Jumaat, September 23, 2011

Cuti hujung minggu yg panjang... macam2...

Assalamualaikum wbt.

Wah, minggu ni kandungan masuk 37 minggu.. minggu depan 38 minggu.. ermmm... kalau boleh nak cepat bersalin.  Bersalin kat mana? Ada dua hospital pilihan; sama ada di Pusat Rawatan Kohilal atau pun Hospital Ampang. Jauh dari rumah? tak pe kot, insya Allah boleh dan sempat sampai. Mudah2an tak de masalah apa2.

Persiapan baby? Persiapan ibu? Last week, kebetulan cuti Hari Malaysia jatuh hari Jumaat dan seterusnya cuti hujung minggu, sebaik mungkin menghabiskan masa dengan membeli barang2 keperluan baby.  Kebetulan hari sabtu tu, hadid n ariq diajak mak ani (pengasuhnya) pergi beraya.  So, seharian la diorg duduk berjalan dengan pengasuh ke sana sini.  Kami bawa firas je.  Memula lepas register n check up kat Kohilal, kami pergi desa pandan, kononnya nak ke outlet FIFI kat situ, rupa2nya bukan rezeki kami, kedai tu dah tutup dah pun... huhuhu... HB ajak pegi SOGO. maka ke SOGO la kami.

Nasib baik sales lagi.  Jadi kebanyakan barang baby kami beli di SOGO.  Kami lunch di Bukit Bellamy, makan rojak dan nasi ayam.  Lepas tu, kami singgah rumah mak ani, ingatkan budak2 dah habis berjalan, rupanya belum lagi, malam pun diorg nak ajak budak2 tu g jamuan raya PPR situ.  Mak ani pesan utk bawa baju melayu utk dipakai malam tu.  Sebelum balik rumah, kami singgah jap kedai ANAKKU kat tasik permaisuri.  Beli lagi barang baby kat situ, tak beli byk pun, lagi pun ada offer utk bbrp barang yg ada kat situ.  Kemudian barulah kami balik rumah....

Kat rumah, lain pulak cerita... hajat hati nak dptkan gadget yg di target (IPAD) heheheheh... so, browsing kat mudah.com.my.. HB pun tolong browse kan jugak.. xde la nak cari yg IPAD2 tu, cuma nak buat main2 je... akhirnya dpt gak satu contact ni, nak jual IPAD 64G 3G ... hb call n try to nego... Mrs. Yong tu kata nanti hb dia akan call balik berkenaan price nego tu.

Lepas maghrib, kami hantar baju ke rumah mak ani.  Arah tuju seterusnya ke VIVA cheras... VIVA cheras ni menjual barang2 perabot dan elektrik.  Ini kali kedua kami ke sini.  Masa first time dulu, xbyk kedai yg buka lagi, tp this time, lebih happening sket.  Ok lah.. masa jalan2 tu, kami dpt call dari Mr. Yong dan setuju dgn harga kami nego. Malam tu jugak kami ke UOG Jalan Kelang Lama utk jumpa, tgk barang dan kalo jadi, kami beli laaa... seronotnya.... dpt harga yg baik dgn barang yg diidam2kan. Maka, hajat pun tercapai, Alhamdulillah....

Cumanya bila dah dpt barang tu, tak tau lak nak buat apa dgn benda tu... hihih.. merenyam tak namanya???

Ok, next, kita call mak ani, tanya budak2 mcm mana? Mak ani kata, budak2 belum habis beraya lagi, dan kami decide, biarlah budak2 tido kat rumah mak ani, esok pagi kami amik.  Jam pun dah lewat dah, hampir pkl 10 ++.  Firas pun keletihan berjalan hari ini.

Hari ahad kami tak ke mana2... puas dah berjalan jumaat dan sabtu.  Hari ahad, hari kemas rumah dan hari relaks... cukup la tu, dah banyak berbelanja... cuma nak top up sikit2 mana yg belum ada... utk ibu, ibu rasa ok kot... bidan pun dah tempah, bag utk persediaan bersalin pun dah siap, barang baby mana yg penting tu dah ada, nanti kalo tak de, leh top up kemudian, insya Allah.  Rasanya cukup la apa yg dah sedia sekarang ni.  Cuma kena kuatkan fizikal dan mental je dan bersedia ke saat melahirkan.


