Isnin, September 10, 2012

kisah jimat cermat dan rumah

Assalamualaikum …..

Jangan pelik ye… kalau u all semua kemas rumah nak sambut raya puasa, kami kemas rumah selepas sambut raya, tp masih dlm bulan syawal lagi. FYI, kami tak belanja byk utk raya tahun ni.. dah efek nye sungguh best! Sebabnya kami dapat berjimat dgn begitu byk sekali dan dapat bertabung. 

Kisahnya, tahun ni saya tak teruja sangat nak beraya.  Saya pun tak tahu kenapa, mood shopping raya tak datang2, dan mood nak beraya pun langsung tak de.  Dan saya dah nekad taknak beli kuih raya dan akhirnya saya beli 2 jenis kuih raya (dgn niat nak tolong member) dan beli keropok dan kekacang je dan jumlah belian lebih kurang RM100 je.  Kuih raya saya ada buat sejenis.. hehehe.. ok la tu.. siap beli oven lagi ko…. Suka suka dan suka!!

Baju budak2?? Ok, bila saya mengemas almari budak2, utk menyisihkan mana yg dah takleh pakai – baju dipakai sampai lunyai almaklumlah budak lelaki kan.. lasak nyer habis kepala lutut berlubang, baju koyak, butang hilang tercabut dan baju berbulu, semua diketepikan dan diasingkan.  Mana yg elok yg hadid tak muat, ariq leh pakai dan yg mana ariq xleh pakai firas boleh pakai. Ok la tu kan… hikmahnya allah taala bagi anak2 saya hero belaka.  Hihihi… serupalah dgn baju raya budak2 ni… ariq boleh pakai hadid punya, firas boleh pakai ariq punya – ada sehelai dua, dan firas pun blh pakai firas punya juga yg thn lepas yg tak berapa kali pakai dan masih elok lagi. 2 thn lepas kami ada beli baju melayu utk hadid dgn ariq di ampang park kerana berkenankan corak baju tu, disimpan sebab baju tu besar utk dipakai waktu tu.. dan akhirnya, thn ni baju melayu tu telah boleh dirasmikan oleh hadid utk dijadikan baju raya.  Saya hanya beli baju casual utk budak2, setiap seorg 2 pasang.  Of course hadid kena beli lebih sikit seba dia yg tua dan dah panjang tonjang dah.. hehehe.. settle problem bila anak2 tak byk kerenah pakai baju sedia ada.

Saya? Saya ada pegi hantar kain utk tempah baju pada akhir bulan 3 sebanyak 6 pasang.  Asalnya kain tu dibeli dalam tempoh 2 thn utk dihantar ke tailor, tp saya tak tahu nak hantar tailor mana.. dan akhirnya kawan rekemen hantar kat area rumah dia yg agak dekat dgn rumah saya.  Ha ko, amik 6 pasang sekali – baju kurung utk keje je sebenarnya. Kain biasa2 je… tak de yg luar biasa pun.  Dan bila saya amik kain yg dah siap tu 3 bulan lebih selepas dihantar iaitu pada bulan julai (bln puasa) maka saya pun buat la ala2 baju raya…. Hehehe.. selesai masalah cuma kena cari tudung je.  Dan dalam gobok saya pun ada bbrp baju yg tak sempat dipakai lagi dan hanya pakai satu dua kali je dan masih elok utk dibuat pakai utk raya.  Org kata jgn sampai tak de...

Utk pogie lak, dia tak kisah, dia pakai je baju melayu dia yg sedia ada…  dan tak heran pun sebab mmg dia susah nak cari baju melayu.. .cerewet nya ngalah kan kakak nih!


Hah, back to my point…  nak citer kesah rumah dah cite pasal baju2 raya lak.. hehehe..

Memandangkan kami pun hanya belanja utk minyak dan tol je, dan duit belanja raya pun tak berapa nak belanja sangat, maka lepas je raya, mood utk mencantek kan rumah pun datang…. It’s not mencantekkan rumah la.. tp mcm nak menambah baik rumah …

Apa yg kakak plan ialah, nak mengecat rumah, nak menambah bbrp perkakasan dlm rumah contohnya rak dinding, para dapur dan bbrp perhiasan rumah yg dirasakan bersesuaian dgn rumah kami yg comei lote nih…

Tempat tuju – IKEA dan kedai cat! Hehehe.. best kan bila ada mood nak mencantekkan rumah ni… mcm2 la nak buat…

Tapi kan… tapi… sempat cat dua dinding je.. sampai la ke hari ni… memasing sibuk lepas dari tu.. huaaaaaaaa!! 

