Khamis, Januari 13, 2022

Basikal Touring : Part 02 Sungkai - Gopeng, Perak 1/1/2022 (Sabtu)

 Assalamualaikum wbt.

Selamat Tahun Baharu 2022... Welcome to The Year of 2022

Actually kami dah tak kesah pasal dah tukar tahun ke idak, benda pun mcm tak berapa nak penting... kononnya laa kan.. tak tau la sebab faktor usia ke apa ke, tp mungkin juga sebab  masing2 sedang dalam mood melengkapkan misi touring kami ke Gopeng, Perak.  Semalam terkandas di Sungkai, Perak kerana keadaan cuaca yang sangat tak mengizinkan dan juga jadual awalan perkayuhan juga tersasar dari perancangan asal.  Tapi kami sambut baik jugalah dan bersyukur sebab baru la dpt merasai nikmat sebenar kayuhan kembara ni.  Merasa mengayuh manjat bukit kat selayang dan melalui jalan lama ke Rawang. Selama ni kalau lalu situ waktu2 tgh hari, nampak org ride Roadbike, mmg dlm hati kata kental betul mamat ni, mmg power la, gigih betul dia, ni mesti dr Bukit Fraser kayuh sampai KL.. hahahaha rupanya aku pun merasa gak hari tu... Fuuh.. mencabar betul berkayuh mendaki bukit di dlm hujan dan dgn byknya kenderaan waktu tu yg kebetulan hujung minggu pulak.  Bukan setakat kete, kenderaan berat sama byk juga.  Seram aku.  

Sewaktu bermalam kat Masjid Abbassiyah di Sungkai, aku tak dpt tido dengan lena.  Itu perkara biasa.. hahahaha.. nak2 hujan kejap lebat kejap reda, tp kebanyakan masa lebat... Dalam hati aku berat kepada merancang utk berpatah balik ke Kuala Lumpur esok harinya.  Hujan bagai tak moh benti.  Nak fikir apa pun tak tau.  Laki aku dah lama dengkur, daus dgn azli pun dah lena. Aku la terkebil2.  Dan lagi satu, aku tertinggal cermin mata kat umah.. huhu, mcm mana blh tinggal ntah la padahal dah ketepikan dah.  Maka bila buka contact lense aku jadi rabun betul.  Takpe, sabar eh...

Semalam sebelum dpt lelap mata, aku sempat ckp dgn pogie, kita balik la ye esok.  Patah balik ke KL.  Hujan tak teduh ni.  Dan Pogie mengiya kan.  Hati ada rasa lega sikit.

Jam 4.30pagi aku dah bangkit dr pembaringan.  Aku kejut pogie terus.  Aku percaya org masjid akan tiba tak lama lagi biar pun diorg sebut jam 5.30pg diorg buka pagar dan sangkaan aku benar belaka, pkl 4.50 diorg dah sampai.  Nasib baik laa aku dah bangun.  Daus dgn azli masih terpisat-pisat lagi.

Lama sungguh tak merasa berjemaah di masjid.  Nak2 di waktu subuh.  Hening betul, rasa syukur kat segelinap urat darah, ni nikmat iktikaf di masjid agaknya.  Tq Allah.

Selesai subuh di masjid, spt biasa, kami berlengah2 mengemas barang2.  Aku jenis org yg ringkas, jadinya cepat je bersiap.  Biasa la, org lelaki ni kalau tak membelek mmg tak sah, jadi sementara menunggu diorg membelek basikal, yg mana tayar kempis, yg mana nak betulkan kedudukan bag di basikal dan mcm2 lagi, aku pun amik kesempatan berbaring sekejap di ruang luar solat wanita, agak terlindung dr pandangan mata utk lelap seminit dua.  Almaklum, mlm tadi bukan dpt tido sgt.  Pagi2 nyaman ni mata berat pula rasa.  Tapi tak lama pun aku berbaring.  Tak selesa pula.

Cuaca pagi tu amat baiklah sekali.  Tak hujan dan redup mendung je. Kami merancang utk breakfast dan cari dobi utk basuh baju.  Maka terjumpa lah kami satu kedai dobi kebetulan bersebelahan dgn kedai makan di Sungkai tu.  Boleh menyambil2 breakfast sambil menunggu basuhan.

Tak abis citer lagi, aku merancang utk kedai DIY. Nak mencari bag kecil utk isi baju sebab bag sebelum ni zip nya dah tercabut (bag free), jadi aku nak cari ganti yg lasak sikit utk diletakkan di rack depan.   Daus pula membeli bakul utk letak kat rack depa juga.  Kreatif betul dia. Apakah makna persediaan itu? hahahahaha KITA AKAN TERUSKAN KAYUHAN KE GOPENG JUGA!! 

Kerana keadaan cuaca yg baik ni, semua setuju utk meneruskan kayuhan ke Gopeng... ko rasa? aku setuju ke? kena la setuju, ko nak g mana kalau tak setuju kan? kayuh je laa... hahahahaha

Kami gerak dpd Sungkai dalam jam 11pg.. agak lewat.. tp memandangkan hari ni kayuhan dalam jarak 60km lebih kurang, maka agak santai juga lah caranya.  Boleh jadi dlm 6 jam kayuhan inshaa Allah blh sampai.  

Kami melalui pekan Bidor dan pekan Tapah. Kami lalui Temoh dan di Temoh ni Tayar basikal pogie pancit.  Tadi sebelum sampai Bidor pun tayarnya sekali lagi pancit.  Nampak nya mmg kena cari tayar betul la ni kat mana2 kedai yg ada kat depan.  Sebelum sampai Kampar, hujan turun dgn lebat.  Kami berhenti teduh sekejap di bus stop.  Hujan kali ni tak lama, sebab xlama tu, matahari keluar.  Nasib baik x panas sgt.  

Kami sampai Kampar dalam jam 3 lebih.  Kat sini pun tayar pogie pancit.  So, kami amik masa utk berehat dan mencari kedai basikal.  Syukur Alhamdulillah, aku dgn daus jumpa satu kedai basikal.  Risau juga thn baru ni byk kedai tutup kan.  Dapatlah cari satu tiub dan tuk pogie dan daus buat backup.

Agak lebih kurang 7km jalan menghala ke campsite kami, ada satu restoran tepi jalan cukup besar dan kelihatannya mcm restoran baru.  Namanya Restoran D'Inai.  Tepi simpang 3 trafik lite  nak masuk ke Malim Nawar.  Kami yg belum makan ambil kesempatan untuk makan tengah hari yg tertunda tadi.  Jam masa tu kat pkl 4 kot.

Sedap dan byk pilihan makanan.  Aku mmg rekemen makan situ.  Blh singgah bila2 kalau lalu jalan tu.  Buka dari waktu sarapan pagi hingga ke petang jam berapa tak sure.  So malam tak buka ye.  Puas ati kami makan kat situ.  

Alhamdulillah, lepas makan, kami teruskan kayuhan utk 7km lebih lagi.  Tak sabar nak sampai ke tempat tuju.  Dan sekali lagi, alhamdulillah, kami sampai ke campsite tepi sg kampar yg nama nya REX PubgCamp sebelmum jam 5.  Aku menyewa khemah Quechua Family Alpenaz 4.2, punya dua bilik pada kadar RM120 dan utk karpet setiap bilik RM5.  Selesa sgt dan depan khemah adalah sungai kampar.  Cuaca tak panas dan tak juga mendung.  Elok2 saja.

Syukur dengan perjalanan kami hari ni.  Masing2 melepaskan lelah dan lega kerana selamat sampai ke destinasi.  Buka semua bag di basikal dan masing2 basuh basikal kat sungai.  Aku je tak turun sungai. Pogie yg rajin tolong basuh basikal.  

Aku tak tunggu lama, terus mandi sepuas2nya di bilik air, membersihkan badan.

Meh la aku cite sikit pasal REX PUBGCamp ni.  Terletak di Kg Jahang, Gopeng.  Tanah private di tepi Sg Kampar, dikelilingi dgn pokok kelapa sawit.  Tempat tapak khemah luas.  Blh pilih mana nak pacak khemah.  Bilik air luas.  Bilik air lelaki dan perempuan bersebelahan.  Dikawasan bilik air, ada satu kolah besar, diletakkan 3 kepala pancuran (kalau tak silap kiraan) dikawasan terbuka utk membilas atau budak2 pun blh mandi situ, dan 3 buah toilet duduk.  So, kalau tak nak mandi dlm toilet, blh mandi secara berjemaah dengan berkemban kat luar.  Tp rata2 aku rasa mandi kat dlm toilet la kan.  Selesa, bersih dan ada yg wakafkan sabun juga.

Masa kami 'check-in' kami dibekalkan dgn 2 botol air mineral bersaiz besar. Bagus nya lahai adik2 ni.  Kebetulan kami kekurangan bekalan air.  Adik2 yg jaga situ kata, diorg blh tolong belikan air kat luar.  Almaklum, utk keluar ke kedai blh tahan jauh juga la utk kami yg berbasikal.  Kalau malam agak seram sebab jalan ke luar dr campsite gelap/tak berlampu.  Jadi kena pakai lampu basikal.  Masuk ke dalam dr jalan besar lebih kurang 400m.

