Khamis, Jun 21, 2012

Sukan oh Sukan...

Assalamualaikum wbt.

Sukan KPDNKK akan berlangsung pada 24 Jun 2012.  Untuk tahun ni, saya masuk sukan futsal.  hehehehe... dari tahun 2007 saya dah babitkan diri dalam sukan futsal dan pembabitan awal tersebut utk kali pertama dan kedua team saya dapat johan dlm pertandingan anjuran MyIPO sendiri.  Masa tu Sukan KPDNKK takde lagi acara futsal untuk wanita, jadi saya aktif dalam bola jaring; mewakili MyIPO utk sukan Kementerian.  Tu pun bila saya tak mengandung la.

Persiapan untuk perlawanan kali ni agak singkat.  Kami berlatih 3 minggu sebelum tarikh perlawanan yg dijadualkan pada 17 Jun 2012 di Centremar Setapak.  Saya lagi lah, hanya sempat berlatih dua minggu je, sebab bercuti kenduri arwah.  Naik2 dari bercuti, terus sertai latihan futsal tersebut.

Untungnya kami kali ni, kami dpt membuat latihan di court futsal dimana perlawanan diadakan.  Ini menjadi kelebihan kepada kami untuk mendpt suasana realistik semasa latihan.  Kami juga hanya berkesempatan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan MIDA pada hari Khamis, 14 Jun 2012 3 hari sebelum pertandingan dengan mata 2-2.

Team kami terdiri daripada 11 org termasuk pengurus, tp kami telah dibekalkan dengan seorang jurulatih yg amat2 membantu kami dalam persiapan menghadapi perlawanan tersebut.

Maka tibalah hari pertandingan.  Secara fizikalnya, kami amat bersedia, cuma masalah mental sikit - gabra dan over excited.  Hehe...

Kami adalah didalam kumpulan tersebut : SSM, MKM, KPDNKK & MyIPO.  kami akan bertemua dengan SSM dulu dan kemudian MKM dan akhirnya KPDNKK.  Manakala kumpulan B terdiri daripada PNS, Bank Rakyat dan SKM.

Semasa kelayakan separuh akhir, kami bertemu dengan PNS dan kelayakan bagi tempat ke 3 dan ke 4 kami bertemu dengan MKM.  Penentuan tempat ke3 dan ke4 dgn kedudukan draw - 0-0, menjadikan penalti sebagai penentuan dan akhirnya kami berjaya untuk mendapat tempat ke3 iaitu dengan penalti 2-1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Azlie, coach kami pada hari itu yg telah menyusun strategi perlawanan hingga kami mara ke peringkat separuh akhir dan berjaya sekurang-kurangnya mendapat tempat ke-3.  Thank you Azlie! dan tidak lupa pada semangat satu pasukan kami kepada Meg, hariani, fiza, liza kepoh, salmi, Olin (goalkeeper), umi, mawar dan mariam dan shikin.


Ni MyIPO & KPDNKK
 

Isnin, Jun 11, 2012

Air dicincang takkan putus...

Assalamualaikum wbt.

Selesai sudah kenduri arwah kami buat 3 malam berturut-turut.  Ditakdirkan waktu cuti sekolah, maka, dapatlah kami berlama dikampung en. husband. 

Seronot bila dapat berkumpul beramai2, memasak bersama, bercerita, makan bersama dan sempat bergurau senda.  Kalau tidak, tentunya waktu2 seperti ini hanya dapat dinikmati pada hari raya sahaja.

Bertemu dengan anak2 buah yg sedang meningkat dewasa, bertemu dengan ipar duai dan bertukar2 cerita adalah sesuatu yg cukup bermakna.  Kami masing-masing saling bantu membantu dan bekerjasama; membasuh baju, menyapu rumah, menyidai kain, melipat kain, memasak, menghidang masak, membasuh pinggan mangkuk, malah kepada perkara sekecil2 seperti memasukkan baju kotor di dalam mesin basuh pun masing-masing ringan tangan membantu.  Tiada terkecuali.  Orang kata 'sedar diri'.  Ok la sangat nyer kan.  

Anak-anak bahagia bermain dengan sepupu.  Macam2 dipelajari dari sepupu masing-masing.  Seronot bila dapat usik anak2 buah dan bercerita dgn mereka.  Kadang-kadang gelagat mereka mengundang seribu bahagia, sering diajukan soalan menguji minda, sering diluahkan perkara-perkara yg penat otak nak memikir jawapan terbaik.  Aduhai, anak2 sekarang makin bijak.

Dalam suasana sebegitu, tiada istilah berkira.  Pada saya, itulah yang mahal. Tiada ungkit mengungkit, bila terkasar kami segera meminta maaf dan cepat memaafkan dan melupakan.  Adatlah tu kan... sedangkan lidah lagi tergigit.

Hmmm... raya tahun ni, tanpa ayah. (mode : sedih). Moga arwah ayah ditempatkan dikalangan kekasih Allah dan diampunkan dosa-dosanya.  Moga arwah ayah tenang disana melihat kami sepakat adik beradik sepertimana kehendaknya semasa hayat dan itulah antara nasihat terakhir arwah.  Doa kami mengiringi ayah disana - sentiasa.  Al-fatihah.

Ahad, Jun 10, 2012

Innalillahi wa'inna ilaihi rajiun ...

Assalamualaikum wbt.