Isnin, September 12, 2011

Macam2 ..

Assalamulaikum ... 

Hari ni saya tak g keje.  Pogie dah 3 hari tak sihat termasuk hari ini.  Asalnya dia sakit gigi dan kemudian membawa kepada demam.  Demam urat kot.  Semalam (ahad), kalo tak ada jemputan open house rumah teh kat kajang dan juga rumah bos di Lestari Perdana, Puchong.  Harapan kita, mudah2an dpt memenuhi undangan open house tersebut, dtg lewat pun tak pe la, tp pogie tak ok2 juga sampai la ke malam.  Terpaksa lah sms teh n bos mengatakan tak dpt nak dtg sebab pogie tak sihat.  Si ariq dah meragam nak g rumah pak teh nye, tp apakan daya.  So, kali ni kenalah pujuk dgn coklat yg prof bagi hari tu.  
W/apapun, semalam kat rumah dpt la buat rendang daging, kuah kacang dan nasi himpit utk makan sendiri.  Kalau sesapa datang tu, langkah kanan lah.  Ingatkan nak bawa g rumah teh sikit, tp keadaan tak mengizinkan.  Hari Sabtu sebelumnya pulak, sibuk mengemas rumah sebab mak ani (pengasuh budak2) nak dtg beraya.  Jadi, dlm pening2 tak tau nak masak apa dan dengan kudrat yg tak berapa daya (sebab dok mengemas rumah), pk punya pk, kita buat la nasi lemak biasa je.... hehehe.. buat la sambal ikan bilis.  Ntah mcm mana, kawan tenet kita, si fiezabaiduri & hb nak dtg rumah beraya... rezeki diorg la dpt makan nasi lemak kami... Alhamdulillah.  Sementara tu, dah pun rebus nasi himpit segera, dah pun panggang kacang, tp rasanya tak dpt nak buat hari tu jugak.  Mak ani sampai rumah kami kat pkl 7 mlm, so kami menjamu la nasi lemak dan masak sikit lg nasi memandangkan mereka ramai... habis gak la nasi lemak kami... dah tak de apa2 nak hidang, kami potong la nasi himpit dan keluarkan serunding daging.. mencicah la nasi himpit dan serunding daging... makan ramai2 ni seronot dan membuka selera... anak2 pun berselera nak makan.  Nasi himpit segera tu lah yg jadi sebab org buat rendang daging dan kuah kacang.  Dah berniat nak buat pun sebenarnya.  
Hari ni kita tak keje, meneman en. suami yg tak sihat... hantar hadid g sekolah dan ariq g sekolah.  Sempat jumpa cikgu ariq kat sekolah, bertanyakan mcm2 hal pasal ariq. punyalah susah nak pujuk ariq g sekolah pagi tadi.  Katanya ada si budak haziq kat sekolah tu mengaco dia... cikgu kata, mmg haziq tu suka membuli sikit.  pujuk punya pujuk, amik mood si ariq baru la dia ok sket.... mcm2 hal kan budak2 skrg.  Kita dulu sekolah rendah, kalo ada masalah, settle sendiri je.. kena buli ke apa ke, semua simpan sendiri, pegi jugak sekolah, pepandai la nak buat mcm mana nak ngelak kena buli.  kita tak penah la kena buli... hehehehe.. tak sapa berani buli kita dan dulu kes2 buli ni, kes terpencil kat sekolah kita. Nasib baik... 
Jadi nyer, hari ni lepas hantar budak2 gi sekolah, pogie ajak g minum kat mamak kat sg besi.  Kita ikut je la.  Jalan dari sg besi ke pusat bandar KL sesak barat, masa kami keluar jam 7.15 tadi clear je... rasanya mmg dahsyat la sebab dari tol sg besi lagi nampak nye kete bersusun tak bergerak.  Parah mmg parah.  Sesapa yg masuk opis pkl 9 mmg tak dan la nak kejar punch card.  Rupa2nya bbrp jalan kat KL di tutup untuk beri laluan raptai utk hari MALAYSIA pada jumaat / sabtu nanti.  
Lepas sarapan, kita ampai kain, basuh baju, lipat baju, kemas dapur, hangat lauk semalam.. fuhh, mengah gak la. perut ni dah sarat dah ni.. minggu ni adalah minggu ke 36.  Tak lama dah.. rasa2nya boleh bersalin awal ni, agaknya lah ...

