Jumaat, Disember 30, 2011

Cameron oh Cameron!

Assalamualaikum wbt.

Sudah pun sampai ke penghujung tahun 2011.  Saya bukannya apa, menunggu hujung tahun ni umpama satu keseronokan di dalam hati kerana yang pasti, saya telah merancang aktiviti bersama keluarga tersayang.  Kami akan ke Cameron Highland dan bermalam di sana sehari semalam.  Ok la tu kan... saja menyesakkan diri di tempat yg dah pasti sesak nak2 di musim cuti sekolah, cuti krismas dan cuti hujung tahun. Baru lah dapat menikmati suasana CUTI yg sebenar. 

Sebenarnya cadangan awal kami (saya sekeluarga, teh & family, mak abah, k linda & anak2, adik n family) nak ke Lumut atau pangkor.  Tapi memandangkan kebanyakan homestay telah penuh maka kami pun beralih arah dan menimbangkan keinginan mak yg nak ke cameron highland.  Alhamdulillah, kami dapat pun menempah 2 apartment 3 bilik di Desa Anthurium, Tanah Rata Cameron Highland.  Harga untuk peak season ialah RM350, dan pada saya sangat lah berbaloi.  Kami akan naik Cameron pada 24 Disember 2011.  Giler ke tak giler... hahahaha, nape saya kata giler? sebab sah2 time tu org tengah bersesak kat sana. Tapi kami tak peduli, kami nak naik juga dan kami telah sedia fizikal and mental utk hadapi jem di sana.

Seperti sebelumnya, kami akan bawa bekal makanan.  Masak nasi, bawa lauk sikit dan bawa kuali, pinggan dan cawan polisterin.  Kami tau makanan kat sana agak mahal dan kadang tak sedap sangat dan memandangkan jumlah keluarga kami yg agak besar, susah lah kot nak dpt tempat di kedai2 makan.  Kami tak makan kat hotel2.. huhu... kalo makan kat hotel, tentu tak de masalah.  Small problem la tu.

Yg mengikut hari tu ialah saya & family, mak abah, teh & family, k linda n anak2.  Seronot sungguh anak2 bila jumpa sepupu sepapat mereka! meriah! tu pun baru 9 dpd mereka yg berjumpa.  Kalo tidak, lagi laaaa riuh rendah.

Kami naik cameron ikut Simpang Pulai.  Ini adalah kali pertama saya naik ikut simpang pulai. Sebelum ni selalu ikut tapah.  Jalan naik tak banyak kereta. Jam 9 kami gerak dari KL dan tiba di Simpang Pulai dalam jam 12 lebih.  Bila dah sampai kat Ringlet mmg kereta banyak sangat. Situ pun dah start jem.  kami sampai kat Apartment Desa Anthurium jam 2.30 ptg.  Cuaca, redup dan mendung dan SEJUK!.  Wah! bestnya sesekali dapat merasa cuaca sebenar di Cameron.  Kami berdoa agar percutian kami tidak basah utk dua hari tersebut dan Alhamdulillah, hanya hujan embun saja. 

Petang tu kami ke Bharat Tea, lepak sekejap situ dan abah sempat jumpa kawan dia yg tinggal kat cameron.  Lepas tu kami ke Pasar Malam di Brinchang dan kemudian saya mengajak ke town tanah rata.  jangan tak jejak saya bgtau mak.. hehehe...

Keesokan harinya kami ke pasar di Brinchang.. perrrhhhh sungguh ramai org waktu tu... nasib baik dapat parking.  Punyalah saya memborong membeli strawberi, buah2an dan sayur2an, berhabis duit gak la kat situ, tp mmg niat saya untuk berbelanja apa yang boleh. Itu pun kebanyakannya pesanan kawan dan nak memberi serba sedikit mana yg dapat kepada kawan2 office dan mak ani sekeluarga. 

Kami turun dari Cameron jam 2 lebih ikut arah Kuala Lipis/Bentong.  Ikut jalan baru.  Firas berapa kali muntah dan 3 kali kami berhenti.  Abah lak belanja kami makan di Restoran muallaf di Bentong.  Memang sedap makan kat situ.  Satu sebab lapar, dua sebab mmg SEDAP! 

