Khamis, Februari 02, 2012

JOM ke GENTING!

Assalamualaikum wbt.

Macam mana leh terpikir nak gi genting? Tak tau la.. sebab rasanya mmg kalo leh tak nak g genting tu. Tapi hari tu teringin nak bawa anak2 menikmati cuti ke taman tema sebelum diorg naik sekolah.  So, final week sebelum diorg naik sekolah, kami bawa la diorg naik genting.

That day if I am not mistaken, hari sabtu, 7 hb. Januari.  Kami sampai di Genting sebelum jam 12 tgh hari.  Memang banyak kereta yang naik ke genting, lagi pun hari sabtu, kan, tidak syak lagi kami perlu berebut parking di atas sana.  Cuaca masa tu, ok dan mendung.  Kami jangkakan akan hujan sama ada petang atau pun malam tu. Kami beli tiket pakej utk family - 2 dewasa dan 2 kanak untuk indoor dan outdoor game berharga RM200. 

Budak2 teruja la tgk byk permainan, boat dan pedal di tasik, roller coaster, dan mcm2 la yg saya tak ingat namanya. Meh kita tgk gambar2 yg diambil kat genting highland tu.


 Sapa berani naik benda nih? Aku tak berani laaa...

 Jom beratur...

 Saya naik dgn ariq, firas n afi.

 Ayah naik dgn hadid.

















 Hadid naik sorg je, ariq tak dpt naik sebab tak lepas ketinggian.

Sampai dah hajat hadid nak naik benda nih. 
Ok hadid, ibu akui keberanian hadid. kihkihkih..

Malam tu cuaca sejuk sangat dan hujan.  Kabus kat luar mmg tebal. Kami balik dlm jam 9 mlm.  En. hb memandu dgn keadaan berhati2 sebab kabus yg tebal.  Kami dpt rasa angin sejuk Genting Highland kala tu.  Bestnyerrr sejuk... rasa macam sesubuh hari kat Cameron Highland pulak.

Ada yg kami tak amik gambar.  Rasanya tak baper memuaskan hati sebab ada bbrp tpt kami tak dpt main, antaranya, pedal di tasik, roller coaster ditutup (kat luar tu), byk permainan yg ditutup sebab penyelenggaraan.  Dan kami dpt tahu mulai 15 Januari 2012 harga tiket akan dinaikkan.  Harap2 bila harga tiket naik, perkhidmatan pun ok dan permainan semua berfungsi dgn baik.  Baru la berbaloi2.


Cuti-Cuti Raya Cina

Assalamualaikum wbt.

Seperti kita pun telah maklum, awal tahun 2012 ni mmg banyak dibekalkan dgn cuti umum.  Antaranya sambutan hari raya cina (CNY).  Dapat pulak cuti berderet 4 hari, sebab CNY jatuh hari isnin dan selasa, maka dah sah2 sabtu ahad tu kita cuti hujung minggu, so dapat la 4 hari cuti.  Jadi, ke manakah kita?

Sebenarnya saya tak de niat pun nak ke mana2 cuti 4 hari tu walaupun ada rasa nak bermalam utk semalam dimana2 tp sebenarnya perasaan tu tak de la serius.  Macam dah puas pulak bercuti sebelum tu.  Lagi pun en hb kena keje hari sabtu tu.  Jadinya hari sabtu tu saya buat keje2 rutin di rumah.  Ada usulkan cadangan pada en. hb utk berjalan ke Lumut, Perak.  Tapi tak dipersetujui.  Akhirnya, hari ahad tu, en. hb bawa kami meronda KL.  Hahaha... pelik tak? Kami yg dah bertahun2 duduk KL, diajaknya ronda KL. First tempat dituju - Dataran Merdeka! Adoyai... tak pe lah, saya layankan juga sebab tak nak jejas mood berjalan hari itu.  Tourist sibuk bergambar, kami pun menyibuk gak nak bergambar.  Hehehehe...

Ramai dah anak2 saya ye... kihkih..

 
Punyalah lama nak menunggu turn semata-mata nak bergambar kat benda nih..
Sib baik saya pun tak bergolek kat dlm tu..

Tempat tuju seterusnya ialah ke Menara Kuala Lumpur!! Suka lah budak2... mak bapak nyer pun leh tahan excited.  Pertama kali saya ke sini, tak silap saya tahun 1996.  Lepas tu tak teringin pun nak ke KL Tower lagi.  Sebab tak de benda sangat.  So, kali ni bawa anak2, terujalah mereka.  Dah tambah satu pengalaman dalam hidup, pergi ke menara antara tertinggi di Dunia... ok la tu kan.