Habis buat keje baru lah boleh duduk mengadap laptop... update status FB dan relakssss... barulah boleh nak update blog.  W/pun citer ni untuk diri sendiri, dan cuma seorg pun yg membaca, tapi tak kisah la.. sebab citer kat sini, direct luahan dari hati.... 

Jumaat, September 09, 2011

Makan2 dirumah Prof Rohazar

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur....

Lunch time hari jumaat ni, kami telah ke rumah prof rohazar wati (ex-boss) di Kg. Sg. Mulia, Gombak kerana kesudian prof menjamu kami makan tgh hari dirumahnya.  5 buah kereta = 15 org jugak la yg dpt pergi. 

Prof masak nasi minyak, udang sweet sour, ayam masak merah n ada gak rendang daging... sedap! sehingga menjilat jari.  Memandangkan semuanya dah kelaparan dan berselera nak makan, maka, tak de la nak amik gambar lauk pauk prof tu..  tu tak termasuk kuih muih dan juga coklat2 prof (coklat mmg selalu ada kat rumah prof).... ada tapai, ada dodol.. hmmm, mcm2 ada... oh ye.. buah pauh pun byk sgt kat pokok dan juga bawah pokok... sedapnyer tgk diorg ni makan gitu je buah pauh tu.. ada yg bawa bekal balik lagi...

Terima kasih prof sebab sudi menjamu kami...
Semoga persahabatan tak terputus begitu saja...

Isnin, September 05, 2011

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Assalamualaikum....


Selamat hari raya, maaf zahir dan batin!

Perhhh... seminggu dah berlalu, cepatnyaa masa berjalan... rasa mcm tak puas nak dok cuti beraya. Mana taknya, dah balik rumah parents, balik lak rumah mentua.  Lepas balik rumah mentua, balik lak rumah sendiri, bila dah kat rumah sendiri, pepaham la --- baju kotor yg tak sempat di basuh, rumah yg mana tak dan nak kemas, nak kemas baju2 masuk balik dlm lemari/gobok, nak lak susun kuih raya dlm balang (sebab tak sempat nak susun sebelum raya hari tu)... eeeiiishhhh, mcm2 keje la nak kena buat... tak henti2.. behtu, esok tu, keja lak... ermmmm, spt biasa, awal pg tu la baru nak gosok baju budak2, nak siap bakul baju diorg utk rumah bbysitter... adoyai... keja IBU tak penah dan tak akan abis... itulah tanggungjawab.

Ok2.. meh citer pasal raya..
This year kami balik Johor bahru dulu... kat mana? Ulu Tiram... penah dengar? tak penah? takpe, kalo u all nak ke Kota Tinggi, u all akan lalu gak ulu tiram tu.. kiranya Ulu Tiram ni perantaraan antara JB dan Kota Tinggi.

Kami gerak hari Ahad lebih kurang jam 9 malam, ikut highway. Alhamdulillah, jalan tak baper byk kereta. Kami benti kat RnR Pagoh je. Sampai Tiram jam 1 pg.  Tu pun bila call mak depan pagar rumah pepagi tu, mak terkejut, sebab igtkan kami gerak esok pagi dari KL....

Hari Senin tu kami buat sarung ketupat, rebus ketupat nasi dan ketupat pulut, masak sambal kacang, masak kuah laksa dan ulam2nya.  Buat rendang daging. Simple je lauk raya utk tahun ni. 

