Selasa, Disember 13, 2011

Rumah Idaman...

Assalamualaikum...

Saya sungguh teruja dan sangat kagum dgn salah sebuah rumah kawan suami saya (kak Rieta) semasa kami beraya dirumahnya.

Saya mengidamkan rumah seperti rumah kak rieta... bestnyer!!

Antara gambar2 yg hb saya ambil di rumah kak Rieta (hanya 20% dpd rumah tersebut).

 Ini adalah sebahagian dpd sudut rumah utk tetamu spt kami. 
Tapi ini pun dah cukup cantek dah.

 Kolam ikan, pergola.. sungguh nyaman..

nampak tak pintu kaca dibelakang tu?

 Inilah bilik disebalik pintu kaca tu...


 Antara perhiasan .. KATAK?!

  



 Salah satu sudut santai..

 Kak Rieta dan Firas..

Adik ambil kesempatan bergambar..

 Rumah ni adalah dimiliki oleh auntie berbaju biru itu (mama pada kak Rieta).
Auntie is a nice person dan murah hati menunjukkan kami sekeliling rumahnya.



Apa yang anda tak lihat di sini antaranya yang saya dpt jenguk ialah, ruang dapur luar yg luas, pelbagai jenis pokok bunga; ruang bilik air luar (sungguh cantek -mcm spa ala konsep bali); ruang santai diluar selain dr dlm gambar ni. dan banyak lagi.  Segan nak lebih2 kat rumah auntie tu.. kena jaga gak tatasusila biarpun anak2 begitu teruja meneroka keliling rumah.

Auntie bagitau kami, semua hiasan tersebut dia buat sendiri.

Thank you to auntie yg telah membawa kami 'tour' rumahnya yg sungguh besar dan berkongsi cerita pasal binaan taman dan hiasan rumahnya yg cantek dan menjadikan saya berazam utk mendptkan rumah spt itu. 

Fraser's Hill

Assalamualaikum wbt.

Korang penah pegi fraser's Hill?  First time saya ke sana, last year rasanya.  Kami pegi gamble je.  Hb yg bagi cadangan utk pegi sana hari tu.  So, saya pun pack sikit barang especially baju budak2, saya pun tak bawa baju, cuma bawa baju kecik dan plan nak beli baju kat bukit fraser tu nanti.  En. Hb pun saya bekalkan dgn sehelai baju.  Lain dpd tu, saya bawa susu firas.  Itu je.

Sepanjang perjalanan ke sana, kiri kanan jalan penuh dgn pokok2 dan suasana nyaman je.  Dari kuala kubu baru, ambil masa 40 minit juga kot utk sampai ke atas. 

Ni gambar2 yg diabadikan semasa kami first time disana.



 Ni kat tasik, boleh main paddle... murah je, RM8 kot satu paddle..

 Firas pun nak naik gak, ikutkan dia tak leh naik sebab tak ckp tinggi, tp brother yg jaga tu baik hati, kasi gak naik 5 min,  minta main tepi2 je, tak leh bawa ke tgh.

 Boleh bagi ikan makan, byk sangat ikan, air pun jernih.  Beli dedak RM2.


 Jom Naik kuda!!

 Haha! tak gayat pun... rasa teruja.. kalo la dia lepaskan je kuda tu, dpt la saya menungga sepuas2nya.. (CEKONON!!!)

 Hadid!


 Mengabdikan sebagai kenangan.




 Rupa2nya, kedai mak kawan saya ada di sini!
Gembira tak terkata dpt jumpa Lin kat situ.

Kali kedua saya pergi dgn family saya.  Kami sewa 2 buah apartment.  Seronotnya menghabiskan masa bersama family.

Fraser's Hill adalah tempat utk kita relaks dan tenang2 saja.  Suasananya sungguh nyaman dan jauh dari kebisingan.  Kalau malam, agak sejuk walaupun tak sesejuk cameron highland.  Agak2 kalo nak bawa diri, paling dekat anda boleh pergi, pergi lah Fraser's Hill. Anda mungkin bertemu kedamaian di sana.

Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum...

Hari ni Afi berusia 78 hari, lebih kurang 2 1/2 bulan. 

Kami dah buat majlis kesyukuran pada 13 November lalu di rumah mak di JB. 13 November tu juga adalah harijadi Hadid Muhammad yg ke 9 tahun.  Dah besar dah anak teruna saya.  Kami merancang utk sunatkan si hadid ni tahun depan, insya Allah.

Ni ada gambar bersempena majlis kesyukuran Afi Adnin kat JB. 


Yang pegang Afi ni, Mak Ani, Pengasuh anak2 saya yang sudi datang dari KL ke JB menghadiri majlis ni merangkap berjalan2 di sekitar Johor.


Afi Adnin



 Mak Teh yg pegang Afi, ibu menyibukkan diri dlm bilik (pemalu la kononnya).. hehe


 Makan time!


 Meriah nyer!

Lauk pauk ...

 Wah, hadid potong kek! Sukanya dia dpt kek ada strawberi sebiji.

Mak Teh la rajin melayan anak2 buahnya...

 Hadid sedang menikmati kek.. kusyuk sekali. 
Sedap betul kek tu kan hadid!


 dari kiri : kak linda (kakak ipar), adik, nor (makteh), and me!

 My family!

Kak linda and anak2 banyak menolong! tq!

