Khamis, Julai 21, 2022

KE KELANTAN KITA...

Assalamualaikum wbt.

Aku dapat jemputan ke majlis akad nikah Along(lelaki), anak sulung mak ani (pengasuh anak2 aku) di Pasir Mas Kelantan pada 16 Julai 2022 (Jumaat) dan seminggu selepas umat islam menyambut hari raya Aidil Adha.  Kami dpt tahu 2 bulan awal, masa tu keluarga mak ani ni pergi merisik dan bertunang Along di Pasir Mas juga.  Aku terbuka hati nak hadir majlis Along sambil mengambil kesempatan untuk menjejakkan kaki di Negeri Serambi Mekah.  Sebelum ni, aku hanya sampai di Gua Musang dan Dabong je, tu pun sebab g panjat Gunung Stong di Dabong.  Bila bertanyakan pogie, pogie ckp, inshaa Allah, ada rezeki kita sampai.  Aku dah mcm teruja sebab mcm cerah je peluang nak ke sana.

Bila dah hampir masanya, aku minta cuti 2 hari dari bos, hari jumaat dan hari isnin.  Majlisnya hari Sabtu.  Aku tak tau nak menjangkakan perjalanan kami mcm mana.  Sebab 1st tu nak g sana.  Minggu tu juga budak2 tak sihat.  Afi Adnin demam dan selesema, bengkak tonsil, tak sekolah 2 hari dan dpt MC.  Hadir ke sekolah hari Khamis dan Jumaat tu aku cuti kan.  Firas juga tak ke sekolah, demam juga.  

Aku bgtau anak2 aku, utk ke Kelantan ni, aku nak bawa Afi je.  Memberitahu pada mereka, perjalanan ke Kelantan agak jauh dan hanya nak meraikan majlis Along, maka semua setuju utk tidak ikut, ringan sikit hati aku nak tinggalkan yg lain.  Aku siap2 bagitau Afi, perjalanan kali ni lebih lama dan memakan masa 7 jam lebih.  Kalau balik JB pun asyik tanya bila nak sampai, ni kan pula nak ke Kelantan.  Tp memandangkan dia sorg je dlm kereta duduk belakang, maka Afi rasa lebih selesa utk bergolek dan tidur dalam kereta.  Next time ibu bawa yang lain cuti di Kelantan pula.

En zul, bos aku juga asal daripada Kota Bharu Kelantan.  Banyak tips dan tempat2 makan dan shopping dikongsi.  Teruja aku.  Abg bob juga sibuk bg tempat makan yg sedap kat Kota Bharu.  Soh mencuba di sana dan sini.  

Aku dah booking bilik di Janna Residensi hanya berjarak beberapa langkah je dari Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.  Hotel kali ni mmg basic dan murah.  Satu katil king dan juga ada blk air.  Cukup la utk kami bertiga nanti.  Aku pasti kami tak duduk lama dlm blk, hanya utk mandi, solat dan tido je.  Harga bilik di RM70+ belum masuk cukai.  Ok la tu.

Aku bercadang utk gerak ke KB malam jumaat tu.  Tp pogie kata kita tido dulu.  Lepas tu bila2 bangun kita gerak.  Aku mengemas baju ala kadar, hanya satu bag baju je aku bawa.  Pogie satu bag baju.  Afi sibuk dgn dua bantal dan 2 toto.  Kami lelap awal malam tu.  

15 Julai 2022 (Jumaat) 

Jam 4.00pg aku terjaga.  Terus gerak. pogie dan kami bersiap.  Afi pun mudah bangun bila di kejut.  Aku kejut budak2 dan igtkan  utk solat subuh nanti.  Dan maklumkan kami nak gerak dah.  Pogie tinggalkan duit belanja utk makan dan ada juga beli ration utk budak2 di rumah - burger, roti, roti canai dan lain2.  

Kami gerak jam 4.50pg lepas isi minyak.. isi tangki penuh siap2 dlm RM105+ ... dah sampai sentul... baru laa aku teringat yg aku tertiggal baju kat dlm blk.  Baju dan tudung dah siap iron.  Pogie tanya nak patah balik ke tak.. dia kata boleh je kalau nak patah balik, tak jauh lg.  Aku kata, ikut la.. kalau tak de baju, mcm nak beli baju kat sana.. tp tu la.. dan pogie pun patah balik.  Aku rasa mcm buang masa je, tapi aku sabarr... sebab salah aku juga kan..

5.30pg kami gerak semula dari rumah.  

Jalan dah mula sibuk dgn kereta berbanding kami keluar sebelum jam 5 tadi.

Mula ikut highway Gombak, masuk Raub, pogie dan afi solat di masjid Raub.  Masa jam 6.45pg lebih kurang.  Hari mula terang.  Kami sambung perjalanan ke Kuala Lipis.  Ini 1st time aku masuk Kuala Lipis setelah berpuluh tahun, sebab sebelum ni masa kecik2 ada je kot abah ikut sini dulu2 bila kerja kat belah2 pahang sana.  Tapi kami tak masuk Bandar nya.  Jalan yg dipandu terus ke KB ikut jalan persekutuan.  

Jalan pun ok, masa ni tak byk kereta.. 

8.15pg Kami mula mencari tempat utk breakfast dan terjumpa satu kedai makan dan kami berhenti utk sarapan.   

Kami teruskan perjalanan ke Gua Musang dan tiba di Perhentian Gua Musang jam 9.20pg.  Aku dan pogie ambil kesempatan utk ke bilik air dan segarkan badan keluar dari kereta.  Suasana masih tak sibuk dan jalan masih lancar.  Tak banyak kenderaan dan ini cukup melegakan.  jalan sini cuma satu lane je.  Dpt kami bayangkan suasana jem waktu sambutan perayaan besar.  Member pernah sangkut 23 jam balik dr pantai timur ke KL tp masa tu dia ikut LebuhRaya Pantai Timur. 

Sebelum sampai Kuala Krai, kami dpt perhatikan ada jualan durian di beberapa tempat dari Gua Musang ke Kuala Krai.  Tiba2 pogie patah balik dan berhenti kan kereta di satu gerai durian.  Ada byk kawasan berpagar yg jual pokok durian kunyit. Disebelahnya, gerai jual Durian Kunyit. Satu kilo RM10.  Macam mana aku tau Durian Kunyit, sah2 besar dia letak banting Durian Kunyit kat situ.  

Mula aku tak turun kereta, xlama pogie dtg kat aku minta aku turun makan durian.  Dia ambil sebiji, RM20. Besar gak buahnya.  Bila dibuka, wahhh menarik... rasa seulas... sedappp nyaaaa gilerrrr... hahahaha.. maka aku pun makan kat 8 ulas kot.. lepas tu surrender... tak leh masuk dah..

pogie abis kan selebihnya.  Afi hanya perhatikan je... dia tak gemar durian.. rasa sikit pun tak mboh..  Afi suka rambutan.. nanti kita beli rambutan pula... Tp sampai skrg la aku teringat2 kat durian kunyit ni.. mmg marvelosssss



Lepas settle abiskan durian, kami gerak ke Kuala Krai dan tiba di sana jam 11pg.  Melalui pekan Manik Urai, teringat aku kesah banjir teruk yg melanda kawasan ni tahun 2014 kalau tak silap.  Aku membayangkan air setinggi bangunan sekolah.. Sedih bila teringat balik hal bencana alam. Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO ada menjenguk dan menghantar sumbangan di bbrp kawasan yg terjejas.  

Akhirnya kami tiba di Kota Bharu jam 12.30t/h.  Semua dah maklum, Kelantan dan Terengganu cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.  Maka mmg byk kedai tutup di kala ini.  Kami terus tuju ke bilik penginapan.  Tak susah cari tp bila tiba di sekitar pasar Siti Khadijah, suasana sungguh lengang.    



Ni kawasan ni lah kami menginap.  Rumah kedai yg diubahsuai sebagai hotel penginapan, dekat dgn istana kota lama dan tak berapa langkah ke Pasar Siti Khadijah.  Parking pun mudah.  

Turun dari kereta, aku perhatikan sekeliling, tak de kedai yg buka.  Sunyi sepi, pintu masuk ke hotel juga berkunci.  Alamak, mcm mana nih.  Aku cuba cari loceng, tak jumpa, afi cuba gegar grill dan terus bgtau aku, ada org turun dan buka pintu.  Kata org tu, mmg pintu ni dikunci, dan kita akan dpt kunci bilik dan kunci pintu masuk nih.  Setiap kali keluar, kalau boleh, kuncikan pintu di masuk.  OK.

Proses check in pun cepat je, aku rasa tak de org lain selain kami.  Kami berada di tingkat dua, sama level dgn officenya yg kecik molek.  Bayaran telah dibuat melalui Agoda, tak perlu deposit dan terus dpt kunci.  Bilik besar juga, katil bersaiz King dan sgt muat utk kami bertiga, sebuah bilik air, ada shower, cuma flush toiletnya dah rosak.  Ada tingkap mengadap belakang istana kota lama.  dan tak de TV ye... Almari besar, tp aku tak pakai almari tu sebab ada bau almari.. hahahahaha, ada sebiji kerusi malas. Pogie dan afi tunaikan solat jamak, dan kami bersedia utk keluar.  

Kami jalan ke Pasar, tp tak de kedai buka, ada 2-3 buah kedai makan yg buka tapi tak nak makan situ.  Kami gerak balik ke kereta dan decide utk ke Pantai Cahaya Bulan (PCB).  Jauhnya dlm 15 minit lebih kurang.  Bos aku ckp, situ ada seafood celup tepong.  Masa kami pergi tu jam dah pkl 3 lebih.  

Suasana pantai tenang je, tak ramai org lagi tapi byk kedai makan, yg jual air dan juga jual celup tepung.  Kami masuk kedai makan paling hampir dgn simpang masuk.  Tgk kan celup tepung nya tu, membuka selera, tp aku tak berapa lapar.  Afi terus booking satu pinggan udang celup tepung. 

Aku order air sirap, pogie dan afi ais kosong.  Nasi goreng USA satu, Nasi goreng kampung telur mata 2.  dan sepinggan Udang celup tepung RM10. Ada 5 ekor udang. Aku amik sekor, pogie amik sekor dan selebihnya utk Afi.  Saiz udangnya sederhana besar.  Cuma yg aku tak berapa gemar, mereka panaskan semula dlm minyak panas dlm kuali.  tak tau la nape tak berapa gemar.. dah terbyg kandungan kolesterol di situ... huhu





Selesai makan, kami ke tepi pantai.  Afi sekali lg minta utk beli lidi celup tepung.  Aku lanyan kan je.  Afi beli lima cucuk brsamaan RM5.