Malam tu azli gigih keluar beli makan. Daus dgn pogie tak kirim apa2 sebab diorg nak masak maggie.  Aku kirim nasi goreng kampung dgn air sirap.  Daus kirim air teh o ais kot.  So, azli sorg la keluar berkayuh beli makan.  Last2 nasi goreng kampung tu aku buat breakfast je sebab perut dah mcm tak leh masuk makanan dah.  Maybe sebab keletihan kot.

Campsite ni bertentangan dengan Natasya Riverside yg terletak di seberang sungai sana.  Satu je yg tak best ialah, campsite Natasya yg terletak kat seberang sungai tu layan karaoke.  So agak bingit bising dan tak aman.  Aduuhhh mcm salah parking lak.  Tp dlm pkl 11 lebih diorg dah senyap.  Jadi up to you lah kalau xkesah dan nak merasa suara nyanyian malam2 leh la lepak kat sini.  Tapi utk aku, tak lah kot.  

Malam tu kami lelap lebih awal.  Sebelum pkl 12 kami dah lena.  Cumanya daus bgtau mlm tu hujan agak lebat.  Tempat pembaringan dia sebelah azli, basah, so dia tido kat ruang tgh khemah dan masuk semula bila rasa sejuk dan hujan dah reda...

Aku polos tido.. hahaha, sedar kejap behtu tido semula.

Nanti sambung citer utk perjalanan balik di next chapter... 

Apapun pengalaman mengayuh hari ni begitu santai sekali. 

Sorry la gambar tak berapa byk dlm google photo..  nanti aku add lagi eh.. 





Jumaat, Januari 07, 2022

Bicycle Touring : Part 1 - Kuala Lumpur - Sungkai (31/12/2021 - Jumaat)

Assalamualaikum wbt.

Aku naik office 3/1/2022 - Isnin, dan bos masih bercuti - ada appt di hospital.  Dan seperti kebiasaan aku buat kerja PA aku spt biasa, kali ni handle dua bos utk sementara sebelum dpt PA baru utk bos yg sorg lg.  Malam nya aku dapat WA dpd HR bahawa aku kontak C kepada sorg staff Bahagian di  aku.  Makanya aku diarahkan utk bekerja dr rumah bermula hari selasa, 4/1 sehingga lah staff tersebut buat swab test jumaat ni dan jika negetif aku blh masuk opis hari isnin depan - 10/1/2022.  Lama kan aku kena dok umah tak leh g mana2.

Bukan mudah ye buat kerja dr rumah.  Kalau dulu kita dah prepare, tp kali ni tiba2 malam lak ko diberitahu kena kuarantin kendiri kat umah sebagai kontak C esoknya, dgn dokumen semua di pejabat, hanya berlandaskan WA, laptop dirumah dan emel saja utk kau bekerja.  Leceh gak la.. tp tak pe, tak lama.. bertahan la... kita dlm era teknologi, teknologi byk membantu urusan harian dan urusan kerja seharian.

Actually, seminggu yg lepas adalah minggu yg sgt sibuk utk aku secara peribadi.  Bawa family g jalan di ipoh menaiki tren -  27/12/2021 - 29/12/2021, berkumpul dgn family (30/12/2021) sebelum aku mula kayuhan dgn kawan2 dr KL ke Gopeng pada 31/12/2021 - 2/1/2022, suatu yg menyeronokkan, penuh keterujaan dan debaran.  Hari jumaat sebelum aku mula bercuti, aku sertai team volunteer office utk ke rumah staff mangsa banjir menghulurkan bantaun tenaga membersih rumah dan sekolah.  kami ke 2 tpt pada hari tu, ke SK Rantau Panjang, dan satu lagi rumah sorg staff di Seksyen 25 Shah Alam yg mana keadaan bekas banjir di sana sgt2 dahsyat dan menyedihkan.  Kami bantu apa yang terdaya dgn kudrat kami dan berdoa urusan seterusnya dipermudahkan dan mereka tabah dan sabar dgn dugaan yg dihadapi.

Okey, aku nak cerita pasal touring kami dr KL Ke Gopeng.  Sebagai bahagian pertama, aku nak bercerita pasal hari pertama kami touring dgn basikal dri Kuala Lumpur ke Sungkai terlebih dahulu.

Ikut pelan asalnya, aku yg menjadi pencadang ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚dengan excited mengajak kayuh dr kuala kubu baru ke Gopeng.  Buat 3 hari 2 malam.  Kiranya kami akan naik komuter dr Kuala Lumpur pagi2 hari ke Kuala Kubu Baru dan mulakan kayuhan ke Gopeng.  Sama ada kami bermalam satu malam di Gopeng dan hari berikutnya bermalam pula di rumah mertua aku di Felda Gunong Besout 2 atau pun tido di Tg Malim.  Terpulang pada persetujuan ramai.  2  minggu sebelum kayuhan aku dah booking dua tpt, satu malam (31/12/2021) di Rex PUBGCamp di Gopeng, Perak dgn full payment dan satu malam lagi (1/1/2022) di satu chalet di Tg Malim dengan meletak deposit.  Seminggu sebelum kayuhan, hujan turun mencurah2.. kiranya hari2 hujan.. owner chalet di Tg Malim call aku tanyakan jadi ke aku nak bermalam ditptnya memandangkan ramai yg batal dan tunda tempahan di sana.  Aku ckp so far aku tak de masalah, dan dia kata kalau aku nak tunda pun dia tak de masalah, nak batalkan dan pulangkan deposit pun tak apa.  Aku ckp nanti aku confirm kan semula.  At least aku dah secure utk dua tpt kalau apa2 jadi.

Maka tibalah hari kejadian...

Hari Pertama : 31/12/2021 - Jumaat

Geng kayuhan terdiri dpd aku, pogie (laki aku), daus(kawan opis), dan Azli (kawan pogie) - last minit join.

8.30 pagi 
Cuaca baik
Kayuhan dr Rumah PENA

Alhamdulillah cuaca baik saja pagi tu.. Dengan lafaz bismillah kami mulakan kayuhan dr Rumah Pena ke Stesen KTM Kuala Lumpur untuk mendapatkan tiket komuter ke Kuala Kubu Baru pagi tu.  Ikutkan sumber katanya blh naik komuter jam 9-11 pg selepas peak time.  Maka berkayuhlah kami ke KTM.

Walau bagaimanapun, kami tersilap percaturan, tiada komuter ke Kuala Kubu Baru atau ke Tg Malim.  Pulak daaaaa...  masing2 mcm tak percaya.  Tanya lagi kat kaunter dan juga petugas di situ, katanya, mmg tak de komuter pagi tu ke KKB, sebelah ptg baru ada tu pun jam 4 lebih.  Huhu.. aku dah start memikir kan - masa, jauh perjalanan, dan konfem ada OT punya.  Haha, ko igt panjat gunung je ada OT, kayuh pun ada OT gak tau.. kikiki...

Pogie mula merancang.. (eh suka lah dia kayuh dr KL, sebab mmg plan asal dia ajak kayuh dr KL pun.. aku dgn daus je xmoh ๐Ÿ˜†). Mulanya dia ajak ikut gombak but then katanya kita akan ikut jalan kucing, selayang, templer, rawang... maksudnya, kita akan menganyuh panjat bukit di selayang dan templer sana tu... masa tu aku redha je lah, takkan nak patah balik kan.. benda pun dah dirancang dan inilah perancangan Allah Taala.

Maka kami pun mulakan kayuhan.  Seram juga aku berkayuh di jalan kucing tu, basi jalan halus jer... sipi2 je, jgn la ada yg komplen, nasib baik kami 4 org, dan kami berkayuh agak jauh dr satu sama lain.  Syukur, selamat sampai kat satu bus stop kat taman prima selayang.  Jam pkl 9.40pg.  Cuaca mula mendung.  Di tepi jalan sebelah dalam ada makcik jual nasi lemak, pogie belikan kami nasi lemak utk alas perut memandangkan kami masih belum bersarapan lagi.  Lepas ni nak kena kayuh panjat bukit.  Tak lama tu, hujan turun dengan lebat.  Kami bersedia dengan baju hujan dan mula menyambung perjalanan.  Ketika hujan dah tak berapa lebat kami berjaya tiba di Petronas Rawang jam 11 pg.  Tidaklah kami nak memanjat bypass Rawang tu, mmg tak masuk akal dgn load dan juga ketahanan fizikal dan mental kami yg tak power mana. hahahaha ... adoi.. Kami teruskan perjalanan seterusnya dan berhenti di kedai DIY Antara Gapi, beli brg sikit dan berehat sekejap.  Ada matahari.  Jalan depan sikit, hujan mula turun... kami berhenti di Batang Kali utk makan tgh hari, ada gerai cendol popular kat tepi jalan tu, kami berhenti situ, tp untuk lunch kami makan lauk salai kat kedai baru sebelah atas bukit,  owner yg sama.  Sedap.. Cuaca baik2 saja, tp tgk kan awan, pasti hujan di depan,  nampak awan tebal dan gelap sana.  