Raya pertama, dok rumah, tak keluar mana pun. Raya kedua, kami pulun beraya di jalan raya.. start dari rumah, sampai le ke ayer hitam... dari jam 11.00 pg sampai la jam 11.00 mlm... dan sampai rumah mak jam 12.00 lebih... mmg memenatkan.

Raya ketiga, kami gerak balik jam 12 tgh hari dari rumah along.  Kami saing teh (yg duduk kajang) dan kami singgah rumah tok sedara kat Kg Sawah Neg. Sembilan. Behtu kami singgah rumah jap utk bilas badan waktu maghrib, dan teruskan perjalanan ke rumah mentua di Sungkai.  Kami singgah jap kat Rawang utk makan malam. Sampai di Sungkai dlm jam 10.30 mlm. Penat mmg penat, tp rasa puas hati.

Raya Keempat (Jumaat), kami beraya di kg suami di Grik, Lenggong, Ipoh... dari jam 10 pg sampai la balik ke rumah di Sungkai jam 12.00 mlm ++ ... mmg meletihkan... tp ok la kan, setahun sekali buat mcm tu.  Tu pun kami tak naik cameron highland (rumah maklong), kalo tak, mmg pulun betul raya ni.

Raya Kelima (Sabtu), kami tak kemana2... duduk dirumah je, relaks n lepak.  Raya Keenam, kami siap balik ke KL.  Bergerak dari sungkai jam 11.00 pg, jalan clear. Singgah di Rawang utk makan tgh hari, dan kami sampai Desa Petaling jam 1.00 lebih...

Sebenarnya, ada benda yg telah terjadi kat rumah kami semasa peninggalan kami balik kg beraya.

Memandangkan rumah kami rumah paling bawah (apartment low raise), cik Ti selalu la dpt keluar masuk rumah tu.  Selalunya saya akan tutup pintu2 bilik bila nak keluar rumah.  Ntah macam mana, masa kami singgah jap nak bilas badan sebelum balik sungkai tu, bila buka je pintu bilik, berbau satu mcm, tahi nyer merata atas meja solek, habis pintu kami di gigit2nya nak buat lubang keluar agaknya, tp sebab pintu papan tu kuat, jadi tak berjaya nak meloloskan diri... tu satu hal la, lagi satu, dinding rumah naik basah berlumut, (sebab lembab) dan bilik baju kami banjir, air leaking dr rumah atas... aduhai.... mmg risau pk kan benda tu, tp sebab rushing, hb pun janji kata akan kemas sebaik je balik dari Sungkai.

Jadi, sebaik je sampai rumah dari habis beraya tu, hb dah buka baju utk memulakan operasi, dibersihkannya segala tahi tikus tu, dimop lantai, dibuka tingkap bilik, aircond segala, di sembur febreeze dan .... hmmmmm... masih berbau....
akhirnya kami telah menemui seekor tikus mati dibelakang lemari baju ku... huhuhuhu..... tapi saya tak tgk pun.. sebab geli, hb kata besar gak la tikus tu, bukan cencorot. Hb kata, kesian kat tikus tu sebab tak makan, tak minum... ahakssss....  Lepas tu, baru la tak de bau... kami tukar cadar segala, takut dia main2 atas cadar... huhuhu... skrg ni kena sentiasa membuka tingkap bilik (waktu hujung minggu) supaya bilik tak sejuk dan lembab.  kalo tidak, mau berkulat baju.  Sepanjang hari di Sungkai, dah terpk nak cari rumah lain... aduhai, mcm senang je nak pindah2 rumah ni kan... tp bila dah dibersihkan semula, rasa lega je.. cuma kena cari jalan penyelesaian utk leaking dari rumah atas tu. 

Jadi, itulah peristiwa raya tahun ni... so, hari ni (Isnin - 7 Syawal) kita dah pun berada di Opis... memulakan semula rutin kerja harian.  Apapun, untuk minggu2 yg akan datang, masih lagi dlm suasana raya.  Marilah kita beraya ke rumah sanak saudara, sahabat handai yg belum sempat lagi kita kunjungi.. hehehe....