Kami lepak di tepi pantai.  Tak lama makin ramai pengunjung yg datang.  Cuaca tak panas sgt, tp rasa berbahang.  Cepat pula hausnya.  Kami gerak dr pantai tak lama lepas tu.  











Kami gerak ke Wakaf Che Yeh, lebih kurang 20 minit kot dr PCB.  Tp tadi masa aku lalu mmg kedai tak buka.  Aku tak dpt bayangkan mcm mana suasana Wakaf Che Yeh yang dikatakan meriah mcm pasar malam.  Bila tiba disana, org baru sibuk pasang kanopi, tp masih lengang, dan akhirnya kami decide utk jalan2 sekitar hotel saja.  Member aku bgtau, wakaf che yeh meriah di waktu malam.  Macam suasana uptown di Kuala Lumpur tp lebih besar dari Pasar Siti Khadijah.  

Kami gerak balik ke tpt penginapan.  Parking kereta dan berjalan di sekitar situ.  Barulah jumpa Restoran Nasi Ulam Cikgu yg rupanya tak jauh pun dr tpt penginapan, dalam 3 minit jalan je, besar juga kawasannya, tp tutup.  Belum rezeki kami lg. Kami ke Istana Kota Lama, tp lawat belah luar, dan jalan menuju ke tepi sungai.  




















Dah pusing2, berpeluh dah minum bagai, kami balik ke bilik. Mandi, solat, kami dah tak keluar.  Kat luar bilik ada disediakan makanan ringan dan air panas.  Kami tido awal malam tu.  


16 Julai 2022 (Sabtu)

Sebelum subuh aku dah terjaga.  Jenguk kat tingkap, nampaknya dah ada org berniaga.  Tapi aku tak pasti berniaga apa, mereka buat boot kereta dan ada barang diperdagangkan kat atas jalan.  Aku kejut pogie, dan afi.  Bangun mandi dan solat subuh.  Awal kami hari ni sebab nak kejarkan pasar dan membeli barang2 kiriman kawan2 pejabat.  Sebab pkl 10.00 kami dah kena gerak ke Pasir Mas, majlis akak nikah Along yg merupakan tujuan asal kami ke Kelantan.

Pkl 7.30 kami dah di Pasar Siti Khadijah, yang tak berapa langkah dr tpt bermalam kami.  Mmg masa tu ramai dah org di pasar.. dari depan pintu pasar lagi dah nampak pelbagai jenis sayuran dan buah2an dijual.  Tak macam semalam, sunyi dan sepi.  Tp mereka yg berniaga di depan blk penginapan kami dah tak kelihatan.  Dah clear dah tempat parking depan tu.

Bila masuk, benda yg 1st aku nak cari ialah, Beras pulut susu dan juga sos cicah keropok.  Itu yg dikirim oleh kathy dan kak su.  Nampak byk petai, segar2.. bila ditanya harga nya RM5 utk seikat - 3 papan.  Murah kan dr tpt lain.  Ok, petai hold dulu, aku kena cari beras pulut susu.. dan akhirnya jumpa.  Satu paket RM6, kalau dua paket dpt RM11.  Jadi aku beli 10 paket, harga RM55.  Pogie simpan beras pulut susu tu kat dlm kete, kang berat lak nak bawa ke hulu ke hilir.  Lepas tu aku cari lak sos cicah keropok, 3 botol RM10.  aku beli kat 6 botol. Boleh la bagi kawan2 lain sapa2 yg nak nanti.  Sebelah dlm bahagian pasar ada jual barang basah.  Ayam udah ikan semua kat situ selain barang2 kering dapur.  Aku pandang atas, nampak dua tingkat lagi, tp mcm tak de kedai buka lagi, mungkin masih awal pg agaknya.  Lepas tu kami keluar semula kat bahagian sayur2 dan buah2an.  Cari petai, ada juga dijual durian tp aku tak tanya durian.

Petai kena pilih elok2, rata2 jual RM5 utk 3 papan.  Ok sgt la.. kami beli kat RM35.. byk kan.. kat KL susah dpt petai.  Yg ni segar2, geram tgk. 

Afi nampak pula rambutan.  Rambutan seikat Rm7.  Aku ckp nanti karang kita beli.  Tp jawapan afi buat aku terkedu... ibu ni kalau ibu ayah punya durian cepat je beli, tp bila afi minta rambutan, nanti lah, kejap lg laaa...   adoi, sebijik kena kat aku.. betul juga dia ckp kan.  Aku terus belikan dia 2 ikat rambutan.  Nasib baik laa manis dan sedap.  Kami pun gerak balik ke kereta.  

Pogie minta kami cuba nasib utk jenguk jap kedai makan Nasi Ulam Cikgu, mmg sah2 la tutup kan sbb aku dah baca semalam, sabtu buka pkl 10.30pg.  mana dan nak tunggu kedai tu buka sedangkan kami kena gerak ke pasir mas kejap lagi.  Last2 kami makan di gerai dekat dengan bilik kami.  Aku makan roti canai, afi dan pogie makan nasi lemak.  Selesai makan, kami gegas ke bilik, salin baju, kemas bag semua dan check out. 

Kami gerak ke Pasir Mas dan janji dgn angah utk terus ke rumah abg pengantin perempuan kerana kat situ lah tempat bertandang dan tempat nikahnya.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit.  Tp sebab jalan pun dah sibuk, byk kereta, maka delay sikit.  

Asalnya nikah jam 11pg, tp dah bertukar ke jam 12 t/hari.  Behtu makan2 jam 2ptg.  Aku berfikir juga nak buat apa sementara nak tunggu jam 2 ptg.  Kami akan gerak terus ke Gerik lepas majlis ni nanti.  Aku harap semua berjalan lancar dan kami tak lewat utk perjalanan ke Gerik. 

Aku yg plan nak balik KL ikut Gerik.  Nak sangat aku tgk dan lalui banjaran Titiwangsa yang mungkin pada org lain tak de istimewa apa2.  Aku ada menyimpan niat utk berkayuh melalui banjaran titiwangsa dari Pasir Mas/Rantau Panjang/Jeli ke Gerik, Perak.  Berdasarkan kepada pembacaan aku sama ada melalui google atau pengalaman yg dikongsi di media sosial, melalui banjaran titiwangsa, kita melalui hutan2 dan bukit bukau.  Dimaklumkan, sekiranya ada rezeki boleh jumpa gajah / sekumpulan gajah atau haiwan2 liar lain di tepi jalan raya.  Aku dpt tahu juga gajah2 ni keluar pada waktu dah nak gelap, malam dan pagi2 hari.  Tu sebabnya kalau boleh aku tak nak lewat melewati jalan Jeli - Gerik.  Risau apa2 jadi dgn kereta tgh2 hutan tu, walau pun tu bukan kembimbangan aku yg sebenar.  

Dimaklumkan juga, ada satu terowong kecil dan pendek sebelum sampai ke RNR Titiwangsa.  Terowong di bina utk mengelak dari pada tanah runtuh di sini.  Betul kan aku kalau aku silap.  Dan RNR Titiwangsa adalah spot yg cantik utk berhenti menikmati pemandangan gunung ganang dan bukit bukau.  

Okey, kembali kepada majlis Along.  Kami sampai je kat rumah bertandang, terkejut juga aku, sebab punyalah ramai dan banyaknya kereta.  Mengikut kata angah, hanya adik beradik mereka je yg hadir ke majlis along ni.  Semua maklum sebab satu mungkin perjalanan jauh dan satu lg mungkin belum musim gaji.  Tp lain pula jadinya hari ni yg aku nampak hampir 10 biji kereta ada di sekitar rumah.  Meriah suasana.  Nasib baik laaa pogie patah balik amik baju kurung aku, kalau aku pakai jeans dgn blouse mmg patut aku merah muka sebab lari betul tema dan seolah tak menghormati majlis.  Huhu... tq pogie.  

Ramai dari kalangan keluarga mak ani ni aku kenal.  Ada wan cu, ada pak ndak dan mak ndah, ada ali dan keluarga, ada keluarga dari beruas juga, 3 kereta dan juga dari sitiawan 2 kereta.  Mana tak meriahnya.  Yang beruas ni kami pernah tido semalam kat sana.  Mak ani agak kecewa bila tau ariq tak ikut.  Itulah anak kesayangannya.  Masa ariq dalam asuhan mak ani dan keluarga, merata dah ariq ikut diorg berjalan, penang perak pangkor melaka... sampai aku soh tukar surat beranak.. hahahahahaha.. aku syukur sebab ariq, dan kami dapat keluarga yg baik2 belaka membantu menjaga anak2 kami dgn baik.  Sayang nya mcm sayang anak sendiri.

Nampaknya nikah along ni kembali ke jam 11pg.  Dan setelah semua selesai, kami berarak dari rumah bertandang (nikah juga kat sini) ke rumah ayah pengantin yg jaraknya 5 minit kalau berjalan.  Kami akan makan kat sana.  Maknanya takyah tunggu jam 2 utk makan.  Semua dah siap belaka.  Nikah along pun sgt ringkas dan mudah.  Alhamdulillah, tahniah along, dah jadi suami org dan ada tanggungjawab besar dah.  Semoga bahagia hingga ke syurga.. ameen..









Lauk yang disediakan adalah lauk kg.  Aku makan tapai dan minum air, meratah lauk saja, sebab aku dah makan tadi dan masih kenyang.  Nampak sedap2 belaka lauknya.  Selesai semua, dah ada yg dah beransur gerak balik perak, kami pun menyusul.  1.30ptg kami teruskan perjalanan ke Gerik melalui Jeli.  

Aku membayangkan kami akan masuk/melalui Bandar Rantau Panjang - Jeli - Tasik Banding dan Gerik.

Pogie waze terus ke Gerik.  Nampaknya laluan waze tak masuk pun bandar Rantau Panjang.  Aku sedikit kecewa.  Sebab aku tau, Rantau Panjang tak kurang hebat dgn brg2nya yg murah sebab berada di sempadan siam/Golok.  Huhu. Tapi aku positif kan diri sebab kami dah pun berjaya sampai di Kelantan dan semua berjalan lancar.  

Maka bermula la perjalanan kami ke Gerik.  Sebelum tu kami singgah dulu di Petronas Jeli yg kelihatan meriah giler.  Aku igt Jeli setakat pekan macam tu je tp rupanya tidak.  Jeli satu bandar besar juga.  Sayangnya kami tak masuk bandar Jeli.  Ni semua waze punya pasal.. hahahaha... 