Alhamdulillah sampai juga kami di Tg Malim jam 4.00 ptg.  Cuaca redup dan mendung.  Teruja dengan gerai Kopi Kawww Ikat Tepi, terus berhenti dan order... sedapp yakmat. satu plastik RM4.  Mmg sedap dik oiii...  

Lepas ni kami akan melalui Behrang, Slim River dan Sungkai.  Di Behrang hujan boleh tahan lebat, kami berteduh di bus stop sekejap, sempat la daus dan azli baring lelap mata seminit dua.  Air Kopi Kaww Ikat tepi pun dah bercampur dgn air hujan. Perjalanan di teruskan dalam hujan renyai. Kami tiba di Slim River jam 5.40 ptg... dan perjalanan dari Slim Ke Sungkai mmg agak jauh nak2 dgn berkayuh lebih kurang 23KM.  Byk main bukit dan hujan pula tu.. itulah cabaran yg di cari.. ceh! 

Kami berhenti santai x berapa tempat sebab mengejarkan waktu dan hari semakin gelap.  Tiba di Trolak jam 6.30 petang dan akhirnya tiba di Petronas Pekan Sungkai jam 7.20 malam.  Suasana dah gelap dan azan mula berkumandang.

Kami ambil keputusan utk ke Masjid Abbassiah Sungkai disamping membersihkan badan, solat dan berehat melepas lelah, baik kami berfikir arah tuju selepas ini.  Merancang sebaiknya perjalanan sambil bertawakal dan redha pada aturan Allah Taala.

Cerita Menarik - Misteri?

Actually, sepanjang perjalanan kami dr Kuala Lumpur tadi, Azli jarang2 berkayuh kat depan sekali.  Memandangkan basikalnya kurang lengkap dan tidak berada dalam keadaan sedia utk touring, maka bag keperluannya, diletakkan di basikal daus. Azli hanya bawa bag sandang daus dengan mengendong dibelakang badan.  

Nak dijadikan cerita, sebelum sampai pekan sungkai, azli kayuh kat depan sekali diikuti daus, aku dgn pogie.   Pogie decide utk berhenti di Petronas Sungkai, Daus ada kat tepi stesen tp Azli dah lesap jauh ke depan.  Maka kami bertiga pun berkumpul di Petronas dan mengharapkan Azli akan berpatah balik.  Kami tunggu dalam 10-15 azli tak muncul2.  Kami decide utk ke masjid dahulu setelah cubaan menelefon azli gagal.  Difikiran kami, berkemungkinan hp Azli ada dlm bag yg dibawa daus.  Kami gerak menuju ke masjid dalam keadaan hujan renyai2.  

Di Masjid kami disambut baik oleh pakcik2 di masjid, siap bertanya tujuan, kami berapa org dan agak risau kan kami kerana berkayuh dlm hujan.  Kami ambil kesempatan utk membersihkan diri dan solat serta memperkemaskan brg2 di basikal.  Lupa sekejap tentang Azli.  Bila kami nak gerak ke keluar dr masjid, baru perasan tayar pogie pancit.  Pelik, sekali tukar, kejap tu pancit semula, rupanya ada dawai yang tersangkut kat tayar yg menyebabkan tiub tayarnya bocor.  

Kami merancang untuk pergi ke kedai makan di seberang masjid untuk makan malam sambil memikirkan dua benda, mencari azli dan sama ada mahu meneruskan perjalanan atau mcm mana..  

Mengenai Azli, bermcm2 kitorg pk, mana dia pergi.. mungkin dia ada patah balik tp tak nampak kami. mungkin dia di petronas, mungkin dia ada kat jalan depan sana.. Risaukan dia tak berduit, tak ada hp... mcm mana nak hubungi kami dan mcm2 lah... apapun, kami percaya, azli seorg suvivor .. heheheheh.. mudah2an Allah pelihara dia.  Jadinya kami merancang, biar pogie cari di Petronas tadi dan kami cari di belah jalan ke hadapan.  

Kami juga ambil keputusan  utk tidak meneruskan perjalanan malam tu menandangkan hujan semakin lebat tiada tanda utk reda atau berhenti selain risau jika mengayuh dalam kegelapan malam membahayakan keselamatan kami.  Dalam perkiraan blh jadi mau ambil 4 ke 5 jam lg untuk sampai ke Gopeng dan itu pun kalau tak menghadapi masalah.  Maunya sampai sana pkl 1 pg.  Mcm tak berbaloi pulak.  Kami ada juga survey hotel bajet di sekitar sungkai, tp lebih memilih untuk menumpang tido di masjid.  Pakcik2 di masjid pun ada offer kami tido di masjid tadi.  Kalau di hotel, payah pula nak pantau basikal, dan tak terjamin keselamatan.

Dalam kedai makan, aku duduk bersebelahan pogie mengadap jalan besar.  Daus duduk depan pogie.  Memerhatikan hujan semakin lebat dan berborak pasal kemungkinan yg berlaku pada azli menimbulkan rasa gelihati pun ada juga.  Kalau wallet ada pada azli, kami tenang la sikit, blh la dia beli makan dan ada pengenalan diri.  Ni kalau hp dan wallet pun takde, ko dah mcm pelarian jadinya.  hahahahaha adoi...

tiba2... sedang aku perhati ke luar kedai, aku tgk siapa laa yg kayuh malam2 ni dan immediately aku tunjuk pada mamat yg tunggang basikal serentak terus daus toleh dan kata, tu azli tu...

aku terus bangkit dan nak panggil azli tp dah terlalu jauh.. ada pula sorg brader yg diri sebelah basikal aku tepi kedai tu, aku ckp kat brader tu, 'tu kawan saya, kawan saya tu', terus aku nak capai basikal nak kejar azli tp daus xkasi, bahaya katanya, tgk2 pogie dah dgn basikal nak ngejar azli, dlm masa sama daus sempat pula kautim dgn brader tadi utk kejar azli dgn kereta kancil nya ( lepas daus interview kejap).  Pogie tak jadi nak kejar dgn basikal.  Aku dok perati ke mana agaknya azli pergi, rasanya dia dari petronas tadi dan tak perasan kami dlm kedai, sebab kedai berada belah jalan dalam.  

Sementara tunggu daus mengejar azli, aku cadangkan pada pogie utk ke masjid  minta izin pada siak utk kami bermalam di masjid. Maka pogie berkayuh la ke masjid. Waktu tu dah pkl 9.40 mlm.  Lama juga aku menunggu daus dgn brader tu.. takkan azli cepat je lesap? Tiba2 aku nampak kelibat org berkayuh dr arah bertentangan pula.  Terus aku berlari ke pinggir jalan dan menjerit memanggil azli.  Aku x peduli dah org2 di kedai makan tgk aku bagai hilang anak tekak panggil azli.  Ye la, aku kena lawan dgn bunyi hujan waktu tu... lega sungguh aku bila azli berpaling kat aku.

Aku terus call daus bgtau dia yg azli dah ada dgn aku.  Tak lama daus dan pogie menyusul.  Pogie bgtau, kami dialu2kan utk bermalam di masjid.  Cumanya pagar masjid akan dikunci selepas kami masuk utk menjaga keselamatan dan juga dr dimasuki anjing liar dan akan dibuka seawal 5.30pg.  Kami akur dan bersyukur.

Sementara Azli makan bertemankan daus, aku dgn pogie ke masjid terlebih dahulu.  Sebelum tu pogie g cari kudap2 dan selipar utk aku di speedmart.  Sesampai di masjid, AJK masjid sedang menunggu kami.  Dikala jam 10 lebih tu pun hujan masih juga lebat.  Kami dibenarkan utk tido diperkarangan masjid yg berkarpet.  Itu sudah sgt2 memadai.  

Utk pengalaman perjalanan hari ini, mcm2 yg kami hadapi, dpd tiada komuter utk ke KKB menyebabkan kami berkayuh dr KL sehingga destinasi, hujan dikebayakan tempat, tayar pancit dan masalah teknikal basikal tak byk kali.  hahahaha seronok tau dgn ujian cabaran dan pengalaman yg Allah berikan.

Untuk perjalanan hari esok... kita serahkan sahaja kepada keadaan.  Semoga Allah tunjukkan yg terbaik utk perjalanan musafir kami.. Inshaa Allah... ameen...




Rabu, Januari 05, 2022

Pengakhiran 2021 dan Sambutan 2022

Assalamualaikum wbt.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2022

Akhir tahun 2021 sangat lah mencabar bagi Malaysia secara amnya dan khususnya penduduk di bbrp  negeri di Semenanjung yang mengalami bencana banjir, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor, dan pada ketika ini masih lagi hujan dI bbrp kawasan dan Kelantan dan Terengganu dah pun dinaiki air sejak seminggu lepas.  

