Angah dan keluarganya yang jauh saling bertanya khabar dan menasihat.. Pada anak2 buah yg sentiasa buat hati nenek ceria... Allahuakbar.
Pada suami yg sentiasa support dan memberi kelonggaran utk aku sentiasa ada dgn mak bila ada ruang dan peluang.
Di waktu maghrib hari tu, dimana abah, abg, adik dan yg lain balik ke rumah utk membersih badan dan akan kembali semula ke hospital lepas tu, dan teh pula solat di surau hospital, tinggal aku disisi mak mengalun surah Yaasin, sambil memegang mask oxigen rapat pada mak.
Kalau sebelum ni mak menepis berkali2 sebab rimas tp Kali ni mak sgt tenang. Aku igt mak dah letih menahan sakit dr siang hari. Sgt tenang. Sesekali mata mengilas melihat gerakan halkum mak.. Sesekali aku panggil mak biar aku tau mak tidak membalas. Mak lena.
Risau.. Risau..
Meneruskan bacaan selanjutnya dan di ayat2 akhir aku mendengar bunyi berkeruh dr mak.. Aku igt angin dr dlm perut mak, tapi aku x memandang dan menyudahkan Bacaan Yaasin..
Selesai..
Aku padang mak... Kenapa sunyi... kenapa xde apa2 dr mak..
Aku pegang dada mak. Panggil mak.. mak mak.. mak...
Betul ke ni...?
Allahuakbar..
Berlari mendapat kan misi..
Call teh.. Dua kali baru dpt.. Barangkali tadi masih dlm solat.
Badan dah menggigil..
Menunggu pengesahan dr Dr semcm satu penyeksaan.. Aku dah tahu.. Aku tau dah dr tadi..
Innalillahi wanna ilaihirojiun..
Abadi lah mak di sana.. Damai lah dgn kiriman doa2 dr anak2 mak.. Redha atas ujian dan ketentuan Allah.. Cumanya.. Berat utk kami menanggung rindu yg menggunung..
Allahuakbar..
Terima kasih Allah memberi kami berbakti pada mak walau ianya tidak mampu membalas jasa mak yg melahirkan kami, menyayangi kami mendidik kami..
Sayang mak.. Jumpa kami di syurga nanti ye mak... ❤️🌹❤️

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"


اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
*coretan kenangan*


Isnin, September 05, 2022

HOMESTAY PAKLANG, GADONG, REMBAU - SHORT STAYCATION 2DAY 1 NIGHT

 Assalamualaikum wbt.


Cuti sekolah dah bermula pada 3 September hingga 11 September 2022.  Jadinya kami 3 beradik (Aku, Teh & Abang) pun plan la nak bawa mak abah jalan2.  Destinasi pilihan aku, mahu ke Teluk Batik, Lumut memandangkan budak2 rindu nak mandi laut.

Kami plan cari homestay 4 bilik, satu bilik mak abah dan bilik kami 3 keluarga masing2 utk lebih selesa.  Kesahnya, plan kami ni xberapa hari dr tarikh cuti sekolah bermula.  Ko rasa senang ke nak dapat?  Daripada Lumut, ke Port Dickson, ke Melaka, utk dptkan homestay 4 bilik mmg payah sgt2.  Last minit mmg cenggini lah.  Nyesal ke tak nyesal.  Aku sampai tertido2 cari tempat.  Tapikan, satu benda aku pasti, Allah pasti tunjukkan jalan, cumanya Dia mahu aku bersabar dan terus berusaha.  Niat kita yang baik nak bawa mak abah jalan, semoga Allah permudahkan.  

Sehari sebelum pergi, hari jumaat, sehari sebelum cuti sekolah bermula, akhirnya aku dapat juga menjejak homestay di Rembau Negeri Sembilan.

Penatkan cari kat tpt tumpuan ramai - Port Dickson, Melaka dan Lumut, maka aku cari ceruk2 kampung yg mana tpt org payah nak sampai.  Maka Allah jumpakan aku dengan satu homestay, dekat je dengan Gunung Datuk, Homestay Pak Lang. 