Amat hebat dugaan Allah Taala. Namun percayalah, dugaan Allah Taala tidak lebih dpd kemampuan hambaNya, kerana kita dibekalkan dengan akal, dan Allah sentiasa disisi kita utk menempuhi cabaran2 diberikan.  Semuanya menguji iman dan taqwa.  Benarlah, bila kita sesat, sesak, sedih dan sangsi, kembali ke pangkal jalan.  Sekurang-kurangnya, hati rasa tenang.  Bila hati tenang, akal boleh berfikir dgn waras, hati boleh menerima kenyataan.  Ikut nafsu, akal akal jadi buntu, hati jadi beku. Syaitan mudah merasuk.  Itu post mortem saya.

Arwah ayah (mentua) kembali ke Rahmatullah pada selasa, 5 Jun 2012, jam 5.05 petang di Hospital Slim RIver, berpunca dari cancer hati tahap kritikal.  

Semasa diberitahu, kami sedang bersiap2 untuk ke hospital slim.  En. hb menerima berita tersebut dpd adik yg berada di hospital slim ketika itu menemani emak di sana.  Menerima berita tersebut, sejenak saya terdiam, sunyi bbrp saat dan lantas mendail no. mak saya di jb utk memaklumkan berita kehilangan tersebut.  Mak tak angkat, saya call abah dan memaklumkan berita tersebut.  Kami semua bertafakut seketika mengenangkan arwah.

Arwah ayah seorang yg tenang, bersahaja, dan sangat tulus. tidak banyak bercakap.  Ini pada pandangan saya.  Arwah seorang yg sangat baik dan amat menjaga solat, sehinggakan kami masih dikejutnya untuk mendirikan solat subuh.  Ya Allah, kau tempatkan lah arwah ayahanda disisimu dan Kau ampunilah segala dosa-dosanya.  

Ayah telah lama sakit buah pinggang, pergi dialisis 3 kali seminggu selama lebih 12 tahun.  Sejak 3 tahun lepas kalau tak silap saya, arwah mula sakit, dalam perut, usus berdarah, muntah darah, sakit belakang, berak berdarah dan kerap sesak nafas.  Arwah disahkan mengidap kanser hati hari rabu seminggu sebelum arwah kembali ke rahmatullah.  Dimaklumkan kanser hati ketika bila dikesan berada didalam tahap kritikal.  Doktor hanya boleh buat yg terbaik, tp segalanya di tangan Allah Taala. 

Kami redha dengan pemergian arwah.  Biarlah dia pergi setelah lama menanggung kesakitan.  Mudah2an kesabaran arwah selama menanggung sakit, mendapat ganjaran pahala yg besar dari Allah Taala.  Sesungguhnya doa kami akan sentiasa bersama arwah.  Mudah2an kita diketemukan disana satu hari nanti. Al-Fatihah. 

Selasa, Jun 05, 2012

Mengharap hikmah disebalik kejadian...

Assalamualaikum wbt.


Perancangan dua bulan awal, rasa teruja, bayangan kegembiraan, wajah2 kesayangan yang bakal turut sama dalam percutian yang dirancang utk musim cuti sekolah bulan Jun ini, akhirnya tidak dapat saya dan keluarga ikuti berikutan ayah mentua saya sakit tenat setelah disahkan mengidap kanser hati.  Macam mana agaknya perasaan anda menghadapi situasi seperti itu.  

Diantara dua persimpangan - janji dengan keluarga utk percutian hebat, menziarahi ayah yg sedang sakit.  Tentu anda kata bodoh dan menuduh saya pentingkan diri sendiri bila saya rasa berbelah bagi.  Dan akhirnya saya 'terpaksa' beralah.


Memandangkan saya yg menguruskan penginapan, tiket dan juga pengangkutan utk trip tersebut, saya berusaha sedaya upaya agar mereka yg mengikuti trip itu tidak menghadapi sebarang masalah yg mana saya sekeluarga tidak dapat turut serta.  Anak2 meroyan jugak lah bila di saat2 akhir, kami terpaksa tarik diri.


Saya gembira jika mereka gembira dan balik dgn senyuman kepuasan setelah berlabur tidak sedikit utk trip tersebut.


Anak-anak, bukan rezeki kita kali ini.  Ada yang lebih penting utk kita buat, iaitu menghormati dan menjaga hati...

Sabtu, Jun 02, 2012

saya tidak kejam

Assalamualaikum wbt.

Saya seringkali kalah dengan rasa penting diri bila diri minta untuk memilih, kepentingan sendiri atau kepentingan orang lain.  Walau pun sebenarnya sepatutnya kita lebih banyak beralah sebab ia akan memudahkan situasi yang sulit.  Jenuh pk baik buruk, apa yg saya pinta hanyalah tolak ansur.  Kalau diminta dgn baik, maka saya akan berikan dengan sebaiknya.  Hati saya rupanya masih tak bersih lagi.  Iye, saya bukannya baik sangat tp bila keadaan tersepit saya perlukan sokongan, hati saya keras umpama kerikil.  Saya perlukan kelembutan bila diminta beralah, saya x suka pada kekerasan di dalam keadaan saya yg terdesak.  Kerana hati saya akan jadi lebih kejam kerana didesak, di'ntah'kan dan di ketepikan.

Orang kata tak baik simpan dendam dalam hati.  Betul lah tu.  Sebab ia umpama bara dalam sekam.  Sedikit sedikit ia membara, menunggu menjadi api dan bila jadi api, akhirnya membakar diri.  