Mengejutkan bila kawasan yang tidak pernah dan dah lama tak banjir kali ini dinaiki air hingga ke paras bahaya, sangat ramai kawan2 kami yg terjejas dan mengalami kerugian besar dlm bencara banjir.  Air masuk rumah setinggi siling bumbung, separas dada dan setinggi pintu rumah.  Antara kawasan yang teruk dinaiki air ialah Hulu Langat, Shah Alam - Tmn Seri Muda, Seksyen 25 Shah Alam, Rantau Panjang, Klang, Linggi, Rantau, Temerloh, Mentakab, Bentong, dan byk tempat lagi.  Maka fahamlah kita perasaan sahabat2 kita di pantai timur apabila mereka lebih perit mengalami banjir setiap tahun dan ada dikalangan tahun2 tu lebih buruk dialami dpd banjir biasa.

Di waktu ini, kita dpt lihat seluruh rakyat malaysia berganding tangan memberi bantuan tak kira dpd utara, selatan, pantai timur turut turun memberikan bantuan dlm pelbagai bentuk.  Membawa jentera2 dan juga peralatan bersesuaian utk membersihkan kawasan2 yg dilanda banjir hebat.  

Pejabat aku pun tak ketinggalan menubuhkan pasukan sukarelawan utk membantu kakitangan MyIPO khasnya dalam misi bantuan banjir.  Hujan lebat tanpa henti selama 24 sudah cukup menggerunkan utk mereka yg baru trauma mengalami bencana ni.  Bersedia untuk gelombang kedua yg diramal, mereka nampak lebih bersedia lebih2 apabila mendapat bantuan serta sokongan dpd pelbagai pihak.

Awalan Tahun 2022 tiada sambutan Tahun Baru diadakan bg menghormati dan menumpukan lebih kepada langkah berjaga2 dan bersedia dlm menghadapi bencana alam.  Solat hajat, bacaan tahlil dan yaasin menjadi pengganti.  

Bagi aku, sama ada tahun berubah atau tidak, ia tetap serupa jika kita tiada azam atau cita2 memperbaiki diri menjadi lebih baik pada hari2 mendatang.  Bumi sudah tua... apa bekalan kita di sana...?  


Sabtu, September 25, 2021

Berpiknik di Sg Kedondong dan Tragedi Hadid Eksiden

Assalamualaikum wbt.

Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah beralih ke Fasa 2 bermula 10 September 2021.  Ini bermakna, kelonggaran diberikan kepada aktiviti2 sukan dan sosial.  Haha, tu dulu aku sebut.  Actually aku bukannya beria nak ke mana2 pun, lebih2 lagi sebelum wabak covid ni pun, cuti aku tak byk luak sebab tak tau dah nak bawa budak2 pergi mana selain balik kg johor dan perak dan kalau bawa anak2 berjalan pun tak kerap seperti dulu.  

Jadinya, seperti biasa aku buat plan last minit.  Hari Khamis tu aku bercuti, ikutkan aku kena bawa Acot (Anak kucing) ke klinik, tp Acot tak panjang usia, telah mati sehari seblm aku bawa ke klinik.  Sedih... ๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž

Aku cadang bawa budak2 ni pergi mandi sungai.  Maka bersiap lah kami seadanya.  Memandangkan kami tidak bermalam, makan kami bawa brg ala kadar spt dapur kecik, maggie, sardin, beras sikit dan juga jajan selain baju. bawa juga flysheet, dan ground sheet.  

Hadid tak kerja, tp bila aku ajak dia takmoh pergi, letih katanya.  Setelah semua bersiap, kami gerak ke arah ulu yam gombak.  Masa tu jam dah kat tgh hari.  Bila plan last minit dan skrg musim camping pula, maka agak payah kami nak dpt tempat.  Igtkan nak pergi Hutan Lipur Sg Tua Ulu Yam, tp tutup pula dalam musim covid ni.  Dua tiga tempat kami bertanya, ada yg kosong tp mcm tak best pula.  Last2 kami ke arah batang kali.  Aku google dan ber FB mencari tpt mandi sungai.  Last2 aku jumpa Hutan Lipur Sg Kedondong Batang Kali.. tempat ni aku tak pernah pergi.  Maka kami pun ke sana.  

Bila sampai aku tgk byk juga kereta, aku tak nampak sg nya kat mana.  Pogie kata kita gamble je la lepak sini.  Aku ckp, kita cari tpt dulu, lepas tu baru angkat barang selebihnya.  Kat luar je dah nampak sampah2 tp tak la bersepah, cuma biasa la, kalau jenis buka utk public ni, ko dah blh agak dah kebersihannya mcm mana.. sadiskan... 

Masa tiba situ jam dah masuk zohor.  Kami mencari port yg sesuai, utk ke sungai kena turun sikit tebing.  Tp pada aku ok lagi.  Tempat yg kami pilih adalah kawasan agak lapang sikit, spt bekas baru di tinggalkan.  Cuma aku tak gemar, ada bau sampah2 dan bekas buang sampah.  Ada lalat tp tak byk, cuma tu laaa.. x bestnya.  Tp pogie kata buka je la kat situ.. maka kami semua redha.  Di sekitar kawasan, ada 3 - 4 khemah.  dan tak jauh dr kami ada nampak wakaf tapi dah ada org, nampak mcm bermalam sebab dia pasang kanvas keliling wakaf.

Kami pun angkat barang selebihnya dan setup flysheet & groundsheet.  Lepas siap kemas barang2 bawah fly, aku siap2 utk memasak.  Si ariq kan rajin masak, dia la yg byk bantu aku uruskan hal2 dapur masak ni. afi firas dah mandi, ayahnya dah siap buat pancing.  kami duduk lepak je kat bawah fly memerhati org2 lain sekeliling kami.  Tp sebabkan kami sampai lewat, ramai je yg dah siap berkemas utk balik.  Hadid pula WA aku bgtau nak keluar ke Mines.. ish tadi kata letih.. tp dak lelaki kan.. mana nak ikut jalan sgt .. aku faham benar...

Tiba2 hujan turun, bergegas semua naik ke tanah.  Hujan tak lebat, tp blh basah juga la, fly kami pun ada yg bocor akibat lama sgt tak pakai dah ada tpt yg dah berlubang2.  Masa ni ramai yg kemas2 khemah dan barang dah bersiap utk balik.  Di akhirnya tinggal kami dan wakaf saja.  Macam aman je rasanya bila tak de pengunjung lain.  hahahahahaha....

Hampir nak ke pkl 4, aku bersiap2 brg2 utk mengemas.  Si Ariq baru nak mandi berendam dgn si afi.  Ayah nya dah berkemas2 juga.  Masa tu aku terima call dpd panggilan luar, dlm hati masa tu terpk, xde pula aku order barang apa2 setakat ni.. So aku angkat call tu.. rupanya Hadid, katanya dia accident di BESRAYA, balik dr Mines sebab hujan.  Dia pakai hp org yg tolong dia.  Aku tanya dia, dia ok ke tak? Katanya seluar di lutut koyak dan luka besar, tangan nya pun luka.  Motor tersasar jauh.  Ada  3 org yg berhenti tolong dia.  Dia kata akan ke klinik.  Motor ok blh dihidupkan.  Aku ckp aku otw balik.  Tp aku tak panik sebab dia call sendiri dan kondisinya hanya luka2 saja.  Aku dpt agak dia tergelincir sebab bawa agak laju walau pun dia kata dia bawa perlahan.  

Kami dah otw balik, dan ada kawasan tak dpt line.  Geram gak aku.  Tak lama hadid call bgtau, dia dah dpt rawatan, dan kena bayar RM90, pada dia ada RM50 saja.  Aku lupa pula suruh dia pakai insurans ibunya.  Aku kata kejap lg aku transfer duit.  Malangnya line tak elok.  Sampai pekan Batang Kali baru ada line.  Aku try call no hp org yg bersama hadid.. nak call hadid mmg tak dpt dah, hp nya pecah.  Tp tak berangkat, aku minta Allah tgkkn hadid utk aku.  Semoga hadid dpt balik rumah dengan selamatnya.

Kami sampai rumah waktu dah nak maghrib.  Buka2 pintu tgk hadid tgh bersandar duduk di kerusi.  Seluar koyak teruk di bahagian lutut.. tgn luka dan selainnya calar2.  Katanya badannya sakit.  Dia balik rumah amik duit dan ke klinik semula utk bayar rawatan.  Nasib baik motor pun ok.  Nampaknya hadid kena rehat lama.  Badannya sakit2.  Kapas penuh dgn darah, dan kena tukar.  

Apapun aku ucap syukur kepada Allah Taala kerana lukanya yg tak berapa teruk. Aku tau, budak2 ni akan mengalami juga pengalaman spt ini sama mcm aku dulu.  Nakal budak2 ni kan... hahahahaha 

Tiap kali keluar rumah, sama2 kita baca ayat kursi dan berdoa supaya Allah lindungi kita di luar rumah dan anak2 di rumah/di sekolah daripada perkara2 yg merbahaya dan malapetaka..mudah2an... 

#gambar tak de.. huhu.. dah ter delete...

