Khamis, Februari 02, 2012

JOM ke GENTING!

Assalamualaikum wbt.

Macam mana leh terpikir nak gi genting? Tak tau la.. sebab rasanya mmg kalo leh tak nak g genting tu. Tapi hari tu teringin nak bawa anak2 menikmati cuti ke taman tema sebelum diorg naik sekolah.  So, final week sebelum diorg naik sekolah, kami bawa la diorg naik genting.

That day if I am not mistaken, hari sabtu, 7 hb. Januari.  Kami sampai di Genting sebelum jam 12 tgh hari.  Memang banyak kereta yang naik ke genting, lagi pun hari sabtu, kan, tidak syak lagi kami perlu berebut parking di atas sana.  Cuaca masa tu, ok dan mendung.  Kami jangkakan akan hujan sama ada petang atau pun malam tu. Kami beli tiket pakej utk family - 2 dewasa dan 2 kanak untuk indoor dan outdoor game berharga RM200. 

Budak2 teruja la tgk byk permainan, boat dan pedal di tasik, roller coaster, dan mcm2 la yg saya tak ingat namanya. Meh kita tgk gambar2 yg diambil kat genting highland tu.


 Sapa berani naik benda nih? Aku tak berani laaa...

 Jom beratur...

 Saya naik dgn ariq, firas n afi.

 Ayah naik dgn hadid.

















 Hadid naik sorg je, ariq tak dpt naik sebab tak lepas ketinggian.

Sampai dah hajat hadid nak naik benda nih. 
Ok hadid, ibu akui keberanian hadid. kihkihkih..

Malam tu cuaca sejuk sangat dan hujan.  Kabus kat luar mmg tebal. Kami balik dlm jam 9 mlm.  En. hb memandu dgn keadaan berhati2 sebab kabus yg tebal.  Kami dpt rasa angin sejuk Genting Highland kala tu.  Bestnyerrr sejuk... rasa macam sesubuh hari kat Cameron Highland pulak.

Ada yg kami tak amik gambar.  Rasanya tak baper memuaskan hati sebab ada bbrp tpt kami tak dpt main, antaranya, pedal di tasik, roller coaster ditutup (kat luar tu), byk permainan yg ditutup sebab penyelenggaraan.  Dan kami dpt tahu mulai 15 Januari 2012 harga tiket akan dinaikkan.  Harap2 bila harga tiket naik, perkhidmatan pun ok dan permainan semua berfungsi dgn baik.  Baru la berbaloi2.


Cuti-Cuti Raya Cina

Assalamualaikum wbt.

Seperti kita pun telah maklum, awal tahun 2012 ni mmg banyak dibekalkan dgn cuti umum.  Antaranya sambutan hari raya cina (CNY).  Dapat pulak cuti berderet 4 hari, sebab CNY jatuh hari isnin dan selasa, maka dah sah2 sabtu ahad tu kita cuti hujung minggu, so dapat la 4 hari cuti.  Jadi, ke manakah kita?

Sebenarnya saya tak de niat pun nak ke mana2 cuti 4 hari tu walaupun ada rasa nak bermalam utk semalam dimana2 tp sebenarnya perasaan tu tak de la serius.  Macam dah puas pulak bercuti sebelum tu.  Lagi pun en hb kena keje hari sabtu tu.  Jadinya hari sabtu tu saya buat keje2 rutin di rumah.  Ada usulkan cadangan pada en. hb utk berjalan ke Lumut, Perak.  Tapi tak dipersetujui.  Akhirnya, hari ahad tu, en. hb bawa kami meronda KL.  Hahaha... pelik tak? Kami yg dah bertahun2 duduk KL, diajaknya ronda KL. First tempat dituju - Dataran Merdeka! Adoyai... tak pe lah, saya layankan juga sebab tak nak jejas mood berjalan hari itu.  Tourist sibuk bergambar, kami pun menyibuk gak nak bergambar.  Hehehehe...

Ramai dah anak2 saya ye... kihkih..

 
Punyalah lama nak menunggu turn semata-mata nak bergambar kat benda nih..
Sib baik saya pun tak bergolek kat dlm tu..

Tempat tuju seterusnya ialah ke Menara Kuala Lumpur!! Suka lah budak2... mak bapak nyer pun leh tahan excited.  Pertama kali saya ke sini, tak silap saya tahun 1996.  Lepas tu tak teringin pun nak ke KL Tower lagi.  Sebab tak de benda sangat.  So, kali ni bawa anak2, terujalah mereka.  Dah tambah satu pengalaman dalam hidup, pergi ke menara antara tertinggi di Dunia... ok la tu kan.