Saya tak kuat menangis, tp bila saya menangis tanda hati saya sangat terluka.  Tangisan saya hanya dalam diam.  Kalau boleh saya tak nak orang tau saya menangis.  Biarlah saya sendiri yang rasa kepedihan itu.  

Hidup saya selama ini sebagai pejuang.  Berjuang utk org lain, dan sangat sedikit berjuang untuk diri sendiri.  Saya rasa tak kisah.  Tapi bila ada yang ambil kesempatan, perkara itu sangat melukakan.  

Saya boleh memaafkan, tp saya tak akan mudah melupakan.  Bila saya minta maaf, ianya sangat ikhlas.  

Saya tidak kuat sebenarnya dan saya tidak baik.  Saya masih sedaya upaya untuk berubah menjadi seorang yg baik, nampaknya, mmg ia tak mudah.  

Pada waktu ini, saya perlukan 'win win situation' .... awak dapat apa yang awak nak, saya dpt apa yg saya perlukan.
 

Jumaat, Mei 18, 2012

Assalamualaikum wbt.

2 minggu ketiadaan boss 2 minggu macam2 terjadi. Letih makcik.

Nape ye dengan 2 minggu tu?

Pertamanya, afi tak sihat, kena semput.  Afi ni kuat peluh tau. So, bila peluh kita pun berpeluh tengok dia.. hihihihi... ada malam2 tertentu kami buka aircond berterusan tapi selalunya buka sleep mode sebab sedar tak baper elok pun tido beraircond, aircond lak bukan la aircond yg canggih manggih sekarang ni yg ala2 panasonic lah bagai tu.. jadinya, bila sleep mode, terasa gak la kepanasannya bila lambat udara sejuk tu nak keluar, kita pun keluarkan la kipas tangan kita. Tu pun bila sedar yg afi dah uk ek uk ek uk ek sebab ketidakselesaan - berpeluh.
Terror la kita sebab kipas afi dan diri sendiri sambil pejam mata... huhuhu..

Behtu mmg ada bbrp kali bawa afi g klinik sebab malam2 afi rajin sangat batuk2, sampai nampak semput, tapi dua kali pegi, dua kali doktor cakap peparu afi ok, tak de apa2 dan tak de lak kesan asma. So, doktor bagi ubat batuk.

Satu malam tu, afi batuk terus sgt, dan kita pun bagi la afi ubat batuk, tapi tak jalan jugak. So, esoknya lepas waktu kerja, kita bawa afi g klinik dan bila doktor check doktor sahkan afi asma.  Doktor saran bagi gas kat afi - adalah dlm 10 min.  Kesian afi..

Esok hari nya ibu tak keje sebab ibu letih dan tak de mood nak keje. 

Minggu depannya, isnin malam selasa, afi meragam.  Mulut nya di kemam, air liur meleleh2, badan dedar, makan tak mahu, susu pun tak mahu.  Mmg dlm pikiran ni afi meragam sebab nak tumbuh gigi.  Bila disuakan puting, afi tak moh hisap, dia menangis memanjang. Afi tertido pkl 2 pagi tanpa menyusu sejak amik afi dari rumah mak ani petang tu.  Jam 3.30 pg afi terjaga dan meragam lagi. Sempat kita google utk kes2 bayi nak tumbuh gigi ni dan mmg ada tanda2 diatas pada afi menunjukkan afi mmg meragam sebab nak tumbuh gigi.  Sebelum tu dalam fikiran takut jugak afi angin pasang tapi pogie kata bukan angin pasang.  Perut afi kembung sebab nangis lama dan tak makan dan susu.  Kesiannya anak ibu ni.  So, dari jam 3.30 pg tu sampai la 5.30 pagi baru afi lena balik.

7.00 pg baru tersedar.  Budak2 tak boleh tidak ke sekolah sebab hari tu hari guru.  Gesa jugak bangun dan bila sampai sekolah jam dah pkl 8.00 pg.  Jalan jem teruk hari tu.  Afi menyusu juga dalam kereta otw ke rumah mak ani. Kesian afi.

Ibu pergi jugak kerja biarlah lambat utk bbrp hari dalam dua minggu nih. 

Bila kita ada anak kecil, macam2 kerenah kita akan hadapi.  Selalunya melibatkan kesihatan.  nak2 kalau anak ramai macam saya.. hihihih ... apapun, itulah pengalaman, pengalaman yg mengajar kita erti hidup berkeluarga.  Pengalaman mengajar kita erti sabar dan tabah.  Pengalaman mengajar kita erti kesusahan dan kesenangan dalam hidup, jatuh dan bangun dalam hidup.  Pengalaman mengajar kita supaya tidak cepat give up dan sentiasa berusaha. Syukur padamu ya Allah atas pengalaman yg kau berikan pada ku sepanjang aku bernafas dibumi mu....  Alhamdulillah..

Isnin, April 09, 2012

Hati oh Hati

Assalamualaikum wbt.


Lama sungguh tak update blog ni.  Tak datang2 mood untuk mencoratcoret kat sini.  Apakah dah tak ada cerita? apakah dah tak de yg menarik? apa dah jadi gak nyer kan sampai tak dpt nak update apa2 kat blog? hmmmmmm ... mmg tak de mood la nih...

Penah kan dengar lagu gurindam seloka nih....

Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang...
Tanya sama angin, apa sebab goyang,
Nanti jawab angin, tanyalah awan...

Nanti awan kata, aku kandung air,
sampai tempat sejuk, aku pun cair,
Lihat dalam air, nampak bayang2
Campak satu batu bayang pun hilang....