Isnin, Jun 28, 2021

Berkerja Sewaktu PKP / LOCKDOWN

 Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas aku masuk opis start hari rabu sampai jumaat.  Tu pun aku yg minta bos masuk opis untuk uruskan dokumen dan surat.  Kebetulan bos pun masuk opis juga utk hari2 tu.  Actually bos boleh je arahkan aku utk masuk memandangkan aku S/U dia tp tak pula dia minta.  So, bila aku minta kebenaran utk ke pejabat laju je dia jawab OK.  HR pun keluarkan surat untuk aku.  Bila dapat surat tu, aku kena ke  Balai Polis untuk isi borang kebenaran.  HR aku yg minta buat, maka aku pun pergi. 

Bila aku kat balai, polis tu tanya aku kerja mana? Aku pun sebut Bangsar.. pelik dia tgk aku.. hahahaha.. beria benor dtg balai minta surat kebenaran, ko keje bangsar je kot kan.. tak 10km dpd umah kot kot.. pegawai tu ckp tak perlu.  Pergi je keje.. surat pun dah ada kan.. aku pun tunjuk emel HR bagi kata soh g balai utk dptkan kebenaran.. behtu pegawai tu tunjuk aku SOP kebenaran tu kat pintu cermin balai.. menjawab lak aku kata tu PKPB.. hahahaha.. pegawai tu kata x payah ... pergi je... ok laaaaaa .. maka senang sikit ati aku tak perlu ke balai next time kalau nak ke pejabat.  Setengah daerah apply benda ni.. tp xpe, kita dah buat apa yg disuruh.


Untuk hari ni, aku ke pejabat dgn rasa agak berat dan malas.. almaklum 'kawan baik' datang.  Makanya sampai opis kat pkl 8.50pg.  Tgk bos ada kat meja dah buka laptop.  Aku bermalas-malasan buka laptop, pc, charge laptop, check emel, chek jadual kemaskini jadual, tgk apa yg pending.. malas lak nak jumpa bos pg ni.. kejap2 lg lah.. dgr mcm dia berckp kat tepon tadi... 

Tak lama tu bos kuar blk dan sapa aku, aida sihat? aku sengeh lebar, alhamdulillah sihat... behtu dia g toilet..

balik dr toilet aku follow dia masuk blk dan update apa perlu... behtu aku kuar.. x lama datang si faizul, IT Technician standby utk mtg online pkl 11.  Alhamdulillah bos dah online.  Aku dok belek2 laptop, faizul pun dah balik ke tempat dia. 

Tak lama tu, handphone aku berbunyi, sedang aku tgh berWA dgn fiza hal2 keje dan covid ni.  aku tgk bos aku call.. eh, nape dia call? dia tau kot aku kat luar ni.. aku pun angkat tepon sambil jalan nak masuk blk dia.  Aku nampak dia pusingkan kerusi membelakangkan aku bila aku dah kat pintu blk dia.. eh, nape lak ni?  Aku ckp juga kat tepon bila aku rasa dia tgh mtg dan maybe tak nak aku ckp kuat.. hahahahah

"aida, aida balik skrg lah.. " 

Eh, nape pula? balik?

"a ah, anak saya positif pula... tp tak bergejala.." 

oh ok... xpe, en zul mcm mana? balik ke? 

"saya abis mtg nanti ... " 

ok...

aku terus kemas barang2 sambil WA laki soh amik.  


Aduh kesian bos.  Sebab ni dah kali ke berapa dia kategori C.  Aku rasa kali ke 4 kot.  Baru ni kena juga.. dan ni kena lagi.  harap tak de apa2 yg lebih mudarat...  Kiranya En zul kena swab la kot... dia kategori B, aku kategori C... 

mari lah kita berjaga2.... serangan covid ni dah jadi halimunan, tak tau dia di mana dan dari mana.. kalau x penting x yah la keluar..

Mcm aku kat opis cuma berdua je di aras 17 tu.  Rasanya staff maybe ada kurang 10 org dlm organisasi MyIPO tu..  HR begitu ketat memberi arahan dan peringatan utk kehadiran ke pejabat.   Begitulah kita cuba utk sama-sama membendung dari penularan wabak berbahaya ni.

Aku doakan bos aku dan anak dia baik2 belaka... Ameen..

Selasa, Jun 08, 2021

PKP 3.0 / LOCKDOWN

Assalamualaikum wbt.

1 Jun 2021

1st day total lockdown 3.0 utk Malaysia tahun 2021.  
Peningkatan kes mendadak dan menjadi sejarah bila kes positif melonjak ke 9 ribu lebih dalam satu hari.  Sangat menyeramkan.  Aku time PKP 3.0 ni pun aku masuk office.  Kerja aku sebaiknya berada di office.  Tapi perlahan2 kami adapt utk bekerja secara online, maksudnya doc bagi kelulusan, semakan di hantar melalui emel.  Emel lah penghubung kami.  

Sejak pkp 3.0 ni, pejabat kerajaan, agensi dan sektor swasta membenarkan kehadiran ke pejabat hanya pada 20% atau kurang dpd itu.  Maksudnya kalau tpt kerja aku ada 400 org maka hanya 80 org atau kurang.  Bahagian operasi kami tidak ada masalah utk bekerja di rumah.  Mereka menggunakan sistem dan as long as sistem support, inshaa Allah tak de masalah.  Bos aku jenis masuk office hari2 maka aku pun masuk office juga.  dan akhirnya kerajaan mengumumkan total lockdown di Malaysia.  

Actually, mcm kebanyakan office sudah dapat menyelesaikan isu dan tidak menghadapi masalah dgn bekerja di rumah, maksud aku dari segi membuat kerja office di rumah.  Emel boleh access melalui hp atau laptop atau pc, selagi ada data / internet.  lebih2 lagi dah setahun kita menghadapi pendemik covid ni yg memaksa kita utk sentiasa waspada dan bersedia utk melaksanakan kerja di rumah. Cuma ada sektor yg memang tak boleh melaksanakan kerja di rumah spt bahagian kewangan yg memerlukan kehadiran ke pejabat bagi memproses akaun dan mcm2 lagi.  Sektor industri misalnya semamangnya memerlukan tenaga kerja utk melaksanakan operasi di kilang, mereka di beri kelonggaran dgn kehadiran kalau tak silap aku 40 ke 60 %.. 

Cabaran bekerja dari rumah? hahahaa.. masa awal PKP dulu, iaitu bila ada jadual bertugas wfo / wfh, pening juga kepala bila bersaing dgn anak2 yg PDPR... nak2 bila ada kekurangan gadget di rumah.  Whatsapp berdesup2 masuk belum lg dlm telegram.. bersaing pula dgn WA kerja.  Last2 semua anak2 beroleh handphone masing.. kat rumah ni ada 3 laptop, laptop aku, ariq dan firas. Afi je takde, kena bergilir dgn abg nya kalau nak guna, tp aku dah sedia kan hp utk setiap seorg.  Jadi afi pun boleh mengadap handphonenya bila ada kelas maya.  Alhamdulillah semuanya lancar.  Cuma kena pantau mereka2 ni sebab takut lain pula yg dibuka atau leka dan tak siap kerja sekolah.  

Aku rasa kita berharap sgt agar pendemik covid ni berakhir tak lama lagi.  Harapan tu bergantung juga pada kerjasama rakyat malaysia keseluruhannya utk memutuskan rantaian covid.  Aku juga sedang menanti Q untuk menerima vaksin.  Alhamdulillah diketika ini abah dah selesai dgn dos kedua dan mak sedang menunggu dose ke 2 nya dua minggu lagi.  Semoga Allah permudahkan urusan kesayangan kita semua.



Jumaat, Mei 21, 2021

BASIKAL LIPAT / FOLDING BIKE

Assalamualaikum wbt...

Selamat menjadi cikgu kat rumah, better than menjadi mak lampir.. hahahaha... aku first day diorg sekolah nasib baik la aku WFH... tp WFH mcm nak jadi werewolf kat rumah... naik migrain, naik angin .. bukan naik angin hangin kan budak2.. tp mcm frust sebab tak dpt nak cater sebaiknya utk diorg waktu tu.. Whatsapp berdesup2 masuk dlm hp IBUnya... yg ariq dah ok dah ada laptop n hp.. si afi dgn firas xde hp, ada satu laptop, kelas serentak berdua mau tak pening.. eh, aku xnak citer la pasal PDPR ni.. cuma skrg ni alhamdulillah semua berjalan lancar inshaa Allah...

Ok, tajuk aku tu pasal basikal lipat/folding bike... 