Di Petronas, kami topup air minum, beli makanan alas perut, beli jajan sikit dan gula2.  Perjalanan ini akan mengambil masa kira2 2 jam perjalanan iaitu sekitar KM124.  

Dalam Kelantan ni, aku perasan, ada kat 4 kali kami melalui roadblock, yg mana kalau diperhatikan pondok polis tu ada yg mcm permenant kat situ.  Mungkin tak semua 4 tpt tu.. ada satu tu baru je alih kan kon.  Mungkin kat sini diorg kawal ketat sebab hampir benar dgn sempadan.  Nak kawal hal2 berkaitan penyeludupan dan lain2 agaknya.

Perjalanan dari Jeli ke Gerik tidak lah membosankan utk aku.  Kiri kanan jalan hutan, jalan pun ada turun naik, bengkang bengkok sikit.. yg benar aku tgh study struktur jalan utk touring nanti.  Kasi konfiden sikit.  haha yeye je kan ko nak touring sini.  ntah bila la.. ntah larat ntah tak.. 

Kami dah melepasi terowong pendek dipanggil Terowong Semi (Lebuh Raya Timur Barat) ... mmg pendek je terowongnya.  Aku anggar tak lama kita akan sampai kat RNR Titiwangsa.  

Di RNR Titiwangsa ni, meriah juga.  Ada bas, ada geng motor besar, ramai juga keluarga yg berhenti berehat.  Ada restoran, ada kedai makanan ringan, ada wakaf, ada toilet dan surau.  Mmg sesuai la kalau nak bermalam kat sini bila touring nanti.  Cumanya ada yg bgtau agak bahaya nak touring sini sebab satu sunyi, satu lagi khuatir sekiranya diganggu binatang liar.   Dapat aku bayangkan suasana sejuk kalau tido kat sini.  

pemandangannya, saujana mata memandang.. bukit bukaunya... fuhhh rindu pula nak memanjat gunung.  Kami berhenti tak lama, sebab nak singgah Tasik Banding pula lepas ni.  So, kami teruskan perjalanan yg tinggal lagi separuh.  

Setengah jam kemudian kami sampai di Tasik Banding.  Ini kali kedua aku sampai kat sini.  Lain sikit daripada 3 tahun lepas.  Nampak lebih meriah.  Masa tu jam pkl 4.45ptg lebih kurang.  Kami ambil masa jalan2 sekejap kat jeti, aku tunjuk afi boathouse yg aku naik masa aktiviti kelab dulu, dan minum sekejap di kedai makan yg ada kat situ.  Pkl 5.30ptg aku ajak gerak.  Gerik lebih kurang 45minit perjalanan lagi.  Kami nak kena cari hotel utk bermalam.  Leceh kalau sampai bila dah gelap.










Setibanya kami di Gerik, jam dah pkl pkl 6.20ptg.  Beberapa kali berhenti mencari hotel yg sesuai dan dalam bajet, kami jumpa satu hotel yg nama nya GERIK HOTEL.  Aku rekemen kat korg utk stay hotel ni.  Bilik yg ada dua single bed, RM60.  Bilik yg punya satu queen dan satu single RM80, tp aku dpt RM70, kautim punya pasal... hahahahahaha.. uols tau, bilik sgt selesa ye.. ada kipas, ada aircond, blk air ada heater.  Gebar yg fluffy cuma tilamnya agak keras tp aku selesa je.   TV cuma da 4 channel je, tp pada aku memadai.

Kami mandi dan solat, lepas tu keluar balik utk makan malam dan ke dobi.  Tido awal malam ni.  

Gerik bukan sebuah bandar besar, tp berbanding beberapa tahun dulu aku sampai sini, kini Gerik kelihatan membangun.  Byk hotel bajet di Gerik.  Kalau aku g kat website booking atau agoda, mmg tak terjumpa hotel2 ni kat situ.  Bila ko google search ada je hotel sebenarnya.  Kami gamble je hari tu dan byk pun bilik kosong.

17 Julai 2022 (Ahad)  

Awal pagi kami dah bangun, bermalas2an.  Kemas barang dan kami check out pkl 11pg di mana matahari dah tinggi.  Bilik kami tak de tingkap, jadi bila turun dari bilik suasana dah meriah.  

Pagi ni kami akan ke Lenggong. Gerik ke Lenggong dalam 45minit perjalanan.  Kami plan makan kat Lenggong je nanti.  Lenggong ni kampung pogie, dia lahir di Kg Gelok, Lenggong.  

Kami ambil kesempatan untuk jalan2 di Daerah Lenggong.. Refresh balik rumah2 saudara2nya di sana.. masuk juga Kg Gelok.  Aku rasa tak ckp 10 jari balik Lenggong ni.  Balik pun masa raya je. Raya pula kita bergilir, selalu miss beraya di Kg dgn mak sebab mak akan pergi raya pertama atau kedua kalau balik kg.  

Kami ronda dlm Kg Gelok, dan kemudian kami masuk Geotrail. Kompleks Gua Kepala Gajah, Gua Kajang... 



Mula-mula was-was juga nak masuk dlm. Jalan nya satu lorong dan semak samun tepi jalan.  Hingga hujung jalan, nak masuk gua berpagar pula.  Ada sebiji kereta parking kat luar pagar.  Pagar terbuka sikit.  Tp suasana dalam pagar ke Gua nampak bersih dan terjaga.  Aku pun minta pogie parking dan kita gamble masuk dalam pagar.  Pogie parking betul2 depan pagar sebab tak de tpt parking sesuai selain kat tpt kereta yang satu tu parking.  Kiri kanan penuh semak samun. 

Actually aku berdebar juga nak masuk sebab takut kami menceroboh.  Tp kat pagar tak de pula tulis apa2.  













Kami pun gerak masuk ke dalam... Ada wakaf, ada tong sampai dan suasana mmg bersih dan terjaga.  Kami masuk gua Kajang. Gua tak besar mana.  Kami terus berjalan sehingga jumpa lagi beberapa gua.  Kami menyusur ke Gua Asar. Depan lagi Gua Puteri dan Gua Ngaum.  Gua Puteri kena panjat.  Aku try tapi tak berani pergi lebih jauh sebab kasut tak sesuai.  Kami tak ke Gua Ngaum sebab jalan nya tak berapa clear... dan aku tak berhajat nak ke sana. 



Cobaan memanjat ke Gua Puteri.

Menarik tentang Gua Puteri ni dan aku pun pernah terbaca dalam Variasari dulu2, pogie juga ada bercerita, dulu2 org kg kalau nak kenduri akan pinjam pinggan mangkuk segala bagai kat Gua Puteri ni.. cuba uols google.. hehehe

Selesai menjelajah gua, kami keluar dari Kg Gelok menuju ke Lenggong.  Aku ada up status location aku kat FB.  Tak lama mantan bos aku komen dan katanya dia juga di Lenggong.  Kg nya di Tasik Raban.

Masuk pekan lenggong, kami makan di gerai makan sebelah stesen minyak BP.  Lepas tu kami jelajah lak MASBRO Hidden Village yg terletak lebih kurang 5 km dr Pekan Lenggong.  Sekadar tgk kawasan.. lepas kami gerak pergi Galeri Arkeologii Lembah Lenggong, tp tutup pula sebab sedang renovate.. diberitahu dah 2 tahun tutup tapi ada galeri sementara yang tak jauh dari sini.  Kami pun pergi ke galeri sementara tu.  Kecik je tpt nya.  Bahan2 ditempatkan hanya dlm satu bilik sahaja.  Lepas tu kami ke Lata Kekabu yg tak jauh juga dari situ nak menunaikan hajat Afi nak mandi sungai.  Santai sungguh perjalanan kami hari ni.. sebab apa, sebab esok aku cuti lagi.. syok kannn..

Ini suasana di Lata Kekabu...  Tempat yang bersih, cantik dan fasiliti yg lengkap.  Ada surau, ada wakaf,ada bilik air yg besar dan ada juga chalet utk disewa. 














Puas Afi mandi.  Sebelum Asar kami dah gerak balik.  Pogie dah siap2 jamak solat.

Kami dah keluar dari Lenggong, dan sedang aku membelek handphone, pogie tegur, bgtau yg depan kete kami ni bukan kereta tok lan (mantan bos aku)... eh, betul laa.. hahahaha terserempak juga kami kat sini ye... kat KL kemain payah nak jumpa... 

Sampai di trafik light, kami berhenti bersebelahan dgn kereta dato, terkejut dato terserempak dgn kami kat situ.  hahahahaha suka kemain lg aku... 

Dato benti tepi jalan lepas trafik lite dan bg kami seplastik besar rambutan.  Rambutan dari kg katanya..  Mmg rezeki afi dpt rambutan byk tu.  Sedap weeehhhh.. manis dan lekang.

Kami terus kan perjalanan.. pogie masuk highway tp keluar balik sebab highway jem giler... 

Member aku ajak singgah rumah dia di Tapah, kami sampai umah Rima di Tapah (jalan nak naik ke Cameron) jam 6.30ptg. Suka jumpa member sekolah lama nih.. Meriah jap rasa hidup.  

Jam 7.10mlm kami gerak balik dan pogie ikut jalan dalam.  Jam 7.40mlm kami sampai Bidor dan pogie & Afi solat di masjid Bidor.

Kami teruskan perjalanan dan hanya berhenti di RNR utk aku ke toilet dan Alhamdulilah kami selamat sampai rumah jam 10.00 malam. 

Syukur sungguh kami kepada Allah memberi kami pengalaman baru dan perjalanan yg sungguh smooth dan seronok.  Byk benda kami perolehi dan rasai di sepanjang cuti yg tak jangka ni.  Next time kami blh bawa yg lain berjalan ke Kelantan pula.

Insha Allah.. Thank you ALLAH.... 

Isnin, Julai 04, 2022

Pangkor, LUMUT KAMI DATANG!!

Assalamualaikum wbt. / Salam Sejahtera..


30 Jun 2022 (Khamis)

Hari ni aku sibuk cari homestay/hotel untuk ke Lumut.  Lama dah aku bercadang nak ke Pangkor dan bercuti di Lumut.  Plan kali ni mmg dibuat saat akhir, aku bgtau plan aku kat pogie hari rabu, hari sabtu kami akan ke sana.

Kenapa Lumut/Pangkor?