Hilang ke bayang tu? tak ... selagi kita ada kat situ, bayang akan timbul juga sesaat dua selepas tu...

Macam tu jugak la rasa hati... marah-marah sayang.. benci-benci rindu...  Bahagiakah org yg tiada cinta? Bahagiakan kalo diri tak de rasa sayang...?

Merajukkah pada yang kasih? Rindu kah pada yang dibenci? Marahkah pada yang dimanja? Semua tu perasaan yang ada kat manusia kan... Mungkin kot ada jugak orang yang jenis marah terus tak nak kawan dah.. yg jenis sekali benci mmg benci terus dah.. yg jenis merajuk, berkurun lama baru terpujuk atau sampai ketemu ajal... semuanya tak mustahil utk zaman sekarang ni kan....

Tapi, perasaan tu semua diatas, kalo tak ada, tak dpt la kita rasa manis dalam bercinta.. sesekali merajuk, seselalu rindu dendam... alangkah bahagia nya bercinta. 

Harapan kita, biarlah kasih mekar sampai bila2... sampai terasa ke anak cucu... sampai terbawa ke dalam mimpi... sampai terbau2 bila berjauhan... kemaruk tul kan... Bayangkan waktu mula-mula bercinta... ayat fofular yg selalu digunakan : makan tak kenyang, mandi tak basah, tido pun tak lena... sebab tengah kemaruk bebenornya.... kalau berjauhan, tak dpt berjumpa, bawa balik baju pun jadilah... dicium2, dipeluk2, dibawa tido baju tu... hehehehe... adoyai... giler la CINTA ni kan..

Tu sebabnya, cintalah pada yang SATU, kerana yg satu itu suci, benar, tulus dan ikhlas.  Tapi selalu kita curang pada yang SATU itu kan... bila kita rasa susah, bila kita rasa kecewa, baru lah kita cari yang SATU itu... mmm sungguh tidak adil..

Apakata kita kuatkan CINTA yang satu itu... biar setiap masa ia mekar, bawa lah ke mana pun, kita ingat kat DIA, DIA akan ingat kat kita... untuk saya nak mekarkan CINTA DIA tu saya berusaha untuk rajin puasa sunat.. Mudah2an, dengan berpuasa, saya dpt memperbaiki kelemahan diri saya dan ibadah saya terhadapNya... Bukan kah kalau kita sayang kan seseorang, kita akan buat yang terbaik, tunjukkan yang terbaik dan berusaha memperbaiki diri kita, agar si dia menjadi lebih sayang kat kita...? 

Rabu, Mac 07, 2012

Afi dan Susu..

Assalamualaikum wbt.

Afi dah pun masuk 5 bulan dan masih lagi menyusu badan.  Cuma sedikit yg merunsing bila susu badan dah kurang production.  Mmg salah diri sendiri, kat opis dah kurang memerah, kadang tu sampai tak perah langsung.. merajuk la kawan tu.. Dahtu sibuk kerisauan tak dpt bagi Afi susu badan penuh sehingga Afi 6 bulan (minima).

Minggu lepas saya dah belikan Afi susu Anmum, sebab stok susu dah habis.  Bila balik keje, saya tanya mak ani(pengasuh budak2), katanya Afi takmoh susu Anmum tu dan bila susu, main2 kat bibir je.  Mana lah taknye, saya pun tak penah kasi susu tu pada Afi.  Apa lagi, balik tu saya pun perah susu dan dapat la 5oz.  Stok utk hari senin nanti (hari saya perah tu hari jumaat, lepas balik keje).  Jadinya saya plan nak bagi Afi makan. Afi pun dah 5 bulan.  Mungkin ada nestum/ saya akan buat bubur nasi pada Afi hujung minggu tu.  Hmmm, tak de maknanya saya buat bubur sebab saya pun sibuk sikit hujung minggu tu, dan Afi lak direct feeding, jadi saya takdelah pk masalah susu badan yg berkurang itu.  Hari Ahad tu, tergerak hati nak g tgk kat JJ nestum yg sesuai utk Afi.  Masa abang dia si Hadid dulu tu, saya ada belikan nestum dan saya perasan nestum tu utk umur baby 4 bulan ke atas.  Tapi bila saya tgk kat JJ Ahad lepas, dah tak de dah nestum bby utk 4 bulan ke atas.  Semuanya bermula 6 bulan ke atas.  Hmmm, saya tak de risau sangat, tp sekurang2nya elok gak saya tak jumpa sebab ini akan membuatkan saya lebih berusaha utk tidak ambil mudah tentang penyusuan Afi.

Yang sebenarnya, saya ada beli vitamin2 yg boleh menggalakkan penyusuan ibu nih.  Hmmm, tak penah2 saya amik vitamin selama saya menyusukan abg2nya yg bertiga tu semata2 cekononnya nak tambah susu badan, kali ni lain lak gayanya.  APAPUN, kita yg susu badan ni yg kena jaga diri kita sendiri dan tak boleh mengharapkan vitamin.  Vitamin tu hanya membantu sahaja tp pokok pangkalnya, kita kena minum banyak air, tak boleh stress, kena jaga kesihatan, cukup tido, dan makan makanan yang berkhasiat.  Yang penting air mmg kena minum lebih. Paling2 3 liter satu hari. 