Ha! meriah kan! Alhamdulillah... sesekali kumpul adik beradik, mmg menyeronotkan... macam2 kita leh berkongsi cerita dan bergelak ketawa.  Saya pasti menanti utk berkumpul sama2 mereka yg saya sayang! Love u all!



Rabu, Disember 07, 2011

Musim ommbaakkkk rinddduuuuu....

Assalamualaikum wbt.

Waaahhh! Lamanya tak update blog nih... sibuk bebenor la cekononnya ye... Haha!  Sebenarnya sibuk la jugak kot, tu yg tak berblog tu.  Tapi apa yang saya perasan, kalo nak berblog ni kena ada mood juga ek?  Macam FB gak la, kena ada mood nak update status, kalo tidak, tak tau nak tulis apa.  Jadi dari buang masa pk nak tulis apa, baik tak yah tulis apa2.  Saya bukan macam ila yg rajin bebenor update blog dia.  Lagi la pulak saya dah masuk keje balik selepas dua bulan berpantang. 

Cerita pasal agenda saya yang saya buat sebelum saya naik keje, ermmmm mungkin 50% je kot yg dpt saya buat.  Antaranya, buat stok susu (kemestian), pergi shopping (sikit la), keluar jalan2, cuci mata, kemas rumah (sikit2).  Yang lain saya tak dapat buat sangat.  Sebab apa, saya pun tak tau.  

Hihi, nampak tak layout blog baru saya nih? hihihi.. cantek tak? comei tak? pada saya, saya suka.  Saya akan tambah gadget baru nanti.  Nak kena touch up sikit2.  biar nampak lagi idup.  Hahahaha, padahal up date blog seminggu sekali pun kadang payah. Tapi tak pe, ini blog saya... dan baru ni saya ada beli camera, tp belum dpt memanfaatkannya lagi.  Nanti senanglah, saya amik gambar dan terus upload dlm blog.  Sekarang ni blog saya kosong je, takde gambar apa pun kan... huhu.  jeles tgk ila yg byk gambar, ada je gambar yg dia amik dan uploadkan.  Tak pe ila, nanti akak try jadi serajin ila.. hihi..

Cuti saya berbaki 2 hari lagi.  Rasanya saya akan cuba kekalkan cuti 2 hari itu dan bawa ke tahun depan.  Saya rancang nak cuti awal tahun, ariq akan masuk darjah satu tahun depan.  Walau pun dia sama sekolah dengan hadid, tp saya nak gak merasa pegi sekolah menyibukkan diri tengok ariq kat kelas macam mak bapak yg lain.  Tapi saya tak tau sama ada ibu bapa masih dibenarkan menunggu anak2 darjah satu di sekolah. Rasanya, sekolah tak mengizinkan ibu bapa buat macam tu sebab nak mengajar anak berdikari dan pihak pengurusan sekolah akan handle budak2 baru ni.  Tak pe, saya cuti sesaja pun ok gak kan. 

Oh ye, sekarang ni musim movie "OMBAK RINDU", adaptasi dari novel Fauziah Ashaari.  Rata2 kawan yang menonton movie tu katanya best giler sampai menitik air mata.  Macam tu gak member2 kaum adam, ada yg membuat pengakuan ikhlas yg diorg pun menangis tgk citer tu.  Saya dah baca novel tu dan rasanya novel tu ada dalam koleksi novel2 saya yg menimbun kat rumah.  Cumanya bila cari hari ni, saya tak jumpa.  Ntah2 saya pinjam novel tu kat library kot.  Saya ada bbrp novel Fauziah Ashaari.  Mmg beliau jarang2 berkarya, mungkin setahun tak sekali (yg saya perasan) tapi sekali beliau keluarkan novel, mmg meletop.  Saya ada bbrp koleksi novel beliau ni, dan citernya mmg sedap2 belaka.  Saya tak de rasa lagi nak menonton Ombak Rindu ni.  Sebab en. suami tak baper suka tgk citer melayu kat pawagam.  Tak pe lah, saya pun tak gaduh pun.  Saya nak buat sinopsis Ombak Rindu kat sini pun saya lupa jalan ceritanya, nampak benar dah lama sangat saya baca novel tu.  Apapun, saya percaya, cerita tu mmg mantop dgn lakonan Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.  Pasti tangkap leleh!

Jumaat, November 18, 2011

Agenda seminggu sebelum habis cuti pantang...

Assalamualaikum...

Memang hari ni saya plan nak tinggalkan Afi pada Mak Ani (pengasuh) utk pertama kalinya memandangkan saya akan naik keje pada 29 Nov. 2011 tak lama lagi dan juga untuk memberi peluang kepada Afi merasa suasana baru dimana saya juga perlu adjust masa dan menghabiskan masa utk diri saya sendiri sepuas-puasnya... hahaha, bestnya ayat tu kan, 'menghabiskan masa utk diri sendiri sepuas2nya'... betul ke??? 