Aku bukan tak pernah sampai Pangkor.  Tp tak tau la kenapa hati ni nak ke sana. Last aku ke Lumut masa join Janamanjung Fun Ride 2019.  Yang Ride Janamanjung tu mmg kami ke Teluk Batik saja dan semata2 nak berkayuh dalam event tu sejauh 121KM.  Lepas tu kami terus balik.  Jalan2 tepi pantai pun masa hari sampai kat teluk batik tu.  Xde ke mana2 pun.

Jenuh mencari hotel/homestay kat AGODA, BOOKING, akhirnya aku dpt booking homestay melalui Airbnb, homestay 3 blk 2blk air di Marina Cove.  Tgkkan reviewnya sgt baik dan gambar pun mcm best.  So aku terus booking utk stay satu malam dan harganya termasuk cukai dan yuran adalah RM280.00. ok la tu. Budak2 selesa sikit kali ni, blh duduk blk masing2.

So, plan aku cenggini, Sabtu pg lepas subuh kita gerak, kalau sempat kita akan check in dulu utk letak barang dan kemas bag utk ke Pangkor.  Pangkor ni kita balik hari je (day trip).

Aku pun google la hal2 pangkor dan Lumut ni.  Last minit ni tak leh nak catch up apa sgt maklumat.  Aku maklum ada dua jeti untuk ke Pangkor; Lumut Maritime Terminal (Terminal Maritim Lumut) dan Marina Island Jetty Complex.  Jarak antara kedua2 jeti ni dlm lebih kurang 15-20 minit.  Jauh juga tu.  Sebab yg Terminal Lumut tu kat Bandar Lumut, manakala Jeti Marina ni dekat dengan area Teluk Batik.  Aku mmg tak pernah naik feri ke Pangkor dari Marina ni.  Tak tau la rupanya mcm mana, waima yg kat Lumut tu pun aku dah tak igt mcm mana.  Tawakkal kita.


1 Julai 2022 (Jumaat)

Last minit juga aku ngajak si Nor (kakak ipar aku) dan dia pun teruja juga nak pergi.  Teh (abg aku merangkap suami Nor) setuju.  Malam Sabtu tu aku tido awal, padahal baju apa pun belum kemas.  Nak gerak konon lepas subuh kan, tp aku letih sgt jumaat tu jadi aku redha je la dgn persiapan esok.  

2 Julai 2022 (Sabtu)

5.15pg aku dah jaga.  Terus lipat baju yang sebakul.  Pkl 6 aku dah siap lipat baju dan dah gerak budak2 untuk bangkit mandi dah subuh terus.  Pkl 7.30pg kami dah siap2 dan  gerak ke destinasi.  Rupanya kami tak gerak terus, laki ku mencari sarapan dulu kat tpt favorite dia kat Flat Sri Alam, TUDM.  Nak makan nasi lemak tp tutup pulak.  Lepas tu dia ngajak ke Restoran Rasmeena kat opis aku sebelah UOA Bangsar.  Eh, tak de tpt lain dah ke? huhu.. so kami masuk bangsar.  Selesai sarap dlm jam 8.30pg maka kami pun gerak ikut LATAR  - kuala Selangor.  Nor pun dah gerak dr rumah lebih kurang jam 8.30pg juga.  

Dah lama kami tak berjalan sekitar Kuala Selangor, Sg Besar, Sabak Bernam.  Jalan dah elok sket dan ada hiway pantai barat yg dah hampir siap utk ke Teluk Intan. 

On the way ke Lumut, aku riki pasal feri ke Pangkor.  Nak tau jadual perjalanan/trip ke sana.  Memandangkan aku tahu ada 2 pelabuhan dan dimaklumkan pelabuhan marina hanya ambil masa 10minit saja utk ke Pangkor, lebih2 lagi dekat pula dgn homestay aku aku tempah, aku beli tiket feri kat web marina island jetty.  Ada diskaun kalau beli online. Kami pilih utk gerak ke Pangkor dalam jam 12.15t/h.  Kami target kami blh sampai sana sebelum pkl 12t/h.  Aku beli dua hala terus, kami akan balik ke tanah besar semula jam 6.45ptg, iaitu feri terakhir dari Pangkor.  Mudah2an dpt sampai pada waktunya.  Ini bermaksud kami akan ke Pangkor dulu dan lepas balik pangkor baru check in homestay.  

Aku dah senak perut sebab kami masih belum sampai Lumut walaupun dah hampir jam 12.  Dah sampai kat area Jeti Marina terkial2 pula cari parking.  Ngam2 la 12.10minit kami bergegas masuk dlm terminal. Nasib baik juga aku pilih marina utk ke Pangkor, tak perlu kami masuk bandar Lumut.  kalau ke Lumut, konfem la kami terlepas feri.  Aku dah soh dak2 standby masukkan baju mandi dlm bag galas masing2.  Mudah nanti kalau terlambat semua brg dah siap.  Betullah, agak kelam kabut juga sehingga terpaksa berlari2 anak ke terminal.  Bertambah panjang langkah aku mcm kaki aku tak ckp panjang rasanya.  Bukan apa, dimaklumkan aku kena print tiket kat sana.  Huhu... tu yg berkejar tu.. kang kalau org ramai nak kena beratur lagi, behtu nak cari pelepasan kat mana lagi.  Eh, byk la aku kena fikir.

Bila sampai di terminal, aku terus ke kaunter tiket.  Hari minggu mmg tak hairan ramai umat di Jeti.  Nasib baik kaunter tiket tak ramai org. Ada juga yg beli tiket sendiri di kiosk.  Orang tiket bgtau, aku tak perlu print tiket, diorg akan scan barcode pada salinan tiket yg aku terima secara online.  Lega.... 

Lepas tu kami ke Balai Pelepasan.  Tak lama pintu di buka.  Dah kelihatan feri yg bawa penumpang dari Pangkor menurunkan penumpang.  Next time aku tau dah, tak perlu berkejar sebab Feri akan menurunkan penumpang yg muatannya lebih kuarang 200 org terlebih dahulu.  Lepas tu baru kami dibenarkan masuk.  So dalam 12.30t/h baru kami berlayar ke Pangkor. 

Seronok...




  Untuk Boarding penumpang pun ambil masa.  Kami sabar sambil menikmati pemandangan laut dan suasana jeti.  Geram dgn air yg hijau membiru.  Aku lebih seronok tgkkan budak2 teruja nak naik feri.  

Dari jeti marina ke Pangkor hanya ambil masa 10 minit perlayaran.  Kejap je kami dah sampai Pangkor.  Tak sempat nak mabuk .. haha..

Turun dari feri, ramai yg approach kami tanyakan keperluan utk menyewa kereta, teksi atau motor.  Pogie cadangkan, kami makan dulu.  Ada beberapa kedai makan di sekitar Jeti.  Suasana sungguh meriah.  Berbeza betul masa aku dtg lebih kurang 10 tahun dulu.  Sekarang ni Pangkor juga dikenali sebagai Zon Bebas Cukai.  Kami makan nasi campur.  Sambil berkira2 apa nak buat lepas ni.  

Asalnya pogie mencadangkan utk kita naik van ke Teluk Nipah atau Teluk Bogak.  Tapi, dari pembacaan aku, aku lebih prefer utk sewa motor.  Kalau naik van, satu hala sahaja dah RM35 (chartered satu van). Behtu satu tpt je kita blh pergi.  Kalau naik motor, satu pulau kita boleh pusing.

Lepas makan kami pergi ke deretan kedai berdekatan utk tanyakan pasal sewa motor.  Byk kedai sourvenir di sekitar jeti dan ramai je yg menyediakan perkhidmatan sewa motor/ kereta dan van.  Akhirnya jumpa sorg saudara ni yg ada kaki sediakan perkhidmatan sewa motor.  Kami amik 3 motor,  Aku, pogie dan hadid akan bawa motor.  Aku bawa motor? pogie pun mcm susah nak caya aku leh bawa.  Aku ckp blh jee... kita cuba...   Kautim punya kautim, kami dapat RM80 utk 3 biji motor, sewa satu hari (hingga ke petang).  Motor semua baru2 jenis skuter.  Teruja nak bawa motor walau pun tak ckp 5 jari aku bawa motor sebelum ni.  Bila aku tanyakan tokey, perlukan Lesen atau IC, katanya, tak perlu, hanya pakai helmet dan boleh jalan.  Waaahhhh terasa seperti Pulau ini kita yang punya.  

Memandangkan nerves aku dah dtg, tangan mula menggigil bila start bawa.  Aku bawa ariq, pogie bawa afi, dan hadid bawa firas.  Sampai di stesen minyak, igtkan nak isi minyak tp rupanya minyak byk lagi, jadi aku amik kesempatan utk soh ariq bawa motor.  dia pun dah dpt L.  Ariq bgtau dia boleh bawa motor.

Bermulalah rondaan kami sekitar Pangkor.  Dah maju, byk tempat menarik, byk resort dan chalet, pantai masih cantik dan bersih. Laut hijau dan biru.  Cuaca hari tu pun cantik sekali dan agak panas tp dengan angin laut kurang sikit rasa bahangnya.





Habis tau pulau kami tawaf, terus ke Jeti untuk mendapatkan teh sekeluarga.  Diorg makan kat tpt kami makan tadi.  Suasana jeti pun dah tenang, tak ramai macam masa kami datang tadi.  Aku cadangkan kat teh, sewa motor mcm kami.  Anak2 masih kecik dan boleh naik 3 org.  Diorg dpt sewa motor RM50 utk dua biji motor.

Maka kami pun meronda sekali lagi tp perhentian kami di tepi pantai Teluk Nipah, atas sikit daripada suasana sibuk Teluk Nipah.  Ada wakaf kosong dan kami lepak kat situ sementara budak2 mandi manda dan main pasir. 

Aku minta ariq pergi beli makan dan air.  Ariq balik bawa bbrp cawan air.  Dan buah jambu.  2 plastik buah jambu harganya RM14.  Hahahahahahaha APASAL MAHAL SANGAT?  Rupa2nya bila ariq dah pilih jambu mana, diorg timbang dulu dan bagitau harga.. tu dah siap potong.. adeh... 

Teh pula beli goreng pisang 5 keping RM3.  Fuh.. leh tahan.  Tapi tadi masa kami makan kat kedai kat jeti tadi, ok je harganya.  RM61 utk 6 org makan.  Tu pun penuh pinggan dak2 amik lauk.  Masih ok lg harga makan kat sana. Murah juga. 

Teh amik feri jam 5.45ptg.  Tp nor cerita masa kat jeti marina, ada kakak jaga situ bgtau, blh naik feri kemudian atau lebih awal utk balik asalkan tarikh tiket adalah hari yg sama.  So, kami decide utk balik sama2 naik feri jma 6.45ptg.  Pkl 5.00ptg aku dah suruh budak2 naik dan bilas badan.  