Kami sampai KL dalam jam 8 malam. Memang sungguh padat aktiviti dua hari semalam kami di cameron. Mari nikmati gambar2 yg diambil semasa kami di cameron...




 Kak Linda dan anak2 juga join sekali

 ibu dan afi... sejukkan afi!

 Bonda ku tersayang..

Haziq dan ayah

 Penat dah jelajah kebuh teh..

 Berehat seketika...

 Mari kita minum2....

 Ini teh special.. ada daun pudina..

 Atok belikan afi topi warna PINK!
tq atok!
 Amboi, romantiss!!

 Gambar ni diambil masa nak menikmati suasana sejuk selepas subuh.
Mmg nampak SEJUK, kan?!

 Sejukkkk...

Antara muka2 yg sanggup bangun pagi keluar menjengah kesejukan selepas subuh...
 heheh.. pakteh rajin layan anak2 buahnya..


Wah! gambar sefamily di ladang teh... afi lak mengamuk!

Ini lah restoran kawan abah itu...
Restoran Mualaf di Bentong.. SEDAP!

Isnin, Disember 19, 2011

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas adalah minggu yg agak 'riuh' jugak.  Riuh mcm mana? Riuh dgn cuti, riuh dgn gaji + Bonus (gov) + bonus (bos kasi)... mungkin sebab saya PA, saya nampak lah keriuhan pengurusan atasan utk memberikan bonus mengikut prestasi pada pegawai2 MyIPO.  Saya? saya hanya redha berapa pun saya dapat.  Dapat pun dah cukup mengembirakan hati saya. 

Dan tambahan pula, MyIPO akan memberikan bantuan kewangan kepada pegawai2 yg bergaji RM2500 basic bagi persekolahan anak2; dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5; dan saya antara yg akan menerima bantuan tersebut.  Syukur sekali lagi.  Maha Suci Allah memberikan rezeki kepada hamba yang dikehendakiNya.  Rezeki saya tahun ni cukup murah. Dan kawan2, bila rezeki murah, jangan la kita kedekut terutamanya dgn anak2.  Hemat saya, kita menumpang rezeki anak2.  Jadi, keutamaan kita apabila mendapat rezeki adalah kepada anak2.  Kesian mereka, dah la ibu ayah bekerja, kurang masa bersama anak2, hiburkanlah hati anak2 kita dengan perkara yg mengembirakan mereka, bukan mengembirakan hati kita je... Besar pahalanya itu.  Dah mmg jadi tanggungjawab kita pun untuk memberikan anak2 yg terbaik. 

Marilah kita bersyukur sentiasa, sama ada diwaktu 'ada', mahupun diwaktu 'tiada'.  Kerana sesungguhnya, Allah Taala Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

Selasa, Disember 13, 2011

Rumah Idaman...

Assalamualaikum...

Saya sungguh teruja dan sangat kagum dgn salah sebuah rumah kawan suami saya (kak Rieta) semasa kami beraya dirumahnya.

Saya mengidamkan rumah seperti rumah kak rieta... bestnyer!!

Antara gambar2 yg hb saya ambil di rumah kak Rieta (hanya 20% dpd rumah tersebut).

 Ini adalah sebahagian dpd sudut rumah utk tetamu spt kami. 
Tapi ini pun dah cukup cantek dah.

 Kolam ikan, pergola.. sungguh nyaman..

nampak tak pintu kaca dibelakang tu?

 Inilah bilik disebalik pintu kaca tu...


 Antara perhiasan .. KATAK?!

  



 Salah satu sudut santai..

 Kak Rieta dan Firas..

Adik ambil kesempatan bergambar..

 Rumah ni adalah dimiliki oleh auntie berbaju biru itu (mama pada kak Rieta).
Auntie is a nice person dan murah hati menunjukkan kami sekeliling rumahnya.



Apa yang anda tak lihat di sini antaranya yang saya dpt jenguk ialah, ruang dapur luar yg luas, pelbagai jenis pokok bunga; ruang bilik air luar (sungguh cantek -mcm spa ala konsep bali); ruang santai diluar selain dr dlm gambar ni. dan banyak lagi.  Segan nak lebih2 kat rumah auntie tu.. kena jaga gak tatasusila biarpun anak2 begitu teruja meneroka keliling rumah.