Satu dua tiga minggu ni aku asyik scroll pasal folding bike.. teringin nak beli satu.. lama dah dulu sebelum abg bob beli brompton, masa tu aku dah kenen dah few FB yg berkenan mcm brompton itself, tyrell, tern.. antara yg aku suka.. tp kan harga nya harga bangsawan.. xde la aku nak beli beskal harga gitu, sebab rasanya aku akan beli emas la kot.. hahahahha

Pogie ada folding bike yg actually duit tu duit hadiah hari jadi aku bg kat dia dan rezeki dia dapat beli folding bike dahon california classic yg skrg ni kebanyakan harga dlm RM3k, dan blh cecah lebih mahal lagi kalau makeup dan originalnya masih cantik... dia simpan FB dia tu bawah tangga.. katanya FB tu berat... lebih kot 13kg..

so, aku dan pogie pun sibuk riki FB.. bajet aku ciput je.. bawah 1K... Bila google, carousell dan marketplace aku terberkenan kat satu folding bike ni.  Rare sket kat malaysia... sebab polygon urbano 3 DLT ni adalah folding bike tahun 2018 ke..? aku pun tak sure.. cari kat Malaysia mcm takde... banyak nya di Indonesia.  Alhamdulillah aku dpt basikal ni dgn harga RM500.  Puas hati juga la... speed 7 sahaja, tp blh upgrade pelan2 nanti.  So far aku ride sekitar Desa Petaling dan Kampung Malaysia.  Tak berani nak bawa keluar sebab kebanyakan jalan di sini naik bukit, turun bukit aku tak kesah.. sapa2 pun tak kesah kan kalau turun bukit. hahahahah...

anyway, nanti kalau dah upgrade blh la share dgn uols... 




Rabu, April 07, 2021

 Denggi Lagi?

Assalamualaikum wbt.

Hari ni hari ke 3 aku on medical leave setelah keluar dari Hospital Colombia Asia Setapak disebabkan denggi.  Ini kali kedua aku kena demam denggi sejak tahun 2008, yang waktu tu aku dalam pantang bersalinkan firas.  

Actually kali ni demam aku tak tinggi.  Yang aku rasa ialah aku tak rasa sedap badan, sakit2 badan dan sakit belakang bila tido.  Demam hari sabtu seminggu sebelum warded, tak tinggi, 37.6 lebih kurang mcm tu je.  Masa doc check aku hari sabtu malam tu, dia bagi drip terus memandangkan bibir aku yg kering dan doc ckp aku dehidrated.  Masuk air satu bag dlm setgh jam.. doc sarankan aku check darah hari isnin nanti memandangkan klinik tu tutup hari ahad atau aku blh je pergi ke klinik lain utk check darah.

Bila balik rumah dari klinik tu, badan aku rasa segar sikit.  Esoknya pun badan rasa lebih segar.   Hari Isnin aku pergi check darah kat klinik memandangkan aku tak boleh tido lena dan badan kejap panas dan seram sejuk.  Bila check darah, platelet masa tu 121 dan doc minta aku refer terus ke hospital.  Untuk ambil keputusan masuk ke hospital, aku berkira2 juga.. hospital mana ye nak pergi.... than klinik keluar surat kpd hospital kerajaan dan juga hospital pantai.  Hospital pantai antara yang dekat juga la dengan rumah.. boleh laaa... 

Than hari selasa tu, ptg tu aku ke hospital pantai, cheras.  Aku tahu utk masuk spital kena buat swab test, dan swab test ni tak cover under insurans. Jadi aku kena bayar dalam lebih kurang 200 - 350 swab test tu yg mana aku tak berapa kisah sangat.  Tp bila doc ckp, semenatara tunggu keputusan swab test tu keluar, aku kena bayar PPE yg dipakai SN yg merawat aku sepanjang aku dlm bilik kuarantin maksimum pemakaian adalah 8 helai dgn harga RM1k.... ko rasa????? let say keputusan dapat esok harinya, maka aku kena tambah duit utk bayar PPE.  Tp doc ckp selalunya sehari dah dpt result... jadinya belum apa2 lagi aku dah kena bayar RM1k ++.. huhu... tu kena bayar sendiri ye, insurans tak cover... 

jadi nya aku masuk kat blk sementara tu utk check darah.. dalam 3 jam juga la aku kat blk tu... dan bila platelet keluar, aku nya bacaan adalah 89... doc kata masih ok lagi.  But then aku decide aku tak nak admitted.. aku balik... dan doc bagi aku surat klinik utk aku check darah tiap hari.  Untuk hari tu aku kena bayar RM669... for me ok la... Doc spital pantai kasi aku mc sehingga hari jumaat. 

Esok harinya keadaan aku masih tak ok, so gi klinik utk amik darah.. pogie dpt result darah dan doc klinik minta aku refer juga ke hospital.... maka utk kali ni aku decide utk masuk hospital colombia asia.. keadaan aku masa ni mmg tak larat, tak leh nak berjalan sgt dah... 

Sampai emergency, aku dimasukkan drip, demam sikit, dan buat swab test.  Visitor mmg tak leh masuk spital waktu pandemic covid ni, so pogie jumpa aku kejap je utk pass bag dan lebur.  All by my own.. swab test aku negetif dan aku blh dah masuk wad.

Wad seorang.. masuk drip... 24 jam dalam 2 ke 3 bag je.  Tak mcm sebelum ni sehari mau kat 5 botol air.  Selama 5 hari dalam wad, presentation makanan di wad mcm sedap, tp langsung tak blh masuk tekak.  Berat badan jatuh 5kg.  Dalam satu hari, 2 kali ambil darah kalau tak silap dan 3 ke 4 kali ambil suhu dan tekanan darah.  Dan kalau sewaktu aku aktif minum air, setiap 15 min mesti nak ke tandas.  

Pernah sekali dua aku hampir pitam dalam bilik air.  SN bgtau maybe sebab demam dan dia buka semula aircond yg aku tutup.. hahahaha... sejuk beb... aku tutup la aircond, lepas tu berpeluh ... hihi

Aku harap sgt aku boleh keluar pada hari Ahad, memandangkan hari isnin Hadid dah kena register kat kolej.  Tambahan pula budak2 dah start sekolah.  Sedaya upaya aku minum air 250ml setiap 15 minit dan berusaha menghabis kan seliter air dalam sejam.  Alhamdulillah platelet naik sikit demi sikit.  

Hari Ahad doc dtg check tgh hari dan memberikan berita gembira  - aku boleh balik dan kena dtg utk follow up check up ada Sabtu minggu depan nya.  Aku dpt MC seminggu menjadikan MC aku selama aku sakit ni adalah 14 hari.  

Serius aku ckp, bila ko keluar hospital, lepas denggi, ko akan rasa blur.  Badan letih, kepala melayang, melayang tu maksud aku ko tak leh fokus pada kerja atau benda yg ko nak buat.  It takes time to heal.  

Aku kena konsisten minum air lebih lepas ni supaya platelet aku naik sebaiknya.

Alhamdulillah aku sihat setelah 3 minggu keluar dari wad.  Terima kasih Allah atas pengalaman ini.  Terima kasih kerana memberikan kesembuhan.  Semoga aku menjadi insan lebih baik dari sebelum ini.

Sila jamu mata dengan menu2 semasa warded ritu. :) 















Sabtu, Januari 16, 2021

Kayuhan Touring Jadi Kayuhan Barai

Assalamualaikum wbt.

Aku nak cerita kisah aku, pogie(hb) dan daus (officemate) g touring pada 30 Disember 2020 (Rabu).  Touring dengan basikal.

Benda pun last minute plan, kononnya nak pergi bermalam, pergi hari Khamis dan balik hari Jumaat, tp daus ajak pergi hari Rabu pula sebab kemungkinan dia nak ke pangkor dgn sepupunya, farid hari khamis or jumaat, maka kami pun pinda tarikh.  Gerak hari Rabu pagi...

Pogie pula x konfem sama ada balik hari atau tido sana (or actually xde tpt spesifik pun nak bermalam kat mana), tp aku dah siap packing baju utk satu malam lagi, kot2 la terlajak. Pogie pun bawa baju juga.  Bawa pun benda basic je, tak de khemah, fly ke, sleeping bag ke, tak de.. so, meh ikut cite apa jadi... hahahaha...   Daus mcm biasa, dia bawa beskal touring dia, aku bawa trek 'Ayang' dan pogie bawa RB Colnago.  Dia sandang bag dia mcm biasa... eh, tak sakit bahu ke? tak berat ke? eh, dia kata dia ok je... Baik lah...

30/12/2020 - 5.30pg

Aku pogie baru keluar rumah, kita plan solat subuh kat Masjid KKB.  Aku roger daus, ntah dah bangun ke belum aku pun tak sure.. ntah dia jadi ikut ke idak, aku pun tak sure.. sebab beskal dia problem gak tu.  Tak lama lepas aku WA, dia respons, bgtau dia pun baru keluar rumah.  Cantek.... 

Sampai Masjid KKB pkl 6.40, tunaikan yg Wajib... dan kami parking kereta di area kedai2 di Pos Malaysia.  Kedai mamak yg selalu kami breakfast pagi tu, tak buka pula.  Pogie pula dah siap2 makan roti dan kaya kat rumah.  Aku g masuk kedai runcit, beli roti jagung 2 ketul & snickers satu bar... boleh la buat alas perut.  Air aku ada bawa 2 botol.  Sekitar area kami parking tu tiba2 dtg kete2 besar, dalam 6 - 7 buah kot, parking bersebelahan, owh, diorg pun nak ride juga... beskal pun bukan kaleng2... 