Jadinya, hari Ahad lepas, saya dah bertekad utk kembali mengepam semula susu badan buat Afi.  Saya dah start minum air dalam kuantiti yang banyak, dan di office juga saya akan lebih kerap memerah susu.  Lagi pun bos takde minggu ni, jadi saya ada ruang masa yg mencukupi untuk memerah susu. Kalau tak dapat setahun, dua tahun, 6 bulan dah memadai untuk Afi susu badan.  Lagi pun bila Afi dah 6 bulan, dia dah boleh diberi makanan pepejal sedikit demi sedikit.

Tak boleh putus asa ni, mmg kena usaha utk hasilkan susu utk Afi...

Susu ibu adalah susu terbaik utk baby2 kita... fikir yg positif! Be optimist!

Macam2 sakit...

Assalamualaikum wbt.

Hmmm... sapa ada pengalaman kena demam denggi?  Kesian... Baru-baru ni, teman sekerja, zila kena demam denggi.  Tau pun bila dia naik kerja setelah bbrp hari di hospital.  Mmg tau dia demam, tp tak tau lak dia kena demam dengki.  Kesian, dah la berada di perantauan, sakit lak tu, masuk spital lak tu, sapa nak tgk2kan.  Zila kata, mak ayah dia tak dapat nak menjenguk (kelantan), saya tak tau sama ada zila bgtau mak ayah dia ke tidak.  ye lah, kita pun tak nak org tua susah hati kan.. Zila ni, lepas keluar hospital, esok hari nya dia dah masuk keje.  Uish, saya tanya dia, larat ke keje? Badan tak melayang ke? Zila kata, terasa gak. Ni pun dia masih batuk2 lagi.. kesian zila...  

Sebab, bukan saya tak penah kena demam denggi ni.  Berbotol air masuk dlm badan.. kiraannya kalo tak silap saya, 6 jam satu botol.  So, kalo saya duduk kat spital tu hampir 8 hari, darab kan lah berapa botol air masuk dlm badan saya seminggu tu.  Adalah kat 18 botol air, sebab saya kira 6 hari je.. lepas tu, berapa byk kali masuk bilik air nak membuang.. uish.. rimas betul dengan tiub kat tangan.. tak bebas...

Yang lebih mengharukan, saya kena demam denggi ni masa saya masih dalam pantang bersalinkan si firas.  Saya agak dalam 30 hari ++ laa..

Yang saya rasa masa tu, bila saya bangun dari pembaringan, saya akan rebah semula.  Saya rasa pitam, behtu badan melayang2, dua hari saya jadi mcm tu..

Masa tu saya dgn firas je kat rumah.  Saya sendiri tak sedar yg suhu badan saya tinggi.  Apa yg saya tau, saya berselubung kerana kesejukan.  Bila pogie balik dr kerja lewat petang tu, dia raba dahi dan katanya, PANAS nyer! terus bawa saya ke klinik panel di Cheras.  Mmg time tu saya tak larat nak berjalan.  Badan rasa diawang2an.. melayang2... dan nak dijadikan cerita, parking pulak penuh kat area klinik tu.  Jadi pogie kena tunggu dalam kereta sebab tak dpt tempat parking dan bawa pulak hadid dgn ariq jadi terpaksalah saya meraba2 berjalan dengan harapan tinggi jangan lah rebah.  Masuk klinik tu, mmg tak de patient yang menunggu, dlm 5 minit saya dipanggil masuk bilik.  Saya ingat sangat doktor yg check saya hari tu.. seorang doktor perempuan, yg boleh saya kata tak layak jadi doktor hari itu.

Sebabnya, dia tanya saya, sakit apa? Saya kata demam.  Saya pun ringan2 mulut bercerita utk memudahkan doktor tu dpt tangkap apa kena agaknya dgn saya.. saya bgtau doktor tu saya dlm pantang dan tetiba saya dapat demam.  dan saya juga ringan mulut kata, mungkin saya makan jamu, badan saya rasa panas... (saya bukan ada ilmu perubatan, jadi tak salah lah kalo saya buat andaian sendiri...).  Doktor tu boleh kata, "tak payah la makan jamu ke apa ke, kalo tak kena dgn badan tu.  Ok, tunggu kat luar"... saya - ?????? Doktor tu tak sentuh saya langsung, tak pandang muka saya langsung.. saya berjalan bagai nak rebah, tekanan darah pun dia tak amik!! Saya siap baring kat kerusi menunggu - oh, tak kronik ke sakit saya ni doktor??

X lama tu nama saya dipanggil dan saya dpt ubat demam, antibiotik dan ubat apa lagi ntah.  Kat rumah makan ubat demam... esok hari nye petang tu pogie ajak g klinik KITA di pandan sebab tengok saya tak kebah dan kesan dr komplen saya berkenaan dgn doktor tu. Memang sejak dari peristiwa tu, saya langsung dah tak pegi klinik tu.  Masuk je bilik doktor  di Klinik KITA, doktor terus check suhu, dan kata, "saya refer awak terus ke hospital ye".. saya " aaa??", doktor kata suhu badan saya tinggi, cecah 40... perrrhhh.. saya tak lak rasa badan saya panas.. saya ikut je la arahan doktor tu sebab saya mmg tak larat sesangatnya.  Bila bgtau pogie, dia terkejut.  Hmmm.. terkenang pulak bby firas masa tu yg masih dlm hari lagi... terkenang kan juga abang2 nya dan en. husband.  Kami decide utk minta bantuan mak ani (pengasuh) utk tgk2 firas satu malam tu sementara tunggu mak naik utk tolong jagakan firas.  Dah la saya susu badan, ada buat stok tp saya pun tak tau mcm mana nak manage stok susu sebab baru je belajar pasal bab2 susu badan ni.  (Skrg dah expert dah! hehehe.. boleh laaaa).  Kesian kat mak juga sebab mesti mak tak cukup tido, tapi nak minta tolong siapa lagi ye? huhuhu.. saya pun harap minta2 tak lama saya duduk di hospital.