SALAM AIDILFITRI

Isnin, Ogos 22, 2011

Minggu Akhir Kerja Sebelum Cuti Rayaaaaa..... :)

Sampai juga ke 10 malam akhir Ramadhan, mencari malam lailatul kadar...  saya tak dapat buat byk amalan ibadah untuk tahun ni.  Mana sempat je, mengaji pun kadang2.  Cepat letih, dan sujud pun tak boleh lama.  Mengandung kali ini mmg menguji kekuatan semulajadi dari dalam.  Darah pun cepat naik... kurrssemangat... berangin je satu badan... mmg kena banyak bersabar... tp kebanyakan masa terlepassss juga.  Moga Allah Taala memaafkan hambaNya ini.

Minggu ni minggu akhir kita bekerja, w/pun mungkin ada yg masih bekerja hari isnin depan (sebab hari selasa kita semua akan menyambut Aidilfitri), dan minggu ni jugak (esok lah tu), akaun kita akan penuh dengan duit gaji, duit bonus dan duit sumbangan raya.... Alhamdulillah....  mudah2an kita beringat2 waktu berbelanja.. tu yg takut tu sebenarnya. Takut over spend pulak... overbajet...

Apa yang penting, kita bayar hutang piutang, bayar sewa rumah dan segala apa yang patut sebelum kita berbelanja.  Senarai kena ada, kalo tak de dalam senarai elakkan la membeli.  Atau pun masukkan dlm senarai tu, peruntukan utk membeli lain-lain, tapi dlm jumlah RM yg kecik.. ceh, pandainya memberi panduan, terpandu kah diri sendiri??

Utk raya thn ni, rasanya tak byk nak membeli, cuma brg anak2 sebagai balasan mereka berpuasa, peruntukan duit raya, dan utk diri sendiri, sehelai dua baju raya... kita kan pakai uniform... hehehe..
dan keperluan rumah, nak buat mentenan kat rumah tu.. byk yg dah rosak.  Itu lebih penting rasanya.
Barangan keperluan baby pun beli lagi, insya Allah, ada jualan murah, kita belilah, beli mana yg perlu. 

Erm... panjang tak panjang list tu... panjang tu sebenarnya.. ahaks...

kuih raya pun tak byk beli thn ni.. 3 jenis je, makmur, suji n tart, semua sikit2... kuih pun mahal skrg. Dan kerepek pun 3 jenis je.. sib baik la dpt tahan nafsu thn ni, kalo thn lepas tu, diam tak diam kat RM200 gak la spend utk kuih muih kerepek pelbagai tu...

Thn ni pun dah start buat kuih sendiri, hopefully next year dah tak yah order kat org dah, buat biskut raya sendiri.. kuih raya kalo beli pun tak abis, bawa balik g opis, kasi org opis makan... yg laku, kerepek, rempeyek, kekacang dan sewaktu dgnnya...

Jadinya, marilah kita berhemah berbelanja... sekalipun dpt rezeki lebih, menabung pun perlu diambil kira..

Rabu, Ogos 17, 2011

Alhamdulillah, murah rezeki tahun ni.

Semalam tetiba hb ajak buka puasa di luar, di Taharah Desa Pandan.  Kami biasa makan kat situ sekali sekali.  Ok la.. ramai gak yg makan kat situ dan makanannya pun ok.  Restoran tu kecik je, hanya menyediakan masakan ala thai dan masakan biasa.  Tak de western food. Ok la. 

Jadi semalam, lepas balik keje, vroom vroom dgn hb ke sana utk book tempat dulu, sib baik sempat.  Kami order air sirap satu jug, udang masak petai, sup sayur, daging masak merah, telur bungkus dan sambal belacan.  Nasi 5 pinggan.  Alhamdulillah, semuanya habis.  Harga RM39.  Kebetulan semalam juga ada perhimpunan bulanan, dpt la bekalan untuk buka puasa terdiri dari kuih muih, bubur lambuk dan manisan : sagu.  Bos lak bagi sebekas putu bamboo. tapi kami tak makan masa buka puasa tu sebab takut tak luak lak lauk pauk yg kami order.  kami simpan dulu bekalan tu dlm kete.  Balik rumah leh makan.