Aku jenguk lagi kedai mamak yg biasa kami breakfast sebelum kami mengayuh, tak buka juga... pogie pula tak bising nak makan, almaklumlah dia dah makan roti kat rumah buat alas perut.  Selalunya dia tak leh x makan.. aku blh tahan lagi.  

7.30pg 

Bila semua dah siap, kami pun mula kan kayuhan dari Pekan KKB ke Bukit Fraser/Raub/Kuala Lipis.  Kalau sebelum ni, kami start kayuh dari Sg. Chilling, lebih kurang 10 KM kot dr Pekan KKB, sana senang sket, kawasan parking besar dan selesa.  Jadinya ni first time aku, pogie dan daus start dari KKB.  Mindset dah mmg nak kayuh santai2 je, lg pun aku dah lama tak berkayuh.  Lebih kurang sebln lebih kot... xde mood nak ngayuh.  Jadi tak nak push sgt kali ni.  Tgkkan basikal daus, mcm berat je beban dia.  

Yang bestnya kayuh pada hari tu, hari Rabu, jalan lengang, xde sgt org berkayuhan dan kereta pun sepi, blh kira la brp kereta yg lalu lalang jalan tu.  Basikal pun selain dpd kami dah group yg tadi, ada juga yg lain, tp blh kira lah... aku suka suasana mcm ni.  Sebab member ckp, kalau hujung minggu mmg ramai yg kayuh naik ke Bukit Fraser dan jalan jadi sibuk.  

Kami mmg berkayuhan santai, berhenti di Empangan dan ambil gambar, berhenti dia jambatan dan ambil gambar, berhenti di tepi jalan dan ambil gambar sungai, berhenti utk minum dan berhenti utk melepas lelah... Adoi, rasa berat kaki kali ni... 

Jenuh juga nak sampai Air Terjun Sg Semangkuk, yg lebih kurang 10KM dpd Sungai Chilling.  

Kayuh punya kayuh maka sampai juga lah kat air terjun.  Lepas lama juga.  Tunggu Daus, kami akan gerak sama.  Kalau di tengah2 jalan tadi, kami akan tunggu satu sama lain.  Xmoh tinggal jauh sangat... takut apa2 jadi susah nanti.  Jalan situ ada waktu tak de line.

Kat Air terjun tu, aku keluarkan roti, sebiji roti aku dah bagi daus tadi.  So, aku kongsi roti dengan pogie.  Ada snickers, gigit sket snickers, aku rasa mcm tak ckp je bahan makan kali ni.  Tapi tak pe.. kot la kat persimpangan GAP nanti ada jualan jajan ke kan... 

Dah lebih setengah jam kami berehat, kami teruskan kayuhan... huhu.. beratnya nak ngayuh.. tapi aku masih steady lagi... cumanya sgt berbeza kekuatan kaki dan stamina kali ni.  teruk betul... 

Daus kata kaki nya dah terasa nak cramp, tangkap peha.. aku pula, macam x ckp tenaga nak ngayuh... tp suasana yg nyaman, sejuk dgn pokok2, cuaca yg baik, buat aku lelan melayan kayuhan.  Pogie kerap kali di belakang menenam daus, kadang bersaing dgn aku.  

Dan akhirnya, kami sampai di simpang GAP, iaitu simpang naik ke Bukit Fraser (8KM) dan jalan terus utk ke Raub/Kuala Lipis.  Semangat betul bila dah sampai... hehehehe...

Aku sampai dulu, behtu pogie, behtu kita tunggu daus... Alhamdulillah. 

Masa aku sampai tu, ada 4 sekawan basikal, kami ada selisih semasa mengayuh tadi, yg rider bukan kaleng2 rasanya dah selamat naik ke Bukit Fraser.  

Di sini lah kami mula merancang, nak ke raub, atau lipis.  Brader dr group tu tanya kami mahu ke mana  memandangkan kami bawa bag bagai, bila dah terangkan maybe kami akan teruskan perjalanan ke Raub/Kuala Lipis, brader tu bgtau jalan ke raub tutup sebab tanah runtuh.  Behtu baru kami perasan ada signboard ada diletakkan di jalan hala ke Raub menyatakan jalan tersebut tidak boleh dilalui.  Sedang diselenggara.  

Ada no. telefon di situ JKR di situ, aku terus telefon untuk memastikan bahawa jalan tersebut betul tidak boleh dilalui.  Jawapannya agak mengecewakan.  Ye, jalan tersebut tidak boleh dilalui dan tidak dibuka utk umum.

Maknanya, kami terpaksa mengayuh naik Bukit Fraser yg 8 KM tu.  Aku dah terbayangkan akan kepayahan kayuhan tu nanti.  Sumber tenaga dah habis.  Air ada lagi sebotol tu pun x penuh.  Takkan nak patah balik kan? baru pkl 11... ish.. xblh jadi ni.  Jadi pogie decide kita naik je lah ke atas.

Aduhh.. inilah kayuhan paling haru.  Ikutkan ini kali ke 10 aku naik Bukit Fraser dengan basikal.  Patutnya, apa ada hal kan... hahahaha.. tapi kali ni aku mmg kalah teruk.  Boleh kata setiap 300m aku mengayuh, aku akan berhenti. 

Betul la kata daus, mau naik atas yg 8KM ni amik masa 2 jam... sebelum ni rekod aku naik 45 minit dgn 2 atau 3 kali benti.  Mula2 mcm tak nak percaya 2 jam.. tapi tu lah.. itulah kenyataannya...

Kesilapan besar kami adalah, sumber tenaga tidak mencukupi, selain dari stamina yg ke laut, dan mental yg lemau, ikutkan tak nak panjat pun bukit fraser ni, tp plan kena berubah, keadaan tidak mengizinkan.  

maka berkayuh lah kami dgn kepayahan nyata.  meh aku citer, bila aku kayuh 300 meter... aku benti, sebab penat, kaki mudah lenguh.  badan xlarat,  perut minta diisi, usus dah berselisih... mmg xde tenaga. eh, aku dgn daus, pogie ok lagi.  dia yg sabar menanti kami.  Pujuk kami soh kayuh pelan2, katanya kat atas ada makanan sedap2, minat je la apa saja, mesti dapat..  tapi aku bukan tak nak teruskan kayuhan dgn gagah dah gigih, tp aku mmg abis tenaga dah.. himalaya salt tu abis berapa biji aku makan.  

kadang benti tu aku siap baring lagi tepi jalan.  Mengharapkan kereta yg lalu offer makan utk kami.. haaa kau, sampai mcm tu sekali.  ada waktu aku bgtau daus ada terbau roti bakar... dan ada waktu masa aku duduk tepi jalan di atas rumput, aku nak je makan rumput2 tu.. ada jumpa bery, tp daus tegah dari makan sebab katanya beruk pun x makan, ko nak makan. .kang racun kang... ko rasa????

teruk kan... teruk benar... hahahahahaha.. sengal laaa.. ikutkan aku, nak je tido jap tepi jalan tu, tp xblh pula, sebab pogie ada... hahahahahha.. nak baring situ takut terlelap behtu tak bangun2.. hahahahaa.. adoyai.. mmg cari pasal betul la...

Dan bila dah 2KM lg nak sampai, jalan agak landai, aku pacu terus ke garisan penamat.  Maka betul la kata daus, kita amik masa 2 jam dari GAP utk sampai ke Pekan Bukit Fraser.... dahsyat yakmat...

Pogie meneman daus di belakang.  Agak jauh ketinggalan juga tu.  Daus dah tak larat.. BONK... 

1.45ptg

sesampai aku melepasi pintu gerbang Bukit Fraser, aku terus nak menuju ke kedai runcit uncle iaitu kedai runcit paling hampir dgn gerbang Bukit Fraser, tp sgt mengecewakan bila kedai uncle tak buka..  depan sikit ada pakcik meniaga, bila tiba dekat, rupanya pakcik jual minyak gas.  Aduh.. aku kayuh sampai ke menara jam.. mengharap kan gerai2 kecil dibuka di tepi padang golf, pun hampa juga sebab x satu kedai pun buka pada hari tu.  Ada satu kedai di sederet Pejabat Pos, dari jauh mengharapkan ada jual air, atau roti atau biskut dan aiskrim, tp tetap hampa kerana kedai tu adalah kedai cenderahati.... aku patah balik ke menara jam.  Aku parking beskal kat situ menunggu pogie dan daus.  Melilau disekitar hanya ada restoran yg dipenuhi ramai org,  Hotel Puncak Inn pun kelihatan penuh, tp pengunjung tak kelihatan ramai.  Selesa aku dgn keadaan macam ni, tidak bersesak dan tak ramai... 

Tak lama kelihatan pogie mengayuh ke arah aku, aku tanyakan mana daus, katanya daus BONK... tak larat dah, tp dah sampai kat gerbang.. lega aku, tak lama daus muncul.  Aku bgtau pogie, kita makan je lah kat restoran stoberi yg di depan menara jam tu, pogie n daus pun ok.  Kami dah lapar sgt, tak larat dah nak ngayuh ke atas lagi.  