Banyak benda dah bersusun dlm kepala otak ni apa yg saya nak buat bila saya sendirian... di rumah? diluar rumah? dimana2 saya sendirian??? boleh percaya ke? Apa yg penting, sebelum saya boleh bersenang lenang (adakah saya akan betul2 bersenang lenang???) saya akan pastikan rumah siap dikemas dan bersih.  Sebab saya sendirian dirumah, senang saya nak buat kerja rumah.  Lepas tu, mungkin lah saya nak lepas gian utk memanaskan semua oven saya.  hehehe, bahan buat kuih ada lagi, paling2, saya nak buat kek kegemaran saya... kek coklat.. dan paling2 pun saya nak buat kek marble.. itu paling mudah.. saya akan pastikan oven itu tak sia2 dibeli.  Agenda berikutnya, saya nak pegi salon rambut.  Kemudian, saya nak shopping. Banyak benda saya nak kena beli; nursing bra, baju keje dan tudung dan kasut dan handbag.  Tapi ada bajet ke?  Belakang kira.. saya akan cuba dapatkan peruntukan... hahahaha... En. Suami, tolong la hulur sket... Dan dalam semua keadaan berikut, azam saya yg utama ialah menghasilkan stok susu banyak2 utk Afi.  Saya dah bertekad untuk cuba menyusukan Afi sehingga Afi berusia 2 tahun.  Maka dengan niat saya itu, saya telah ke Expo barangan bayi di Mid Valley yg bermula pada hari ini, 18 hingga 20 Nov. 2011.  Dan saya telah membawa salah seorang hero kesayangan saya bersama, Firas Hanin.

Jadinya saya telah tinggalkan Afi, Hadid dan Ariq di rumah mak ani. Biarlah saya bawa Firas berjalan sebab Firas jarang sangat dapat peluang keluar seperti hari ini.  Saya akan cuba memberi ruang 'memanja'kan Firas hari ni walaupun dalam masa yg agak singkat. Sebab saya hantar Afi ke rumah mak ani pun dah pkl 1 lebih, sepatutnya lebih awal dari tu, tp keadaan tak mengizinkan dan saya hanya dapat menghabiskan masa di MidV sehingga jam 5 sahaja.. huhuhu.. sungguh tak puas rasanya.  Tapi saya dpt beli benda yg pentinga seperti saya perlukan. Saya beli breast pump Unimom Mezzo (manual), beli cooler bag, beli mamypoko dgn harga promosi, RM25 dan bbrp barangan lain.  Habis gak la duit kat RM400.  Tapi tu semua keperluan.  Saya perlu keluar modal utk penjimatan masa depan.  Sekurang-kurangnya, saya bagi susu badan pada Afi dan juga akan mempraktikkan penggunaan Cloth Diapers.  So, En. Suami patut berbangga dengan azam ini dan terus memberi support.

Saya harap, saya dapat menfaatkan cuti yg berbaki seminggu sahaja lagi sebaik mungkin dan menjalankan agenda yg bersarang dikepala.  Tentu saya akan merindui Afi bila naik keje nanti, sebagai mana saya merindui abang2nya yang terdahulu yg saya tinggalkan dirumah pengasuh untuk bekerja.

Selasa, November 08, 2011

Raya Aidil Adha...

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak jenguk Blog, mcm tu jugak dgn FB, sebab minggu lepas rasanya mcm sibuk, w/pun xde lah sibuk buat apapun, kecuali keje2 rutin di rumah.  

Raya Aidil Adha tahun ni, kami sambut di Kajang.  Kajang? kenapa kajang ye? Kat kajang ada rumah teh, dan kebetulan mak abah dari JB cadang nak raya kat sini, sebab kami2 ni, teh, abang n myself tak balik JB.  Macam kami ni, mmg jarang balik JB time raya haji, kadang balik raya sebelah suami atau selalunya kami tak ke mana2 pun, kat rumah je.  Lagi satu, kami tak balik time raya haji ni sebab kami nak balik JB minggu depannya, 11/11/11 sebab nak buat akikah/majlis doa selamat/marhaban utk afi dan haziq (anak teh) pada 13/11/11 (ahad).  Jadi, berayalah kami dgn mak abah kat Kajang.

Ermmm, bila sebut pasal raya, selain dpd berkumpul sekeluarga, yang menarik juga ialah hidangan raya, betul tak?? BETUL!  Jadinya, sebelum mak naik Kajang, mak dah bagitau, mak nak masak laksa johor, kuah kacang, nasi himpit dan juga rendang.  Wah!! bila dengar laksa johor, terus kecur air liur.  Selalunya kami dpt makan laksa johor air tangan mak masa raya je or ada special request.  Sebab laksa johor ni leceh sikit nak buat.  Mak pun tak larat nak buat sorg2.  Jadi, macam best la hidangan raya haji tahun ni.  Kami bukan setakat berkumpul raya je, kami siap pergi berjalan raya lagi! ikut abah lerrr.. abah bawa g rumah kawan dia, pakcik sedara dan juga nenek sedara di Seremban.  Macam2 la kami makan. Rezeki... ada satay, bubur kacang hijau, lontong, termasuklah desert yg pelbagai tu.  Sedapnya makan kan... eh, saya masih berpantang jugak, especially yg sejuk2.. yg pulut2 tu saya tak sentuh, air sejuk pun saya tak minum, saya minum air panas dan paling2 pun minum air suam.  takkan tak minum langsungkan...

Dan lagi satu yg menariknya raya haji ni, saya ada baju raya... hihihihi... ada yg sudi memberikan saya sepasang baju kurung dan org itu ialah julaiha... thank you ju! akak dah rasmikan pun baju ju tu masa raya haji lepas. 