Kenapa aku pilih homestay yg takde sungai takde laut, sebab homestay ni ada kolam mandi.  Walaupun hanya punya 3 bilik tido sahaja, tp dari pemerhatian aku pada gambar di FB dan Airbnb, ruang tamu homestay ni agak besar juga utk budak2 tido di ruang tamu.  Selain dpd tu, halamannya sangat luas, kolam berbumbung, ada court kecil gelanggang basketball, BBQ pit, meja santai dan tpt utk buat unggun api.  Kolam agak besar dan kalau dewasa nak berendam pun tak de masalah.  Dapur agak kecik tp tu tak menjadi masalah, bilik air ada 2, satu dlm bilik depan, dan satu di dapur.  Dari homestay, kita boleh nampak pemandangan gunung Datuk,  dan kedudukan homestay ni agak jauh ke dalam.  Terdapat lot2 rumah dan homestay di sekitar tp agak jauh antara satu sama lain menjadikan homestay ni satu tpt yg sgt privacy kiranya ritu kami buka speaker xde lah sampai boleh mengganggu jiran kan... Sebelah homestay ni ada sebuah rumah tapi tiada penghuni.

Selain tu, tuan tanah juga ada sediakan 3 buah basikal pelbagai saiz.  Puas la kami berkayuh mengelilingi kawasan dan mendaki dan menuruni bukit, bawa mak jalan2 dgn kerusi roda keliling kampung.. seronok la budak2 kan.  ada juga permainan dart, mini karom, UNO, daun terup dan raket badminton.  














Homestay ni simple je sebenarnya... tp daya tarikan kolam dan kawasan yg terpinggir dari jalan besar, serta luas dgn pelbagai add-on spt yg dinyatakan di atas, buat kami berpuas hati sgt duduk kat sini.  

Teh pasang khemah di luar, mereka 4 beranak tido dalam khemah.  Anak2 yg lain semua tido di ruang tamu - cukup muat dan selesa. 

Kami berBBQ di malam hari.  Anak2 stop mandi kolam sebelum maghrib, bermain dart, badminton, bola, basketball.. Abang memanggang ayam dan kambing.. lupa pula nak beli kentang utk di bakar.  Tengah malam, kami sembang ringan sambil minum kopi/teh celup biskut tawar.  Pkl 1 aku surrender masuk rumah.  

Jam 6.00pg dgr hujan di luar.  Aku keluar bilik sebab anak aku sorg tido dlm kete kononnya, nak berjiran dgn paktehnya yg di dalam khemah, rupanya dia dah masuk rumah dan tido lepas aku masuk rumah.  Hujan blh tahan lebat, tp tak lama selepas subuh berhenti. 

Pagi hari anak2 sambung mandi kolam.  Aku jam 10 dah siap berkemas barang2 dapur.  Pkl 11.30 kami dah check out keluar homestay.

Satu pengalaman yg best tp lagi best kalau buat 3 hari 2 malam.  Repeat? inshaa Allah kami akan repeat.  


Jumaat, Julai 22, 2022

AFI OH AFI....

Assalamualaikum wbt.

Semalam petang, aku balik dr opis, nampak afi duduk kat sofa.  Tak lama tu, aku join dia duduk di sofa.

Afi mula cerita....

Afi :    Ibu, tadi afi pergi masjid tadi masa asar (sebelum asar sebenarnya).

Ibu:    Afi dengan kawan afi berapa org?

Afi:     (sambil tunjuk 3 jari), Afi dgn dua org kawan afi, kawan afi tu sebenarnya dengan adik dia.

Ibu:    Afi buat apa kat masjid?

Afi:     Afi duduk kat belakang masjid, main lari2, lepak2...

Ibu:    Ada orang lain tak kat masjid? 

Afi:     Ada org lain, tp tak ramai.

Ibu:    Kawan Afi tu duduk sini juga ke?

Afi:    Tak, kawan afi duduk kat flat 4 tingkat bawah tu.

Ibu:    Oo ok... tak pe ke Afi duduk kat masjid?

Afi:    Takpe, saja je duduk sana.

          Ibu tau, kita kan ada RM11, lepas tu kita nak beli nasi kukus.  Nasi kukus RM6.00.  Lepas tu kita tak cukup duit RM0.50, kat afi ada lagi RM0.50.  

Ibu:    Nape nak beli lagi satu? Utk kawan afi? 