Jadinya, kami hantar bby firas ke rumah mak ani, kemudian hb saya hantar saya ke hospital UKM (anak2 semua dirumah mak ani - abg2 hanya sementara duduk situ).  Di emergency room, saya dimasukkan air... kiri kanan tangan saya dicucuk, yg saya masih ingat, sebelah kanan masuk air. sebelah kiri pun dicucuk juga, tak tau utk apa.. masuk ubat kot..

Masa tu dah lepas maghrib dah, pogie masih menunggu di luar utk tgk keputusan apa kena agaknya dgn saya ni. Yg merawat saya masa tu, seorg pemuda, dia bagitau saya, katil kat spital tak cukup dan saya kena transfer ke hospital Ampang.  Saya: aaaa??? behtu saya ringan mulut tanya, dik, akak sakit apa ni?? owh, dia kata, akak kena denggi la.  Ha???? behtu saya tanya lagi dgn 100% kehairanan, betul ke denggi?? ye ke dik?? (dalam hati nak je suruh adik tu check lagi sekali, kot dia salah).  Memang rasa pelik bin ajaib sangat.  Saya pun tak tau kenapa saya tak leh terima kenyataan masa tu.  Pemuda tu kata, ye kak, akak kena denggi.  Rumah akak ada kes ke?  Saya diam je... dan kemudian, saya teringat bbrp hari sebelum tu ada fogging di kawasan apartment.  Ye la kot.. mmmm, mcm ni ke rasa kena denggi... demam kat 40 darjah celcius.. uish...

"behtu dik, kena g spital ampang ke? naik apa?" "tak pe kak, kita sediakan ambulan utk akak ye.  Kat sini katil penuh kak, ramai pesakit skrg ni". oooowww, ok...

Tak lama kemudian tu, saya disorong keluar dgn kerusi roda dgn air tergantung dibantu oleh bbrp pemuda lain.  Wah!! naik ambulan... baru lak tu! hihihi.. seronot gak nih.  Pogie dah pun ke hospital ampang dgn motor.  Saya pun tak tau mana letaknya hospital ampang tu.  Tapikan saya bgtau sejujurnya... best naik ambulan tau! ambulan baru... laju!! behtu boleh potong trafik light, leh langgar peraturan lalu lintas, behtu yg paling best, bunyi siren!! hahahahahah.... pengalaman yg tak mungkin saya dpt lupakan.  Rasanya dlm 10-15 saya sampai hospital ampang yg saya pun tak tau kat mana.  Hospital tu baru dibuka setahun dua kot.Mmg nampak kebaruannya.  Malam tu, saya ditempatkan di wad wanita, saya tak ingat wad berapa, huhuhu... senyap sunyi je suasana wad. tapi sekurang2nya hospital ni baru... alamak, saya tido sendirian malam ni.  Tentu saya rindukan baby firas dan abang2.. ayahnya...

Pogie tinggalkan saya dengan satu kucupan didahi... bila la saya boleh keluar kan...

Katil sebelah saya berpenghuni, harapan saya, esok boleh saya berkenalan dan berkawan dengan org sebelah.  Saya dimasukkan air di tangan kiri. Manakala tangan kanan masih lagi bertiub. Huhu, mcm mana lah keadaan baby firas masa ni? tak dapat susu ibu, dan saya telah menyusahkan orang lain ketika itu untuk menjaga baby saya... saya minta maaf dan terima kasih atas pengorbanan mak ani dan keluarga dan terutamanya mak yg sudi naik KL utk menjaga bby firas.  Tentu mak tak cukup tido nanti kan...

Keesokan harinya, seawal 6.30pg, wad dah pun terang benderang.  Saya teringat suasana asrama semasa di Kolej dulu, time induksi..hihihihi.. (terkenanglah pulak)...

Pepagi lagi kena gak bangun, basuh badan, buang air, sarapan dan kebetulan saya tak boleh sembahyang lagi sebab darah masih belum kering.  Tgk keadaan sekeliling, sungguh meriah, kerana apa? kerana ramai pelatih2 yg menjalani latihan praktikal mereka sibuk membantu melayan pesakit.  Adik2 ni lah yg menceriakan suasana hospital ketika itu.  Teringat pulak kat teh (abg no 4), dia penah kata, kat spital ni, nurse nye comei2 dan cantek2.. hihihi.. jgn marah ye makteh...

Pkl 10 pg setiap hari akan ada seorang doktor pakar bertugas buat check up setiap pesakit. 

Sementara boring2 tu la, pelatih2 akan datang kat kita, dan berbual ringan dengan kita.  Saya tak ingat pelatih2 tu dr kolej perubatan mana.

Selama 8 hari saya di hospital, saya dipindahkan hampir ke 4 katil di dalam wad yang sama.  Saya pun tak tau nape. 