Citer pasal murah rezeki, Alhamdulillah, tahun ni Pengerusi MyIPO telah mengumumkan Bonus setengah bulan gaji dan sumbangan raya RM1000, dibayar bersekali dengan gaji.... Syukur sangat2... menumpang tuah bby dalam perut nih.  Lega la, leh bayar hutang2 tertunggak, dan beli barangan keperluan baby.  Tak beli apa pun lagi nih.   Dan semestinya persiapan raya untuk anak2.  Nak bagi imbuhan gak pada anak2 yg berpuasa.

Walau apa pun, kena juga berhemah berbelanja, berjimat, menyimpan gak utk bulan2 depan.  Kena buat kira2 betul2.  Rezeki yg datang bergolek, boleh terus bergolek pergi sekelip mata.  Jadi, kena ingat2 lor...



Selasa, Ogos 16, 2011

Mari adjust balik....

semalam kami buka pose ringan2 je. Kuih muih, bubur lambuk, ikan steam, ikan goreng, serunding daging...

Makan pun tak byk sangat, tp alhamdulillah.  Lepas maghrib g mid valley jap nak cari sandal, sebab sandal dah nak koyak, nazak... huhuhu... sib baik cepat je jumpa yg sesuai dan berkenan dan bersaiz. Hehe, sebabnya saiz kaki kita ni mmg besar. susah gak nak jumpa yg ada saiz kita.  Behtu balik singgah kat Giant Desa Petaling utk beli bendara malaysia si Hadid, katanya cikgu soh bawa bendera ke sekolah sok.  Ada la program utk merdeka agaknya.

So, balik tu dah lepak.  Memang cepat betul letih sejak kebelakangan ni, perut ni pulak mengeras je dari semalam.

Tido dlm pkl 11. 

Tetiba bangun, tgk jam dah pkl 5.27am... alamak!!!
Terus kejut budak2, bancuh kan horlicks... ariq tak nak makan pun.. tak sedap katanya makan cornflakes dgn susu Dugro Firas sebab susu segar dah habis, angkat kotak susu dalam peti ais rasa ringan je. rupanya budak2 ni minum susu tu semalam... tu yg gantikan susu segar tu dgn susu firas... tp mmg tak sedap pun.  Dan lagi satu, cornflakes Kellogs tak sedap.. sedap lagi nestle nyer.. hadid makan cornflakes kosong je. Behtu dia makan biskut raya yg ibu dia buat.. hehehe.. my hb lak makan nasi dgn lauk ikan steam. kita lak cuma minum air horlicks je.  nampak gayanya ariq tak pose ler hari ni.  Tgk2 baru perasan jam dinding tu lambat bbrpa minit, dan tak lama tu, jam dinding tu benti berdetik... ermmmm.. habis bateri rupanya. Padanlah semalam buka pose, jam belum pun 7.27, TV dah baca doa buka pose. Kena tukar bateri la..

Lepas sahur dan masuk waktu subuh, kita pun tertido... sedar2, hb kejut dah pun pkl 6.45am.. alamak.. lambat lagi... ermmm.. bruk brek bruk brek, jam 7.15 keluar rumah.  Si ariq bad mood... sib baik firas ok.  Jalan spt biasa, jem. sampai sekolah hadid mcm biasa, masih ada lagi budak2 yg lewat sampai. 

Sampai opis mcm biasa. 

Tp pagi ni perut dah siap2 berbunyi.. krok kruk krok keroncong terus.  Kepala pening sekejap. Tapi kemudian, dia ok.  Petang ni ada perhimpunan Bulanan.

Hmmm.. byk yg kena adjust dlm hidup satu dua menjak ni.  Timing dah tak betul, alignment dah lari, balancing pun dah lari...

Nape leh jadi macam tu? rasa2nya sebab makanan yg kita makan dan juga makanan jiwa.  So, kena memilih sikit makanan supaya lebih berkhasiat, memberi tenaga dan kecerdasan. Jiwa pun mcm tu juga, supaya tidak malas dan amik mudah.... Semoga hari ni lebih baik dari hari yg sudah lepas... AMIN...