Afi:    Ye lah, dia pun nak makan juga.  Lepas tu kan, afi pergi kat masjid, afi minta pinjam kat sorg abg tu yg ada kat masjid RM0.50.  (Seterusnya dia cerita diselangi soaljawab ibu).  Afi cakap kat org tu, saya nak beli nasi kukus ayam tapi tak cukup 50sen, boleh tak pinjam 50sen? (ko rasa apa perasaan ibu ko anak ko minta duit kat org nak beli makan mahal gitu?) Org tu tanya afi, nasi kukus ayam tu berapa RM? Afi ckplah, RM6.00, behtu org tu tanya ckp ke 50sen? Afi cakap afi ada duit, cuma tak ckp 50sen je. Org tu pun kasi RM1 takut tak ckp duit.  

(Adoi, dia dah pandai minta duit org dah...) 

Ibu:     Afi balik rumah dulukan sebelum pergi masjid? lepas tu afi makan kat umah? nape afi nak makan lagi? 

Afi:     Kita mcm lapar, kena beli utk kawan juga.  Dia kongsi dengan adik dia. 

Ibu:    Kawan afi tak balik rumah ke? kawan afi tak makan?

Afi:    Rumah dia jauh sana.. (eh tadi kata kat flat bawah tu - sebelah masjid je)..

Ibu:     Habis tu duit afi habis la kan, RM11 tu.. 

Afi:     Ye, habis la dah beli makan.  Takkan afi nak makan sorg, kawan afi pun lapar.  Esok boleh tak ibu kasi afi RM15? (mata ibu dah besar....)

Ibu:    Afi, afi tau tak, nasi ayam tu mahal.. Ibu pun tak abis duit beli nasi hari2 mcm tu.  Lagi satu, afi dah makan... makan kat rumah lepas tu nak makan lagi.  Kawan afi tu mak dia tahu ke dia g masjid? Nape dia tak balik makan dulu lepas tu baru g masjid? 

Afi:    Mak dia ada, tp dia taknak balik sebab jauh... 

Ibu:     Kalau nak g masjid lepas ni, balik makan dulu, lepas tu g masjid.  Kalau afi beli makan ringan, mcm cendol ke.. nasi lemak singgit ke.. ok la.. berbelanja tu bagus, bagi org lapar makan pun bagus, tp yg tak bagusnya sampai minta kat org lain duit behtu beli makanan yg luar kemampuan kita.  Kawan afi, kalau boleh balik utk makan, pergi balik dan makan dulu.  Mak dia kena tahu yg dia keluar utk pergi masjid.  

Afi:    Ok ibu.  Tapi esok boleh tak afi nak pergi masjid lagi?

Ibu:    Boleh je pergi masjid, tp bila kat masjid kena la sembahyang, bukan balik sebelum org azan... (dia balik masa org azan asar - ibu tepuk dahi)

Afi:    Ok ibu. 

Ni kesah hari ni sebelum maghrib.

Tp kesah masa subuh tadi

Sebelum afi masuk bilik air, dia bebel kat ibu dia yg tengah gosok baju.

"Ibu sepatutnya gosok baju malam tadi, bukan afi yang lambat tau, ibu yang lambat.  Patutnya gosok la siap2 malam tadi.  Nanti ibu salahkan afi kata afi yg lambat."

Ibu terkedu. Ayah sengeh.

Kesah kat Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan.

Kami nak beli barang yg dipesan kawan2.. nampak durian, nampak rambutan.  Geram je tgk rambutan.  

Afi:    Ibu, beli rambutan... 

Ibu:   Nanti karang kita beli...

Afi:    Ibu ni kan, kalau ibu dengan ayah nak beli durian, terus je beli, tak de nak nanti2.. kalau afi minta, semua kena nanti2.. beli je la terus... ibu ayah boleh je beli terus....

Ibu:    (dalam hati - kene setepek) ok2, ibu beli... (kesian la kat dak ni, dah la susah nak dapat rambutan.... ) ... hihi...

Sekian.... 


       


 

Disember 2022

Assalamualaikum...  Alhamdulillah... kita sudah berada di penghujung tahun 2022. Pastinya ramai dikalangan kita yang dah lama merancang berc...