*haru sungguh*


Isnin, Ogos 27, 2012

HAPPY ANNIVERSARY!!

Assalamualaikum ….

Jap.. jap nak hengat tarikh jap…. Hahaha.. tarikh apa? ANNIVERSARY LAAAA…. Tp kan bukan kakak nyer… tp anniversary mak abah tersayang sayang sayang dan sayang sangat sangat dan sangat nyerrrrr! MUAH MUAH MUAH!!

Kebetulan anniversary mak abah jatuh pada 23 Ogos – time raya.  WAHH, apa lagi, kami plan buat surprise utk mak abah.. kita buat party jimba jimba.. hahahah… venue?? Kat rumah adik.

Siang tu kami dah siap2 g cari bunga tuk mak abah. Kami cuma maklumkan pada mak abah, malam tu nanti kami nak buat makan2, BBQ kat rumah adik.  Mak abah ok je. Party start after maghrib dlm jam 8 gitu.  Teh n noor sponsor kek, saya dgn adik g beli bunga.. rasanya bunga la hadiah paling senang dan mak abah pun suka hiasan bunga.  Senang dan ringkas… puas la g riki2 kat area Johor Jaya dan akhirnya jumpa!

So, mmg surprise la utk mak abah tatkala kami bawa keluar kek dan nyanyikan ALLAH SELAMAT KAN KAMI! Kesahnya mak tak perasan hari tu hari ulang tahun perkahwinan nya…. Yg ke berapa?? Yang ke 45 TAHUN!

Kami doakan semoga mak abah bahagia, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik, semoga hajat mak abah utk menunaikan haji tahun ni termakbul dgn haji yg mabrur dan of course WE LOVE YOU BOTH!!


























Ahad, Ogos 12, 2012

Ramadhan oh Ramadhan...

Assalamualaikum ….

Alhamdulillah, bulan puasa tahun ni nampaknya hadid semakin matang dalam berpuasa.  Penat tapi masih boleh tahan lagi cumanya dikala rasa lapar sangat menyengat mula la angin sepoi2 ribut melanda… jangan diusik member tu, moody memanjang.  Hadid tak banyak kerenah menu buka puasa.  Dia mkn apa je kat atas meja.  Kadang2 je dia meminta.  Tak pe lah kan, tak de halnyer kalo dia berkeinginan. 

Ada satu peristiwa gelihati, satu pagi tetiba dia buka peti ais dan makan pisang… hahahha. Tanpa sengaja! Dah jadi rezeki dia la pg tu.  Ariq pun boleh tak perasan nak menegur hadid yg sepatutnya berpuasa.  Masing2 boleh lupa bulan RAMADHAN hari tu.  Teruskan je la berpuasa hadid.  Hmmm rasanya ada satu dua hari yg hadid tak puasa. Tak ingat sebab apa. 

Lain lak dengan puasa si Ariq ni, tahun ni byk tuang.  Tak mcm tahun lepas, ariq cuma bersekolah KEMAS (6 tahun), tp tahun ni Ariq dah darjah 1 – sebelah pagi sekolah keb. dan sebelah petang sekolah KAFA.  Tu yg member tu cepat letih dan kehausan.  Kadang minta buka puasa bila masa dah hampir dgn waktu berbuka.  Memang menguji kesabaran ibu dan ayah dan mak ani (pengasuhnya) memujuk utk tidak membatalkan puasa sebelum waktunya.  Kadang tu pukul 5 dah surrender.  Dan bila ariq membatalkan puasanya, dia hanya minum seteguk air je. Lepas tu dia tak nak makan or minum sebab dia rasa janggal.  Dan faham2 sendiri lak tu, dia tahu tunggu org buka puasa dulu means dia tak kan kacau kami buka puasa dan kemudian bila dipanggil makan barulah dia join.  Tapi ibu tak sampai hati nak ketepikan dia lama2 masa buka puasa sebab Ariq xmakan apa pun bila dia membatalkan puasa hanya seteguk air je, kang pengsan lak kang kalo lama sangat menunggu kami buka puasa…. Apapun, ibu harap tahun depan Ariq dah bersedia utk puasa penuh. 