Oooo.. kenapa saya lama di hospital?  Sebab saya telah dikesan ada typhoid (mcm taun dlm perut).  Jadi saya dimasukkan antibiotik melalui tiub selama 5 hari. Typhoid ni dikesan dengan mengambil sample najis.  Saya ada maklumkan kepada staffnurse berkenaan dgn masalah cirit birit saya lepas bersalin dan nasib baik la saya 'mensudi'kan diri memberikan sample tersebut.. doktor rasa pelik sebab mcm mana saya boleh dpt typhoid.  Saya pun tak tau doktor! Jadi, instead of boleh keluar hari ke3 (agaknya), saya dah kena tahan wad 5 hari utk diberikan antibiotik melalui tiub.

Manakala badan saya naik bintik2 merah akibat denggi pada hari ke2 saya di wad.  Mmg mengejutkan sebab nya tak sangka betapa teruk dan dahsyat nyer rupa saya ketika itu walaupun saya tak nafikan saya kelihatan lebih hodoh ketika saya kena chicken pox.  Gusi saya pecah darah, begitu juga kelopak mata dan badan ditumbuhi bintik2 halus.  Mmg la tak rasa sakit apa, air masuk dlm badan berbotol2.  Tak teringat pulak nak amik gambar masa tu..

... ingat x pasal tiub saya yg sebelah kanan tu.. tau apa saya dah buat? malam kedua, saya pepandai sendiri cabut tiub yg tak pakai tu..! heheheh... dan kepandaian saya itu mengakibatkan habis darah memancut keluar dan terkena tilam dan selimut... huhuhu... saya tak terfikir pulak semestinya pembuluh darah yg dicucuk tiub tu besar dan saya tak bersedia utk menahan darah yg memancut keluar.  Saya buat kerja tu pada jam 12++mlm selepas lampu ditutup, sebab saya tak mahu aktiviti saya diketahui staff nurse yg bertugas.. hehehe... saya rimas dgn tiub tu.  Nasib baik esok harinya, saya minta cadar ditukar dan nasib baik saya tak ditanya apa2 berkenaan kesan2 darah tu.  Dan nasib baik tiada yg perasan tiub sebelah tangan kanan saya dah tak ada.  Kan tiub tu dipasang semasa saya di HUKM... hehehe..

Untuk selama 8 hari tu jugalah terjadi satu peristiwa yg menyayat hati.  Seingat saya ada dua atau tiga kes kematian berlaku di wad tu.  Yg paling tak dpt saya lupakan ialah di suatu malam, ketika sebuah troli jenazah ditolak dan diletakkan disebelah dinding bertentangan dengan katil saya, menunggu untuk memberikan perkhidmatan terakhir kepada arwah.  Semestinya arwah seorang perempuan dan dia adalah seorang ibu.  Saya ingat lagi jam didinding menunjukkan jam 12 lebih (malam).  Amat mengharukan saya sehingga teresak sendirian pada malam tu apabila kedengaran suara anak2 arwah mendayu2 menangis mengenangkan perginya ibu mereka.  Depan saya, mereka berpelukan sesama adik beradik dan sekejap tu bertukar pelukan dengan ayah mereka.  Umur anak2 malang tu antara 3 hingga 10 tahun.  Sedihnya bila dalam usia kecik tu, mereka hilang tempat bermanja... ada masa mereka berlarian tak keruan mungkin kerana rasa sedih yang amat dan rasa perlukan seseorang... kalau la saya boleh kongsi kesedihan mereka...  Saya hanya mampu sedekahkan alfatihah kepada arwah dan berdoa semoga anak2 ini tabah dan sabar. 
... huhu... muhasabah diri sekejap.. sob sob sob...
mmmmm  saya dah kenal sangat dengan bunyi troli jenazah...

Awal2 saya masuk hospital tu, saya tidak dibenarkan utk perah susu... huhuhu.. sedihnya.. terpaksa saya buang susu2 yg saya perah ketika membengkak dan akhirnya susu badan saya kering.. kesiannya kat firas... firas kena minum susu formula dan ikut kata pogie, firas tak moh sangat minum susu formula tu walau dah dua kali tukar susu.  Kesiannya.. Kesian juga kat mak.. sorry mak...

Macam2 kerenah pesakit lah yg saya boleh lihat ketika di hospital.  Orang sebelah menyebelah saya silih berganti, saya tetap setia disitu. Mmg boring sangat.  Saya sakit tapi saya taklah nampak sakit.  Nak jumpa baby firas tapi baby tak dibenarkan masuk ke wad sebab takut kena jangkitan kuman. Jadi, untuk menghilangkan boring, saya minta pogie bawa buku novel saya sebagai peneman.  Jangan tak percaya, saya siap tertido menyongsang lagi - terlena ketika membaca buku (kepala di kaki katil, kaki di kepala katil).  One time tu, saya tersedar dan saya dapat tgk muka2 doktor2 pelatih keliling katil, hmmmm baiknya doktor ni tak nak ganggu pesakit yg sedang enak2 tido sebab kebosanan melampau!  sapa kata 8 hari tu tak lama? lamaaaa laaaa... huhuhu... tak moh masuk spital lagi!

Dan hospital menjadi senyap sunyi bila pelatih2 tamat latihan praktikal mereka disitu.  Dan ramai pesakit minta balik utk menyambut hari raya cina pada minggu tu jugak.  Dan saya?? saya sendirian dengar bunyi mercun... ada gak rasa nak keluar dari wad jalan keliling hospital, tp tak moh la saya jalan dgn tiub kat tangan.