Segera dptkan tempat duduk dan terus order makan.  Aku pandang sekeliling, ramai juga orang.. tp yg buat aku kecewa, semua sedang menunggu makanan yg dipesan.. tadi aku minta pogie tanya kan kot ada kudap2 yg boleh buat alas perut kami, xde, dan kali ni aku minta pogie tanyakan sama ada order kami akan amik masa lama atau mcm mana.. benarrrrr, order kami jadi lambat dan ambil masa sebab yg lain lebih awal masih belum dpt makan lagi.  Kami decide utk cancel order dan gigih menolak basikal ke kedai foodcourt di bahagian atas bukit.  Kaki aku dah longlai, daus pun menyusur sama.  Nak tak nak, kami kena gagah kan diri demi sesuap nasi... cewaaaaah.... hahahaha

Actually kat atas ni ada Restoran mak ayah kawan abg aku, Lin namanya.  Dia yg bgtau aku utk naik Bukit Fraser pada hari biasa, dan dia maklumkan dia ada di sana pada 30 dan 31.  Bukan aku xnak ke kedai dia pada awalnya, tp sebab mmg dah tak larat nak mengayuh dan kelaparan yg buat kami amik keputusan makan kat bawah saja.  Tp nampaknya, rezeki kami di atas sana.  makan di restoran lin juga akhirnya.  

Lauk dah tak byk, tapi aku sgt bersyukur sebab actually ada je lauk lagi cuma kuantitinya tak byk.  Abis penuh lin senduk nasi utk aku, apa lagi, semuanya membuka selera.  Order air sampai dua, termasuk daus.  Tiba2 pogie bawa dua piring goreng pisang dan goreng keledek.  Panas pulak tu.. ya Allah, sedapnya... makan nasi makan pisang goreng... eh.. ko ni.. pelahap sungguh... 

Alhamdulillah, syukur dgn nikmat Allah yg tak terhingga hingga kita kalah pada nafsu sendiri.  Sementara di kedai Lin, pogie sibuk tanyakan kot ada hostel, atau rumah penginapan murah di atas... lin gelak besar dgr pertanyaan pogie, dia tau kami barai naik tadi.  2 jam naik dari GAP ke Bukit Fraser sesuatu yg luar biasa... hahahahahaha

lin kata Puncak Inn ada promo RM45 semalam kalau tak silap.  Tapi for sure hotel tu penuh dan mmg padan lah hotel tu penuh, sebab pengunjung amik kesempatan merebut harga bilik murah.  Last day nye esok 31 Disember 2020.  

Kami amik keputusan utk merehatkan diri di wakaf berhampiran dengan playground tak jauh dari restoran lin memandangkan wakaf di sekitar belah atas sudah penuh.

Suasana sejuk, dengan perut kekenyangan, kami menyandarkan basikal pada kerusi batu panjang yg ada disitu. Satu meja batu besar segiempat, dan dikelilingi 3 kerusi batu panjang, sesuai dgn kami bertiga.  Amik tempat masing2, aku mula keluarkan tuala travel yg blh juga dijadikan selimat.  Daus dah start keluarkan sleeping bag, bantal angin, pogie dah mula membaringkan badan dan lelap mata.. aku berselubung dengan tuala aku, selesa... beralaskan baju hujan.. nyaman... matahari memancar tp suasana tetap sejuk. aku lelap kejap dalam 20 minit. pogie tiba2 bangun sebab kesejukan.  Dia tak berjaket dan tak berselimut.  Daus dah selamat ke dunia kedua dia...  selesa betul... hihi..

kami amik masa utk berehat.  Sehingga azan asar kedengaran, pogie n daus tunaikan kewajipan.  Waktu tu baru pkl 4.45..  perancangan kami utk turun semula pada jam 5.30 atau pkl 6 nanti.  Untuk bermalam pada hari tu, mcm x ckp barang, dgn suasana sejuknya... siang hari pun dah gigil inikan pula bila tiba malam.  Lagi pun kami tak prepare utk tido di atas bukit.  

bila semua dah kembali segar, jam 5.50 ptg, kami mula beransur.  Air pun dah refill tu pun aku tapau air teh ais.. pergghhh nyaman... ada sedikit goreng pisang sebagai bekalan kot2 ada keperluan alas perut.

Waktu kami turun, hanya  berselisih dengan 5-6 kereta saja yg turun dari bukit.  Sehingga ke simpang GAP dah jam 6.15.  Kami terus kan perjalanan ke Kuala Kubu Bharu.  Jalan tak sibuk, kami berhenti seketika kat Air Terjun Semangkuk.  Hari makin gelap.  Tiba di Sg Chilling, suasana dah gelap.  Kononnya nak tgk matahari terbenam tak kesampaian, suasana pun dah kelam.  Kami tak berhenti sehingga di kawasan empangan selepas melepasi bukit sebab menunggu daus.  Tak bawa laju pun, pelan2 je kayuh.  Tapi seronoklah sebab bila turun bukit, kita dah tak penat, byk relaks dan kendalikan saja basikal sebaik mungkin.  Kami selamat sampai di KKB jam 7.30 malam.  Alhamdulillah.... tiada kejadian tak diingini berlaku...

Ia suatu pengalaman dan pengajaran bagi kami.  Semangat kami lebih kuat utk buat touring akan datang.  Kena mantap kan stamina, persediaan dan perancangan yg lebih baik.

sesuatu yg mengejutkan bila ada berita menyatakan,  ada geng kayuh telah menemui seekor harimau sewaktu turun berkayuh daripada GAP ke KKB di waktu tgh hari.  Teringat aku waktu bonk di tepi jalan masa mengayuh naik ke Bukit Fraser dengan daus, ada dgr bunyi letupan, dalam fikiran, teringat akan pengalaman mendaki gunung Yong Yap, di tgh pagi sekitar jam 4, guide kami melempar mercun katak kerana seperti ada tanda2 harimau di sekitar kawasan tersebut.  aduh, buat jantung bekerja keras tiba2.  

Apapun, aku ucap terima kasih kat pogie kerana bersabar dgn kami.  Dan pesan aku pada yg lain, kalau berkayuh atau mendaki, jgn tinggalkan rakan anda sendirian biar pun dia soh korg jalan dulu... kita tak nak sesuatu tak diingini berlaku...  peace no war...

wassalam.



















 



Sabtu, Oktober 03, 2020

Hobi Berbasikal

Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh aku tak mencurah cerita di Blog.  Tak aktif sungguh.  Semua cerita aku titipkan kat FB aku. Mudah pun mudah.  Ni aku buka blog ni sebab aku teringat dan terkenang nak bercerita aktiviti aku terkini.

Kalau dulu, aku suka juga ikut pergi hiking ke gunung dan bukit, walau tak banyak tpt aku panjat tp ada juga lah pengalaman aku mendaki gunung G7 dan Gunung Kinabalu.  Pengalaman meredah sungai, memanjat tengah malam, melihatkan sunrise dan mcm2 lagi.  

Tapi sejak MyIPO menganjurkan IP Fun Ride MyIPO pada Mac 2018, aku dan hb dah mula berjinak2 dengan dunia basikal pula.  X juga merata kami pergi, kami pergi pun ulang tempat yang sama.  Cuma aku sukakan berbasikal skrg ni dari aktiviti outdoor yang lain. 

Untuk permulaan, aku dgn hb hanya memiliki basikal 2nd hand saja dan mengikuti aktiviti fun ride sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan Selangor.  Lama-kelamaan kami mula cari route yg sering menjadi kegemaran para cyclist seperti route Gombak - Genting Sempah, Gombak - Janda Baik, Genting Peras Hulu Langat, Putrajaya, Sekitar Kuala Lumpur dan yang paling suka sekali ialah Sg. Chilling ke Kuala Kubu Bharu.  

Aku tak punya modal besar untuk memiliki basikal yang baik, cumanya rezeki hb aku dpt carikan basikal 2ndhand yang bagus dgn harga yg mampu kami milik.  Percayalah, basikal aku dibawah RM2k sahaja.  Lain2 parts kami upgrade sendiri tambah sikit2 mana yang perlu.  

Daripada aku dgn hb aku yg mengayuh, aku ajak member lain juga join kami.  Seorg, dua org, tiga org... seronok berbasikal beramai2 ni.  Tapi tulah, aku sorang je perempuan skrg, xde geng sejantina yang lain yg nak berbasikal mcm aku.  Huhu... tapi tak pe, kami ride berdua pun ok juga.  

Laki aku, pogie pun dah mencebur diri dalam perniagaan basikal.  Agak aku hampir 50 lebih biji basikal telah dijual.  Skrg dia jual sparepart dan accessories basikal.

Aku pun byk merasa jenis basikal. Kebanyakan basikal aku pakai, dibeli kawan2 sekerja.  Skrg aku punya 2 basikal sahaja. Satu RB, satu lagi buat touring.  Kini aku bercita2 nak touring kalau ada kesempatan.  

Misi Mendaki Gunung Kinabalu 8-9 Disember 2024 - Day 3 (Isnin)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera... Meh sambung citerrr.. Aku tak berapa nak lelap... 3 kali terjaga dek ribut yg kuat kat luar.  At...