Kita tak memaksa anak2 utk berpuasa tapi ibadah2 wajib yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai orang islam perlulah diterapkan dari awal ke dalam diri anak2.  Biar mereka tahu dan biasa supaya tak tegar nanti utk melaksanakannya.  Alhamdulillah, mereka berusaha juga utk melaksanakannya.  Bimbingan ibu bapa dan kesabaran sangat la perlu dalam mendidik anak2 ni kannnn walau pun bukan diorg je berangin bila berpuasa ni, kita yg dewasa ni pun macam2 dugaan tatkala sedang menjalankan ibadah wajib ini…



Khamis, Jun 21, 2012

Sukan oh Sukan...

Assalamualaikum wbt.

Sukan KPDNKK akan berlangsung pada 24 Jun 2012.  Untuk tahun ni, saya masuk sukan futsal.  hehehehe... dari tahun 2007 saya dah babitkan diri dalam sukan futsal dan pembabitan awal tersebut utk kali pertama dan kedua team saya dapat johan dlm pertandingan anjuran MyIPO sendiri.  Masa tu Sukan KPDNKK takde lagi acara futsal untuk wanita, jadi saya aktif dalam bola jaring; mewakili MyIPO utk sukan Kementerian.  Tu pun bila saya tak mengandung la.

Persiapan untuk perlawanan kali ni agak singkat.  Kami berlatih 3 minggu sebelum tarikh perlawanan yg dijadualkan pada 17 Jun 2012 di Centremar Setapak.  Saya lagi lah, hanya sempat berlatih dua minggu je, sebab bercuti kenduri arwah.  Naik2 dari bercuti, terus sertai latihan futsal tersebut.

Untungnya kami kali ni, kami dpt membuat latihan di court futsal dimana perlawanan diadakan.  Ini menjadi kelebihan kepada kami untuk mendpt suasana realistik semasa latihan.  Kami juga hanya berkesempatan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan MIDA pada hari Khamis, 14 Jun 2012 3 hari sebelum pertandingan dengan mata 2-2.

Team kami terdiri daripada 11 org termasuk pengurus, tp kami telah dibekalkan dengan seorang jurulatih yg amat2 membantu kami dalam persiapan menghadapi perlawanan tersebut.

Maka tibalah hari pertandingan.  Secara fizikalnya, kami amat bersedia, cuma masalah mental sikit - gabra dan over excited.  Hehe...

Kami adalah didalam kumpulan tersebut : SSM, MKM, KPDNKK & MyIPO.  kami akan bertemua dengan SSM dulu dan kemudian MKM dan akhirnya KPDNKK.  Manakala kumpulan B terdiri daripada PNS, Bank Rakyat dan SKM.

Semasa kelayakan separuh akhir, kami bertemu dengan PNS dan kelayakan bagi tempat ke 3 dan ke 4 kami bertemu dengan MKM.  Penentuan tempat ke3 dan ke4 dgn kedudukan draw - 0-0, menjadikan penalti sebagai penentuan dan akhirnya kami berjaya untuk mendapat tempat ke3 iaitu dengan penalti 2-1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Azlie, coach kami pada hari itu yg telah menyusun strategi perlawanan hingga kami mara ke peringkat separuh akhir dan berjaya sekurang-kurangnya mendapat tempat ke-3.  Thank you Azlie! dan tidak lupa pada semangat satu pasukan kami kepada Meg, hariani, fiza, liza kepoh, salmi, Olin (goalkeeper), umi, mawar dan mariam dan shikin.


Ni MyIPO & KPDNKK
 

Isnin, Jun 11, 2012

Air dicincang takkan putus...

Assalamualaikum wbt.

Selesai sudah kenduri arwah kami buat 3 malam berturut-turut.  Ditakdirkan waktu cuti sekolah, maka, dapatlah kami berlama dikampung en. husband. 

Seronot bila dapat berkumpul beramai2, memasak bersama, bercerita, makan bersama dan sempat bergurau senda.  Kalau tidak, tentunya waktu2 seperti ini hanya dapat dinikmati pada hari raya sahaja.