Saya amik pakej naik menara dan 'Pengembaraan XD' - ala2 panggung wayang tapi kita mcm dpt rasa perjalanan pengembaraan tu (kerusi bergerak, pakai cermin mata 3D dan ada efek bunyi dan angin sekali).  Macam best la kan.  Harga pakej tu adalah RM120(2dewasa dan 2kanak); RM35/dewasa dan RM25/kanak2.


 Nampak panjang, tp kejap je beratur nih. 
Rasanya hari yg kami pergi ni tak ramai orang pun.

 Kat sini lah panggung XD.
Pening kepala masuk panggung ni...
Tapi masa ni belum beli tiket lagi.. Baru Usha2..

 Gambar naik lift pun ada.. hehe..

 Antara pemandangan dari atas Menara Kuala Lumpur...
Saujana mata memandang..

 Benda yg budak2 tu pakai adalah utk beri penerangan
tentang Menara Kuala Lumpur


 Dipaparkan juga menara2 tertinggi di dunia kat cermin2 tu..
(yg hadid sandar tu)

 Afi dan Ibu..

 Kena tengok, tak tgk rugi, dah bayar mahal.. hehe..

 Angin firas tak baper baik. Nak bergayut kat ibu lak..


hahaha.. ini tv kat luar yg paparkan pelawat sedang mencuba XD ni.
(aku ler tu.. dgn ariq n firas - firas atas riba)

Adoyai, mentang2 la saya bawa kanak2 masuk, diaorg kasi filem kartun la pulak... ingatkan dpt naik roller coaster ke.. tercabar la sikit.  Pening kepala laaa.. rasanya 5 minit ada kot.  Secara jujur nya tak berapa best... huhu..

Lepas naik benda tu semua, kami pun beredar.. masa tu telah masuk solat zohor bagi wilayah persekutuan.  Kami pun balik rumah selepas makan.

Ok, keesokan harinya, hari isnin, kita ke Sunway Pyramid di Bandar Sunway.  Lama tak masuk Sunway Pyramid nih. 

Meh tgk.. kita gembirakan hati budak2 nih.




 Firas naik kete api.  Kaya firas hari tu sebab naik sensorg..

 Ariq n hadid main bumper car.


 Anak2 menunggu ibu membeli seluar.


Lepas dpd Sunway Pyramid, kami pun balik rumah.  Ok anak2... nanti kita jalan lagi ye. Itu la dia.  Tak pegi jauh dapat jalan dekat2 pun jadi la kan.  Yang penting, anak2 happy, kita pun happy tgk anak2 happy.

Berpiknik di Lubuk Manggis...

Assalamualaikum wbt...

Korang mesti penah pergi piknik kan? Sekali seumur hidup mesti penah pegi... Kitorg dulu rajin gi piknik - merangkap memancing sekali.  Tapi akhir tahun lepas, kami ada berpiknik di Lubuk Manggis.  U all tau lubuk manggis kat mana? Kat Hulu Langat.  First time g sana dgn pakteh & family.
Ni dah kali yg ke 3 atau ke 4 rasanya.

Best la tempat dia.. Sungai nye dan yg sama pentingnya - tpt melepak.  Hari yg kami pegi tu kami sewa chalet kecik, RM45 sehari, yg ada bilik.  Besar pun besar, sesuai la dgn kami yg 6 beranak ni. Nak tukar baju, nak sembahyang, nak bergolek boleh la kat dlm bilik.  Bersih pun bersih.  Kami pergi dalam jam 11 lebih. Saya bawa bekal nasi lemak yg dimasak sendiri dan bubur kacang hijau berdurian... perrhhh.. sedap dpt cecah dgn roti.  Bawa tikar, bantal dan baju.
  
Alhamdulillah, cuaca masa tu sangat baik.  Puas la budak2 ni mandi manda. Saya tak mandi la.. Ada anak kecik ni leceh la nak masuk air.  Tak teruja pun nak masuk air.  Malas nak salin baju.  Biar la diorg yg main air.   Kitorg lama gak lepak kat situ, pkl 4 lebih kami gerak balik.

Meh tgk gambar2 kami berpiknik di lubuk manggis.














Khamis, Januari 26, 2012

Kalendar & Diari 2012

Assalamualaikum wbt.

Ada yang belum dpt diary atau kalender? Akhir tahun lepas, saya menjajau cari kalender n diary, masa tu dah pun masuk minggu pertama tahun 2012.  Ingatkan myipo akan distribute diary & calender end of disember, tp ... mmmmmm... nampak nye minggu pertama pun tak dpt, saya pun g la beli kat MPH sendiri, satu utk bos, satu saya punya.