Isnin, Ogos 15, 2011

Biskut oh Kuih...

Hujung minggu lepas kita sibuk membuat kuih raya.  Tapi sebelum buat kuih raya, kita kemas rumah dulu. Ampai baju, basuh baju, lipat baju, vacum carpet, kemas dapur... behtu baru la selesa nak membuat kerja yg memerlukan perhatian penuh.

Bahan2 nya pun dibeli malam sebelum tu, cuma nak buka resipi je.  Resipi utk hari tu ialah nestum coklat cip amik dari majalah KELUARGA, resipi si Isma, bini si Zul.  Tak sangka lak resipi yg diberikan tu, tuk adunan yg banyak. Yang menjadi masalah, papan pencanai (doh) dan kayu senduk pengacau tak jumpa.. kat mana lah aku letak... rasanya kayu senduk tu ada jumpa ntah bulan bila, tp tak tau letak mana, so, pakai mixer gak lah.  Bila papan pencanai tu tak de, kita pun pepandai sendiri la membulat2 kan doh tu... jenuh gak la sebab adunan tu byk.  Minta tolong askar2 pun kejap je askar2 tu membantu.  Tapi takpe, dah alang2 buat biar la sampai habis.  Minta2 sedap. Dan akhirnya siap jugak la kuih Nestum Coklat Cip tu....

Bila try rasa time buka pose, ok laaa...lepas la.. cuma tak berapa cukup garing je. Tapi takpe, sebab oven pun baru dan kita pun dah lama tak membuat biskut, maka ini satu eksperimen.  Next time kena lebih confident dan kena selalu mencuba.

Oleh sebab terlebih rajin hari tu, kami pun sambung buat Honey Cornflakes pulak.  Honey Cornflakes yg buat minggu lepas, dah habis kena makan.  Jadi kali ni buat lagi utk menghabiskan balance cornflakes yg ada.  Buat utk kali ni, honey cornflakes jadi lebih garing dan rangup, tak mcm first time dulu, berderai. Maka, saya telah lulus ujian honey cornflakes.  Dapatlah dalam 150 biji honey cornflakes.  Insya Allah kalo larat, buat lagi minggu depan ni.

Hari ahad, lepak giler... huhuhu... x dpt meneruskan perjuangan membuat kuih.  Letih semacam je. Selalu mcm tu la, struggle satu hari, the next day mesti letih semcm. Ngandung kali ni tak leh over ler.. hmmmm, nak berjalan pun tak leh nak jauh sgt. kena slow motion dah.

Mcm mana lah nanti kan nak beraya. Rela dok rumah la rasanya daripada berjalan..

Apapun, semoga selamat kandungan ini sehingga tiba masanya. AMIN..



Jumaat, Ogos 12, 2011

SIM rosak?? arrrrgghhh

ngantuk sungguh hari ni... malam tadi tak bangun sahur, sedar kejap jam 4.30 pg, tapi tertido balik, tertutup alarm.. aduhai, kesian budak2... nak buat macam mana.. tak larat sangat.

Tetiba semalam problem dgn sim card pulak. tak tau kenapa... pagi ok, tp tgh hari; SIM not allowed.  Mana ada buat apa2 pun. Tak usik apa pun tetiba keluar mcm tu.. puas la keluar masuk sim dalam BB, behtu call customer service, katanya try kat hp lain, so, org try la kat hp katy, tak leh gak..

So, malam tadi g bluecube kat mid valley, katanya kena bawa gi center sebab sim problem n kena tukar sim.  Kena bayar RM5... hb kat terus tukar DiGi laaaa.. then terus register DiGi.. hehehe.. leh gitu? amik plan internet RM33 sebulan + RM10 utk BIS... ok la tu kan.. pogie pun amik tu gak, bulan lepas dia kena bayar RM50++ je.. termasuk call.. kiranya ok la tu.. average...

buat masa ni tak boleh buat call, tak boleh buat apa2 dgn BB sebab line tgh kena block, so, tak leh la nak main BB hari ni... kena tunggu, ntah bila, DiGi kata amik masa dua hari, tp hb hari tu tak sampai dua hari dah activate dah.. dlm 6 jam.. hmmmmm... boring nyer tak de BB....