Bila dah sambut raya dan makan pun macam2, segala benda masuk ke perut, kami sekeluarga (saya anak beranak) dijangkiti penyakit, nasib baik bukan cirit birit, tapi selesema.  Sokseksoksek hidung ni, suara pun hilang, naik pula gegata satu badan.  Nasib baik afi tak teruk selesema, firas la yg meleleh2 air hidung.  Saya la yg teruk.  Tapi saya rela daripada anak yg sakit, biar kita yg sakit. 


Bila pegi klinik, doktor bagi ubat selesema/gatal dan juga ubat demam.  Tu je. Sebab saya bagi tau doktor saya breastfeeding baby.  Tapi ubat doktor tu sedikit sebanyak membantu melegakan selesema dan gegata kat badan ni.  Tekak yang sakit pun saya tawakal minum air asam jawa seteguk dua.  Lepas tu, alhamdulillah, ok dah.. tp mak aiiiii, garaunyer suara... kalo ada perlawanan bola, mmg frust la tak dapat nak menjerit bagi sokongan.. wkakakakaka...


oh ye, saya menghitung hari nak naik keje, aduhai, malasnyerrrr.. tp nak buat mcm mana, terpaksa lah juga saya bersedia mental dan fizikal utk kembali bertugas.... doakan semuanya berjalan dgn lancar... mudah2an...

Rabu, November 02, 2011

1 November 2011 - 1/11/11 Apa yang istimewa?

Assalamualaikum ... 

Nampak tak tarikh kat atas tu?  Mesti korg perasan sgt kan, tarikh tu cantek je, byk no 1.. hehehe...
Apa yg istimewa nya dgn tarikh tu? Pada saya, agak istimewa, sebabnya tarikh 1/11/11 tu tarikh hari jadi suami terchenta.. hehehe... kalo tak tahun ni, tahun depan dan tahun sebelum dan tahun berikutnya, 1 november tu tarikh lahir En. Husband.
Saya dah siap2 tempah kek daripada atul ; coklat cheese indulgence 1/2 kg bentuk love. Tapi En. hb la yg kena amik sendiri kek tu.  Memang sedap dan cantek kek tu, seperti yg kita nakkan. Ada lagi dlm peti ais.. x lama tu habis laa..

1/11/11, cukup 35 hari saya berpantang. Berpantang ke?? hehehe.. pantang la, tak makan benda2 sejuk.  Sebab tarikh tu hari jadi hb, saya ajak hb keluar utk cari hadiah harijadinyer.  Kami pun ke Mid Valley.  Ada la benda yg dia nak, tp xnak bgtau kat sini.  Oleh sebab brg yg dicari tak jumpa dan tak berkenan dihati, kami pun balik dgn McD sebagai dinner kami malam tu disamping kek besday en. hb.  Nanti2 kita cari hadiah tu ye, kot la en. hb tukar pikiran nak hadiah lain lak, saya ok je.

Tak lama lagi, 13/11/11 besday hadid pulak. Tapi time tu kami dah kat JB, buat kenduri kesyukuran utk afi.  Eish, perlu ke kita sambut besday ni? perlu ke potong kek ni? perlu ke kita bersuka2 sambut besday? Org suka sebab dapat hadiah dan ada kalanya kita jadi tumpuan.  Tapi kan sebenarnya, kita patut rasa sedikit takut, sebab bila besday tiba, itu tandanya umur kita makin pendek; maksud saya, kita makin tua dan semakin berkepenghujungan... betul tak?  Apa2pun, kita patut bersyukur kan.. selagi dibagi nyawa, selagi bernafas, kita mmg patut bersyukur.  Bukan kah Allah Taala hanya meminjamkan sahaja jasad dan nyawa itu kepada kita?  Alhamdulillah.... 

 

Rabu, Oktober 26, 2011

30 hari....

Assalamualaikum ..

Sudah pun 30 hari saya berpantang.  Cukup ke 30 hari saya berpantang? huhuhu.. ok lah, Afi Adnin dah pun cukup 30 hari, dan saya pula menghitung lagi 30 hari utk bekerja semula.  Rasa mcm tak cukup la cuti 2 bulan.  Mcm byk benda nak buat dlm masa 30 hari lagi ni. 

Semalam g klinik utk check up afi sebulan, saya timbang, dan berat saya skrg 59.5kg... huhu, baru turun 7kg. kena turunkan lagi paling2 5 kg lagi utk kembali ke berat asal.  Sempat kah? boleh kah? kena gak cuba turun kan kalo nak pakai seluar jeans kesayangan... huhuhu... afi pulak naik sekilo.. ok la, afi naik dua kilo lagi ibu suka!

Saya bercadang nak buat akikah pada 12 nov 2011.  Perancangannya kami nak bergabung adik beradik utk akikah anak2 kami, adik utk rayyan, teh utk haziq dan saya pulak utk afi dan firas.  Tapi di saat2 akhir cuma saya sorg je yg akikah kan afi seorg sebab yg lain semua dah lari bajet termasuk la saya sendiri.  Pada awal perancangan kami nak buat kenduri dan menjemput rakan2, saudara mara dan jiran tetangga (buat kat rumah mak di JB) umpamanya kenduri tumbang seekor lembu (byk tu) dan juga ada niat utk sedekah pada rumah anak2 yatim.  Tapi ntah macam mana, xde rezeki pulak diakhirnya saya seorg je la yg buat utk afi.  Panggil marhaban wanita je utk kenduri doa selamat, tu pun dah cukup memadai la kan.  