Bila hari terakhir saya dibenarkan keluar hospital, saya rasa amat bahagia sekali.  Cuma apa yang saya perasan, saya tidak kuat berjalan, saya tidak dapat fokus, fikiran saya berkecamuk dan badan saya melayang2. 

Jangan tak percaya, sehingga saya naik bertugas kembali, ambil masa dua tiga bulan juga utk adjust balik titik tumpu saya.  Itu lah penangan yg saya dapat.  Jadinya, saya amat memahami keadaan pesakit yg dibenarkan balik setelah sekian lama di wad.

Kesimpulannya yg saya dapat dari pengalaman saya di hospital ampang pada ketika itu ialah saya sangat2 bersyukur diberikan pengalaman seperti diatas (walaupun ada bbrp cerita yg tak dikongsi disini) sebabnya... saya sakit, tp saya tidaklah sakit teruk/kronik, dan saya telah sembuh dan saya ditemukan dgn rakan2 baru disana yang sudi berkongsi pengalaman hidup mereka yang secara tidak langsung menambah pengalaman dan pengetahuan saya.
Alhamdulillah.... :)

p/s : Menjaga kesihatan diri adalah WAJIB kerana jasad dan nyawa adalah pinjaman dan amanah daripada Allah Taala...

Isnin, Februari 20, 2012

Cantella Asiatica Janda Baik

Assalamualaikum wbt.

Aman - nyaman - mendamaikan ... mcm tu la rasanya bila tiba di Cantella Asiatica Resort, Janda Baik.  Akhirnya saya berjaya tekad untuk menempah Chalet di sini dan mmg BEST laaa! 

Ok, kami menginap di sana pada 6Fe2012.  Saya ambil River View chalet utk 5 Dewasa, (RM175 semalam) - 2 Unit. Dalam chalet tu ada 1 Queen Bed + 3 Single Bed.  Wah! Besar kan! Behtu ada bilik air, tersedia mini freezer, pemanas air, aircond dan kipas.  Tak de TV hokey!! So, kena plan utk buat aktiviti sendiri. 

Yg pergi hari tu, saya &family, mak abah, abg &familyy dan teh&family. Satu chalet adalah utk mak abah dan family saya, dan satu chalet lagi, teh dan abang sekeluarga.

Seperti kebiasaan, kami siap2 bawa bekal dari rumah memandangkan kat Resort tu takde kafeteria dan kalau nak beli makan kena keluar sikit.  Kami ada bawa, sandwich telur, macaroni, beras (bawa rice cooker), lauk pauk, abg bawa meehoon goreng, naget dan teh ada bawa kue teow goreng dll lagi.  Mcm2 ada.  Apa yg menyeronokkan juga di resort ni ialah disamping pemandangan floranya yg menghijau dgn bunga2 yg pelbagai, resort seluas 6 ekar ni ada dua buah tasik utk memancing. Jadi, pogie dan abah dah siap2 bawa pancing untuk aktiviti memancing. Umpan cari cacing/roti cari kat situ je.

Cik Normah dan Bondanya, Datin, menyambut kedatangan kami dengan senyum lebar.  nampak nya minggu ni byk chalet kosong.  So, resort tu kelihatan sunyi sedikit, tapi kami tetap enjoy menikmati suasana aman damainya alam sekeliling.  Jom tgk gambar!


Baru sampai dan sedang tunggu masa utk check in.
Kita makan dulu (perut dah lapar!)
Time : 2.15ptg


 Aktiviti petang: JOM SANTAI...
Lepak tepi tasik sambil tgk org memancing..

 Ewah2.. mokteh pokteh ni bergurau senda! I curi2 dgr je.. kihkihkih...

 Bonda terchenta!

 Aktiviti malam : Jom bakar ikan yg kita dapat!

 Aktiviti pagi esok hari nye : Jom sambung pancing...

 Abah n abang memancing lagi .. dan lagi...

 Ni lah tpt parking ...

 Cantik!

 Bersih dan kehijauan...

 Happy family! :D
 cer teka ikan apa tu?? Baung...

 Ibu dan Afi...
Muka tak mandi! kehkehkeh..

 AFI : apa benda itu tunjuk tu??

 Atok yg sabar menanti...

 Wah! Abang dapat ikan! tak kisah lah kecik pun kan!

 Hasil tangkapan utk hari kedua..

 Apa lagi.... bakar laaa..!

 Atok dgn ikan2nya...

 Apalah yg ariq dok jenguk2 tu...

 Termenung jauuuhhhhh...

 Hmmm...

 Terlepas dah ke atok??

 Pakteh n Hadid orang penting.. yg tak memancing tp membantu mencari umpan...
tak de umpan, xleh la org memancing kan!

 Antara chalet nyer..

 Tempat ni mmg bersih..
Kehijauan yg terpelihara...

Budak kecik inilah yg jaga kami siang dan malam...
Kena tabik hormat kat dia nih!
Mewarisi Atok n Oyang nyer yg seorang anggota polis..

 

Jumaat, Februari 03, 2012

Maulud Nabi...

Assalamualaikum wbt.

Hari ni hari Jumaat, 10 Rabiualawal 1433 hijrah.  Dua hari lagi, sambutan maulidur rasul ...  Mari kita perbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, semoga satu hari nanti, di SANA kita diketemukan dengan Baginda Rasullullah SAW dan beriringan dengan Baginda selaku umatnya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMu, tetapi aku juga tidak dapat menahan siksa api neraka.  Ampunilah daku, dosa2 ku, Kau Maha Pengampun dosa-dosa besar.

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...