Ni tgh hari ni nak g Maybank sebab bankcard tak leh pakai, ntah napa cip dia tak leh baca.. kena tukar bankcard... nak terminat loan ASB pun ye gak karang... byk benda la nak buat hari ni, konon nyer la .. nak pegi ke idak tak tau la...

behtu plan malam karang nak cari bahan utk buat kuih.. hehehe.. esok nak buat kuih ... tak tau biskut apa.. nak buat honey cornflakes n biskut satu jenis.. kalo rajin buat cake sebiji... tentu budak2 suka..

Kena buat list ni.. sementara mood nak buat biskut masih ada...

hehe...


Rabu, Ogos 10, 2011

Oven dan biskut raya..

Hari minggu lepas g beli Oven.. hehehe, oven sederhana besar je... lepas la utk buat biskut, kek dan yg sewaktu dgn nya..
cekononnya nak buat biskut raya utk tahun ni.. insya Allah, kalo diberikan kudrat dan kerajinan, nak gak la buat kuih sendiri... dah lama sgt la tak buat biskut2 nih... rasanya sepanjang kawin ni boleh dibilang dgn jari berapa kali je buat kek .. biskut tu tak de la.. Alasan? hmmm, oven yg ada kecik sgt dan dah tak baper ok. dan lagi satu sebab alat2 buat kuih nya yg tak berapa nak ada...
Jadi sekarang ni, bila oven dah ada, mood lak ada.. hehehe, mudah2an dpt la anak2 merasa air tangan ibu membuat biskut..

Experiment pertama dah pun jalan, buat biskut honey cornflakes.. mak kasi resipi. Honey cornflakes ni senang nak buat, sebagai permulaan merasmikan oven tu la kan.. hehehe.. Alhamdulillah, menjadi, tp kena adjust sikit, sebab oven baru ni temperature dia kena jaga gak.. kang tak cukup garing la, apa la.. tp setakat ni, puas hati...

Ni nanti nak sambung lagi buat cornflakes madu. Sementara dpt cari resipi yg sesuai dgn kudrat dan tak baper leceh.  Nak kena pinjam mak nyer buku resipi nih.. leh la nanti buat roti, pizza, biskut, kek spt dulu2...

Hehehe, mmg suka gak buat biskut masa muda remaja dulu. kalo raya tu kan, leh buat 3 ke 4 jenis biskut raya satu hari... tu pun dua adunan je.. suka try buat biskut baru.. biskut favorite mmg tak leh tinggal la kan...

Ni nak tunggu mak kasi resipi biskut fav kami sefamily, biskut coklat cip...mmm nyum nyum.. sedapnya...
itu la biskut yg kena ada waktu raya... sedap sgt...

Tunggu lepas bersalin nanti, harap2 rajin la oven tu beroperasi.. hehehe..


Selasa, Ogos 02, 2011

Baju mengandung...

Kat mana nak beli raya utk org mengandung ni ye... ? Nak gak pakai cantek2.. tak moh la pakai baju ngandung yg selalu bawa gi opis... especially raya pertama dan kedua, dan raya di rumah mentua..

Sapa yg tau agaknya.. dah penat meng'google' dlm blog tp tak byk yg menarik.  Skrg ni pulak dah lah susah nak keluar berjalan, sebab tak larat nak bawa perut ni hah, jadi tak dpt nak survey byk tempat..

Takpe2, nanti kita try g SOGO.. tp kan, rasanya sepanjang bulan puasa ni, SOGO mesti ramai orang... kalo tak pun cari kat Jaya jusco or midvalley.. tentu ada jumpa sepasang dua... hopefully jumpa yg within my budget.. heheheh.. nak beli kasut lagi, nak beli baju anak2 lagi..

Apapun, cuba juga utk berbelanja berhemah....

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...