Bila dah ada diary baru ni, saya tanda dulu mana yg cuti umum dlm diari tu walaupun mmg ada tertulis cuti2 umum malaysia, tp saya tambahkan dgn highlighter.. hahaha, biar terang lagi bersuluh!  Dan selalunya, kat planner 2012 tu, saya akan tanda kan cuti2 yg bakal saya rancang nak amik.  Dari bulan satu sampai bulan doblas, saya dah pun menyusun cuti2 saya yg ada 17 ari je.  17 ari je???? apasal sikit sangat?? sebab saya ni org penting kat myipo dan gaji sikit, maka dpt sikit je cuti... leh gitu?? tak pe lah, dah diorg kasi 17 hari kita amik dan gunakan sebaik2nya.  Yang penting saya tgk, cuti time nak raya.  Tahun ni kena amik 3 hari cuti, baru lah dpt sederet seminggu cuti raya.  Rumah mak saya dgn mentua bukannya dekat sebelah menyebelah, jadi mmg kena amik cuti seminggu paling2 pun utk setiap kali raya. 

Awal tahun ni je, byk cuti umum yg kita akan nikmati.  Januari, kita dapat cuti awal tahun - 1 Januari, dan kemudian kita dapat cuti sempena Tahun Baru Cina pada 23 & 24 Januari 2012.  Syiok cuti CNY ni, sebab ianya jatuh hari isnin dan selasa, automatik kita dpt 4 hari cuti berderet.  Kami tak ke mana2 pun cuti CNY baru2 ni.  Malas nak keluar pun ye, pogie lak kena keje hari sabtu.  Nasib baik tak keluar daerah sebab dgrnya jln jem keluar dpd KL ni hari sabtu minggu tersebut.  Macam raya puasa pulak.  Itu tandanya, mmg rakyat Malaysia memanfaatkan cuti2 yg diberikan oleh kerajaan... memasing sibuk berjalan sana sini, kenduri sana sini, beraya sana sini.

Selepas ni, akan ada cuti Hari Wilayah, 1 Februari 2012 jatuh hari rabu.  Ok la tu.. behtu akan ada cuti Maulud Nabi yg jatuh hari ahad pada 4 Februari dan akan dapat cuti gantian hari Isnin bersambung lak dgn cuti Thaipusam pada 6 Februari 2012.  So, dapat 4 hari lagi cuti direct minggu tu - sabtu ahad isnin dan selasa.  Ha!! ke mana kita??? belum ada rancangan lagi.

Lepas dpd cuti2 tersebut diatas, kita dah tak de cuti umum lagi sehingga la bulan Mei (Kawasan Wilayah Persekutuan).  Maka bekerja lah kita sebaik2 nya pada hari bekerja.  Kalo kerja bagus, dedikasi, rezeki yg dapat pun berkat, Insya Allah.

Untuk tahun ni, saya tidak merancang untuk cuti ke mana-mana.  Tidak ke Langkawi, tidak ke Kelantan or Terengganu, tidak ke Pulau2... mungkin tahun ni saya tumpukan perhatian kepada kerja part time saya - heheheh.... nanti saya akan ceritakan berkenaan kerja part time saya pada entry2 yg akan datang, insya Allah.

Sabtu, Januari 07, 2012

Selamat Tinggal 2011 & Selamat Datang 2012

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah.  Tahun 2012 menjengah sudah.  Tahun 2011 ditinggal pergi.  Banyak kenangan, pahit manis tahun 2011.  Tahun 2011 juga kami dikurniakan cahaya mata, Afi Adnin yg kini dah pun berusia 3 bulan.  Doa dipanjat agar keluarga kami bertambah meriah, harmoni, erat kasih sayang, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dariNya untuk menjadi insan soleh dan solehah.

Ramai org bercerita pasal azam, asal tahun baru je, sibuk dgn azam.  Saya ada azam??? Tak payah la nak sebut2 pasal azam sesangat, yg penting, penghijrahan daripada baik kepada yang lebih baik.  tak kiralah dari sudut apa, kerjaya ke, kewangan ke, kemajuan pendidikan anak2 ke, ekonomi ke, politik ke, apa2 jelah, biar lah semuanya dapat tingkat kemajuan kearah yang lebih positif dan maju.  Bersikap lebih optimis!

Kami di mana tahun baru?? hahahahaha! tak sangka tahun ni kami dapat meraikan tahun baru bersama keluarga adik pogie, Pawi, wani, khayra (doter) & hadif (son) dan bby dalam perut wani berusia 6 bulan. 

Tepat pada jam 12 tgh malam, kami di tgh2 flyover di tgh bandaraya Kuala lumpur menyaksikan bunga api dari tiga tempat; KLCC, KL Tower dan Dataran Merdeka.  Cantek sungguh pemandangan permainan bunga api mlm tu.  Gambar? Nanti saya upload untuk tatapan anda semua... :)

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...