Ada tandas awam baru di Teluk Nipah, utk buang air 50sen tp utk mandi RM1.50.  Pada aku ok sgt sebab tandasnya luas besar, air kuat dan selesa.  Masa aku pergi tu, xde org, sunyi dan seolah org tak tau kewujudan tandas awam tu.  Bila aku tanya pada kakak yang menjaga tandas, katanya dah 3 bulan tandas tu siap dan tak dpt sambutan.  Sangat kurang org guna tandas tu. Bila aku tanya kenapa, katanya, bilik mandi dah disediakan di hotel dan resort, masing2 ikut pakej bila dtg pangkor dan org mcm kami yg balik hari je guna tandas awam tu... gitu cite nya.

Lepas budak2 dah siap mandi dan salin baju, kami meronda sekali lg keliling pangkor.  Mencari masjid terapung, kota belanda, batu bersurat dan membeli buah tangan.








Seronok budak2 dapat jalan sekitar pangkor, cumanya diorg tak puas mandi laut.  Selesai membeli buah tangan - coklat, ikan kering bagai, kami terus gerak ke jeti.  Jam dah 6.30ptg.  Masa tu org dah tak ramai.  Last feri.  Rasanya tak ramai naik feri akhir hari ni.  agaknya la.

Bila nak scan tiket, invalid... ko tau nape?? sebab aku terbeli tiket tarikh esok utk balik... jam 6.45ptg lak tu... KAHHHH sgt.. haa, nak kena duduk pulau utk satu hari lg ke? huhu.. baju semua tak bawa... behtu, nor lak scan tiket, tak lepas juga sebab yg jaga tu ckp, kalau nak balik awal boleh, tp balik trip lewat tak boleh... Ya Rabbi... mcm kena scammm.... nasib baik kaunter tiket masih buka, kami pun beli sekali lagi tiket utk balik ke Lumut.. huhu.. tp nasib baik RM55 utk 6 org.  Ok la tu.. 

Maka kami antara yg terakhir naik feri.  Seronok dpt jalan di pangkor.  Puas hati.  Sampai di Jeti Lumut kami lepak kejap dan yg lelaki tunaikan solat jamak. 

Malamnya kami buat hal masing2, kami siap2 makan di kedai.  Balik rumah mandi solat dan lepak saja di homestay.  


3 JULAI 2022 (AHAD)

Hari ni kami bermalas-malasan di Homestay.  Awal pagi dpt WA dr Nor, dia bgtau yg dia dah check out hotel dan bawa budak2 mandi di Teluk Batik.  Kami tgk Netflix, jam 7.30pg tu ariq hadid ada mengaji online.  

Jam 10.30pg kami check out dr homestay dan menuju ke Lumut.  Saja jalan2 sana, makan minum dan beli sikit buat tangan.  Lepas tu kami gerak balik sebelum zohor.  Tak singgah mana2 pun.  Kami sampai rumah sebelum asar.  Alhamdulillah.

Trip pendek yg sungguh menyeronokkan.  Budak2 pun happy, ibu ayah happy juga.  

Nak repeat Pulau Pangkor lagi tak? haha, kita cari tpt lain pulak yeee.... 

Wassalam..

Isnin, Jun 13, 2022

KERETA BREAKDOWN DI HIGHWAY

Assalamualaikum ...

9/6/2022 (Khamis)

Happy Birthday ABAH - semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa dilindungi Allah Taala dan dirahmati... Ameen... umur abah tahun ni genap 83 Tahun.  Alhamdulillah sehingga hari ini abah sihat walafiat (TQ Allah), masih cergas bawa motor, bawa kereta ke sana ke sini... Semoga Allah pelihara Abah dan Mak yg jauh di mata dan dekat di hati... ameen..

Cuti Sekolah - 4/6 hingga 12/6

Pelan aku utk cuti sekolah adalah nak berjalan2 jauh.  Plan nak g Pangkor tp pogie ajak aku g perlis.  Katanya, dia belum sampai perlis.  Tapi mcm mana nak sampai Perlis kalau kereta tak ada?  Rupanya dia dah plan dgn Teh (abg aku no 4) utk pinjam kereta.  

Mana pergi Opel Zafira pogie? Eksiden 2 minggu sebelum puasa di KESAS semasa balik dr bengkel kereta di Shah Alam.  Terhimpit dgn 3 biji lori, satu depan dia dan dua belakangnya.  Alhamdulillah, Pogie ok... dah buat report polis dan dah hantar bengkel, tp minggu lepas diberitahu, kereta total lost sebab kos membaiki lebih tinggi dr kos yg diinsuranskan.  So pogie akan dpt duit cash dr insurans dan kereta jadi milik pihak insurans.

So teh offer kete Chevy Nabiranya pada pogie.  Actually aku cadangkan amik kete 4WD, or cari kereta 7 seater lain.  Tp pogie nak cari jenis macam opel/chevy juga sebab katanya dah selesa dan harga pun lebih kurang dgn duit insurans yg dia dapat tu.  Bila teh offer kete dia, pogie suka laa.... maka mcm jadi pogie amik kete teh tu.  

Balik pada kisah plan cuti sekolah, yg kononnya nak jalan jauh tu, Nor (kakak ipar aku/ bini Teh) ajak aku balik JB.  Aku pun ok la.. lepas balik JB tu nanti kita akan terus naik Perlis.  Bila last minit plan ni, payah la nak dpt tpt tido kat perlis tu.. kebanyakan homestay dah penuh.   Hotel ada, tp syok lagi duduk homestay, nak2 yg depan sawah bendang dan dpt pula suasana kampung.  Aku masih gagal lagi cari homestay kat sana.. kalau ada pun, luar bajet dah... So, aku tawakkal je la nanti.

Kami cadang gerak ke JB hari jumaat malam (3/6/2022).  Jumaat tu pun aku keluar office lewat sebab settle dokumen sebelum aku amik cuti selasa dan rabu minggu depan.  Isnin 6/6 tu cuti besday agong.. so tambah dua hari dah cukup kot.  Tu pun aku bgtau bos last minit... huhu.. nasib baik bos aku ni baik hati orgnya...

Balik dr office, kelam kabut basuh baju dan ampai, dan settle lipat baju dlm bakul yg berlambak.  Dari office aku dah pesan kat budak2 utk pack baju masing2.  Balik nanti aku topup mana yg perlu. Ikutkan teh akan gerak baliik ptg tu tapi nor ckp teh pkl 7 baru balik.  Kiranya diorg pun gerak lewat juga dr perancangan asal.  

Pkl 10mlm kami baru siap nak bergerak.  Nor kata diorg pun baru nak keluar rumah.  Nor bgtau teh akan ikut LEKAS dan tgk keadaan trafik utk exit ke mana.  Masa kami keluar tu, highway Sg Besi masih terkawal lagi, tp mmg banyak kereta, tp bila dah lepas kajang, dah slow moving.  Berlarutan sehingga la masuk seremban.  Kat RNR pun jem... 

Sebelum tol seremban/PD, baru aku perasan teh ada kat depan kami.  Masa tu jalan mmg tgh sesak.  Tak lama kami terpisah, Teh tekan minyak juga dan menyelit2.. pogie - go with the flow.. haha.... Lepas dari Jasin tu baru lah jalan clear sikit.  Jam pkl 12 kami masuk RNR Jejantas Ayer Keroh. Teh pun ada situ tapi diorg benti kat Petronas.  Aku bawa dak2 turun, saja amik angin, kedai pun takde buka kecuali A&W.  Kat 45 minit juga benti.  Lepas tu kami gerak semula dan benti di Pagoh dlm jam 1pg ++.  Teh pun ada kat situ.  Kami makan2 sementara pogie tido.  Lepas tu teh gerak dulu.  Lama juga la kali ni pogie tido, kat sejam lebih.  Ngantuk bebenor.  Kami gerak semula jam 3pg kot..

Masa ni aku pula dah layu mata, mengantuk ... mula tersengguk2.. aku tgk pogie steady sikit... budak2 pun tido.   

Tak lama aku rasa mcm panas lain macam, aku terjaga dan tgk aircond, ON je.. behtu pogie ckp, meter tak leh baca, kete mcm tak de power, tak sekejap tu kete terus mati, pogie benti tepi jalan kat lorong kecemasan.  Aku masih tenang lagi.  Tp enjin dah keluar asap.  Aku kejut yg lain bangun, pogie pun soh duduk tp bahu jalan, kat longkang.. nasib baik longkang besar bersih.  Masa tu Afi je la tak bangun, ngantuk sgt sebab dia bangun kat dua2 RNR yg kami benti tadi.. tak tido.. asyik lapo je keje nya...  Masa tu kami tak jauh dari Exit keluar Simpang Rengam, Benut, Pontian, dlm 2 KM mcm tu.  

Bila aku tgk enjin (mcm ko tau tgk apaeda kan...) tgk asap dah berkurangan.  Pogie ckp, hos bocor terus.. maybe air tak de... power tak de... mmg tak leh buat apa.  aku blur jap... behtu dia call teh... teh dah sampai kulai masa tu dan tgh tido.  Terkejut gak teh dgr apa jadi dgn kete tu.  Teh kata dia akan patah balik ke tempat kami.

Masa aku duduk kat longkang tu, aku perati, bas, lori punyal lah laju.. berdesup2 perginya... pogie pasang lampu emergency, dan ariq cuba buat lampu liplap dgn handphone (good try ariq.. hihi) tp tak lama mati lampu liplap dia... 

Dalam 15 minit mcm tu, polis peronda benti kat depan kete pogie, cuba tgk apa jadi.  Dah bincang2 tu, mcm kena tarik keluar ke tol.  Sebab mmg tak leh buat apa, kena anta bengkel.  Dalam waktu tu, ada bas benti, lori benti, bgtau ada eksiden sebelum sampai kat tpt kami.  Katanya lori dgn kereta.  Tak jauh, lebih kurang berapa ratus meter je.  Polis peronda amik maklum dan settle kami dulu.

Kami semua masuk dlm kereta, dan kereta peronda tu tarik kami dgn tali ke getah ke apa ntah keluar ke tol depan (Simpang Rengam, Benut, Pontian).  Masa tu jam pkl 4pg.  Kami tunggu teh kat situ... Aku dah tak leh lelap mata, ariq pun bangun, firas, hadid... Afi je yg lena tido.  Beberapa kenderaan ada juga di tepi jalan selepas tol tu.  Seorg abang melalui kami utk ke tandas, bagitau keretanya pun rosak.  Katanya jam 8 baru pomen sampai dan tarik kete.  Tak lama tu, lori lak benti, tgk, tayar nya pecah.  eh, mcm2 hal la kat situ.  