Auntie bagitau kami, semua hiasan tersebut dia buat sendiri.

Thank you to auntie yg telah membawa kami 'tour' rumahnya yg sungguh besar dan berkongsi cerita pasal binaan taman dan hiasan rumahnya yg cantek dan menjadikan saya berazam utk mendptkan rumah spt itu. 

Fraser's Hill

Assalamualaikum wbt.

Korang penah pegi fraser's Hill?  First time saya ke sana, last year rasanya.  Kami pegi gamble je.  Hb yg bagi cadangan utk pegi sana hari tu.  So, saya pun pack sikit barang especially baju budak2, saya pun tak bawa baju, cuma bawa baju kecik dan plan nak beli baju kat bukit fraser tu nanti.  En. Hb pun saya bekalkan dgn sehelai baju.  Lain dpd tu, saya bawa susu firas.  Itu je.

Sepanjang perjalanan ke sana, kiri kanan jalan penuh dgn pokok2 dan suasana nyaman je.  Dari kuala kubu baru, ambil masa 40 minit juga kot utk sampai ke atas. 

Ni gambar2 yg diabadikan semasa kami first time disana.



 Ni kat tasik, boleh main paddle... murah je, RM8 kot satu paddle..

 Firas pun nak naik gak, ikutkan dia tak leh naik sebab tak ckp tinggi, tp brother yg jaga tu baik hati, kasi gak naik 5 min,  minta main tepi2 je, tak leh bawa ke tgh.

 Boleh bagi ikan makan, byk sangat ikan, air pun jernih.  Beli dedak RM2.


 Jom Naik kuda!!

 Haha! tak gayat pun... rasa teruja.. kalo la dia lepaskan je kuda tu, dpt la saya menungga sepuas2nya.. (CEKONON!!!)

 Hadid!


 Mengabdikan sebagai kenangan.




 Rupa2nya, kedai mak kawan saya ada di sini!
Gembira tak terkata dpt jumpa Lin kat situ.

Kali kedua saya pergi dgn family saya.  Kami sewa 2 buah apartment.  Seronotnya menghabiskan masa bersama family.

Fraser's Hill adalah tempat utk kita relaks dan tenang2 saja.  Suasananya sungguh nyaman dan jauh dari kebisingan.  Kalau malam, agak sejuk walaupun tak sesejuk cameron highland.  Agak2 kalo nak bawa diri, paling dekat anda boleh pergi, pergi lah Fraser's Hill. Anda mungkin bertemu kedamaian di sana.

Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum...

Hari ni Afi berusia 78 hari, lebih kurang 2 1/2 bulan. 

Kami dah buat majlis kesyukuran pada 13 November lalu di rumah mak di JB. 13 November tu juga adalah harijadi Hadid Muhammad yg ke 9 tahun.  Dah besar dah anak teruna saya.  Kami merancang utk sunatkan si hadid ni tahun depan, insya Allah.

Ni ada gambar bersempena majlis kesyukuran Afi Adnin kat JB. 


Yang pegang Afi ni, Mak Ani, Pengasuh anak2 saya yang sudi datang dari KL ke JB menghadiri majlis ni merangkap berjalan2 di sekitar Johor.


Afi Adnin



 Mak Teh yg pegang Afi, ibu menyibukkan diri dlm bilik (pemalu la kononnya).. hehe


 Makan time!


 Meriah nyer!

Lauk pauk ...

 Wah, hadid potong kek! Sukanya dia dpt kek ada strawberi sebiji.

Mak Teh la rajin melayan anak2 buahnya...

 Hadid sedang menikmati kek.. kusyuk sekali. 
Sedap betul kek tu kan hadid!


 dari kiri : kak linda (kakak ipar), adik, nor (makteh), and me!

 My family!

Kak linda and anak2 banyak menolong! tq!

Ha! meriah kan! Alhamdulillah... sesekali kumpul adik beradik, mmg menyeronotkan... macam2 kita leh berkongsi cerita dan bergelak ketawa.  Saya pasti menanti utk berkumpul sama2 mereka yg saya sayang! Love u all!