Saya amik pakej naik menara dan 'Pengembaraan XD' - ala2 panggung wayang tapi kita mcm dpt rasa perjalanan pengembaraan tu (kerusi bergerak, pakai cermin mata 3D dan ada efek bunyi dan angin sekali).  Macam best la kan.  Harga pakej tu adalah RM120(2dewasa dan 2kanak); RM35/dewasa dan RM25/kanak2.


 Nampak panjang, tp kejap je beratur nih. 
Rasanya hari yg kami pergi ni tak ramai orang pun.

 Kat sini lah panggung XD.
Pening kepala masuk panggung ni...
Tapi masa ni belum beli tiket lagi.. Baru Usha2..

 Gambar naik lift pun ada.. hehe..

 Antara pemandangan dari atas Menara Kuala Lumpur...
Saujana mata memandang..

 Benda yg budak2 tu pakai adalah utk beri penerangan
tentang Menara Kuala Lumpur


 Dipaparkan juga menara2 tertinggi di dunia kat cermin2 tu..
(yg hadid sandar tu)

 Afi dan Ibu..

 Kena tengok, tak tgk rugi, dah bayar mahal.. hehe..

 Angin firas tak baper baik. Nak bergayut kat ibu lak..


hahaha.. ini tv kat luar yg paparkan pelawat sedang mencuba XD ni.
(aku ler tu.. dgn ariq n firas - firas atas riba)

Adoyai, mentang2 la saya bawa kanak2 masuk, diaorg kasi filem kartun la pulak... ingatkan dpt naik roller coaster ke.. tercabar la sikit.  Pening kepala laaa.. rasanya 5 minit ada kot.  Secara jujur nya tak berapa best... huhu..

Lepas naik benda tu semua, kami pun beredar.. masa tu telah masuk solat zohor bagi wilayah persekutuan.  Kami pun balik rumah selepas makan.

Ok, keesokan harinya, hari isnin, kita ke Sunway Pyramid di Bandar Sunway.  Lama tak masuk Sunway Pyramid nih. 

Meh tgk.. kita gembirakan hati budak2 nih.




 Firas naik kete api.  Kaya firas hari tu sebab naik sensorg..

 Ariq n hadid main bumper car.


 Anak2 menunggu ibu membeli seluar.


Lepas dpd Sunway Pyramid, kami pun balik rumah.  Ok anak2... nanti kita jalan lagi ye. Itu la dia.  Tak pegi jauh dapat jalan dekat2 pun jadi la kan.  Yang penting, anak2 happy, kita pun happy tgk anak2 happy.

Berpiknik di Lubuk Manggis...

Assalamualaikum wbt...

Korang mesti penah pergi piknik kan? Sekali seumur hidup mesti penah pegi... Kitorg dulu rajin gi piknik - merangkap memancing sekali.  Tapi akhir tahun lepas, kami ada berpiknik di Lubuk Manggis.  U all tau lubuk manggis kat mana? Kat Hulu Langat.  First time g sana dgn pakteh & family.
Ni dah kali yg ke 3 atau ke 4 rasanya.

Best la tempat dia.. Sungai nye dan yg sama pentingnya - tpt melepak.  Hari yg kami pegi tu kami sewa chalet kecik, RM45 sehari, yg ada bilik.  Besar pun besar, sesuai la dgn kami yg 6 beranak ni. Nak tukar baju, nak sembahyang, nak bergolek boleh la kat dlm bilik.  Bersih pun bersih.  Kami pergi dalam jam 11 lebih. Saya bawa bekal nasi lemak yg dimasak sendiri dan bubur kacang hijau berdurian... perrhhh.. sedap dpt cecah dgn roti.  Bawa tikar, bantal dan baju.
  
Alhamdulillah, cuaca masa tu sangat baik.  Puas la budak2 ni mandi manda. Saya tak mandi la.. Ada anak kecik ni leceh la nak masuk air.  Tak teruja pun nak masuk air.  Malas nak salin baju.  Biar la diorg yg main air.   Kitorg lama gak lepak kat situ, pkl 4 lebih kami gerak balik.

Meh tgk gambar2 kami berpiknik di lubuk manggis.














Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...