Dan satu lagi perkara baru utk saya ialah, saya tgh survey2 Cloth Diapers! nak pakaikan kat firas (disember ni ckp 3 thn) dan afi (30 hari).  Itu pun HB yg bagi green lite dan mengutarakan cadangan masa kami di Lunatots di Amcorp Mall semasa kami jalan2 cari baju baby baru2 ni.  Saya pun apa lagi, selalunya bila hb dah mula menyuarakan, saya pun suka la utk bersetuju.  ila pun ada juga ada jual CD kan, tp tak de stok.  Saya pun menggoogle la dlm blog2 di malaysia ni dan cari mana yg dalam bajet (ada bajet ke?).  Apapun kat lunatots tu kami dah beli pun 2 helai CD utk percubaan.  Ni pun dah order kat blog2 berkenaan utk tambah koleksi.  Saya percaya dengan penggunaan CD byk kami boleh berjimat... byk sgt laaa kan... setuju tak?  Nanti saya akan promo kat member2 pulak.  HB saya soh saya jual CD ni, tapi saya ni hangat2 tahi ayam la.. tunggu la bila blog saya dah cantek (leh gitu)... ?

Lagi satu, saya dlm operasi memerah susu badan.. hehehe.. utk stok afi.  Susu badan buat masa skrg ni kurang memberangsangkan.. huhu, sedih sikit, susah hati sikit, tp harap2 tak la menjejaskan pengeluaran susu.  Mmg saya amalkan minum byk air suam, susu dan pelbagai laa nak buat utk proses ni.  Minta2 usaha saya berjaya utk membekalkan afi susu yg cukup bila ibu bekerja nanti.  Kesian afi.  Dan saya dalam dilema juga ni, sebab tak tau sama ada saya ada masa ke idak utk memerah susu kat pejabat nanti.  Ya Allah, minta2 saya boleh bekalkan afi dgn susu badan sehingga paling2 kurang pun sehingga afi 6 bulan.  

Oooo.. dan lagi satu aktiviti saya semasa pantang selain dari baca blog, menjengah blog, memerah susu, saya juga sekarang ni mengumpul semula novel2 terkini.  Pantang biras saya bgtau ada citer menarik, saya pun soh la hb saya pergi belikan kat kedai buku.. hehehe.. tq ye pogie... 

Jadi itu lah yg saya buat masa pantang selain dari rutin2 harian.. ermmm skrg ni pun suka main angry bird kat IPAD.. hehehehe...budak2 kat rumah ni telah mempengaruhi ibu utk main angry bird bagi membuang masa bosan ibu kat rumah setelah keje2 diatas penat ibu buat.. ok la tu kan, riadah.

Rabu, Oktober 19, 2011

Belog owh BLOG...

Assalamualaikum...

Memandangkan saya ni sedang berpantang, mmg tak byk keje nak buat kat rumah ni, selain dpd keje2 rutin. Tambahan pulak, tinggal berdua dgn si Afi ni je, maka byk la masa kosong dan setakat ni Afi tak penah lak meragam.  Mmg best la dok rumah (kata org yg bekerja), tp kan, tak tau sampai bila leh tahan dok rumah (sekiranya dah tak bekerja).

Jadinya, lately ni saya rajin tgk blog kawan2 saya, dan juga kawan2 kepada kawan2 saya.. especially saya akan jenguk blog kokoadik.blogspot.com; ila punya, dan juga jue punye blog : cinta-anugerah.blogspot.com; selain tu, jenguk gak kak zaida punya blog, tp kak zaida tak update blog dia ... huhu.. dan kawan kepada kawan2 saya.... 

Cantek blog kawan2 saya tu.. ada liplap2, ada gambar, ada byk iklan, dan mcm2 la... kalo dulu, jue la yg rajin mengajar nak masuk kan itu, nak masukkan ini, tp jue dah jauh dah...  ila lak sibuk, behtu laju je update blog dia.. ada je apa2 citer dia nak citer.. ada je kompetisyen yg dia menang... jeles akak, tp akak happy, dgn cara tu pun leh dpt duit kan ila, takyah la nak jual2 produk MLM .. hehehehehe...

Takpelah, tunggu saya rajin membelek mcm mana nak cantek kan blog nanti saya buatlah, nasib baik hb saya tak giler blog, kalo idak, mcm2 dah dia masukkan.. (ceh ceh ceh... )

Ila, nanti ada masa leh la tolong akak cantek kan blog akak ek... hihihihi.... :P



Jumaat, Oktober 14, 2011

Pantang jangan tak pantang...

Assalamualaikum...

Hari ni adalah hari ke-18 saya erpantang... sibuk menghitung hari, bila la nak abis pantang.. saya ni pantang makan... hehehe...


Sebenarnya utk bersalin kali ni, saya berurut pada hari ke 5 utk 3 hari berturut2 dgn seorg makcik dekat rumah mak ani (rumah pengasuh budak2).  Sedapnya makcik tu mengurut... nak minta 5 hari, makcik tu marah, katanya, mana ada org berurut pantang sampai 5-7 hari?? katanya leh tumpah darah... oooooo, manalah saya tau, saya ingatkan kalo lagi lama berurut lagi elok.   Makcik jah kata kalo nak berurut lepas pantang or sebelum habis pantang tu boleh la, tp utk urut bersalin, eloknya 3 hari je. Lepas tu disusuli dgn meneruskan bengkung dan bertungku.