Rabu, Disember 07, 2011

Musim ommbaakkkk rinddduuuuu....

Assalamualaikum wbt.

Waaahhh! Lamanya tak update blog nih... sibuk bebenor la cekononnya ye... Haha!  Sebenarnya sibuk la jugak kot, tu yg tak berblog tu.  Tapi apa yang saya perasan, kalo nak berblog ni kena ada mood juga ek?  Macam FB gak la, kena ada mood nak update status, kalo tidak, tak tau nak tulis apa.  Jadi dari buang masa pk nak tulis apa, baik tak yah tulis apa2.  Saya bukan macam ila yg rajin bebenor update blog dia.  Lagi la pulak saya dah masuk keje balik selepas dua bulan berpantang. 

Cerita pasal agenda saya yang saya buat sebelum saya naik keje, ermmmm mungkin 50% je kot yg dpt saya buat.  Antaranya, buat stok susu (kemestian), pergi shopping (sikit la), keluar jalan2, cuci mata, kemas rumah (sikit2).  Yang lain saya tak dapat buat sangat.  Sebab apa, saya pun tak tau.  

Hihi, nampak tak layout blog baru saya nih? hihihi.. cantek tak? comei tak? pada saya, saya suka.  Saya akan tambah gadget baru nanti.  Nak kena touch up sikit2.  biar nampak lagi idup.  Hahahaha, padahal up date blog seminggu sekali pun kadang payah. Tapi tak pe, ini blog saya... dan baru ni saya ada beli camera, tp belum dpt memanfaatkannya lagi.  Nanti senanglah, saya amik gambar dan terus upload dlm blog.  Sekarang ni blog saya kosong je, takde gambar apa pun kan... huhu.  jeles tgk ila yg byk gambar, ada je gambar yg dia amik dan uploadkan.  Tak pe ila, nanti akak try jadi serajin ila.. hihi..

Cuti saya berbaki 2 hari lagi.  Rasanya saya akan cuba kekalkan cuti 2 hari itu dan bawa ke tahun depan.  Saya rancang nak cuti awal tahun, ariq akan masuk darjah satu tahun depan.  Walau pun dia sama sekolah dengan hadid, tp saya nak gak merasa pegi sekolah menyibukkan diri tengok ariq kat kelas macam mak bapak yg lain.  Tapi saya tak tau sama ada ibu bapa masih dibenarkan menunggu anak2 darjah satu di sekolah. Rasanya, sekolah tak mengizinkan ibu bapa buat macam tu sebab nak mengajar anak berdikari dan pihak pengurusan sekolah akan handle budak2 baru ni.  Tak pe, saya cuti sesaja pun ok gak kan. 

Oh ye, sekarang ni musim movie "OMBAK RINDU", adaptasi dari novel Fauziah Ashaari.  Rata2 kawan yang menonton movie tu katanya best giler sampai menitik air mata.  Macam tu gak member2 kaum adam, ada yg membuat pengakuan ikhlas yg diorg pun menangis tgk citer tu.  Saya dah baca novel tu dan rasanya novel tu ada dalam koleksi novel2 saya yg menimbun kat rumah.  Cumanya bila cari hari ni, saya tak jumpa.  Ntah2 saya pinjam novel tu kat library kot.  Saya ada bbrp novel Fauziah Ashaari.  Mmg beliau jarang2 berkarya, mungkin setahun tak sekali (yg saya perasan) tapi sekali beliau keluarkan novel, mmg meletop.  Saya ada bbrp koleksi novel beliau ni, dan citernya mmg sedap2 belaka.  Saya tak de rasa lagi nak menonton Ombak Rindu ni.  Sebab en. suami tak baper suka tgk citer melayu kat pawagam.  Tak pe lah, saya pun tak gaduh pun.  Saya nak buat sinopsis Ombak Rindu kat sini pun saya lupa jalan ceritanya, nampak benar dah lama sangat saya baca novel tu.  Apapun, saya percaya, cerita tu mmg mantop dgn lakonan Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.  Pasti tangkap leleh!

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...