Bertemu dengan anak2 buah yg sedang meningkat dewasa, bertemu dengan ipar duai dan bertukar2 cerita adalah sesuatu yg cukup bermakna.  Kami masing-masing saling bantu membantu dan bekerjasama; membasuh baju, menyapu rumah, menyidai kain, melipat kain, memasak, menghidang masak, membasuh pinggan mangkuk, malah kepada perkara sekecil2 seperti memasukkan baju kotor di dalam mesin basuh pun masing-masing ringan tangan membantu.  Tiada terkecuali.  Orang kata 'sedar diri'.  Ok la sangat nyer kan.  

Anak-anak bahagia bermain dengan sepupu.  Macam2 dipelajari dari sepupu masing-masing.  Seronot bila dapat usik anak2 buah dan bercerita dgn mereka.  Kadang-kadang gelagat mereka mengundang seribu bahagia, sering diajukan soalan menguji minda, sering diluahkan perkara-perkara yg penat otak nak memikir jawapan terbaik.  Aduhai, anak2 sekarang makin bijak.

Dalam suasana sebegitu, tiada istilah berkira.  Pada saya, itulah yang mahal. Tiada ungkit mengungkit, bila terkasar kami segera meminta maaf dan cepat memaafkan dan melupakan.  Adatlah tu kan... sedangkan lidah lagi tergigit.

Hmmm... raya tahun ni, tanpa ayah. (mode : sedih). Moga arwah ayah ditempatkan dikalangan kekasih Allah dan diampunkan dosa-dosanya.  Moga arwah ayah tenang disana melihat kami sepakat adik beradik sepertimana kehendaknya semasa hayat dan itulah antara nasihat terakhir arwah.  Doa kami mengiringi ayah disana - sentiasa.  Al-fatihah.

Ahad, Jun 10, 2012

Innalillahi wa'inna ilaihi rajiun ...

Assalamualaikum wbt.

Amat hebat dugaan Allah Taala. Namun percayalah, dugaan Allah Taala tidak lebih dpd kemampuan hambaNya, kerana kita dibekalkan dengan akal, dan Allah sentiasa disisi kita utk menempuhi cabaran2 diberikan.  Semuanya menguji iman dan taqwa.  Benarlah, bila kita sesat, sesak, sedih dan sangsi, kembali ke pangkal jalan.  Sekurang-kurangnya, hati rasa tenang.  Bila hati tenang, akal boleh berfikir dgn waras, hati boleh menerima kenyataan.  Ikut nafsu, akal akal jadi buntu, hati jadi beku. Syaitan mudah merasuk.  Itu post mortem saya.

Arwah ayah (mentua) kembali ke Rahmatullah pada selasa, 5 Jun 2012, jam 5.05 petang di Hospital Slim RIver, berpunca dari cancer hati tahap kritikal.  

Semasa diberitahu, kami sedang bersiap2 untuk ke hospital slim.  En. hb menerima berita tersebut dpd adik yg berada di hospital slim ketika itu menemani emak di sana.  Menerima berita tersebut, sejenak saya terdiam, sunyi bbrp saat dan lantas mendail no. mak saya di jb utk memaklumkan berita kehilangan tersebut.  Mak tak angkat, saya call abah dan memaklumkan berita tersebut.  Kami semua bertafakut seketika mengenangkan arwah.

Arwah ayah seorang yg tenang, bersahaja, dan sangat tulus. tidak banyak bercakap.  Ini pada pandangan saya.  Arwah seorang yg sangat baik dan amat menjaga solat, sehinggakan kami masih dikejutnya untuk mendirikan solat subuh.  Ya Allah, kau tempatkan lah arwah ayahanda disisimu dan Kau ampunilah segala dosa-dosanya.  

Ayah telah lama sakit buah pinggang, pergi dialisis 3 kali seminggu selama lebih 12 tahun.  Sejak 3 tahun lepas kalau tak silap saya, arwah mula sakit, dalam perut, usus berdarah, muntah darah, sakit belakang, berak berdarah dan kerap sesak nafas.  Arwah disahkan mengidap kanser hati hari rabu seminggu sebelum arwah kembali ke rahmatullah.  Dimaklumkan kanser hati ketika bila dikesan berada didalam tahap kritikal.  Doktor hanya boleh buat yg terbaik, tp segalanya di tangan Allah Taala. 