Tak lama hujan selebat2nya.  Kami tunggu dia tempat rehat sebelah tol, ada mesin air, toilet dan juga surau.  Dan pkl 5 teh sampai.  Dlm keadaan hujan mcm tu dan kami pula di mesin air (vending machine) mmg membawa rezeki pada mesin air tu... hahahah kejap air tu kejap air ni... kejap air kopi, kejap air milo.. eh mcm2 dak2 ni. 

Masuk je waktu subuh, terus solat subuh.  Aku kejap afi dan hadid utk solat subuh.  Afi blur, tak tau apa jadi.  Hujan masih lagi lebat.  Sejuk sikit... 

So apa plan kami?

Teh bagitau umah abah nor tak jauh dr situ (dari tol Simpang Rengam,  Benut, Pontian).  Aku tau ada rumah abah nor kat pontian tp tak sangka pula sedekat tu.. lebih kurang 1/2 jam perjalanan la... So, teh bgtau, apa kata lepak situ dulu.  Abah nor tak de, baru balik Kuala Selangor (umah diorg kat Kuala Selangor) dan rumah tu kosong. Rumah di Benut ni baru je dibina 2-3 thn kot.. Abah nor rajin turun situ sendirian lepas pencen, tgkkan kebun dan tgk rumah. Suka berulang alik dr Pontian ke Kuala Selango dgn bas.

Pogie bagitau, better hantar terus ke bengkel Nik, tpt selalu diorg service kete.  Sebab dah tentunya kereta akan duduk di bengkel beberapa hari utk di baiki,  dah tentu kalau tinggal kat bengkel kat pontian tu tak tau brp lama pulak kan.  Insurans boleh cover utk tarik sampai ke bengkel.  Tp kena tambah duit sikit sebab melebihi jarak dan tol kita tanggung.  Pon boleh.. asalkan selamat sampai KL semula.

Jadinya, Nor bawa aku, dan budak2 lain naik kete bolbo teh.  Mmg sendat kami dlm tu.. yg tinggal kat tol tu Teh Pogie dan Ariq.  Ariq besar badan dia, tak muat nak sumbat.  Hujan mula merenyai.  Tak lama kami sampai rumah abah nor.  Sunyi sepi, masuk rumah, anak2 dah berkeliaran.  rumah kampung kan.. mcm2 ada.. depan belakang semua dusun... byk pokok2 buah.  Nor pulak patah balik amik yg lain sambil beli sarapan utk pg tu.

Tidak lah sampai kami di umah mak abah kat Tiram, nasib baik kami tak bgtau mak abah nak sampai.  Satunya sebab tak nak mak tak lena tido, tunggu kami balik... tp aku jangkakan kami akan sampai umah mak dlm waktu sepertiga malam, time mak tahajjud/ solat sunat... dan lagi tak nak susahkan mak kemas rumah bila tau kami nak balik.  Tidak lah bermaksud rumah kotor, tp tentu nya mak sibuk nak tukar cadar laa apa laaa.. mcm2 laa...  Bila jadi mcm ni, abah mak tak de la risau... tentu nya risau kan bila kami tak sampai2 dan ada pula ujian mcm ni.  

Bila nor dah balik semula dgn yg lain, kami bersarapan.  Lepas tu, bermalas2an sebab aku rasa aku tido tak sampai sejam pun dlm 24 jam tadi... dpt baring jap kat ruang tamu tu pun mcm satu nikmat.  Lepas tu, kami di ajak ke dusun durian di belakang umah.  WAAAAHHHH ini 1st time aku kutip durian kat dusun org... hahahahahaha... byk juga kami dapat, kat satu kete tolak.. penuh.  Rezeki betul.  Dapat la rasa durian kg fresh.  

Dalam jam lepas zohor, aku teman nor dgn naik motor ke gerai makan, tapau nasi briyani singapura.  Selesai makan, kemas bag bagai, mandi bagai, kami nak gerak ke Kete yg tersadai kat tol tadi tu... Tow truck dah OTW dari Ayer Hitam.Tgkkan keadaan jalan, mmg sesak dari dua2 arah.  Jam 4 ptg baru tow truck sampai ke tempat kami.  So, setup kete bawa naik trak, kami 5 beranak duduk belakang, pogie di sebelah pemandu.  Kami bergerak, baru lah teh gerak balik ke umah abah nor.  

Kami masuk balik hiway dan keadaan jalanraya masa tu, jem dgn banyaknya kereta dari kedua-dua arah.  Mula2 naik tow truck tu, bergegar satu badan... aku bukan tak pernah naik tow truck seblm ni, tp yg ni mmg dahsyat.. kondisi truck ni x sebaik yg aku sangka mcm sebelum ni.  Boleh muntah aku kalau mcm ni.. tp cuba kontrol dan akhir nya kami dapat mengadaptasi suasana dlm kereta yg bergoyang2 dan bising.  Tingkap kereta dibuka dan terasa tinggi pula bila duduk atas tow truck ni.  Haha... tak sampai 20 minit, trafik dlm keadaan tidak bergerak, utk kedua2 arah.  Dah kenapa pula.  Lepas tu truck ni tak leh jalan laju pun.. paling2 aku rasa 80km/h.  Mau kami sampai umah tgh malam mcm ni.  

Rupa2nya sebab tak bergerak tu sebab ada eksiden kat depan, lori terbalik masuk longkang.. lepas dr tu jalan laju sket. 

Kami berhenti jap di Machap, buang air dan beli kudap2an.  Lepas tu aku terlelap 10-20 minit kat bbrp tpt.  Kami benti di Ayer Keroh masa tu dah jam 7mlm.  Solat dan makan.  8.30 mlm kami gerak semula.  Sampai di bengkel jam 10.00 mlm.  Dah settle dgn nik, kami tempah grab ALZA.  Kena lah dlm RM58.  Ok la tu. Dalam jam 12 lebih kami sampai rumah.  Fuuuh lega.... Alhamdulillah.  Dapat la pengalaman naik tow truck paling jauh pernah kami alami.  Dah nak jadi cerita dan bukan rezeki kami nak berhuha di umah mak abah.  Teh balik juga Tiram hari Sabtu tu juga, tp gerak lewat petang utk mengelak jem.  Mak abah terkejut juga bila diberitahu hal kami. 

Jadinya utk seminggu dua ni kami patah kaki, tak dpt ke mana2 yg lebih jauh.  Inshaa Allah, lepas dpt kete, mau nya aku bawa dak2 jalan g pangkor... hahahaha..
Thank you Allah for these experience... Dapat kutip durian fresh, dan merasai suasana kampung....

 




Khamis, Mei 12, 2022

SALAM LEBARAN 2022 - SIRI 1

 Assalamualaikum wbt.

Hari ni, 1 hari pertama aku masuk kerja selepas seminggu lebih aku bercuti utk menyambut hari raya 2022.

Syawal tahun ini disambut pada 2 Mei 2022 (Isnin) awal sehari dari tarikh di kalendar.  Anak bulan keluar awal menggegarkan umat islam di Malaysia walaupun beberapa hari sebelum syawal telah terdengar ura-ura bahawa Malaysia akan berpuasa hanya 29 hari sahaja.

Jumaat minggu terakhir berpuasa, aku sekeluarga berbuka di Muzima Cafe, Muzium Negara.  Dengan harga RM35 Dewasa dan RM28 Kanak2 dan review yg blh tahan memuaskan dgn harga sebegitu, aku cuba nasib utk membuat tempahan meja utk kami sekeluarga.  Perancangannya, selepas buka dan solat disana, kami akan berbelanja di Jalan TAR membeli baju raya anak2.  

Meh aku review dulu Kafe Muzima ni.  Dari opis aku di UOA Bangsar, mmg mudah utk ke sana. Pogie g amik budak2 kat umah, Hadid dr tempat kerjanya di Bukit Bintang akan naik LRT ke KL Sentral dan jumpa aku di situ.  Dr KL Sentral, aku dan Hadid ke Muzium melalui laluan MRT.  Untuk kereta, parking pun mudah dan byk.

Pogie dan budak2 sampai lebih awal dan dah dapatkan meja.  Jam waktu tu pkl 6.50ptg.  Banyak juga juadah yg disediakan.  


Keseluruhannya ok la juga, menu dgn harga sebegitu, xleh nak demand juga kan.. yg penting cukup rasa dan kena dgn tekak kami. Aku pun tak dpt nak merasa semua, bln puasa ni, perut mengecik dan lagi, dah akhir2 puasa ni kita mana ada selera makan, dpt buka puasa dgn bbrp jenis kuih pun dah kenyang.  

Ruang makan di cafe, ada meja di luar dan ada meja di dalam.  Kami dpt meja di dalam.  Makanan tersedia di luar.  Kat dalam ni sejuk sikit, sebab ber aircond.  Aku pesan kat budak2 utk amik makan sikit2, tak mahu membazir. Jam 7.00mlm kami dah dibenarkan utk ambil makanan.  Hari tu byk meja kosong, maka beratur pun tak panjang.  

Tempat solat adalah di ruangan terbuka di sebelah cafe, utk wanita, payah sikit la nak bersiap, kami kongsi tpt solat dgn lelaki.  Pandai2 lah nak buat mcm mana.. ruangnya hanya boleh muat 8 ke 10 org.  Toilet pula besar dan bersih bersebelahan dengan kafe.

Pkl 8 lebih pekerja2 di kafe telah mula mengemas meja.  Usai solat, kami beransur ke Jalan TAR dgn memakir kereta di bawah Dataran (free parking) tp mesti keluar sebelum jam 12 sbb parking akan tutup jam 12.  

Ramai org di Dataran Merdeka.  Sah2 tentu meriah lg di Jalan TAR, bersedialah menempuh jem manusia dalam sana. 

Tujuan aku ke Jalan TAR, nak cari baju melayu anak2.  Tahun ni aku tetapkan semua kena berbaju melayu kaler hijau... hahahahaha... utk aku dan pogie, kami pakai je baju sedia ada.  Tahun2 sebelum ni, kami tak pernah berbaju sedondon.  Semua bebas nak kaler apa, tapi tahun ni aku try.. nasib baik dipersetujui ramai.