Saya sangat rajin membengkung diri sendiri sebab bengkung moden yg saya beli, sangat la senang nak pakai, selesa dan begitu praktikal.  Berbaloi dgn duit yg saya laburkan utk membeli bengkung tu.. pada saya mmg la mahal bengkung tu yg saya beli beserta dgn krim sireh.  Krim sireh ni disapu pada perut sebelum berbengkung. Memula hb sapukan krim sireh ni, punyalah pijar perut ni, jgn kata perut saya, tangan dia pun pijar jugak.  Sebenarnya  kena letak sikit iaitu satu sapuan nipis lawan arah jam. Lepas dr tu mmg saya berhati2 utk sapukan krim sireh tu dgn sapuan nipis je... baru la perut rasa hangat yg bersesuaian dan sedap bila dibengkung.  Perut pun dah susut dan pinggang pun dah nampak skrg... saya berniat nak mulakan exercise sit up lepas 40 hari nanti secara perlahan2... 


Sit up ni mmg saya amalkan masa anak dara, xnak perut ni naik dan nak jaga penampilan.  Masa tu saya akan pastikan saya buat sit up 100 kali setiap kali sekali sehari.  Masa dah kawin ni, dah jarang sgt.. agak2 mcm ni, baru la teringat nak buat sit up.  Saya selesa kalo dapat pakai seluar jeans saiz 27-28.. up sikit dari pinggang dulu, dulu 26 .. huhuhu.. kalo dpt pakai 28 pun dah ok dah.  dan saya tak amalkan crash diet, sebab saya ni pemakan org nyer. Perut dan badan saya sendiri yg akan kontrol cara pemakanan saya (saya yg ckp camtu - bukan fakta). sebabnya, bila saya dah makan terlalu byk, satu signal akan keluar, contohnya, saya jadi tak lalu makan, perut saya meragam, cirit birit, tekak tak sedap.. adalah dalam 3 hari jadi mcm tu dan saya dah lali sgt dgn keadaan mcm tu, sebab tau itu signal dari badan saya mengatakan yg saya tidak mengamalkan cara pemakanan yg sihat.  Percaya atau tidak 2-3 hari tersebut, berat badan saya boleh turun 2-3 kg sebab  saya tak lalu nak makan... dan lagi satu, metabolisma saya mmg tinggi.  Apapun sebenarnya, saya suka makan benda berkhasiat, nak2 bila usia dah menginjak pertengahan 30an ni.. saya suka makan oat, roti, bijirin, buah2an dan sayur mesti ada bila makan nasi.  Saya akan balance kan cara pemakanan saya.  Dan tambahan, saya dan family minum Monavie, satu produk kesihatan yg sangat lah baik utk diamalkan pemakanannya....

Rumah ni tak de penimbang laa.. kena keluar untuk timbang berat badan.  

Pantang makan? Saya xmkn benda yg sejuk dan berangin. Org kata boleh makan, saya makan, org kata tak leh makan, saya cuba tahan utk tak makan dan cuba elakkan.  Saya jarang makan nasi masa berpantang ni. Saya byk minum air milo, oat, susu, horlicks dgn biskut dan roti.  Itu yg tekak saya lalu nak makan.  Jamu? sejak dari anak pertama sampai anak ke4, saya tak betah makan jamu.  Saya tak lalu nak makan jamu.  Penah masa anak ke 3 saya makan jamu, badan naik panas dan saya jatuh demam, sakit kepala, last2 saya buat mana yg saya fikir badan saya boleh terima.  Lepas saya sihat dan habis waktu pantang, saya cari makanan kesihatan utk cover balik mana yg saya tak dpt nak cover masa pantang.  Carilah jamu dan supplementary yg bersesuaian dgn badan.  Org kata kalo tak jaga skrg, nanti2 kemudian akan dtg efek... jadi saya pun tak nak la ada efek bila dah berusia, takpun sethn dua tahun lagi.  Kena lah berusaha utk diri sendiri, utk suami dan juga utk anak2... 







Sabtu, Oktober 08, 2011

Assalamualaikum dunia....

Assalamualaikum...

macam2 nak citer.. byk rasanya nak bercerita.. nak start dari mana ye? ok, kita start dari jumuan raya pejabat ketua pengarah... hehehe... 
Alhamdulillah, hari jumaat lepas, 23 Sept. 11, pejabat ketua pengarah buat majlis jamuan hari raya... syok nya.. mmg tak sabar bila dpt tahu berita pejabat KP nak buat jamuan raya, terbayang2 apa yg bakal disajikan nanti.  Tak tau la kenapa teruja sgt... mungkinkah???

Pada hari jadinya tu, mcm2 ada, nasi briyani, lemang, rendang lala, rendang daging, ketupat, satay, kuah kacang, kuih raya, biskut raya, kek dan bbrp menu, tp rasanya org2 kita ni mmg suka sgt kat satay... sekejapan je satay tu dah pun habis.  Nasib baik la kita tak baper dgn satay, jamah secucuk pun cukup.  Apa yg kita kejarkan hari tu ialah ketupat, kuah kacang dan juga rendang dan lemang.. sedapnya...! mmg puas makan.. sengkak perut rasanya.  Ni kisah hari jumaat...