Kami redha dengan pemergian arwah.  Biarlah dia pergi setelah lama menanggung kesakitan.  Mudah2an kesabaran arwah selama menanggung sakit, mendapat ganjaran pahala yg besar dari Allah Taala.  Sesungguhnya doa kami akan sentiasa bersama arwah.  Mudah2an kita diketemukan disana satu hari nanti. Al-Fatihah. 

Selasa, Jun 05, 2012

Mengharap hikmah disebalik kejadian...

Assalamualaikum wbt.


Perancangan dua bulan awal, rasa teruja, bayangan kegembiraan, wajah2 kesayangan yang bakal turut sama dalam percutian yang dirancang utk musim cuti sekolah bulan Jun ini, akhirnya tidak dapat saya dan keluarga ikuti berikutan ayah mentua saya sakit tenat setelah disahkan mengidap kanser hati.  Macam mana agaknya perasaan anda menghadapi situasi seperti itu.  

Diantara dua persimpangan - janji dengan keluarga utk percutian hebat, menziarahi ayah yg sedang sakit.  Tentu anda kata bodoh dan menuduh saya pentingkan diri sendiri bila saya rasa berbelah bagi.  Dan akhirnya saya 'terpaksa' beralah.


Memandangkan saya yg menguruskan penginapan, tiket dan juga pengangkutan utk trip tersebut, saya berusaha sedaya upaya agar mereka yg mengikuti trip itu tidak menghadapi sebarang masalah yg mana saya sekeluarga tidak dapat turut serta.  Anak2 meroyan jugak lah bila di saat2 akhir, kami terpaksa tarik diri.


Saya gembira jika mereka gembira dan balik dgn senyuman kepuasan setelah berlabur tidak sedikit utk trip tersebut.


Anak-anak, bukan rezeki kita kali ini.  Ada yang lebih penting utk kita buat, iaitu menghormati dan menjaga hati...

Sabtu, Jun 02, 2012

saya tidak kejam

Assalamualaikum wbt.

Saya seringkali kalah dengan rasa penting diri bila diri minta untuk memilih, kepentingan sendiri atau kepentingan orang lain.  Walau pun sebenarnya sepatutnya kita lebih banyak beralah sebab ia akan memudahkan situasi yang sulit.  Jenuh pk baik buruk, apa yg saya pinta hanyalah tolak ansur.  Kalau diminta dgn baik, maka saya akan berikan dengan sebaiknya.  Hati saya rupanya masih tak bersih lagi.  Iye, saya bukannya baik sangat tp bila keadaan tersepit saya perlukan sokongan, hati saya keras umpama kerikil.  Saya perlukan kelembutan bila diminta beralah, saya x suka pada kekerasan di dalam keadaan saya yg terdesak.  Kerana hati saya akan jadi lebih kejam kerana didesak, di'ntah'kan dan di ketepikan.

Orang kata tak baik simpan dendam dalam hati.  Betul lah tu.  Sebab ia umpama bara dalam sekam.  Sedikit sedikit ia membara, menunggu menjadi api dan bila jadi api, akhirnya membakar diri.  

Saya tak kuat menangis, tp bila saya menangis tanda hati saya sangat terluka.  Tangisan saya hanya dalam diam.  Kalau boleh saya tak nak orang tau saya menangis.  Biarlah saya sendiri yang rasa kepedihan itu.  

Hidup saya selama ini sebagai pejuang.  Berjuang utk org lain, dan sangat sedikit berjuang untuk diri sendiri.  Saya rasa tak kisah.  Tapi bila ada yang ambil kesempatan, perkara itu sangat melukakan.  

Saya boleh memaafkan, tp saya tak akan mudah melupakan.  Bila saya minta maaf, ianya sangat ikhlas.  

Saya tidak kuat sebenarnya dan saya tidak baik.  Saya masih sedaya upaya untuk berubah menjadi seorang yg baik, nampaknya, mmg ia tak mudah.  

Pada waktu ini, saya perlukan 'win win situation' .... awak dapat apa yang awak nak, saya dpt apa yg saya perlukan.
 

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...