Seperti yg disangka, mmg ramai yg berbelanja waktu ni.  Tentu2nya persiapan akhir atau pun saja2 meramaikan umat kat situ.  Aku perhatikan harga2 baju boleh tahan juga la... tgk pada kualiti kain.  Sekarang musim brand Bulan Bintang, utk baju melayu lelaki, harganya kalau tak silap aku dalam RM180, jenis slim fit.  Mmg xde la dlm bajet aku utk membeli kat situ... ada bbrp lot yg menjual jenama ni dan rata2 mcm laku keras.  Budak2 muda la yg membeli baju2 diorg tu.  

Utk ariq dan afi, aku dpt beli baju melayu dgn harga RM120 & RM80, settle utk mereka.  Kualiti kain ok, brand, aku pun tak perasan brand apa.  Dari hujung ke hujung, tak jumpa pula utk Hadid dan Firas.  

Akhirnya kami keluar dr kawasan tu dan menuju ke Wisma Yakin.  Lengang je area tu.  Deretan kedai baju masih dibuka, kedai Den Wahab juga masih disitu.  Dapat juga aku carikan baju melayu Hadid dan Firas.  Harga boleh kautim dgn tokey kedai, dpt lah RM180 utk kedua2nya. 

Budak2 mengeluh sebab perlu berpusu2 dengan org ramai disamping suasana yg panas dan rimas.  Baru mereka tau kenapa ibu dan ayah payah nak bawa diorg g shopping raya kat situ.. hehe.. terbukti kan.. bukan ibu ayah ckp kosong.  Jam 11 kami dah beredar dr kawasan 'hot' menuju ke dataran.  Nak kena keluar sebelum jam 12.  Cadangnya nak ke Mc Donald kerana semua lapar balik.  😆


Meh cite pasal raya pulak...

Hari Buruh jatuh hari Ahad, dan bawa ke hari isnin, raya dijangka jatuh hari selasa dan rabu, maka aku apply cuti hari khamis, jumaat dan isnin berikutnya.  Nak merasa cuti lama .. hehe..

Untuk tahun ni, kami beraya di Johor dulu, tiada bantahan dr pogie, cumanya adik beradik belah pogie semua beraya dirumah maknya.. jadi bila kami balik raya ke 3, hanya kami saja lah dirumah mak selain adik perempuannya, Aishah. 

Takpelah, ada rezeki kita jumpa di lain waktu. 

Kami gerak balik JB hari Sabtu malam Ahad, masa ni gov bagi tol free utk tarikh 30 April - 1 Mei 2022 dan juga tol free pada 7-8 Mei 2022.  Alhamdulillah.

Gerak jam 12 tghmlm (1 Mei) dan tiba di Ulu Tiram jam 5.40pg.  Tiga kali kami berhenti sebab drebar ngantuk. hehe.. Abg aku, Teh dah sampai jam 5.15pg tadi.  Sempat sahur dgn mak abah, adik aku, shikin pun dah ada dirumah, sampai pg sabtu semlm.

Pagi ahad tu, aku, teh, nor (isteri teh - kakak ipar aku ler), mak dan ariq g beli brg2 dapur.  Menu wajib kami di hari raya, ialah Laksa Johor... Adik ada tempah ayam masak merah dan rendang daging.  Aku pula ada bawa balik noxxa dan buluh lemang utk buat lemang dlm noxxa.  Masa g beli barang, kami tak beli udang, konon nak beli esok (hari isnin) sebab udang kat tpt kedai yg kami pergi tu tak fresh.  

Utk menu buka hari ahad tu, aku buat lemang dgn noxxa...  makan dengan rendang ayam, behtu kami buat sup tulang dan daging.  Esok kami plan nak buat nasi serai dan masak ayam masak merah/ ayam rendang.

Kat media sosial dah kecoh raya esok, kami menanti berita jam 8 bg pengumuman raya... DAN mmg betullah, anak bulan dah kelihatan dan kami raya esoknya iaitu hari Isnin, 2 Mei 2022.  hahahaha aduh..... udang dan daging tak beli lagi, nasib baik yg lain dah ada.  Kami duduk bertenang sambil memenuhkan kuih dalam balang.  Buat lah mana yg dan.  Nasib baik juga adik ada tempah ayam masak merah dan rendang daging dan serunding kelapa daging (1st time aku mencuba).


2 Mei 2022 - ISNIN  (HARI RAYA)

Pagi2 lagi kami semua dah bangkit, menggosok baju, menyelesaikan persiapan lauk pauk raya, nor dan adik pergi amik ayam masak merah dan membeli daging sementara yg lelaki semua dah ke Masjid utk solat raya.  Adik bgtau, kami hanya dapat ayam masak merah dan serunding kelapa daging sahaja, rendang daging org tu tak sempat buat.  Maka kami redha.. faham akan kekalutan semua umat malaysia malam tadi... huhu...

Alhamdulillah, raya kami berjalan lancar... di hari raya yg pertama, hanya kawan abah je yg datang beraya.  Kami lepak2 je kat umah sementara tunggu keluarga Angah sampai.



                             Gambar kami sekeluarga dengan mak abah.

Sambutan raya lebih meriah bila dapat kumpul adik beradik beramai2.  Riuh rendah dgn anak2 dan anak2 buah masing2, gelak ketawa kita semua... hurmmm bahagianya kan... 

Isnin, Mac 21, 2022

Bikepacking - Kuala Kubu Bharu - Bukit Fraser 19/03/2022 - 20/03/2022

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali, aku doakan kawan2 aku yg sedang dalam ujian positif Covid19 semoga kembali sembuh dan semoga tiada yg lebih mudarat.  Semoga Allah lindungi kita semua.. ameen ya rabbal alameen...

Lama sungguh aku tak berbasikal.  Baru2 ni ada geng sebut nak ke Bukit Fraser dgn Roadbikenya.. tiba2 terdetik hati aku utk touring ke sana.  Perancangan akhir ni aku utarakan kepada lakiku pogie... Hari khamis 17/3/2022 aku sebut, terus dipersetujui utk touring hari sabtu tu juga.  Terus kami cari port camping di Bukit Fraser.  Aku berhasrat utk bawa Ariq, anak aku no. 2, 17 thn sama2 berkayuh ke sana.  Ini kali pertama dia ikut kami touring.  Aku percaya kepada stamina dia sebab dia rajin workout.  

Aku terus google tempat camping dan ini yang aku temui.  



Pogie terus call En. Hazuan, pegawai MD Raub utk bertanyakan tempat yg masih kosong utk kami.  Better call, jgn nak WA2, lebih mudah utk kita bertanya apa2 yg perlu.  

Utk makluman, Jalan Jeriau adalah di dalam kawasan berpagar, ada toilet, ada lampu dan air, blh kata selesa dr semua segi. Tapi bagi tarikh kami tpt tu dah full.  Mmg mcm goreng pisang panas, almaklumlah, tempatnya lebih selesa dr yg lain. 

Manakala Jalan High Pines juga di dalam kawasan berpagar dan ada satu paip air.  Lampu takde.  Yang kat tapak parking paddock tu pun gelap, ada sumber air mengalir, tp tu la.. gelap nau... yang jalan Guillemard tu aku tak sure, tp ni rasanya yg kat shahzan tu, kat pokok2, blh gantung hammock, syok juga, tp cuma tapak camping je la.. air lampu toilet semua tak de... setahu aku la... 

Kami dapat tapak kat Jalan High Pines, RM30, kami booking satu tapak.  Alhamdulillah, at least tapak khemah kami kat sana dah ada.  

Jumaat malam tu, kami kemas brg2 keperluan.. yg penting, khemah 2 org, pogie ada khemah light weight (2kg) -tp tak kalis air, kami bawa flysheet, ground sheet, lampu 2 biji, headlamp, lampu suluh, dapur kecik, gas, mestin (2), tp pogie tak nak bawa tent pole sebab berat katanya.. nanti adjust kat sana mcm mana nak pasang flysheet tanpa pole.  Behtu kami bawa baju sejuk dan stoking tebal.  Sejuk kot kat atas sana.  Semoga tak hujan masa camping nanti.  Selain dpd tu, sepasang baju dan toiletries.

Cadangan awal aku utk gerak jam 5 pg ke KKB, tp pogie kata, kita santai2, lagi pun nak bermalam kat sana.. so ok lah, gerak lepas subuh.

Kami tiba KKB jam 7.45pg lebih kurang.  Parking di tapak letak kereta berhampiran balai polis.  Pagi yg agak lengang, mcm tak nampak geng basikal, sebab sebelum ni ramai je yg cycling di waktu mcm ni.. parking pun nampak kosong je.

Kami siap2kan bag dan basikal.  Tiba2... masa pogie nak pasang tayar dibasikal dia, timbul satu masalah, skrewer nya hilang.. bila nak masukkan basikal dlm kereta, kita akan buka tayar basikal depan, utk muatkan basikal dlm kereta, skrg ni, skrew utk tayar depan tu hilang.... tercicir atau terjatuh kat mana2 la tu.. cari dlm kereta mmg tak jumpa.  Mmg tak blh la kalau tak de skrew tayar depan tu... aku standby je, nak patah balik rumah pun ok, atau kita ikhtiar cari jalan.. hahahahahaha...

Pogie kata tunggu sat, dia g cari2 skrew yg sesuai kat tepi2 jalan, kat tempat sampah.. dan akhirnya Allah membantu, jumpa skrew yg boleh guna utk tayar nya.. Alhamdulillah.. 

Last aku kayuh, masa touring ke Gopeng, Perak akhir tahun lepas.  Lepas dr tu, basikal taknak tgk aku, aku pun taknak tgk basikal.  Aku harap stamina aku masih berbaki.  Maklumlah nak panjat bukit kan.  Bukan calang2 walau pun dah berkali2 berkayuh ke bukit fraser, ko tahu juga selok belok dan kat mana yg mencabarnya.  Aku percaya Ariq boleh buat.  Aku ni ha.. hahaha.. skrg kalau tak bersenam, mmg ke laut laa... kuat makan lak tu...

Kami mulakan kayuhan jam 9.00pg. Dimulakan dengan bismillah.  Cuaca boleh tahan panas.  Rasanya dah beberapa hari tak hujan.  Awal kayuhan kami santai2 saja.  Masih terkawal lagi.  Berhenti beberapa kali di Empangan Kuala Kubu Bharu, mentari terik memancar.  Turun naik bukit.  Kami berpeluh dah.. Kayuhan masih rancak.  Kami berhenti di Sg. Chilling, cari air sejuk dan topup air bekalan.  Air cepat je habis gara2 panas pagi tu.  Aku ada bawa bekal roti dan coklat.  Sempat la alas perut utk sampai ke GAP nanti.  Harap abg yg berniaga di GAP tu buka meja hari ni.  Terbayangkan nasi lemak dan air sejuk yg di jual.