Hari sabtu, kami pergi IKEA... nak beli rak utk brg baby... penat gak la berjalan, almaklumlah dah sarat dah.. ni pertengahan minggu ke 37... tak baper minggu or mungkin tak baper hari lagi tiba lah masanya... jeng jeng jeng...

Lama tak berjalan di IKEA, dpt la beli brg2 yg nak.. berhabis duit sikit tak pe, ada pun bendanya.. itupun targetnya... ok la tu kan.. lepas tu kami layan lak budak2 makan nasi ayam, dan kemudian ke IKANO, membeli buku di kedai buku POPULAR... nak gak cari novel sebuah dua... nak gak carikan budak2 buku.  Bab2 buku ni, kita mmg tak berkira, belilah buku yg bermanfaat, ibu tak kisah, ibu suka anak2 ibu baca buku mcm ibu.. hehehhe.. walaupun beli buku novel, buku cerita ke, or apa buku sekalipun... habis gak RM kat situ, tp tak pe...

Hari ahad, duduk rumah, sebab rasanya keperluan dah pun cukup dan dah pun penat berjalan semalam.  So, masak sup ayam dan sayur.. bersih rumah, basuh baju, kemas baju, gaduh dgn anak2... ermmm boringnya bila astro dah tak de... hb amik keputusan utk potong astro... cuba kita hidup tanpa astro, boleh ke idak.. rasanya boleh je... astro pun tayang ulang2.. behtu bila hujan tak dapat signal.. tp nanti ibu pantang ibu boring la tak dapat layan cerita.  Buat masa ni, ayah pasang arial, tp bukan semua channel jelas.. takpe2... ibu layan gadget ibu je nanti.. leh gak blogging and window shopping online... WINDOW SHOPPING je.. hihihi... 

Hari isnin seperti biasa, bermula la rutin seharian... kerja dan sekolah, ibu ayah keje, anak g sekolah... opis, sekolah bbysiter.. huhuhu.. dalam keadaan sarat mcm ni, rasanya semua benda malas nak buat... tp sebenarnya kalo g opis tu leh jadi satu terapi... bila kat opis, senyum je memanjang, leh jumpa kawan2, borak2, gosip2, gurau senda, tau perkembangan dunia... kalo kat rumah, gaduh dgn anak, gaduh dgn anak, itu tak betul ini tak betul.. aduhai... itu tak leh ini tak leh.. padahal yg tak betul tu, yg tak boleh tu ibu ler ...rimas agaknya budak2 bila asyik kena bebel je.. abih tu, dah ibu mcm tu kan... hormon mengandung kot.. tu pun ibu dah try lower down dan habis sabar dah tu... kadang budak2 buat salah pun, ibu cool je lagi, nak2 kalo ayah ada... ermmmm.... opis gak tpt lepas tension.  


Kebetulan bos tak de lak sepanjang minggu tu sebab g geneva, so, relaks sket.. eh, relaks byk.. 

Tapi kan awal pagi kan, dah rasa tak sedap badan.. kepala asyik pening memanjang... behtu asyik rasa nak kencing je... dlm pkl 9 mcm tu, cuba check kat bilik air, bila lap dgn tisu je, ada tanda darah... jeng jeng jeng... apakah??? ok, tak pe, relaksss.... bukan tak de pengalaman kan... hehehe... apapun hari tu rasa nak MC, nak g klinik utk check up dan rehat kat rumah.  Yg benar, semalaman tak dpt tido lena, sebab perut ni dah tak selesa waima mcm mana baring sekalipun.. takkan nak tido berdiri kot? 


Then, bagi tau kak sal kata nak balik n minta tlg cari pengganti di tpt kita... siap2 call en fauzi utk amik kita kat opis bila kita dah sedia nak balik. Pkl 10 kita kuar opis... then decide utk rehat dulu kat rumah, tgh hari sikit baru g klinik utk check up n minta MC.
Darah dah tak keluar dah, cuma ada tanda coklat yg agak byk kat seluar dalam... rasa sakit pun tak de lagi... 


Bila balik rumah, apa lagi, dpt bantal, qada' la tido utk yg semalaman tak dpt tido, kita tido, en. hb pun tido sekali, tp rasanya dia tido lebih lama dari kita tido.  Zohor, kita kejut dia.  Behtu kita cadang utk terus pegi Kohilal (plan nak bersalin di Kohilal) utk check up.. 

Jam tu pkl 3 lebih tiba di kohilal.  Bila beritahu ada tanda darah keluar, terus naik kat wad utk check bukaan, betul kah dah buka? Doktor Jamaliah (yg jadi doktor sambut bersalin nanti) dah balik, shift nyer sebelah pagi dari jam 9 hingga 2 ptg, tak perasan lah pulak kat kad tu ada tulis... so, yg check tu staff nurse.. xpe la, ok je.. 


Tgk2 jalan apa pun tak buka lagi... ooowwwh, sungguh suspens... behtu nak minta MC doktor shift belum sampai, dia sampai dalam pkl 5 ptg hingga 9 mlm, so tak dpt la amik MC, kalo nak MC gak, kena datang lagi kemudian.