Utk kayuhan kali ni, aku mmg kalah, dengan kurang persediaan secara fizikal, kaki aku pun dah bg signal cramp malam tadi masa tido, kayuhan jadi perlahan. Nasib baik ada ariq, dia pun sama2 benti bila aku melepas lelah.  Aku akan tunggu dia, dia akan tunggu aku.  Pogie dah ke depan dulu, tunggu kami di mana2.  Ada satu masa tu, pogie patah balik sebab kami lama sgt benti.  Nampak rumput sedap je nak berbaring.  Aku recall balik kenapa aku cepat letih.  Ok, satu, mindset aku nak gerak pkl 4.  So jam 4 pagi aku terjaga, ariq pun terjaga, dia kejut igtkan kami nak kena siap2.  Aku ckp, kita gerak lepas subuh, dia tak leh tido, aku pula cuba lelap masa utk simpan sikit tenaga.  Aku gerak ariq pkl 6 dia kata dia baru nak lena semula.  Behtu, pg tu kami tak sarapan, hanya makan roti bila dah berkayuh.  So, tenaga kurang.  Ada coklat dan roti pun cepat je habis di awal kayuhan.  Patut aku beli burger kat Sg. Chilling tadi. Tapi tak ter pk sebab masa tu rasa ok lg. 

Pogie kata takpe, kita kan touring, tak de rushing pun.  Tempat tido dah ada, Lamb Kuzi by Kembara Meals pun ada dlm bag ariq, kat sekilo lebih gak la tambahan berat bag dia bawa Lamb Kuzi tu (3 packs/ 400g/pack).  Tak sabar nak makan lamb kuzi kat atas karang.  

Kayuh punya kayuh, kami sampai la kat GAP dalam jam 1 lebih.  Masa tu rasa lewat sgt dah utk kayuh nak naik atas.  31KM dari KKB ke GAP.  Tiada abg yg berniaga hari ni.  Pogie yg sampai awal di GAP pun dapat air mineral kecik ihsan hamba Allah yg berkayuh di situ.  Suasana GAP pun lengang je.  Ada geng2 motor besar 3-4 biji, dan geng basikal pun tak ckp 10 jari.  Maybe dah lewat sgt. Masa kami mendaki ke GAP pun, tak selisih dgn ramai cyclist.  Agaknya dah nak buka sekolah kot.. 

Terus terang aku bagitau pogie, aku tak larat dah nak kayuh.  Pogie kata kalau kena tolak basikal pun tak pe, pelan2 kita jalan asalkan sampai.  Ariq pula bgtau, nak patah balik mmg tak la, rugi katanya.  Dia akan cuba juga utk sampai ke destinasi walau pun dia BONK mcm ibu dia.  Kesian dia, kena bawa load kiri kanan basikal.  Tp ibu percaya kat Ariq, muda, kuat dan bersemangat.  

So kami gerak menolak basikal dari simpang GAP.  Kaki dah longlai, perut dan minta diisi, bekalan kami dah habis, ada air masing2 pun x penuh satu botol.  Ada gula2 berangin.  Ikutkan hati nak je aku buka Lamb Kuzi tu tp memikirkan semangatnya pogie dan ariq utk makan di tapak camping, maka aku telan hasrat tu.  Kuat kan semangat, kena melangkah juga, kalau tak, kita takkan sampai dan akan sampai lebih lewat kalau lebih berlengah. 

Masa kami berjalan naik menolak basikal, mmg kami je yg berbasikal, tiada org lain.  Ye lah, dah pkl brp kan.  Yg ada pun kereta2, 4WD, motor kecik motor besar yg naik ke atas.  Aku dgn ariq, pogie, aku soh g depan dulu.  Masa tu duduk kat punca air bukit mmg rasa nyaman, mcm nak duduk betul2 bawah air yg mengalir.  Aku soh ariq isi bekas air dia dgn air bukit tu.  Air bukit air yg boleh diyakini kebersihannya, inshaa Allah.. hehe.. sebab bekal air kami dah berkurangan.  segar ariq dpt basahkan kepala dan badan sikit dgn air bukit.. sejuk... actually byk punca air sepanjang 8km.  Inshaa Allah, airnya menyegarkan.

Dan akhirnya jam 5.40ptg kami sampai juga ke pintu gerbang Bukit Fraser... Alhamdulillah, tu pun selepas bbrp kali membaringkan diri kat tepi jalan.  Perut aku senak, aku tau, byk lemak pecah kat perut hari tu... hahahahaha.. Longlai betul kami.  Tp KM2 ke sebelum sampai Bukit Fraser, aku dah blh kayuh pelan2.  Syukur Alhamdulillah.  

Sampai2 je aku terus cari toilet, alamak, public toilet yg di depan pintu gerbang bukit fraser tu tak buka pulak, kami lepak jap kat kedai runcit uncle, beli aiskrim dan roti buat alas perut.. 

Then tolak basikal utk ke restoran Puncak, tpt makan favorite kami.  Sebelum tu singgah tandas awam yg dekat dgn Puncak Inn, kecik je toiletnya tp ada bilik  air utk mandi.  Cuma situ agak sibuk la org lalu lalang sebab dekat dgn pusat tumpuan pelancongan.

Berjalan perlahan, tiba di Restoran Puncak, terus aku menyapa Lin, anak kepada pemilik restoran yg juga kawan abg aku.  Terkejut dia tgk kami sampai lewat ptg tu.  Deretan kedai dan gerai makan, ada taman permainan dan tandas awam, suasana sibuk juga, tp tak ramai di kedai makan.  

Kami terus order makan, nasi goreng kampung 3, telur dadar 3, sup ekor semangkuk, air sirap 2 (aku punya) air limau ais (ariq) dan nescafe ais (pogie).  Semua yg terhidang depan kami sungguh sedap dan licin di makan.  Alhamdulillah.  jam waktu tu hampir waktu maghrib.  Suasana dah kian gelap.  Pogie bagitau nak mandi dulu sebelum gerak ke campsite High Pines.  Aku setuju memandangkan sana tiada bilik air.  Kami siap2 mandi, siap solat jamak terus.  Bila dah bersih dan dah siap packing semula, kami gerak ke campsite.

Campsite kami berdekatan je dgn kawasan kedai makan tadi.  Dlm 400 meter kot agaknya.  So, toilet pun agak dekat la kalau terdesak.  Rezeki kami.  Kita akan jumpa dulu campsite Jalan Jeriau di sebelah kanan dan depan sikit di sebelah kiri lebih kurang 100 meter kot, baru lah jumpa campsite Jalan High Pines, bersebelahan dengan Istana Sri Pahang.

Kelihatan 2 tapak khemah kosong di situ, Kami pilih tapak khemah di penjuru, mmg gelap sikit, dan terus pasang lampu sangkut kat basikal.  Kami pasal groundsheet dulu, nasib baik groundsheet ni besar, utk memuatkan satu khemah kecik dan sebelah lagi aku cadangkan utk buat khemah dgn menjadikan dua basikal kiri dan kanan sebagai dinding khemah.  Kita selubung basikal dgn flysheet dan terbentuk lah khemah disitu utk ariq tido nanti.  kami masak air dan makan di bawah khemah buatan kami.  Nasib baik banyak batu di sekitar dan juga ada potongan kayu untuk dijadikan beban utk sandaran/ikat tali fly.  Campsite tu seolah simen/tar, bukan tanah ye.. tak blh pun nak cucuk paku kat situ.. jadi kita ikat tali fly kat batu2 yg diperolehi disekitarnya.

Lega semua dah siap, kami keluarkan dapur, keluarkan kembara meals, nak masak air, air paip ada, air mineral kami beli tadi pun ada.  Yang tak ada adalah..... GAS.... tertinggal gas kat mana tak tau la.... fuhhhh menguji kesabaran... aku pun minta pogie tanya hamba2 Allah disekitar kot boleh beli tabung gas dpd diorg.  Alhamdulillah ada yg sudi memberi satu tabung dgn tanpa cagaran.  Semoga Allah meriahkan rezeki mereka.  

So malam tu kami hangatkan mushroom soup, makan Lamb Kuzi dr Kembara Meals, dan air coffee panas... ariq yg keletihan terus tido berdengkur.. jam masa tu pkl 10 lebih.  Aku masuk khemas setelah memastikan keadaan ariq ok, aku masuk khemas pogie.  Ntah kenapa akibat minum coffee, aku terkebil2, pogie dah lama lena... dgr dengkuran halus ariq, dan diikuti pogie, kat jam 3 lebih baru aku blh lena dan terjaga bila dgr bunyi guruh, dgr ariq terbersin.. aku terus sarung stokin dan baju sejuk. Suasana dah mencucuk2 kesejukan.  Ariq lagi la sejuk tp aku dah bekalkan dia dgn sleeping bag dan juga fleece jacket.  Harap dia ok.  Then baru aku lena.

Mcm kejap je lena, aku nya phone dah bunyi alarm, jam 5.45 pg, pkl 6 sanyup2 dgr suara dr masjid.  Aku kejut pogie dan ariq, utk siap2 bersubuh.  Kami gerak ke toilet semalam berjalan kaki utk rutin subuh.  Suka aku tgk satu gerai dah dibuka seawal pg tu.  Tak sabar aku nak breakfast.  

Pagi tu kami breakfast nasi lemak dan air teh tarik.  Perghh memang sedap... 



Selesai bersarapan, kami gerak balik berjalan santai ke campsite.  Menghirup udara nyaman dan bersih, mengembalikan tenaga yg diperah seharian semalam.  Kami terus kemas khemah dan peralatan dan siap kan basikal.  Dalam jam 7 lebih kami gerak meninggal kan tapak khemah bergerak balik ke Kuala Kubu Bharu.  Sebelum tu kami singgah dulu di Menara Jam memandangkan ariq belum berkesempatan utk ambil gambar kenang-kenangan di situ.  Kami bergambar sebelum gerak balik.

Tiada sebarang kejadian tak diingini berlaku, kami selamat sampai di kereta semula jam 11.15pg. Alhamdulillah... Kayuhan santai balik dr Bukit Fraser, kami hanya berhenti di Air Terjun Semangkuk dan di Sg Chilling utk refill air.  Berhenti sekejap di Empangan utk relaks sekejap berlindung di bawah pokok dr matahari yg panas terik, actually lebih kepada memberi peluang kepada Ariq utk merasa touring yg sebenar.  Hahahahahaha.. 

Uols kalau nak tgk video kami touring kali ni .. blh klin link ni ye... tq!!! 



Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...