En. hb menyarankan kita amik MC tu malam karang... 
Malam nya, kami pegi Kohilal tu balik .. aduih, jauh ler.. dari desa petaling ke ampang.. hujung nuuuunnn ke hujung niiiinnnn... tp nak wat mcm mana, mungkin rezeki bby di Kohilal.. 

Sampai kohilal, doktor pun buat check up, scan dan kita cerita apa yg dialami pagi.  Bila dah scan, doktor kata, kepala baru separuh, lagipun ni baru 37 minggu..oh ye, masa scan tu, besar baby ialah 2.5kg.. ermmmm, musykil gak, sebab baru seminggu lepas, scan berat bby dlm 2.9 mcm tu.. oooo, kecik bby ni.. ok la... minta2 tak besar mcm firas.. 

masih ada masa lagi... nak check bawah tak? kita kata tak yah la sebab dah check tadi, tanda2 nak bersalin pun tak de lagi... jadi dapat lah MC sehari.. minta dua hari doktor kata, kalo ada tanda or rasa tak sihat lagi, nanti leh minta MC utk esok.. ok lah doktor, dpt sehari utk hari ni pun jadi lah.. esok kita g opis la... lagi pun nak settle tanggung kerja dan tunjuk pada yg mengganti nanti dokumen2 dan fail2 penting kat opis tu nanti... adalah masa sket...

lepas check up, kita makan nasi lemak kat tmn melati.... lama dah tak makan kat situ... lepas makan, terus balik rumah.. nak rehat, sebab esok nak keje... 

malam tu, start pkl doblas mlm ada rasa sakit di perut... jeng jeng jeng... apakah? rasanya angin kot.. sebab tak jelas lagi rasa sakit masa tu..  dan lagi pun percaya doktor kata awal lagi dan tanda2 pun tak jelas dan tak de.

tapi kan... setgh jam setgh jam ada rasa sakit... so, dah start kira dah... kot la kan mmg tetiba je bby ni nak keluar.. jadi, dari jam doblas sampai ke pkl 4 tu, mcm dah confirm ni adalah tanda resa nak bersalin. sebab semakin dekat rasa sakit nya.. dan Allah saja yg tau sakitnya macam mana.. pogie lak tak lena tido asyik bertanya nak ke kohilal ke? kita lak selagi leh tahan kita tahan.. cuma bbrp kali masuk air utk buang air kecik dan rasa sakit perut utk buang air besar.. cirit sikit la..

kat pkl lima lebih, mmg rasa tak tahan sangat n minta pogie standby... memandangkan budak2 semua tgh tido dan masa masih awal, dan leceh lak nak bawa ramai2 dlm kete, kebetulan pogie lak bawa kete kancil balik, maka pogie putuskan utk bawa firas je, hadid n ariq, kami tinggal pesan, kata, ayah nak bawa ibu pegi hospital, nanti ayah balik... ntah la, dgr ke tak dgr ke, faham ke tak faham ke... kami tinggal kan budak berdua kat rumah.

dalam perjalanan tu, sakit nyer semakin kerap, kita genggam kerusi sekuat hati... minta2 tak de apa2 dan dipermudahkan proses bersalin ni sekiranya dah tiba masa.... bby, tolong la ibu ye.. masa kat rumah tadi, sempat minum air zamzam dan juga kurma nabi, minta doa pada Allah Taala permudahkan segala urusan.  Dalam kereta, tak henti2 selawat atas nabi... mmg tak berckp langsung...

Tiba di kohilal, kita dibawa terus ke bilik bersalin, apa bila check, staff nurse tu kata, dah boleh terus teran dah.. nape dtg lambat sgt..takut nanti tak sempat apa, terus terberanak... kita pun citer ler yg pagi tadi tak de langsung sakit bersalin, ingatkan sakit perut biasa je.  diorg pun kelam kabut la call dr jamaliah... stgh jam jugaklah doktor tu nak sampai ke hospital, awal pagi subuh sepi lak tu..  so, SN kata, kalo rasa nak terberak or nak meneran, teran je la,kita try sambut, agak2 kalo leh tahan sampai dr datang, tahan la.. Alhamdulillah, doktor datang awal... so, tiba lah masa nyer, meneran sampai 3 kali barulah baby keluar... tu pun tersangkut tali pusat kat leher, sebab baby lama tak bagi resa nak meneran, tu pun SN tolong urut2 perut... mudah nya bersalin kali ni sebab tak yah tunggu lama dan doktor pun relaks je... berat baby??? 3.45kg... hahahaha.. padahal masa scan tu 2.5kg... hihihihi...

Syukur Alhamdulillah... nama baby? pogie tak kasi tau lagi.. dia kata nanti bila dah daftar baru leh war2 kan nama tu... 




first picture AFI

LITTLE BROTHER

AFI ADNIN BIN MOHD FAUZI


Sememangnya kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala yg memberi kemudahahan sewaktu bersalin kali ni. Syukur Alhamdulillah.... 

Nanti kita sambung cerita lagi pasal dlm wad... bby dah pun nangis minta di susu w/pun sebenarnya dah dua kali benti menaip utk kasi susu kat bby.  Alhamdulillah, utk bby ni pun sama gak, susu byk keluar spt waktu2 abg2 nya.  Azam kita, kita nak kasi fully breast feed pada bby sehingga bila2 sehingga habis kering susu kat badan... AMIN...

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...